Friday, January 29, 2010

Pasangan didakwa berkhalwat




KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 20-an yang bekerja sebagai wartawan di sebuah televisyen swasta dan pasangan kekasihnya berusia 40-an yang juga penolong penerbit di stesen sama akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini untuk mendengar pertuduhan kes khalwat mereka.


Difahamkan, pasangan itu sepatutnya dihadapkan ke mahkamah itu Disember lalu, tetapi mereka gagal berbuat demikian sehingga mahkamah terpaksa mengeluarkan waran tangkap.


Sumber Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkata, pihaknya menahan pasangan terbabit di sebuah rumah di Pelangi Utama, Petaling Jaya, dekat sini, kira-kira jam 6.05 pagi pada 11 Ogos tahun lalu.


Serbuan dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa Jais selepas mendapat aduan awam berhubung sepasang lelaki dan wanita dalam keadaan mencurigakan tinggal di rumah itu.

No comments:

Post a Comment