Saturday, January 30, 2010

AWAS...SEBAIK2 PERLINDUNG ITU IALAH ALLAH SWT


NEGARA

Perogol kacak tumpas

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
zulsham@kosmo.com.my

MELAKA - Berbekalkan rupa yang kacak dan kata-kata manis, seorang perogol bersiri dengan mudah memikat gadis yang menjadi sasarannya.

Modus operandi lelaki berusia lewat 20-an itu pula unik apabila dia menjadikan risalah iklan salon kecantikan untuk mencari mangsa yang terdiri daripada gadis-gadis jelita yang bekerja di situ.

Selepas memperolehi nombor telefon dan menemui mangsa, lelaki itu akan berpura-pura bertanya mengenai perkhidmatan yang ditawarkan di salon tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, selepas itu suspek sedaya-upaya cuba memujuk rayu mangsa untuk keluar bersamanya.

"Selepas berjaya memperdaya gadis berkenaan, lelaki itu akan membawa mangsanya ke kawasan sunyi, kemudian mengugut supaya menyerahkan barang berharga dengan menggunakan pisau dan seterusnya merogolnya.

"Sejak dua bulan lalu, suspek telah terlibat dalam 12 kes rogol dan samun iaitu sembilan di Melaka dan tiga di Negeri Sembilan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di sini semalam.

No comments:

Post a Comment