Sunday, September 12, 2010

LAH BUANG DAH MENJANGKIT KE MANILA

DUNIA

 

Bayi jadi 'sampah'



2010/09/13

MANILA: Pihak berkuasa menemui seorang bayi baru lahir dalam beg sampah yang dipercayai baru dipunggah dari sebuah pesawat mendarat, semalam.
Menurut anggota keselamatan, pesawat itu baru tiba dari Bahrain.
Sebaik ditemui, bayi terbabit dibawa ke klinik Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino dan segera diperiksa doktor dan jururawat bertugas.

Ketika ditemui, bayi itu berlumuran darah dan dibalut dengan kertas tisu. Dia kemudian dibersihkan dan diselimut sebelum diberi susu.

Jururawat, Kate Calvo, berkata selepas dibersihkan, bayi itu menangis sedikit tetapi kesihatannya disahkan baik.

“Doktor kami mengesahkan bayi ini tidak mengalami sebarang masalah,” katanya.

Pada mulanya, seorang pengawal keselamatan berasa curiga apabila melihat plastik sampah yang dibawa turun dari pesawat Gulf Air berkenaan bergerak-gerak.

Selepas diperiksa, dia terkejut apabila mendapati ada bayi di dalam bungkusan berkenaan.

Setiausaha Kebajikan Sosial Filipina, Dinky Soliman, berkata kejadian itu amat menyedihkan dan polis diarah menjalankan siasatan mengesan ibu bayi terbabit.

“Ia tidak dapat diterima akal. Tiada mana-mana bayi layak dilayan sebegitu,” katanya.

Menurut Dinky, bayi itu akan diserahkan kepada saudara mungkin dijadikan anak angkat. - AP

Bayi ditemui dalam beg sampah



SEORANG bayi dirawat di sebuah klinik di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aqiono, Manila semalam.



MANILA - Pihak berkuasa di sebuah lapangan terbang di Manila menemui seorang bayi yang baru dilahirkan di dalam beg sampah yang baru dikeluarkan dari sebuah pesawat yang mendarat dari Asia Barat semalam, kata beberapa pegawai.
Pegawal-pengawal keselamatan membawa bayi itu yang diliputi dengan darah dan dibungkus kertas tisu ke sebuah klinik lapangan terbang berkenaan.
Menurut beberapa pegawai, sekumpulan doktor dan jururawat merawat bayi itu dan membersihkannya selain memberikannya sebotol susu.
"Selepas dia dibersihkan, bayi itu menangis," kata seorang jururawat, Kate Calvo.
"Dia (bayi itu) berada dalam keadaan sihat. Menurut doktor kami, organ-organ pentingnya berada dalam keadaan baik," katanya.
Seorang pegawal keselamatan mendapati terdapat sesuatu yang bergerak-gerak di dalam satu beg sampah yang dilaporkan dibawa keluar dari sebuah pesawat syarikat penerbangan Gulf Air yang telah mendarat.
Pengawal tersebut kemudian mendapati terdapat bayi di dalam beg sampah itu sebelum dia menghantarnya kepada pekerja-pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini. - AP


Wanita al-Khurma tidak hirau larangan memandu di Arab Saudi



2010/09/13

AL-KHURMA (Arab Saudi): Walaupun kerajaan Arab Saudi melarang wanita memandu di negara itu, Noura Hamdan, 55, tidak menghadapi masalah mengendalikan kenderaannya sejak berusia 17 tahun.
Ketika belasan tahun, dia biasa memandu lori tangki air untuk mengedarkan bahan itu ke kampung.
Apabila dia semakin dewasa, Noura semakin dikenali di kalangan penduduk kawasan padang pasir di pedalaman kerana kerjanya itu.

Walaupun tahu wanita dilarang memandu, dia dan wanita lain yang boleh memandu di situ tidak pernah mengendahkannya, sebaliknya terus memandu lori berkenaan.

Mereka juga tidak pernah menghadapi masalah dengan sesiapa.

“Ia berlaku kerana kerjasama dan sikap saling menghormati di kalangan masyarakat setempat.

“Tiada sesiapa di sini pelik melihat wanita memandu kenderaan kerana ia memang satu keperluan di kawasan terpencil ini,” katanya.

Dulu, katanya, ramai wanita menggunakan unta sebagai alat pengangkutan.

“Kini keadaan sangat berbeza.

Bagi Sharira, 45, dia terpaksa belajar memandu kerana keadaan memerlukannya begitu.

Katanya, suaminya meninggal 10 tahun lalu dan terpaksa membesarkan dua anak perempuan

“Saya terpaksa belajar memandu dan apabila mahir, membeli lori pikap untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah serta ke kedai,” katanya. - Agensi


'Bunuh pembunuh'



2010/09/13

MANAMA: Warga Kuwait menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman mati atau penjara untuk tempoh lama ke atas pemandu yang membunuh seorang remaja Mesir sejurus dia tiba di Kuwait untuk meraikan Aidilfitri bersama bapanya.
Mangsa yang baru berusia 15 tahun dijemput bapanya di lapangan terbang bersama ibu dan adiknya pada subuh Aidilfitri pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, detik menggembirakan itu bertukar tragedi apabila kenderaan keluarga itu dilanggar sebuah kereta lain.

Saksi berkata, kereta terbabit membelok secara tiba-tiba selepas dipandu melulu oleh seorang pemuda yang keluar sejak awal pagi.

Sumber pula berkata, bapa mangsa berhenti di persimpangan untuk memberi laluan kepada kereta pemuda berkenaan yang dilihatnya dipandu secara berbahaya.

“Bagaimanapun, kereta itu terbabas dan melanggar kenderaan mangsa,” katanya.

Remaja terbabit terbunuh di tempat kejadian, manakala ibu dan adiknya parah.

Penulis blog, Abu Dhabi, berkata hukuman mati sesuai untuk pemandu itu.

“Kerajaan mesti memberi contoh kepada semua pemandu berbahaya,” katanya.

Seorang lagi penulis blog, Abu Adel, berkata hukuman mati mesti dikenakan sebagai langkah pencegahan mengelak insiden sama berulang.

Bagaimanapun, penulis blog lain, Shaqhan berkata dia yakin pemandu terbabit akan terlepas daripada sebarang hukuman kerana campur tangan politik

“Pada 1960-an dan 1970-an, kita tak pernah berdepan dengan masalah ini tapi kini ahli parlimen banyak campur tangan,” katanya. - Agensi

DUNIA


Suami tembak mati isteri kerana telur



BEBERAPA jiran dan rakan mangsa yang kena tembak berhimpun di lokasi kejadian di Jackson, Kentucky pada Sabtu lalu.



JACKSON, Kentucky - Seorang lelaki, Stanley Neace menembak mati isterinya yang didakwanya tidak memasak telur mengikut kemahuannya pada Sabtu lalu di timur Kentucky, Amerika Syarikat.
Stanley turut menembak mati anak tirinya dan tiga lagi jirannya sebelum menembak dirinya sendiri pada waktu pagi di lokasi beberapa buah kontena yang dijadikan rumah.
Seorang saudara dua mangsa yang mati ditembak, Sherri Anne Robinson berkata, beberapa saksi memberitahunya Stanley menjadi marah kerana isterinya tidak memasak telur untuk sarapan pagi mengikut kemahuannya.
Menurut Robinson, apabila isterinya melarikan diri ke sebuah kontena jirannya, Stanley mengekorinya sebelum isterinya itu ditembak mati.
"Dia (Stanley) marah pada isterinya kerana tidak menyediakan sarapan pagi yang betul menyebabkan dia menembak mati isterinya," kata Robinson.
"Isterinya cuba melarikan diri untuk memberitahu keluarga saya tetapi dia (Stanely) menembak dua anggota keluarga saya kerana mereka mengetahui cerita sebenarnya," jelas wanita itu. - AP


Sembelih jiran sedang zikir



2010/09/13

GRESIK: Ketika umat Islam Indonesia meraikan Aidilfitri dengan saling mengunjungi dan bermaaf-maafan, seorang lelaki sebaliknya bertindak nekad membunuh jirannya dengan amat kejam.
Abidin, 25, dikatakan membunuh Bahrul Ulum, 27, dengan menyembelihnya dari belakang ketika mangsa leka berzikir di sebuah masjid di Dusun Karanganyar, Dukun, Jawa Timur.
Suspek dipercayai menggunakan sabit ketika melakukan pembunuhan itu.

Menurut sumber, suspek nekad membunuh mangsa kerana berdendam dituduh merosakkan deretan kain tanda diletak di sepanjang laluan ke rumah mangsa.

Katanya, sebaik pembabitan Abidin diketahui, polis menahan dan membawanya ke ibu pejabat di Gresik bagi mengelak dia dibelasah penduduk kampung yang berang dengan kekejaman itu. - Agens

LUCU DAN TAK MUNASABAH

Dia menangis selepas puas di ranjang: Helen



2010/09/13

LONDON: Pelacur kedua yang terbabit dalam skandal seks Wayne Rooney, Helen Wood, berkata penyerang England dan Manchester United itu menangis dan rasa bersalah selepas memuaskan nafsu dengannya serta Jennifer Thompson.
Kata Helen, 23, Rooney juga mengeluh dan menyalahkan dirinya kerana mengadakan hubungan seks berkenaan.
“Ia berlaku hanya beberapa detik selepas saya dan Jennifer melayan Rooney di Hotel Lowry,” katanya.

Menurut ibu tunggal itu, Rooney memegang kepalanya dan berharap kejadian itu tidak berlaku ke atasnya.

Katanya, Rooney mungkin tidak terlalu kesal jika dia mempunyai teman wanita, tetapi Coleen adalah isterinya dan ketika itu dia hamil anak pertama mereka.

“Sambil menahan tangis, Rooney memujuk kami supaya merahsiakan kejadian itu atau rumah tangganya akan runtuh,” katanya.

Helen juga mendakwa dia tidak mengambil wang daripada Rooney sebagai upah, sebaliknya hanya Jennifer yang berbuat demikian. - Agensi

No comments:

Post a Comment