Friday, January 29, 2010

Bapa saudara bapa haruan


KUALA LANGAT: Dia layak digelar lelaki durjana kerana sanggup menjadikan anak saudaranya yang berusia 14 tahun sebagai pemuas nafsu. Perbuatan itu hanya terbongkar selepas mangsa disahkan mengandung enam bulan.


Lelaki berusia 49 tahun dan bekerja sendiri itu dipercayai kali pertama merogol anak saudaranya yang dijaga sejak berusia tiga tahun pada 2008 dan kali terakhir perbuatan terkutuk itu berlaku dua minggu sebelum mangsa membuat laporan polis, Jumaat lalu.


Difahamkan, kali pertama mangsa yang juga pelajar tingkatan dua sebuah sekolah di daerah ini dirogol di sebuah rumah di Tanjung Sepat, dekat sini, ketika keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban.


Pada masa sama, suspek dikatakan mengambil kesempatan dengan ketiadaan isterinya di rumah sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam bilik lalu merogolnya dan kejadian itu berlarutan tanpa disedari isterinya.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohamad Radzi Ishak, berkata perbuatan tidak bermoral lelaki terbabit terbongkar selepas jiran menyedari perubahan bentuk badan mangsa dan memberitahu isteri suspek sebelum mangsa didesak menceritakan kejadian sebenar.


“Mangsa kemudian membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu pada 22 Januari lalu dan susulan kejadian, kami menahan seorang lelaki yang juga bapa saudara keesokannya bagi membantu siasatan.


“Hasil soal siasat, mangsa mendakwa terpaksa mendiamkan diri kerana takut dan membiarkan dirinya menjadi pemuas nafsu lelaki terbabit berulang kali,” katanya di sini, semalam.


Ibu bapa kandung mangsa sudah bercerai dan mangsa dikatakan diserahkan kepada ibu saudaranya untuk dijaga.


Mangsa juga sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan positif mengandung.


Mohamad Radzi, berkata hasil siasatan polis mendapati mangsa mula dirogol ketika berusia 13 tahun dan dia dikatakan membiarkan perkara itu berlarutan sehingga kini.

No comments:

Post a Comment