Sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berkata, artis itu tetap akan didakwa di mahkamah syariah walaupun lebih seminggu dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan.
Menurutnya, persediaan rapi sudah dilakukan untuk menghadapkan artis terbabit termasuk bersedia kemungkinan berdepan peguam dilantik artis terbabit,
KAJANG: Bekas isteri kepada pelakon dan pengacara popular AC Mizal mengaku dia mengetahui lelaki itu menerima pendapatan yang tinggi selepas media massa memberi liputan berhubung kekayaan dimiliki termasuk mempunyai beberapa kereta dan rumah mewah serta perniagaan.
Shafnie atau nama sebenarnya Shafnie Zainudin, 35, (plaintif) berkata demikian ketika memberi keterangan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, dalam perbicaraan kes permohonan penggubahan tuntutan nafkah dua anaknya daripada RM300 kepada RM3,770 sebulan daripada AC Mizal atau Mizal Zaini, 39.
Menjawab soalan balas peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal (defendan), plaintif juga mengaku mengetahui berhubung kemampuan AC Mizal hanya bersandarkan liputan media yang disiarkan serta Internet.
SITI: Dalam ikatan dokumen dikemukakan, kamu mendakwa AC Mizal mendapat kontrak Akademi Fantasia selama dua musim, adakah kamu lihat isi kandungan kontrak itu?
SHAFNIE: Tidak.
SITI: Kamu kata pendapatan AC Mizal sebanyak RM5,000 bagi setiap episod, bagaimana kamu tahu?
SHAFNIE: Saya diberitahu.
SITI: Siapa?
SHAFNIE: Oleh orang Astro juga.
SITI: Maksudnya kamu hanya mengetahui melalui apa diberitahu orang sahaja?
SHAFNIE: Ya.
SITI: Adakah orang yang beritahu itu adalah orang melaksanakan kontrak itu?
SHAFNIE: Tidak.
SITI: Setuju saya katakan dakwaan RM5,000 adalah melalui ‘dengar cakap’ sahaja?
SHAFNIE: Setuju.
SITI: Berapa episod kemunculan AC Mizal?
SHAFNIE: Saya tidak tahu.
SITI: Oleh kerana kamu tidak pasti berapa kali dia muncul, kamu tidak tahu berapa yang dia (AC Mizal) perolehi?
SHAFNIE: Tidak tahu.
SITI: Dalam keterangan, kamu mendakwa defendan mengalami peningkatan pendapatan kerana berlakon dalam 11 filem. Adakah dia berlakon watak utama?
SHAFNIE: Tidak.
SITI: Adakah kamu tahu berapa jumlah pendapatan yang defendan peroleh daripada filem dilakonkan?
SHAFNIE: Tidak.
SITI: Kamu mengatakan tidak tahu, jadi bagaimana kamu tahu dia (AC Mizal) mempunyai pendapatan yang tinggi?
SHAFNIE: Dia (AC Mizal) sering ‘menyiarkan’ di media mengatakan dia mempunyai kereta mewah, rumah mewah dan perniagaan. Cuma mereka yang benar-benar kaya mempunyai semua itu.
SITI: Adakah kereta dan rumah itu atas nama defendan?
SHAFNIE: Saya tidak tahu.
Dalam keterangannya juga, Shafnie yang diwakili peguam syarie Mohd Ridhuan Husin tegas mengatakan bahawa insurans pendidikan dan dana pendidikan dituntut untuk dua anaknya adalah keperluan asasi dan wajar dibayar oleh AC Mizal.
SITI: Setuju saya katakan bahawa dalam Islam, bekas suami hanya wajib menyediakan tempat tinggal, makan dan minuman, pendidikan serta pakaian?
SHAFNIE: Setuju.
SITI: Setuju bahawa hiburan dan cuti bukan nafkah dituntut dalam Islam?
SHAFNIE: Setuju.
SITI: Insurans pendidikan dan dana pendidikan juga bukan keperluan asasi malah jika tidak diambil anak-anak masih boleh belajar?
SHAFNIE: Ya saya setuju anak-anak masih boleh belajar tetapi saya tidak setuju ia bukan keperluan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah bersambung 12 Oktober ini.
Raja Azura nafi hadir ke mahkamah syariah
2010/10/05
Sambil menyifatkan berita itu sebagai tidak benar, dia sebaliknya berkata, dia berada di kompleks beli-belah Mid Valley bersama-sama anaknya, Megat Muhammad Raziq, 7, Megat Luqman Hakim, 6, dan Puteri Mia Maizura, 4.
“Tak ada semua itu (pergi ke mahkamah)... tak ada. Saya ke Mid Valley bersama anak-anak membeli baju,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Menurutnya, sejak kelmarin, dia dihujani panggilan telefon daripada pelbagai wakil media untuk bertanyakan kesahihan cerita itu, namun tidak dapat dihubungi kerana sibuk. “Dari semalam (kelmarin), ramai yang cuba menghubungi saya berhubung perkara ini. Saya sibuk kerana perlu ke Genting Highlands bagi membuat penggambaran program televisyen.
“Suami (Adzmin Tan Sri Osman, 37) pula berada di Alor Setar atas urusan kerja,” katanya. Raja Azura berkata, dia mengambil langkah tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa ini demi menjaga keharmonian hidup mereka sekeluarga di samping mengelak gangguan terhadap perjalanan kariernya
KAJANG: Pengacara program komedi, Ahmad Azahari Mohamad Ali yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) minggu lalu selepas disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita di sebuah apartmen di Ampang, hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, di sini, semalam.
Ahmad Azahari adalah pengacara program Bang Bang Boom hadir ke pejabat agama ditemani seorang rakannya selepas dipanggil untuk disoal siasat berhubung dakwaan yang dikenakan terhadapnya itu.
Dia tiba pada jam 10 pagi sebelum beredar pada jam 12 tengah hari.
Sabtu lalu, Harian Metro menyiarkan laporan berhubung seorang pengacara rancangan televisyen berusia 27 tahun ditahan Jais kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita berusia 27 tahun serta masih berstatus isteri orang.
Dalam laporan itu, pengacara itu mendakwa tidak melakukan sebarang perbuatan melanggar hukum agama sebaliknya hanya membantu wanita itu mengemas barang kerana mahu ke Kota Kinabalu, Sabah
SOSEH SOSEH: Artis minat kaum sejenis
2010/10/04
SS tidak menghalang artis mempunyai fb atau laman blog sendiri tetapi biarlah mereka tahu menjaga tatasusila agar tidak disalah erti.
Namun, cerita yang ingin SS sampaikan kali ini sebenarnya mengenai status seorang artis lelaki yang masih diragui. SS pernah terdengar cerita yang sama sebelum ini tetapi SS tidak terlalu mempercayainya.
SS tumpang gembira bila artis ini pernah mengaku dilamun cinta. SS ingatkan cerita statusnya habis di situ tetapi rupanya cerita lama masih belum tutup buku.
Ada rakan SS sampaikan artis ini dikatakan masih dengan status lama atau maksud lebih jelas, dia masih berminat dengan kaum sejenis!
No comments:
Post a Comment