Anwar saman blogger Papa Gomo
SHAH ALAM – Susulan penyebaran gambar seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang lagi lelaki lain dalam aksi “mesra” penghujung minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memulakan prosiding undang-undang terhadap blogger pro-Umno.
Pengendali blog terkenal Papa Gomo atau nama asalnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, didakwa menyiarkan gambar berkenaan pada 16 Mac lalu.
“Laman web Papa Gomo menyiarkan gambar palsu dan tuduhan ganas terhadap Datuk Seri Anwar dalam usaha untuk mengaitkan beliau dalam satu lagi video seks yang direka,” ujar Naib Presiden PKR, N. Surendran dalam satu kenyataan media hari ini.
“Tangan tersembunyi Umno itu jelas hadir di sebalik serangan terbaru menjijikkan ini,” ujar beliau sambil berkata, ia adalah politik kotor yang menonjolkan keruntuhan moral musuh.
Anwar menerusi surat tuntutannya menggesa blogger terkenal itu menarik balik tuduhannya, membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam dan membayar ganti rugi kerosakan sebanyak RM100 juta.
“Jumlah kerosakan dituntut mencerminkan hubungan rapat penulis blog dengan sokongan jelas Umno dan Umno untuknya,” katanya.
Anwar mendakwa gambar dan video berkenaan adalah cubaan berulang dengan taktik sama untuk menjatuhkannya.
Sinar
Dr M cadang edar buku Rosmah ke sekolah
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor diedarkan ke sekolah sebagai pedoman generasi akan datang.
“Saya selalu katakan bahawa pemimpin kira patut menulis mengenai pengalaman dan pemerhatian mereka.
“Ini adalah buku yang baik untuk dijadikan pedoman generasi baru 100 atau 200 tahun akan datang,” katanya ketika melancarkan buku setebal 180 halaman itu di Kuala Lumpur hari ini.
Mahathir berkata beliau bersimpati dengan Rosmah kerana beliau juga menjadi sasaran penipuan dan serangan sebelum ini.
“Saya terbitkan memoir dan menulis perkara yang benar mengenai masa saya menjadi pemimpin. Namun, orang masih menipu mengenai saya,” katanya.
Malaysiakini
Jamalul Kiram mahu pengikutnya dibantu
MANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III meminta bantuan Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) bagi menyediakan khidmat undang-undang kepada para pengikutnya yang telah ditahan pihak berkuasa Malaysia di Sabah.Menurut portal berita GMA News, jurucakap Hal Ehwal Luar, Raul Hernandez (gambar kecil) semalam berkata, keluarga Jamalul Kiram melalui seorang anak perempuannya telah meminta khidmat Pejabat Peguam Awam untuk menghantar surat kepada Setiausaha Luar Negara, Albert del Rosario bagi memohon bantuan.
Menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada mandat jabatan itu bagi memberi bantuan guaman kepada warga Filipina yang menghadapi masalah di luar negara.
Hernandez berkata, pemerintah Filipina perlu mengetahui pertuduhan yang dihadapi mereka terlebih dahulu dan bentuk bantuan diperlukan.
Hernandez berkata, pemerintah memerlukan akses ke atas pengikut Jamalul Kiram.
Pemerintah Filipina mendakwa hanya 10 warganya ditahan oleh kerajaan Malaysia dalam pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.
“Kami selalu berkata yang kami sedia membantu orang kita untuk apa jua bantuan yang diperlukan,” kata Hernandez.
Hernandez berkata, langkah seterusnya bergantung kepada penilaian DFA terhadap kes itu.
Para penceroboh itu menuntut tanah yang didakwa milik Kesultanan Sulu di Lahad Datu menyebabkan pertempuran berlaku antara mereka dengan pasukan keselamatan Malaysia bulan lalu. – Agensi
Jamalul arah tembak dan lari
MANILA – Pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III (gambar kecil) menyatakan para pengikutnya tidak akan berundur dari Sabah dan sekali gus mengarahkan mereka melancarkan perang gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia, lapor akhbar The Philippine Star semalam.
Jamalul Kiram kelmarin berkata, para pengikutnya di Sabah yang diketuai adiknya, Azzimuddie Kiram berada di tanah air mereka (Malaysia).
“Mereka sudah berada di tanah air mereka (Malaysia), justeru kenapakah perlu pulang?” katanya kepada wartawan di kediamannya di bandar Taguig dekat sini.
Menurut beliau, gencatan senjata sebelah pihak yang diumumkan oleh Jamalul Kiram baru-baru ini telah ditarik balik dan para pengikutnya telah diarah untuk melaksanakan operasi ‘tembak dan lari’ terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Idjirani turut mendakwa Azzimuddie dan para pengikutnya masih berada di Sabah.
Kosmo
Filipina Teruskan Tuntutan Ke Atas Sabah – Benigno
Namun hari ini, di Baguio City, Presiden Benigno mengesahkan negaranya akan terus menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia.
Pendekatan Benigno bagaimanapun lebih terpuji kerana memilih kaedah dialog dan diplomasi dalam tuntutan berkenaan.
Beliau mengakui isu Sabah adalah kompleks dan tahu kedua negara tidak akan melepaskan wilayah yang kaya dengan hasil petroleum berkenaan.
Beliau memberitahu demikian pada satu majlis di Akademi Tentera Filipina di bandar berkenaan.
Walaupun Filipina mahu meneruskan tuntutan ke atas Sabah, namun ia dilihat sebagai satu tuntutan yang lemah termasuk di kalangan rakyat Filipina sendiri.
Mynewshub
Kicap guna botol arak
SUNGKAI – Seorang pengguna terkejut apabila kicap yang dibeli di salah sebuah pasar raya dekat sini didakwa menggunakan bekas botol arak.Pengguna yang hanya dikenali sebagai Ani, 45, berkata, dalam kejadian Isnin lalu, dia membeli kicap buatan bumiputera itu di salah sebuah pasar raya, di sini.
“Anak saya memberitahu botol kicap yang dibeli itu seperti botol arak, kemudian saya memeriksa bahagian bawahnya dan mendapati ada tertulis jenama arak di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Dia yang terkejut dengan penemuan itu, melarang anaknya itu untuk menggunakan kicap itu kerana ragu dengan status isi kandungannya.
“Walaupun mempunyai tanda halal pada label botol, penggunaan bekas botol arak oleh pihak pengeluar kicap itu menyebabkan saya ragu-ragu untuk menggunakannya.
“Apa yang lebih membimbangkan, kicap buatan bumiputera yang berada di pasaran itu dikhuatiri ada yang menggunakan botol arak dan akan memberi masalah kepada umat Islam,” katanya.
Ani berkata, jika produk itu tidak dipantau oleh agensi berkenaan, ia akan memberikan masalah kepada umat Islam kerana diragui status halalnya.
Katanya, jika benar botol yang digunakan oleh syarikat itu adalah botol arak, seharusnya mereka lebih peka dengan sensitiviti umat Islam dan tidak hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan semata-mata.
Menurutnya, dia cuba menghubungi syarikat pengeluar kicap berkenaan namun tidak berjaya apabila nombor yang tertera tiada dalam perkhidmatan.
“Saya bimbang jika isu ini tidak diberi perhatian daripada pihak yang berkenaan, mungkin banyak lagi bekas botol arak ini diguna semula untuk pengeluaran kicap di pasaran sehingga menimbulkan keraguan dalam kalangan umat Islam,” katanya.
Sinar
Daging babi diberi label halal di Norway
DFI sebuah lembaga yang mengawal makanan di Norway, termasuk sejumlah produk makanan berlabel “Halal,”Rang Heald Ernasn jurucakap dari badan tersebut, menjelaskan mereka mencari kandungan daging babi berkisar antara 5 hingga 30% dan itu diberi tanda halal di sebuah kedai yang menjual “kebab”.
Fakta itu menunjukkan bahawa pendedahan itu didapati setelah adanya pengawasan yang dilakukan kerana ada sebuah kes penipuan dalam hal daging juga.
Pihak berkuasa mengumumkan mereka mencari sisa-sisa kandungan babi di sosej Ayam yang di cop halal dan itu di jual di kantin sekolah. Begitu juga didapati kandungan daging babi dalam hidangan yang ditawarkan di 19 sekolah dan taman kanak-kanak, selain itu juga ditemui sisa-sisa kandungan daging biri-biri dan babi di dalam daging lembu cincang yang dihidangkan di 17 kantin sekolah lain di kawasan tersebut, akan tetapi itu tidak di cop halal.
Detik Islam
Ibu Bunuh Anak Kerana Zakar Terlalu Kecil
JAKARTA – “Kalau alat kelamin tak ada, lebih baik mati saja,” begitu kata seorang ibu berusia 38 tahun dalam keterangan kepada polis ketika mengaku membunuh anak lelakinya berusia tujuh tahun kerana malu dengan jiran-jiran di Jatinegara, Cakung, Jakarta Timur pada Selasa.
Dalam kejadian di rumahnya itu pada tengah hari ini, wanita itu dilaporkan telah membenam kepala kanak-kanak itu ke dalam baldi berisi air sehingga tidak bernyawa. Ibu itu juga mengikat tangan dan kaki anaknya agar dia tidak meronta. Dia telah menyerah diri di balai polis dan mengaku melakukan pembunuhan itu.
Setelah pulang ke Jakarta, wanita itu yang mendapati alat kelamin anaknya mengecil telah membawa anaknya ke sebuah pusat berkhatan di Bekasi, Jawa Barat.
Usaha itu tidak memberi hasil sebagaimana yang diharapkan sehingga menyebabkan dia berasa malu dengan jiran-jiran dengan keadaan zakar anaknya itu, kata jurucakap itu.
Selain motif perasaan malu, polis akan juga menyiasat motif lain dalam pembunuhan itu kerana jiran-jiran wanita itu tidak mengetahui masalah yang dialami kanak-kanak lelaki itu selepas dia berkhatan.
Lelaki Ampun Pembunuh Anaknya Jika Berjaya Hafal Al-Quran
Rabia al-Dousari boleh jadi termasuk dalam golongan lelaki yang sangat pemaaf. Dia berjanji bakal memaafkan kesalahan Faisal al-Amiri, yang terbukti bersalah membunuh anak lelakinya bernama Abdullah.
Namun janji tersebut bersyarat, dimana Faisal akan dibebaskan dari hukuman penjara sekaligus terlepas hukuman mati jika berjaya menghafal Alquran, seperti dipetik daripada stesen televisyen Al Arabiya
Faisal al-Amiri mencium kening Rabi al-Dousari, iaitu ayah kepada Abdullah.
Tetapi, Faisal boleh bebas dari semua hukuman itu sekiranya keluarga Abdullah mahu memberikan keampunan. Mahkamah Tinggi di situ mendorong agar Dousari memaafkan kesalahan Faisal.
Dousari menolak wang pengganti darah anaknya. Dia hanya memberikan syarat supaya Faisal menghafal kitab suci umat Islam itu.
Dousari barangkali yakin Faisal tidak akan mengulangi dosa itu lagi bahkan berubah menjadi soleh setelah menghafal Alquran.
Halim Islam
Puteri Sarah Sedia Bertudung Bukan Sebab Putus Cinta
PETALING JAYA: Pelakon Puteri Sarah sedang dalam proses menyiapkan diri untuk menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.Puteri Sarah, 28, berkata, dia kini dalam proses percubaan memakai tudung dan berazam untuk berimej tersebut dalam tempoh terdekat.
“Tahun lepas saya banyak berlakon watak yang memakai tudung, dari situ hati saya terdetik untuk terus bertudung.
Bagaimanapun jelas Puteri Sarah, dia berniat untuk bertudung bukan disebabkan kecewa putus cinta dengan pelakon Ammar Alfian akhir tahun lalu.
Hubungan pasangan yang pernah mencetuskan kontroversi ini berakhir selepas lima tahun bercinta akbiat tiada keserasian.
“Saya rasa sudah sampai masanya, ayah juga banyak kali tegur agar saya bertudung dan sopan, namun bagi saya biarlah niat itu datang dari diri sendiri bukan paksaan.
“Alhamdulillah, ramai yang menyokong dengan tindakan ini, terutamanya ahli keluarga,” katanya.
Namun, dia juga kesal apabila segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya ketika dalam tempoh percubaan ini.
“Saya belum sepenuhnya bertudung, mungkin di media sosial saya lebih selesa mengunakan imej bertudung tapi ia masih dalam tempoh saya untuk mencuba atas sebab-sebab tertentu,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, dia sering meminta pendapat cara pemakaian tudung daripada pelakon jelita Natasha Hudson (Tasha).
“Saya sering bertanya dengan Tasha tentang gaya pemakaian tudung, dia gembira saya sudah kearah itu, dia beri banyak tip untuk tampil lebih bergaya biarpun bertudung,” katanya.
Selain itu juga, pelakon filem Lu Pikir La Sendiri ini juga sedang mempertimbangkan hasrat untuk berundur daripada dunia lakonan sepenuhnya.
mStar
Sultan Sulu Arah Tentera Lancar Serangan Gerila Di Sabah
PETALING JAYA: Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak berganjak dari Sabah dan melancarkan serangan gerila terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan media, Kiram berkata berundur dari Sabah bukanlah satu pilihan untuk tentera-tenteranya.
“Mereka sudah di tanah air mereka jadi mengapa kembali?” kata Kiram kepada pemberita di kediamannya di Taguig, menurut laporan ‘The Philippine Star’.
Katanya, kesultanan Sulu telah menarik balik perintah gencatan senjata yang dikeluarkan dan tentera-tentera Diraja telah diarahkan melancarkan operasi secara “serang dan lari” terhadap pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan, Kiram berkata adik lelaki kepada Sultan Sulu, Agbimuddin Kiram dan pengikut-pengikutnya masih berada di Sabah dan ini bertentangan dengan laporan dari Malaysia yang mendakwa mereka telah melarikan diri.
Idjirani juga mendakwa Agbimuddin dan kumpulan pengikutnya masih kuat berdasarkan perbualan telefon dengan Agbimuddin pada malam Sabtu.
Katanya, tentera Diraja yang pada masa ini mempunyai 170 orang telah berpecah kepada tiga kumpulan bagi mengelak daripada pesawat pengintip yang berlegar di sekitar Lahad Datu.
mStar
Operasi Menggeledah Di Tanjung Batu Akan Selesai Hari Ini – Hamza
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menggunakan kereta perisai jenis Adnan dalam Ops Daulat untuk mengempur saki-baki pengganas bersenjata Sulu di Kampung Tanjung Batu.Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kereta tersebut mempunyai mobiliti lebih baik dan mudah digunakan.
Hamza berkata tiga lagi suspek bersenjata berjaya ditahan pada Isnin menjadi jumlah tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kini 107 orang.
“Mereka ditahan di Kampung Sim Sim, Sandakan,” katanya.
mStar
Arahan Kiram perlu dipandang serius
SHAH ALAM – Jamalul Kiram III yang mengarahkan pengikutnya yang masih bertahan di Sabah untuk melancarkan perang gerila perlu dipandang serius.
Bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohamad Said berkata, arahan tersebut tidak mengejutkan kerana ia pasti dibuat selepas gagal dalam gerakan menuntut Sabah.
Menurutnya, mereka tiada jalan lain, maka sudah tentu Jamalul mengarahkan pengikut dan penyokong beliau di Filipina dan Sabah beralih kepada perang gerila.
“Kerajaan perlu mendapat kerjasama kerajaan Filipina supaya mengharamkan Kesultanan Sulu dan mengekang pergerakan militan ke Sabah,” katanya.
Kelmarin, melalui laporan media Filipina, philstar.com, Kiram mengarahkan pengikutnya melancarkan perang gerila kerana kononnya menganggap mereka sudah berada di tanah air sendiri iaitu Sabah.
Zaini berkata, rakyat Sabah diingatkan perlu bantu pasukan keselamatan dan kerajaan dalam menghadapi tentera militan Kiram.
Beliau berkata, kerajaan juga perlu menguatkan pertahanan di persisiran pantai dan laut di Sabah.
“Mungkin juga perlu diwujud pasukan kawalan kampung yang bersenjata untuk bantu pasukan keselamatan.
“Rakyat mesti bersatu dan tunjuk kecintaan kepada negara,” katanya.
Menurutnya, perang gerila akan memakan masa lama kerana tentera militan Kiram tidak akan menunjukkan diri secara berdepan dan teknik serang hendap akan digunakan.
“Mereka mungkin melakukan kerja biasa, menghasut dan mereka memerlukan bantuan. Tentera militan Kiram perlu dihapuskan kerana khuatir jika ia berpanjangan akan memberikan kesan kepada ekonomi negara khususnya di Sabah.
“Kita perlu kawal di kawasan mudah terima musuh. Kita perlu buktikan kepada bakal musuh, kita mampu lawan dan pertahan negara,” katanya.
Dalam perkembangan sama, ditanya sama ada Semenanjung Malaysia akan menerima kesan daripada serangan militan ini, beliau berkata, Semenanjung tidak akan diserang, tetapi ia beri kesan kepada ekonomi.
“Kita terpaksa guna banyak kos untuk biayai perang gerila. Imej dan persepsi negara terjejas kerana dianggap tidak selamat menyebabkan pelabur teragak-agak untuk melabur dan jurang pendapatan ekonomi kepada penduduk Sabah besar,” katanya.
Selain itu, beliau turut menasihatkan pasukan keselamatan agar kekalkan semangat, berusaha keras demi keselamatan dan kesejahteraan negara serta rakyat.
“Rakyat pula perlu bersatu padu menyokong usaha pasukan keselamatan dan kerajaan. Mereka perlu sentiasa yakin terhadap diri bahawa kita mampu menentang militan.
“Perang gerila berlaku bergantung kepada rakyat dan mematahkan serangan gerila juga bergantung kepada rakyat,” katanya.
Sinar
No comments:
Post a Comment