Wednesday, September 15, 2010

MALAYSIA BOLEH....NAPE LA SUSAH KITA NAK LAKSANA HUKUM ALLAH...JIKA KITA GUNA PAKAI HUKUM ALLAH... MALAYSIA ALLAH KURNIA RAHMAT DAN PERLINDUNGAN ALLAH SWT...XCAYA TANYA MUFTI2 ...DAN USTAZ2@ULAMAK2 YANG HEBAT DI MALAYSIA..


Guru kena 25 tahun


Oleh Rosli Abdul Jalil
bhnews@bharian.com.my
2010/09/16

ABDUL Wahid  dibawa keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Kuantan selepas  dijatuhi hukuman, semalam.
ABDUL Wahid dibawa keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Kuantan selepas dijatuhi hukuman, semalam.
Lelaki bersalah cabul pelajar 

KUANTAN: Seorang guru muzik dijatuhi hukuman penjara 25 tahun dan dua sebatan rotan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam kerana kesalahan melakukan seks luar tabii dan mencabul pelajarnya, tiga tahun lalu



Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Abdul Wahid Mohd Haneepa, 43, dari Perumahan Bukit Rangin di sini.Tertuduh yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen, dilepas dan dibebaskan sebanyak dua kali pada Mac lalu. 

Akhtar berkata, tertuduh tidak wajar dilepas dan dibebaskan kerana kesalahan dilakukannya sangat serius. 

Katanya, tertuduh yang bertugas sebagai seorang guru tidak sepatutnya mengambil kesempatan melakukan perbuatan keji berkenaan terutama terhadap muridnya. 

Abdul Wahid yang berkhidmat sebagai guru selama 16 tahun menghadapi tiga pertuduhan dengan sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di dalam bilik muzik sekolahnya pertengahan April, pada jam 5.30 petang. 
Bagi kesalahan terbabit, dia didakwa mengikut Seksyen 377 (c) Kanun Keseksaan dan dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan dua sebatan rotan. 

Tertuduh juga didapati bersalah kerana dua kesalahan mencabul mangsa sama pada awal April 2007 dan didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara lima tahun bagi setiap kesalahan. 

Bagaimanapun, Akhtar memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula semalam. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Law Chin How dan tertuduh diwakili peguam, Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.





Mualaf dituduh sebabkan kematian ustazah, anak


Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
tuty@bharian.com.my
2010/09/16

ALI TAN dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seremban selepas dituduh membunuh dua beranak, di Jalan Sutera Lama, Port Dickson, 3 September lalu.
ALI TAN dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Seremban selepas dituduh membunuh dua beranak, di Jalan Sutera Lama, Port Dickson, 3 September lalu.
Tiada pengakuan direkodkan daripada pemasang paip gas 

SEREMBAN: Seorang mualaf didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan membunuh seorang ustazah dan anak lelakinya di sebuah rumah flet di Port Dickson, awal bulan ini


Tertuduh, Ali Tan Abdullah, 34, menghadapi dua pertuduhan menyebabkan kematian Norliza Ishak, 35, dan anaknya, Amirol Ayman Mohd Yusoff, 10.Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga jiran mangsa. 

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Norliza di rumah bernombor B5-1-09B Flet Win Min, Pasar Baru, Port Dickson, antara jam 3.15 petang pada 2 September hingga 10.15 pagi pada 3 September lalu. 

Bagi pertuduhan kedua, Ali Tan yang bekerja sebagai pemasang paip gas syarikat minyak dan gas sekitar Port Dickson, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Amirul Ayman di lokasi, waktu dan tarikh sama. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum mati. 
Majistret M Mageshwary menetapkan 18 Oktober depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Port Dickson. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mahmud Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam John Fernandez. 

Sementara itu suami Norliza, Mohd Yusof Awang Besar, 37, ketika ditemui berkata, proses pengadilan diharap berjalan dengan sewajarnya hingga tertuduh menerima hukuman setimpal dengan perbuatan dilakukannya. 

“Saya tidak kenal tertuduh, tetapi akan terus mengikuti setiap perbicaraan kes ini dan akan hadir semula ke mahkamah pada 18 Oktober depan,” katanya yang terus pulang ke Kelantan sebaik pertuduhan kes itu selesai.






Mayat bayi dalam beg plastik ditemui


2010/09/16

SIBU: Mayat seorang bayi lelaki baru lahir yang dibungkus dalam kertas surat khabar ditemui dalam beg plastik hitam di satu lorong di kawasan Perumahan Taman Rajang, di sini, malam tadi. 

Jurucakap polis berkata, bayi terbabit ditemui oleh seorang wanita yang menjaja makanan ketika pulang dari warungnya dan melalui lorong itu, kira-kira jam 10 malam


Wanita terbabit kemudian kemudian menghubungi polis.Katanya, polis percaya mereka yang terbabit datang ke kawasan perumahan itu dan membuang bayi berkenaan secara tergesa-gesa berdasarkan kepada keadaan beg plastik itu yang koyak rabak, yang mendedahkan kandungannya yang kelihatan berlumuran darah. 

Sementara itu, dalam kes lain, Ketua Polis Sibu Asisten Komisioner Shafie Ismail menyuarakan kebimbangannya terhadap kes kecurian kabel yang semakin berleluasa di sini. 

“Banyak kabel di bangunan dan tiang telekomunikasi di sini yang dilarikan pencuri. 

“Sebanyak 36 kes dilaporkan bulan lalu manakala bulan ini sehingga semalam, jumlah kecurian menjangkau 12,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan pertandingan akhir nyanyian lagu-lagu Melayu dan Iban sempena Festival kedua Kuih bulan/tanglung Sibu, di sini, kelmarin. 
“Kita tahu identiti mereka yang terbabit dalam aktiviti curi itu dan sedang mengawasi mereka, beri kami sedikit masa untuk menahan mereka,” katanya yang percaya kegiatan berkenaan didalangi satu sindiket terancang. – BERNAMA




Doktor jadi mangsa sindiket tipu
Oleh Rashidi Karim 
bhnews@bharian.com.my
2010/09/16

Pengamal perubatan labur RM400,000 dalam skim Celcom I Talk-Prabayar 

KANGAR: Seorang pengamal perubatan antara 50 mangsa penipuan membabitkan nilai pelaburan dipercayai bernilai lebih RM4 juta menerusi skim dikenali ‘Celcom I Talk-Prabayar’ di sini, dan sekitar Kedah


Sindiket dipercayai didalangi dua lelaki masing-masing berusia 41 tahun menjanjikan keuntungan 10 peratus terhadap nilai pelaburan dalam tempoh 10 hari hingga menarik minat ramai individu menyertainya.Mangsa, Dr Hazlimi Salim, 45, berkata beliau melabur hampir RM400,000 menyertai skim terbabit selepas terpedaya dengan keuntungan mudah ditawarkan individu dikenalinya itu pada 2007. 

“Saya membuat lapan transaksi pemindahan wang ke dalam akaun bank salah seorang daripada dua individu berkenaan membabitkan jumlah RM385,000. Sebahagian besar wang terbabit saya peroleh menerusi pinjaman bank.

“Pada minggu pertama pelaburan bermula Mac 2007, mereka memasukkan keuntungan 10 peratus daripada jumlah pelaburan hingga menarik minat saya menambah jumlah pelaburan,” katanya ketika ditemui di cawangan New Straits Times Press (NSTP) Kangar, di sini, semalam. 

Bagaimanapun, katanya, beliau hanya menyedari menjadi mangsa penipuan berkenaan selepas dua bulan skim beroperasi apabila pihak penganjur gagal memasukkan keuntungan dijanjikan, malah dua penggerak utamanya menghilangkan diri dan gagal dihubungi. 
Sehubungan itu, katanya, beliau membuat dua laporan di Balai Polis Kuah, Langkawi iaitu pada 25 Oktober 2007 disusuli setahun kemudian pada 22 Oktober 2009 selepas tidak berpuas hati dengan proses siasatan terhadap laporan berkenaan. 

“Saya pernah menyiapkan laporan lengkap berhubung rasa ketidakpuasan hati terhadap proses siasatan di Langkawi bagi dihantar kepada Ketua Polis Negara, tetapi terbantut selepas dinasihatkan pegawai polis di Langkawi,” katanya. 

Dr Hazlimi yang mempunyai klinik sendiri di Langkawi berkata, sehingga kini beliau tidak mengetahui perkembangan kes itu walaupun maklumat lengkap, termasuk individu yang menganjurkan skim terbabit sudah diserahkan kepada pegawai penyiasat kes berkenaan.




Sekolah khas dibuka esok


Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
bhizar@bharian.com.my
2010/09/16

Remaja hamil boleh daftar

MELAKA: Sekolah Harapan khusus untuk remaja hamil yang sepatutnya dibuka kerajaan negeri hari ini, akan memulakan operasinya esok, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam


Beliau berkata, sekolah itu sepatutnya boleh dibuka pada tarikh dijadualkan, tetapi terpaksa ditunda disebabkan cuti umum sempena Hari Malaysia yang julung kali diraikan.Katanya, walaupun setakat ini masih belum mempunyai pelajar, dilengkapi kemudahan asrama itu tetap dibuka bermula jam 10 pagi esok.

“Sekolah ini akan memulakan operasinya dan sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan. Segala butiran diri dan maklumat pelajar yang mendaftar di sini akan dirahsiakan pengurusan sekolah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seri Bendahara, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Menyediakan sesi pembelajaran bagi pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima termasuk kemudahan khas bagi pelajar menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Setakat ini, sekolah terbabit mempunyai lima kakitangan iaitu seorang penyelia, pemandu dan tiga guru yang dipinjam daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). 
Kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 setahun untuk mengendalikan sekolah berkenaan membabitkan tempat tinggal, makanan dan minuman serta kos penjagaan bayi dilahirkan..

No comments:

Post a Comment