Tuesday, October 5, 2010

MANUSIA TAK MENGAKU LEMAH...MALAHAN SOMBONG..TAK TAKUT DOSA DAN HUKUM...KERANA IKUTKAN HATI DAN NAFSU

Ugut bakar isteri kedua

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

2010/10/06

KUALA LUMPUR: Rahsia perkahwinan pertama yang terbongkar dan perebutan anak menyebabkan seorang lelaki berusia lewat 30-an bertindak di luar kawalan apabila menyimbah petrol serta mengugut mahu membakar isteri keduanya hidup-hidup, kelmarin.
Difahamkan, suspek mendirikan rumah tangga dengan wanita itu sejak dua tahun lalu, namun sepanjang setahun pertama perkahwinan mereka, mangsa yang berusia 26 tahun tidak tahu suaminya sudah mempunyai isteri serta enam anak.

Bagaimanapun, keadaan berubah apabila perkahwinan mereka memasuki tahun kedua selepas wanita itu mengetahui dia isteri kedua.

Menurut sumber, sejak rahsia itu terbongkar pasangan terbabit sering bertengkar dan suspek sering memukul wanita itu menyebabkan dia membawa anak tunggalnya berusia setahun keluar dari rumah serta tinggal di rumah kakaknya di Cheras, di sini.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin, suspek pergi ke rumah kakak iparnya dan meminta mangsa menyerahkan semula anak mereka.

“Akibatnya, berlaku lagi pertengkaran. Kali ini suspek seperti hilang kawalan mengugut membakar semua barang di rumah itu dan mangsa ditampar beberapa kali,” katanya

Menurutnya, apabila kakak mangsa dan ahli keluarganya campur tangan bagi mengelakkan mangsa terus dikasari, suspek semakin berang, lantas mengugut untuk membakar isteri keduanya itu.

“Suspek pergi ke kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah kakak mangsa sebelum berpatah balik dengan memegang sebuah botol. Suspek menyimbah cecair dipercayai petrol ke arah mangsa sambil berteriak mahu membakar isterinya hidup-hidup,” katanya

Sumber itu berkata, keadaan tegang itu bagaimanapun berjaya ditenangkan ahli keluarga mangsa selepas mengancam hendak menghubungi polis jika suspek berkeras untuk meneruskan niatnya.

Menurutnya, suspek meninggalkan kawasan itu, namun mengugut tidak akan membiarkan isteri keduanya itu hidup tenang.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields semalam, sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.



Isteri kedua suspek

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Firdaus Ibrahim

2010/10/06

KUALA LUMPUR: Wanita dikehendaki, Jesyntha Clarene Isreal, 27, yang dipercayai mampu menyelesaikan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosila wati dan tiga individu lain dikatakan sedang menyembunyikan diri daripada dikesan pihak berkuasa.
Dia yang juga isteri kedua kepada seorang suspek kes pembunuhan kejam itu dikatakan mengetahui perancangan dan kejadian pembunuhan berkenaan.

Sumber polis berkata, wanita terbabit adalah individu yang mengetahui mengenai perancangan dan kejadian pembunuhan kejam itu.

“Dia (Jesyntha) yang mengetahui dirinya sedang diburu pihak berkuasa meninggalkan rumahnya di Banting dan bersembunyi di lokasi yang masih belum diketahui,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya.

Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.

Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791

Selain itu, mereka yang inginkan keterangan lanjut mengenai wanita terbabit boleh melawat laman sosial rasmi PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.

 PADAH YANG DICARI...

Penjara seumur hidup

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah

2010/10/06

SHAH ALAM: “Kamu sengaja memenjarakan diri sendiri dengan melakukan perbuatan ini.
“Kesalahan kamu ini seperti orang yang langsung tiada pegangan agama,” kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaki Mohd Yasin selepas menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan terhadap tiga lelaki selepas mengaku salah menculik dan merogol pelajar berusia 18 tahun, di sini, lapan tahun lalu. Juruteknik, Norazly Alias, 30, Norlizan Miswan, 29, (kerani) dan Arwin Ahmad, 35, (jurujual) sebelum ini meminta dibicarakan tetapi memilih untuk menukar pengakuan mereka selepas mahkamah mendengar keterangan 11 saksi pendakwaan.
Sehubungan itu, dalam prosiding semalam, mahkamah memerintahkan hukuman terhadap mereka bertiga bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 26 November 2002.

Mereka dihukum penjara seumur hidup dan lima rotan untuk kes culik.

Bagi kesalahan merogol, Norazly dan Arwin dipenjara 20 tahun dan 10 sebatan, manakala Norlizan menerima hukuman 10 tahun dan lima sebatan. Mahkamah juga mengarahkan hukuman bagi kesalahan culik berjalan serentak dengan hukuman kesalahan merogol. Zaki ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, tertuduh sepatutnya boleh dihukum gantung sampai mati kerana perbuatan mereka terlalu serius selain meninggalkan kesan mendalam terhadap mangsa.

“Sebelum tidur, cuba kamu muhasabah diri kerana perbuatan kamu ini amat keji. “Semuanya (tertuduh) adalah anak sulung. “Saya tidak tahu apa yang kamu fikirkan (pada masa itu). Kamu patut fikirkan mengenai adik-beradik kamu,” katanya. Mengikut tuduhan, mereka didakwa menculik gadis berkenaan bagi mendapatkan wang tebusan RM250,000 di Bulatan Melawati, di sini, jam 6.15 petang, pada 20 November 2002.

Bagi tuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Norazly dan Arwin turut didakwa atas dua tuduhan merogol pelajar itu di rumah nombor 25, Jalan Sri Perkasa 2/6, Taman Tampoi Utara, Tampoi, Johor Bharu antara 12.30 tengah malam dan 8 pagi pada 21 November 2002.

Sementara itu, Norlizan didakwa merogol mangsa di rumah nombor 23, Jalan Pertanian, Taman Desa Rahmat, Tampoi, Johor antara jam 4 dan 6 pagi, pada 25 November 2002. Tuduhan merogol dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Mangsa yang kini berusia 26 tahun dilihat meninggalkan mahkamah sebaik prosiding selesai. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin membantah rayuan mengurangkan hukuman oleh tertuduh kerana walaupun itu jenayah pertama perbuatan mereka, ia meninggalkan kesan buruk kepada fizikal dan emosi mangsa. Pada prosiding semalam, Norazly diwakili peguam bela V Rajehgopal, Norlizan oleh V Ayasamy, manakala Arwin diwakili oleh Sreekant Pillai. Mangsa yang kini berusia 26 tahun dilihat meninggalkan mahkamah sebaik saja selesai prosiding kes itu.



NEGARA


Kalungan bunga tanda 'nak'


SEBAHAGIAN daripada 19 GRO warga China yang ditahan dalam serbuan di Jalan Jejaka, Taman Maluri, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR - Pegawai khidmat pelanggan (GRO) semakin ligat memikirkan cara terbaru untuk menarik minat pelanggan melakukan seks meskipun mereka sedar kegiatan mereka itu bakal mengundang padah jika diserbu pihak berkuasa.
Terbaru, GRO di sebuah pusat hiburan di Jalan Jejaka 7, Taman Maluri, Cheras di sini menjadikan kalungan bunga sebagai tanda bahawa pelanggan yang datang ke premis itu bersedia untuk mendapatkan khidmat mereka.
GRO tersebut akan menjaja bunga tersebut dari meja ke meja dengan harga RM10 setiap satu dan seterusnya boleh melakukan hubungan seks dengan bayaran serendah RM50


NEGARA


Taska haram punca kes dera


TIDAK ramai ibu bapa yang mengetahui bahawa taska di Bandar Sri Mahkota, Cheras ini beroperasi secara haram.


KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, sebanyak 2,077 pusat asuhan kanak-kanak atau taska di negara ini didapati beroperasi secara haram. Jumlah itu mewakili 80 peratus taska yang terdapat di Malaysia.
Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zaitol Salleh berkata, 12 kes kematian kanak-kanak di taska haram dalam tempoh hampir dua tahun kebelakangan ini membuktikan kewujudan taska haram tidak boleh dibiarkan.

Beliau berkata, antara punca kematian mangsa ialah tercekik susu atau makanan, kurang pengawasan pengasuh, terjerut atau terjatuh dari buaian serta mengambil kanak-kanak dalam nisbah yang terlalu ramai.
“Kita sangat bimbang kerana pihak taska melatih pengasuh yang tidak terlatih malah rata-rata spesifikasi taska tidak menepati piawaian keselamatan JKM,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.




TEKTIK DAH LAMA BUKAN BARU



NEGARA


Gores dan menang taktik baru


CHE Halim (duduk tengah) menunjukkan risalah kertas gores dan imbas pada sidang akhbar di pejabatnya di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Sindiket gores dan menang di bandar raya ini semakin licik dengan menggunakan taktik baru iaitu kaedah imbas dan menang untuk memperdayakan mangsa.
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri Johor, Che Halim Abd. Rahman berkata, sindiket tersebut turut menjadikan warga Singapura sebagai mangsanya.
"Sindiket ini menggunakan taktik terbaru, namun modus operandi hampir sama dengan gores dan menang.
"Mangsa biasanya terpedaya apabila pekerja terbabit menunjukkan hadiah utama berupa kereta mewah dan gambar-gambar pemenang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


NEGARA


Chef hotel 5 bintang didakwa berkhalwat


RIZANA menutup mukanya dengan kertas selepas dituduh berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat semalam.


KAJANG – Seorang eksekutif chef sebuah hotel lima bintang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini semalam atas tuduhan berkhalwat dengan seorang wanita pada April tahun lalu.
Djohan Mohd. Radzi, 42, bersama pasangannya, Rizana Ahmad Rithauddeen, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah.
Pasangan berkenaan memohon kepada mahkamah menangguhkan prosiding tersebut supaya memberi ruang kepada mereka untuk urusan melantik peguam.
Abdul Halim kemudiannya memutuskan 8 Februari tahun depan untuk sebutan semula kes tersebut.
Beliau turut memerintahkan mereka berdua membayar jaminan sebanyak RM2,500








NEGARA


GRO cuba lari dicekup patah kaki terjun hotel


SEORANG GRO warga China yang patah kaki dan terseliuh pinggang selepas terjun dari tingkat satu sebuah hotel menerima rawatan di dalam ambulans di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Tindakan nekad seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China terjun dari tingkat satu sebuah hotel di Jalan Sri Cemerlang di sini kerana mahu meloloskan diri daripada pihak Imigresen menyebabkan kakinya patah dan terseliuh di bahagian pinggang.
Dalam serbuan oleh sepasukan pegawai Jabatan Imigresen Kelantan kira-kira pukul 11 pagi semalam, GRO yang berusia 37 tahun itu pada mulanya ditahan dalam keadaan separuh bogel di dalam bilik hotel tersebut.
Wanita itu kemudiannya meminta kebenaran untuk ke tandas bagi menukar pakaiannya sebelum bertindak terjun dari tingkat satu hotel itu.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd. Hasimi Musa berkata, GRO itu telah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Kami turut menyerbu sebuah lagi bilik dan berjaya menahan dua orang GRO yang juga berasal dari negara China, masing-masing berusia 22 dan 30-an.
"Kedua-duanya adalah rakan kepada wanita yang terjun dari tingkat satu tersebut dan mereka yang menginap di hotel itu sejak 23 September lalu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial," katanya ketika ditemui semalam

No comments:

Post a Comment