Tuesday, September 14, 2010

MACAM2..BOLEH TUMPANG2...LAH NI HUKUM ALLAH DILANGGAR SEMAHUNYA JE

Gagal lahir cucu Osama



2010/09/13

LONDON: Ibu tumpang yang mengandungkan cucu kembar Osama bin Laden mengalami keguguran.
LOUISE.
LOUISE.
Louise Pollard sudah 10 minggu hamil apabila kandungannya menerusi proses permanian berhadas menggunakan sperma anak Osama, Omar dan telur isterinya, warga Britain, Zaina, gugur. Louise mendakwa dia diserang dua lelaki ketika berjalan bersendirian dari sebuah kafe ke hotelnya di Syria.
Dia berada di negara itu bersama-sama Zaina.

Louise mendakwa, penyerang berkenaan menumbuknya dan kemudian melarikan diri, menyebabkan matanya lebam dan lengan dan kakinya calar-balar.

Louise, 24, yang berasal dari Bristol bagaimanapun berjaya berjalan pulang ke hotelnya sebelum pergi ke hospital.

Hasil pengimbasan yang dilakukannya menunjukkan dia keguguran kandungannya.

Tidak ada degupan jantung, kata Louise yang sebelum ini pernah melahirkan dua anak untuk dua pasangan suami isteri Britain.

Katanya, dia tidak tahu motif serangan berkenaan tertapi berkata, dia dikenali di United Kingdom dan Asia Barat selaku ‘Wanita Barat yang mengandungkan cucu Osama.’ Dia tidak melaporkan kejadian itu kepada polis dan dia juga tidak bercadang untuk cuba mengandungkan cucu Osama lagi, lebih-lebih lagi kerana Omar dan Zaina sudah bercerai.

Bagaimanapun, dia tetap menegaskan, keputusannya itu tidak ada kena mengena dengan Osama, lelaki yang paling dikehendaki di dunia.

“Saya berpendapat, walaupun hanya menjadi ibu tumpang, saya masih perlu memikirkan masa depan kanak-kanak itu.

“Ketika bersetuju menjadi ibu tumpang kepada anak Omar dan Zaina, saya hanya memikirkan untuk membantu satu keluarga bahagia yang mahukan anak

No comments:

Post a Comment