Friday, January 29, 2010

Gula-gula seks diisytihar biji kopi


KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini dadah sering menjadi bahan haram popular yang cuba diseludup masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi kini pintu masuk utama negara melalui udara itu turut menjadi kegiatan sindiket penyeludupan gula-gula rangsangan seks.

Ini terbukti apabila penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemui ratusan ribu biji gula-gula seks terbabit bernilai lebih RM700,000 yang cuba diseludup menggunakan taktik pengisytiharan palsu kononnya ia adalah biji kopi. Difahamkan, kegiatan itu terbongkar selepas sepasukan empat pegawai penguat kuasa farmasi dibantu pihak berkuasa KLIA melakukan pemeriksaan terhadap beberapa kotak penghantaran kargo yang ditahan sementara di gudang KLIA, kira-kira jam 10.30 pagi. Sumber Bahagian Penguat kuasa Farmasi berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kandungan misteri beberapa kotak yang dihantar terus dari sebuah syarikat di Bangkok, Thailand pada 20 Disember dan 15 Januari lalu. Difahamkan, setiap kotak berkenaan mengandungi bungkusan kecil berwarna merah dan coklat menyerupai gula-gula yang mengandungi butiran keras di dalamnya. “Selepas ujian makmal produk terbabit adalah gula-gula rangsangan seks haram.

“Hasil siasatan dalam gula-gula ini ada bahan kima jenis aminotadalafil yang berbahaya,” katanya.

No comments:

Post a Comment