SUGUL...reaksi Raja Azura ketika ditemubual, semalam.
Malah, katanya, bapanya pun mahu mereka rujuk semula dan segala-galanya kini terpulang kepada Adzmin.
“Adzmin minta ruang untuk berfikir kerana andai masih ada jodoh antara kami, kami berharap perkara (perceraian) itu tidak berlaku lagi. Namun, sekiranya ikatan kami sebagai suami isteri terpaksa juga berakhir, saya reda.
“Tiada masalah antara kami dan Adzmin pun seorang suami serta bapa yang baik. Tidak pernah dia berkasar dengan saya dan kami saling memahami. Cuma apabila ada perkara yang membabitkan hati dan perasaan, ia membuatkan saya sangat terluka serta hilang kepercayaan kepadanya,” katanya ketika ditemui di Pusat Penyiaran Asia, Bukit Jalil, di sini, semalam.
Menurut Kak Engku, ketika Adzmin melafazkan talak satu pada 28 September lalu, dia menangis kerana sedih, tetapi terpaksa juga mengambil keputusan bercerai demi kebaikan. “Ada ketika perpisahan itu menerbitkan rasa rindu dan kasih sayang semakin kuat. Mungkin bekas suami akan teringatkan masakan bekas isterinya. “Sepanjang sembilan tahun berumah tangga, kehidupan saya hanya tertumpu kerja, suami dan anak. Meskipun banyak bekerja di luar rumah, hati saya tidak pernah terbuka kepada lelaki lain. Saya ini jenis apabila sayangkan seseorang, saya akan menyayanginya sampai bila-bila,” katanya.
Beliau berharap Adzmin akan menyedari kesilapannya dan sedia bersamanya semula. “Selepas terlerainya ikatan sebagai suami isteri, kami berjanji untuk menjadi rakan karib dan saya tidak berhasrat memisahkan anak dengan bapa mereka. “Kami bersetuju untuk menjaga anak bersama-sama kerana tidak mahu mereka terasa kehilangan kasih sayang seorang bapa dan walaupun hari ini (semalam) sudah 10 hari kami bercerai, anak-anak masih tidak tahu dan saya minta guru di sekolah tidak bertanyakan perkara itu kepada mereka. Biar mereka menjalani rutin seharian seperti biasa,” katanya. Kak Engku berkata, pada hari perceraian itu mereka pergi dan balik dari mahkamah bersama dan sempat pergi ke pusat beli-belah SACC di Shah Alam untuk membeli seterika. “Kami jalan berpegangan tangan dan rasa sangat bahagia. Saya tahu dia masih sayangkan saya cuma keadaan membuatkan kami terpaksa mengambil jalan untuk berpisah. “Kepada mereka yang menjadi punca keretakan rumah tangga kami, saya maafkan dan tidak berdendam. Saya percaya Allah SWT tidak akan mungkir janji dengan pasti ada pembalasan kepada setiap perbuatan kita,” katanya
BACHOK: “Saya melihat anak sulung dan bongsu kami sedang terkapai-kapai seolah-olah sedang lemas menyebabkan suami terus berlari ke dalam air untuk menyelamatkan mereka.
SEBAK...Zainab (bertudung biru) melihat mayat anaknya, Fadilah semalam.
CARI...anggota bomba unit penyelam meneruskan usaha mencari dua lagi mangsa.
Zainab berkata, ketika kejadian, anak keduanya, Noradawiyah, 8, sedang berenang di tepi pantai menyebabkan dia terus menarik anaknya itu untuk mengelak perkara buruk berlaku.
“Saya berjaya menariknya kerana dia dekat dengan pantai. Saya hanya mampu melihat kedua-dua anak yang terkapai-kapai itu dari jauh sebelum mereka dan suami hilang sekelip mata,” katanya.
Ketika kejadian kira-kira jam 4.30 petang, dia dan suami berada di tepi pantai sambil mengawasi anak mereka, sedang mandi di pantai berkenaan.
Tidak lama kemudian, mereka melihat Fadilah Aisyah dan Mohd Nor Haziq terkapai-kapai meminta tolong di laut sebelum anak bongsunya hilang daripada penglihatan.
Menurut Zainab, suaminya yang panik terus meluru ke arah Fadilah Aisyah yang berada agak jauh dari tepi pantai.
Katanya, sebaik Nordad tiba di tempat anaknya, dia melihat arus deras datang secara tiba-tiba lalu menghanyutkan dua ahli keluarganya itu.
“Kami sekeluarga ke pantai ini untuk berkelah bersama ahli keluarga lain dan sampai kira-kira jam 2 petang.
“Semua anak saya bersama tiga lagi saudara mereka terus ke pantai untuk mandi sebelum menjamah makanan. Kemudian, sekali lagi mereka ke pantai untuk mandi sebelum berlakunya kejadian ini,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Yuzaini Ahmad Kamil berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai kira-kira jam 4.37 petang dan tiba ke tempat kejadian 10 minit kemudian
Katanya, enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bachok bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota skuad skuba Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu.
“Pada jam 5.52 petang, pasukan penyelamat hanya berjaya menemui seorang mangsa, iaitu seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Fadilah Aisyah,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, sehingga jam 7 malam semalam, dua lagi mangsa masih gagal ditemui dan operasi mencari akan diteruskan hari ini.
Bienda ada sebab rahsia akad nikah
2010/10/09
“Saya juga terpaksa merahsiakan tarikh majlis pernikahan dan lokasi majlis akad nikah itu berlangsung, baru-baru ini. Saya merahsiakan bukan sebab saya berkahwin dengan suami orang kerana suami saya berstatus bujang. “Saya juga ada sebab tersendiri untuk merahsiakannya dari pihak media dan peminat,” kata penyanyi, Bienda ketika mengulas mengenai majlis pernikahannya dengan produser program Primeworks Studios, Kamarul Zariman Abd Rahman yang berlangsung secara rahsia.
Bagaimanapun, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 25, sedia berkongsi maklumat lain berhubung majlis pernikahannya dengan Kamarul.
“Dengan dua kali lafaz, saya sah bergelar isteri Kamarul. Pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 dan saya juga menerima wang hantaran RM11,111.11 sen dari pihak lelaki. Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan,” katanya. Bienda ditemui di majlis persandingannya bertemakan Arab dan Bollywood di Ideal Convention Centre, Taman Prima Selayang, di sini, malam tadi.
Kata anak penyanyi dangdut, Sheeda ini juga dia tetap mengundang media pada majlis persandingannya pada malam itu, sekali gus meraikan hari bersejarahnya.
“Terus terang, saya sudah lama menantikan detik indah bergelar isteri. Saya sudah berkawan dengan Kamarul lebih tiga tahun, tapi saya tidak mahu menguar-uarkan pada media selagi hubungan itu belum pasti.
“Pada malam ini saya gembira untuk memperkenalkan suami saya kepada media dan peminat. Saya juga tetap berdebar menjalani detik bergelar isteri Kamarul,” katanya.
Pada majlis itu, Bienda yang tampil jelita berkata, dia dan suami memilih destinasi Eropah untuk berbulan madu. “Soal anak pula, kami bersedia untuk mempunyai anak pada bila-bila masa. Jika ada rezeki, kami berdua ingin mempunyai anak ramai kerana suka pada kanak-kanak,” katanya
No comments:
Post a Comment