Sunday, September 12, 2010

SEPATUTNYA PERKARA BEGINI MENJADI IKTIBAR KEPADA PEMANDU2..AGAR BERHATI2 DIJALANRAYA

Maut nak tolong abang nahas

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
2010/09/18

KUANTAN: “Mereka bergegas ke Sungai Merbuk, Tanjung Pasir, Kuantan selepas menerima panggilan mengenai seorang lagi adik saya yang juga abang mereka kemalangan.
“Malangnya, abang mereka itu tidak apa-apa, tapi mereka pula yang meninggal dunia,” kata Marzuki Fauzi, 34, abang kepada dua beradik yang maut dalam kemalangan jalan raya berhampiran simpang jalan Felda Bukit Kuantan-Bukit Sagu, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa, Mohd Hamdan, 30, dan adiknya Mohd Farid,19, dari Felda Neram, Kemaman, Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pokok kelapa sawit lalu terhumban ke dalam gaung.

Seorang lagi penumpang yang juga adik-beradik mangsa, Masri, 29, yang duduk di tempat duduk belakang hanya cedera ringan.

Marzuki ketika dihubungi berkata, dia bertolak bersama tiga beradik itu menaiki kenderaan berasingan ke bandar selepas mendapat panggilan pada jam 4 petang yang memaklumkan seorang lagi adiknya, Mahathir, 32, ditimpa kemalangan di Sungai Merbuk.

“Kami bergegas ke tempat kejadian untuk melihat adik saya itu, namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan, tapi Mohd Hamdan dan Mohd Farid pula yang terbunuh,” katanya semalam.

Menurutnya, tiga beradik itu sepatutnya bertolak ke Kuala Lumpur pagi kelmarin kerana Mohd Farid, anak bongsu daripada 10 beradik, dijadualkan menghadiri temu duga kerja semalam.

“Tapi mereka seolah bertangguh untuk bertolak ke sana. Mulanya mereka kata akan bertolak sebelah pagi, kemudian selepas Zuhur, tapi tidak jadi juga, selepas itu kata hendak bertolak selepas Asar, namun tidak jadi juga.

“Ia seolah-olah menjadi petanda awal sebelum mereka pergi buat selama-lamanya,” kata anak keempat daripada 10 beradik itu.

Jenazah kedua-duanya selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Felda Neram, jam 10 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata siasatan awal polis mendapati tiga beradik berkenaan dalam perjalanan ke bandar Kuantan, namun ketika tiba di tempat kejadian, kereta Honda dipandu Mohd Hamdan hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan ketika melalui satu selekoh.

“Selepas terbabas, kenderaan itu melanggar beberapa pokok kelapa sawit sebelum terhumban ke dalam gaung berhampiran.

“Mohd Hamdan dan penumpang depan, Mohd Farid maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala dan badan selepas tersepit dalam kenderaan yang remuk itu,” katanya.

Menurut Mohamed Fauzi, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi menyiasat punca sebenar kemalangan dan kejadian disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Mohamed Fauzi berkata, seorang remaja terbunuh selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 17 Jalan Jerantut-Temerloh, dekat Temerloh, kelmarin

Empat maut tembung bas

Oleh Shahrul Nizam Mohamad

2010/09/13

KUANTAN: Dua pasangan suami isteri terbunuh ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri dalam dua dalam kemalangan ngeri di Pahang dengan satu pasangan maut dalam keadaan mengerikan apabila kedua-duanya terperosok di bawah bas ekspres dua tingkat Transnasional selepas kereta dinaiki dirempuh kenderaan berat itu di Kilometer 22.8, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat Gambang, awal pagi Jumaat lalu.
REMUK...keadaan kereta yang terperosok di bawah bas ekspres.
REMUK...keadaan kereta yang terperosok di bawah bas ekspres.


sebelum  -  selepas

NGERI...pegawai penyiasat polis  memeriksa kereta Proton Wira yang dinaiki Ahmad Indra dan isterinya. TRAGEDI...anggota bomba mengeluarkan mayat Ahmad Indra dan isterinya.



NGERI...pegawai penyiasat polis memeriksa kereta Proton Wira yang dinaiki Ahmad Indra dan isterinya.
Mayat mangsa, Ahmad Indra Sujud, 32, dan isterinya, Lans Koperal Zuraidah Mahmad, 31, terpaksa dikeluarkan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuantan serta Taman Tas dalam kejadian jam 3.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha berkata, Ahmad Indra yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), manakala isterinya yang juga anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang dalam perjalanan pulang ke kampung di Kuala Terengganu, Terengganu untuk menyambut Aidilfitri apabila terbabit dalam kemalangan itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Proton Wira yang dipandu Ahmad Indra dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang besi menyebabkan kenderaanya melintang di tengah jalan sebelum dirempuh bas ekspres berkenaan.

Zulkifli berkata, siasatan turut mendapati rempuhan kuat itu mengakibatkan kereta mangsa diseret sejauh kira-kira 20 meter.

“Pasangan itu yang belum dikurniakan cahaya mata meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

“Pada masa sama, sebuah kereta lain iaitu Nissan Sentra yang datang dari arah sama turut merempuh belakang bas berkenaan, tetapi pemandu serta penumpangnya tidak cedera.

“Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mayat pasangan suami isteri terbabit berikutan kereta mereka terperosok di bawah bas,” katanya

Dalam satu lagi kejadian di di Kilometer 358 Jalan Kuala Lumpur - Kota Bharu, dekat Raub, petang Khamis lalu, Adnan Ahmad, 43, dan isterinya, Adira Akhlak Ahmad, 36, berasal dari Ketereh, Kelantan, mati di tempat kejadian akibat cedera di kepala manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta Proton Waja dinaiki bertembung dengan bas ekspres.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, dua anak lelaki pasangan itu berusia 13 dan 14 tahun serta seorang anak perempuan berusia tujuh tahun cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Raub (HR).

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, berkata ketika kejadian, lima sekeluarga terbabit dalam perjalanan pulang ke kampung untuk bercuti menyambut hari raya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta dipandu Adnan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

Katanya, kereta mangsa remuk di bahagian depan menyebabkan pasangan suami isteri itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.

Wan Mohd Samsuddin berkata, bas ekspres terbabit tidak membawa penumpang manakala pemandunya, Mohamad Nor Hamidi Ismail, 35, dari Teluk Gadung, Klang, Selangor tidak cedera

2 comments:

  1. Salam..tgh dok cari news pasal kemalangan di Raub tu. Jadi singgah blog ni. Saya mmg lalu tpt xciden di Raub tu. Masa tu bomba tgh keluarkan mangsa tersepit kat bhgn dpn. Mmg ngeri tgk kereta yg remuk redam tu.
    Al-Fatihah utk semua mangsa

    ReplyDelete
  2. tk..jadi kita kne hati2 bila memandu...sabar dll..yang penting mohon perlidungan Allah..

    ReplyDelete