Isteri Gugur, Hasrat Ady Putra Dapat Bayi Kembar Tiga Musnah
PETALING JAYA: Hasrat pelakon Ady Putra untuk bergelar bapa tidak kesampaian apabila isterinya Aida Yusof yang mengandung kembar tiga mengalami keguguran buat kali keempat, tiga hari lalu.
Keguguran itu berlaku ketika kandungan Aida baru masuk tiga bulan.
Menurut Ady yang ditemui di Menara Star, Khamis, berita itu amat menyedihkannya kerana sebelum ini sudah tiga kali dia dan isteri diuji dengan kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, berita tersebut tidak membuatkan pelakon filem Hanyut itu kecewa dan luluh hati kerana dia semakin tabah dan kuat selepas beberapa kali hasratnya untuk bergelar bapa tidak menjadi kenyataan.
"Ini semua sudah tertulis dan ketentuan tuhan. Sebagai hambanya, saya reda dan menerima berita itu dengan hati terbuka. Saya memang bersedih tetapi tidak sampai ke tahap kecewa atau luluh.
"Memandangkan sudah tiga kali isteri saya mengalami keguguran sebelum ini, jadi untuk kali ini saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Kalau ada rezeki, memang saya terima sepenuh hati tapi kalau memang belum rezeki, saya terimanya dengan hati yang terbuka," katanya yang telah berkahwin dengan Aida selama empat tahun.
Mengulas tentang keguguran yang dialami isterinya itu, Ady berkata, perkara itu berlaku disebabkan oleh faktor kandungan yang tidak kuat.
"Mujur juga ia gugur secara keseluruhan, di mana gumpalan daging yang baru berusia tiga bulan itu jatuh sepenuhnya.
"Jika tidak, mungkin isteri saya akan lebih sakit lagi sebab terpaksa melalui pelbagai proses rawatan susulan. Ketika kejadian itu, saya memang kebetulan berada di rumah. Jadi, keadaan lebih terkawal dan dapat hantar isteri ke hospital secepat mungkin. Dia kini berehat di rumah," katanya.
Ady dan isterinya menjalani kaedah persenyawaan luar rahim ataupun In vitro Fertilization (IVF) selepas mereka gagal mendapat anak sejak sekian lama
Ashraf Muslim Jelaskan Gosip Bercinta Dengan Linda Hashim
KUALA LUMPUR: Pelakon Ashraf Muslim menafikan khabar angin yang mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan dramatis Linda Hashim.
Kata Ashraf, dia dan Linda hanya sekadar teman rapat iaitu ketika sama-sama menjayakan sebuah drama berjudul Gerakan Marin dan hanya bertemu ketika di lokasi penggambaran sahaja.
"Saya dan dia hanya sebagai rakan artis, tidak lebih dari itu. Kami berlakon bersama dalam drama Gerakan Marin beberapa bulan lalu.
"Memang ketika penggambaran kami rapat seperti pelakon-pelakon yang lain juga, namun selepas habis penggambaran kami tidak pernah berjumpa," jelasnya yang telah menunaikan umrah hujung Ramadan lalu.
Dalam pada itu, Ashraf mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa selepas berpisah dengan pelakon Sherry Ibrahim tahun lalu.
"Bukan saya memilih tapi saya belum jumpa yang benar-benar membuatkan hati saya terbuka semula untuk bercinta. Selain itu saya juga kini lebih fokus kepada kehidupan sebagai seorang muslim.
"Siapa yang tidak mahu bercinta tapi biarlah ia datang sendiri, semasa di Tanah Suci, Mekah, ada juga saya meminta agar dipermudahkan perjalanan dan dipertemukan dengan seorang perempuan yang solehah untuk dijadikan isteri," katanya.
Bercerita tentang pengalaman ketika mengerjakan umrah, Ashraf memberitahu banyak pengalaman menarik sepanjang berada di sana.
"Banyak peristiwa yang memberi kesedaran kepada saya sepanjang di Tanah Suci. Kita dapat lihat semua orang di sana benar-benar ingin menunaikan ibadat.
"Ada juga peristiwa yang memberi keinsafan kepada saya sebagai hambanya, saya dapat lihat kebesaran Allah di depan mata dan rasa terlalu kerdil," katanya ketika ditemui baru-baru ini
Perbuatan Khianat Buat Almy Nadia Mahu Bersara Jadi Pelakon
PELAKON Almy Nadia Aminuddin Shah atau Almy Nadia mengakui hipokrasi yang bermaharajalela dalam dunia seni tanah air membuatkannya kecewa sehingga pernah terfikir untuk kembali menjalani kehidupan normal sebagai masyarakat biasa.
Menurut Almy, walaupun dia sayangkan bidang lakonan dan percaya masih banyak perkara yang mampu dikecapinya dalam bidang ini tetapi beberapa hal yang berlaku membuatkan gadis berusia 24 tahun ini jemu dengan status kehidupan glamor.
"Ada waktunya saya betul-betul terfikir untuk berundur diri dan berhenti berlakon saja selepas apa yang berlaku dalam hidup saya sejak bergelar pelakon.
"Beberapa perkara besar yang terlalu peribadi untuk dihuraikan berlaku kepada saya membuatkan saya jemu dan tak berdaya untuk terus menghadapinya," katanya.
Almy lantas diminta untuk mengulas perkara-perkara yang dimaksudkannya itu dengan lebih terperinci tetapi sekadar menjawab beberapa perkara tersebut adalah hal yang berkaitan dengan periuk nasi dan karier lakonannya.
"Sepanjang bergelar pelakon selama hampir lima tahun ini, saya tidak pernah kacau atau ganggu orang lain tetapi saya pelik tetap ada individu dan pihak lain yang sentiasa tak berpuas hati atau dalam istilah kasarnya ingin melihat saya 'jatuh'.
"Bukan saja ada pihak yang sengaja menabur fitnah dan menokok-tambah sesuatu cerita untuk mencalar reputasi saya. Malah ada juga yang lebih berani hingga sanggup melakukan perbuatan 'khianat'.
"Saya mencuba nasib di dalam bidang ini untuk mencari rezeki dengan bakat dan peluang yang ada dan langsung tiada niat lain. Jika hal begini berterusan, lebih baik saya kembali semula kepada kehidupan lama saya saja. Mungkin tidak senikmat seperti apa yang saya kecapi hari ini tetapi sekurang-kurangnya hidup saya lebih tenang," katanya.
Ditanya adakah dia benar-benar nekad dengan keputusannya itu, Almy berkata, sekiranya tawaran lakonan yang diterima terus tidak meyakinkan dan 'kekusutan' yang bersarang kian membelenggu, mungkin dia tidak akan ragu-ragu mengambil keputusan itu kelak
Balu M.Rajoli Terima Sumbangan RM5,000
KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK)menyerahkan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada keluarga pelakonveteran, Allahyarham M.Rajoli yang meninggal dunia pada 17 September lalu.
Timbalan Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Mohammed Mohd. Daud berkata,sumbangan yang diberikan itu adalah sebagai penghargaan Allahyarhamyang sudah terbabit dalam bidang seni untuk tempoh yang cukup lama.
"Seperti yang semua sudah sedia maklum, jasa Allahyarham sepanjangpembabitannya dalam dunia lakonan cukup bermakna dan kehilangan beliaumemang amat dirasai oleh penggiat seni tanah air.
“Saya menyifatkan beliau seorang individu yang sentiasa ceria dan mesraserta mudah didekati," ujarnya ketika menyampaikan sumbangan kepadabalu Allahyarham, Hashimah Mohd. Din, Khamis.
Allahyarham M. Rajoli atau nama sebenarnya Mohd. Rajoli @ Mohd. RajabMohamed meninggal dunia pada di Hospital Ampangsetelah tiga tahun menderita akibat menghidap kanser kelenjar otak.
Menurut Mohammed, sumbangan yang disampaikan itu adalah melalui TabungKebajikan Penggiat Seni yang telah ditubuhkan tiga tahun lalu denganjumlah peruntukkan sebanyak RM 3 juta untuk tabung berkenaan.
Katanya, tabung tersebut tidak hanya terhad kepada artis sahaja,tetapi mana-mana individu yang terbabit dalam semua cabang seni layakuntuk menerima sumbangan atau bantuan melalui tabung berkenaan.
Sementara itu, balu Allahyarham, Hashimah ketika menerima sumbangantersebut meluahkan rasa syukur dan terharu kerana masih ada lagipihak yang tetap mengingati jasa suaminya itu.
"Inilah sumbangan pertama yang diterima selepas Allahyarham meninggaldunia dan wang ini akan digunakan untuk perbelanjaan harian danbelanja untuk mengadakan kenduri tahlil," katanya
Jesyntha Yang Diburu Polis Berhubung Kes Sosilawati Serah Diri
KUALA LUMPUR: Jesyntha Clarene Isreal yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, Khamis menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini.
Menurut laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jesynthamenyerah diri dengan ditemani oleh peguamnya kira-kira pukul 5 petang Khamis sebelum ditahan polis.
Baru-baru ini, PDRM melalui laman Facebooknya itu mendedahkan maklumatmengenai wanita tersebut yang berusia 27 tahun kepada umum kerana dipercayaimampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggiitu.
Media tempatan turut melaporkan bahawa Jesyntha difahamkan merupakan isterikedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam tersebut yang dikatakanmengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44;pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad KamilAbdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan keBanting untuk urusan jual beli tanah.
Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspekuntuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu. - BERNAMA
Menurut laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jesynthamenyerah diri dengan ditemani oleh peguamnya kira-kira pukul 5 petang Khamis sebelum ditahan polis.
Baru-baru ini, PDRM melalui laman Facebooknya itu mendedahkan maklumatmengenai wanita tersebut yang berusia 27 tahun kepada umum kerana dipercayaimampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggiitu.
Media tempatan turut melaporkan bahawa Jesyntha difahamkan merupakan isterikedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam tersebut yang dikatakanmengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.
Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamarudin Shamsudin, 44;pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad KamilAbdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan keBanting untuk urusan jual beli tanah.
Berikutan kehilangan keempat-empat individu itu, polis menahan lapan suspekuntuk membantu siasatan kes berkenaan pada 9 dan 10 September lalu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment