Saturday, January 30, 2010




Selalu beramal, hindari maksiat


2010/01/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Makhluk halus boleh keluar dan masuk baik di rumah, masjid dan surau, malah dalam badan kita, kerana Nabi (Muhammad) s.a.w ada menegaskan syaitan dan iblis boleh masuk dalam pembuluh darah,” kata pengamal perubatan Islam Pusat Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa’), Jufry Shamsuddin.

Menurutnya, walaupun sesetengah tempat sudah ‘dipagar’ daripada kedatangan makhluk halus, tidak bermakna kawasan terbabit terselamat sepenuhnya sehingga penghuninya boleh bersenang-lenang kerana gangguan boleh datang berulang kali. “Lebih penting, kena selalu beramal dan menghindari maksiat kerana benda jahat seperti syaitan dan iblis sangat suka kepada maksiat. Unsur maksiat juga yang menyebabkan kadangkala gangguan datang berulang kali, walaupun kawasan itu sudah dipagar.


“Ada pula di kalangan yang terkena gangguan mendapatkan rawatan dari bomoh yang tidak menepati syariat sehingga memakai tangkal dan percaya kepada benda lain, bercampur aduk kepercayaannya terhadap Allah dengan perkara lain,” katanya mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam mengenai gangguan makhluk halus di asrama Majlis Sukan Negara (MSN). Kira-kira 400 atlit dan jurulatih yang menginap di asrama terbabit dirasuk dan diusik ketika tidur, malah komputer dihidupkan sendiri pada tengah malam di asrama MSN Bukit Jalil di sini.

No comments:

Post a Comment