Darah percik ke bahu
SEREMBAN: Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh yang diterbangkan sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, malam tadi.
Nur Damia Husnina yang mengalami kecederaan di kepala itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban manakala bapanya berusia 40-an yang turut cedera di kepala dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton.
Difahamkan, selain bayi dan bapanya, tiga lagi mangsa yang belum dipastikan identitinya turut cedera terkena serpihan helikopter berkenaan.
Saksi kejadian Abdul Latif Salim, 58, berkata bayi itu sedang nyenyak tidur di bahu bapanya sebelum helikopter itu menjunam dan bilah kipasnya membelah kepala bayi berkenaan selain turut mencederakan kepala bapanya.
“Saya amat terkejut kerana darah terpercik ke bahu saya sejurus sebelum bapa bayi itu rebah ke padang bersama anaknya.
“Keadaan anaknya begitu parah dengan kulit kepala tercabut hingga nampak tengkorak," katanya.
Menurutnya, bapa bayi berkenaan berlari sambil memangku anaknya menuju van Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mereka dihantar ke hospital.
Berikutan kejadian, Mohamad turut berkunjung ke Hospital Tuanku Jaafar kira-kira 11 malam tadi, bagi menemui bapa mangsa yang bekerja di bahagian akaun di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kini sedang dirawat dan menerima jahitan di kepala akibat kecederaan dialaminya.
Padang bola sepak menggunakan rumput tiruan yang akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) itu mula dibuka kepada orang ramai mulai 1 Mac lalu.
Rebah dihujani peluru
Batu Pahat: “Tiba-tiba kami dihujani ribuan peluru dan satu daripada peluru itu mengenai bahu kanan saya. Ketika itu, saya hanya mampu berserah kepada Allah sambil membalas tembakan selama 20 minit,” kata Konstabel Mohammad Qaiyyum Aikal Zolkifli, 22, seorang daripada anggota polis yang diserang pengganas di Lahad Datu, Sabah, dalam kejadian 1 Mac lalu.
Dalam kejadian pada jam 9.59 pagi di Kampung Tanduo, Lahad Datu itu, dua rakannya Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Koperal Sabarudin Daud, 46, maut di tempat kejadian.
Semua anggota VAT 69 itu diserang ketika berkawal di satu pos sekitar Kampung Tanduo selama 20 minit menyebabkan tiga anggota keselamatan cedera, dua maut dan 12 pengganas terbunuh.
“Tiba-tiba kami ditembak. Musuh menggunakan senjata berat dan satu daripada ribuan peluru itu mengenai bahu saya.
“Sebaik rebah, dua rakan saya meninggal dunia akibat ditembak pengganas berkenaan dan ketika itu, saya hanya berserah kepada Allah kerana beranggapan kami tiada harapan walaupun masih bersemangat dan membalas tembakan bagi menumpaskan mereka.
“Melihat saya cedera, seorang rakan menarik saya berlindung di sebalik pokok kelapa sawit sambil berbalas tembakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Kelicap, di sini, semalam.
Mohammad Qaiyyum disambut 500 penduduk tempatan sebaik tiba di rumahnya diiringi Ahli Parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad dan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad.
Menurutnya, walaupun terselamat dalam kejadian itu, dia sedih mengenangkan dua rakannya, Allahyarham Zulkifli dan Allahyarham Sabarudin meninggal dunia dalam kejadian sama.
“Saya bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk melihat bumi Malaysia dan berharap sembuh sepenuhnya untuk terus berjuang bagi mempertahankan tanah air.
“Tiada perkataan serik atau putus asa, selagi saya masih bernyawa dan mampu melangkah saya akan terus berjuang,” katanya.
Menurutnya, jika diizinkan dia akan ke Lahad Datu untuk meneruskan perjuangannya.
“Selepas saya sembuh sepenuhnya, saya masih ingin ke Lahad Datu untuk berjuang bersama rakan lain.
“Mempertahankan kedaulatan negara lebih penting daripada nyawa sendiri dan saya sanggup meneruskan perjuangan bagi menghalau penceroboh itu,” katanya.
Sementara itu, bapa Mohammad Qaiyyum, Zolkifli Mohd Sidek, 57, bangga dengan keberanian anaknya mempertahankan tanah air.
“Saya menyokong apa saja yang dia lakukan dan bangga dengan keberanian ditunjukkannya.
“Dia anak kelima daripada tujuh beradik dan empat abangnya turut berkhidmat sebagai anggota keselamatan negara dengan seorang sebagai anggota polis dan tiga lagi anggota tentera,” katanya.
Zolkifli berkata, dia tidak menghalang Mohammad Qaiyyum jika anaknya itu ingin berjuang lagi di Lahad Datu.
Suara ayah sayu
Sungai Siput: “Suara ayah cukup sayu ketika kali terakhir saya menghubunginya tiga hari lalu. Tidak sangka dia akan pergi selamanya,” kata anak sulung mangsa, Nurfazila Mohd Ridzuan Mohd Nor, 55, berhubung kematian bapanya, Mohd Ridzuan Mohd Nor, 55, yang maut apabila kereta dinaiki merempuh treler malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, mangsa bersama isteri, Zaharah Abdullah, 52, yang berasal dari Felda Bersia, Gerik, dalam perjalanan menuju ke Ipoh dengan menaiki kereta bersama pasangan suami isteri, Romlan Ros Abdul Bakar, 52 dan isterinya, Haniza Hussin, 46.
Nurfazila berkata, baru-baru ini bapanya menjalani pembedahan untuk memotong empat jari kaki kanannya akibat penyakit kencing manis.
“Sejak menjalani pembedahan beberapa bulan lalui di sebuah hospital swasta, ayah masih dalam keadaan tidak begitu sihat dan bergantung pada ubat saban hari.
Pelakon kena tuduh
Petaling Jaya: Seorang pelakon wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan mencederakan bekas suaminya, tahun lalu.
Sharifah Nadia Yusnita Abd Hanif, 33, yang juga orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Majistret Mohd Hezri Shaharil.
Pelakon yang pernah membintangi filem Diari Romeo pada 2003 itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan mencakar tangan ahli perniagaan, Lob Mahadir Abdul Syukur, 40.
Bagi perbuatan itu, ibu kepada tiga anak ini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pada prosiding semalam, pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat, manakala Sharifah Nadia diwakili peguam Yusmadi Yusoff. Turut hadir peguam pemerhati bagi bekas suaminya itu, MK Thas.
Mahkamah kemudian menetapkan 22 April depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Lapan suspek didakwa
Pendakwaan ke atas mereka yang berusia 17 dan 66 tahun itu dilakukan di ruang lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, di sini, yang dijadikan kamar Mahkamah Majistret berikutan faktor keselamatan, semalam.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada mereka. Lapan tertuduh terbabit adalah antara 108 orang yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
ANGGOTA polis mengawal seorang daripada lapan suspek.
Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 130 K(a) Kanun Keseksaan kerana terbabit aktiviti keganasan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum seumur hidup dan boleh didenda.
59 pembeli kedai rayu campur tangan kerajaan
Difahamkan pemaju bangunan kedai terbabit diisytiharkan muflis pada 2007 selepas menyelesaikan 60 peratus daripada projek yang dimulakan pada 1999.
Pengerusi Persatuan Pembeli Kedai dan Pejabat Terbengkalai Pekan Baru Subang M K Radhakrishnan berkata, akibat terbiar terlalu lama, kemudahan asas di dalam beberapa premis rosak dan hilang dicuri.
Katanya, pembeli bagaimanapun kecewa apabila cadangan mereka untuk melantik kontraktor melakukan kerja pembaikan ditolak syarikat penyelesai yang dilantik pemaju.
“Syarikat penyelesai ini memberi pelbagai alasan apabila pembeli meminta penjelasan dan seolah-olah tidak berminat untuk membantu menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.
PROJEK bangunan komersial yang terbengkalai di Pekan Baru Subang.
Menurutnya, harga seunit kedai adalah RM440,000 hingga RM650,000
dan beberapa pembeli sudah membuat bayaran sepenuhnya dan ada antara
mereka menjelaskan lebih 50 peratus kepada pemaju.“Persatuan sudah mengajukan masalah ini kepada pihak berkuasa tempatan dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, baru-baru ini.
“Selain isu ini, pembeli berhadapan beberapa masalah lain membabitkan projek berkenaan dan memerlukan bantuan kerajaan dalam masalah ini kerana sudah hilang sabar,” katanya.
Sasar wanita beli sarapan
Kuala Selangor: Empat penjenayah menaiki dua motosikal bertindak ganas di daerah ini apabila melakukan empat kes samun menggunakan modus operandi hampir sama membabitkan mangsa yang semuanya wanita.
Suspek yang melakukan jenayah berangkai mereka itu menyasarkan suri rumah dan wanita yang berjalan sendirian ketika keluar membeli sarapan dengan setiap kes dilaporkan hanya selang 10 hingga 20 minit.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Muhd Taib Ahmad berkata, kejadian pertama dilaporkan Isnin lalu jam pagi 8 membabitkan mangsa, seorang wanita yang bersiap untuk ke tempat kerja di Taman Harapan, Pasir Tuntung, dekat sini.
“Penjenayah melarikan satu komputer riba, tiga telefon bimbit, dompet berisi dokumen peribadi dan wang tunai menyebabkan mangsa kerugian RM2,000,” katanya.
Katanya, 15 minit selepas itu, kumpulan sama disyaki melakukan satu lagi samun, kali ini membabitkan dua wanita iaitu seorang peniaga kuih di Taman Paduka, Kuala Selangor serta pelanggannya sejurus mereka didatangi empat suspek terbabit yang datang secara mengejut.
“Wanita berusia 40 dan 49 tahun itu masing-masing kerugian RM400 dan RM2,800 apabila menyerahkan barangan kemas mereka sejurus diacukan parang ke leher.
“Kumpulan sama dipercayai melakukan satu lagi samun kira-kira 15 minit selepas itu apabila mereka yang bersenjatakan parang menerpa masuk sebuah rumah di Taman Sri Ijok jam 8.30 pagi dan merampas barangan kemas serta telefon bimbit menyebabkan mangsa kerugian RM6,000,” katanya.
Menurutnya, mangsa adalah satu keluarga membabitkan pasangan warga emas dan anak perempuan berusia 30 tahun serta cucunya dan mereka bernasib baik kerana tidak dicederakan. Muhd Taib berkata, tidak cukup dengan itu kumpulan terbabit seakan-akan tamak apabila melakukan satu lagi samun membabitkan seorang guru dan kali ini mangsa diserang ketika membersihkan laman rumahnya di Taman Kota Puteri jam 8.45 pagi.
“Suspek meluru masuk ke laman rumah mangsa lalu mengacukan parang ke lehernya sebelum meragut gelang emas dan mengambil rantai yang disimpan dalam rumah serta komputer riba, telefon bimbit menyebabkan mangsa kerugian RM5,500,” katanya.
Berikutan empat kejadian itu, katanya, polis menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki suspek terbabit yang beroperasi pada awal pagi dengan menjadikan suri rumah sebagai mangsa.
Mangkuk RM7 juta
Mangkuk kecil China itu yang dikenali sebagai ‘Ding’ berusia 1,000 tahun dan dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari 960 hingga 1279.
Satu-satunya mangkuk serupa dari zaman itu yang diketahui wujud dipamerkan di Muzium Britain sejak 60 tahun lalu.
Apabila menyedari keistimewaan mangkuk itu dan nilainya baru-baru ini, dia membawanya ke pakar.
Sotheby menganggarkan mangkuk itu akan dijual antara RM600,000 hingga RM900,000. Bagaimanapun, dua pembida bersaing sengit untuk memilikinya dan akhirnya, peniaga seni terkenal di London, Giuseppe Eshenazi memperolehnya dengan harga RM6.69 juta. - AFP
Kejar peragut RM5,000
Kuantan: Demi menyelamatkan wang tunai dan barangan berharga miliknya, seorang lelaki warga emas sanggup mengejar peragut sehingga dia mengalami kecederaan, namun usaha itu berbaloi apabila suspek ditahan dalam kejadian di Jalan Besar, petang semalam.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, suspek seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan selepas orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan turut bertindak mengejarnya, malah suspek juga dibelasah sebelum diserahkan kepada polis.
Mangsa yang juga pesara guru, Moy Wah Goon, 60, berkata, dia baru saja meletakkan kenderaannya di depan kedai permaidani di jalan berkenaan dan sejurus keluar dari kereta, seorang lelaki yang tidak dikenali menyentap beg tangan hitam miliknya.
Katanya, dia bernasib baik apabila orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membantu mengejar suspek dan lelaki terbabit berjaya diberkas, sekali gus mendapatkan semula beg tangan berisi wang tunai RM5,000 serta dokumen penting miliknya.
“Saya percaya peragut itu menaiki motosikal memandangkan dia memakai topi keledar, malah dia juga mungkin tidak berseorangan.
“Kejadian ragut ini adalah pertama kali menimpa diri saya. Walaupun cedera, saya tetap lega apabila suspek ditahan, malah berharap dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan,” katanya.
Moy berkata, dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) jam 3.40 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.
Cerai kerana anu kecil
Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.
Zhang, 52, menyelar suaminya, Zhou, 55, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya.
Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama.
Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka.
“Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan,” kata wanita itu. - The Sun
Presiden Bangladesh meninggal dunia
Dia diterbangkan ke Hospital Mount Elizabeth pada 10 Mac lalu untuk rawatan selepas menghadapi masalah pernafasan. Kematian Zillur tidak menjejaskan kerajaan kerana Bangladesh adalah negara demokrasi berparlimen dengan perdana menteri yang memegang kuasa pemerintahan.
Pejabat presiden berkata, speaker Parlimen Abdul Hamid akan bertindak sebagai pemangku presiden hingga pemilihan presiden baru dibuat. Zillur ialah ketua pemimpin parti Liga Awami yang memerintah Bangladesh sebelum Parlimen memilihnya menjadi presiden pada 2009.
No comments:
Post a Comment