Sunday, October 3, 2010

SUAMI OH SUAMI

'Cerita Joey hanya dusta'

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my
2010/10/04

KUALA LUMPUR: “Apa yang diceritakan dan segala kenyataannya adalah dusta. Terhenti jantung saya berdegup, kering jadinya darah bila melihat yang dia berani bersumpah berkali-kali. Hakikatnya saya saja yang telan,” kata Noraini Nasir, 44, isteri kepada penyanyi dan pelakon, Zulkifli Daud (Joey), 37, selepas kecewa melihat kenyataan suaminya itu dalam sebuah akhbar semalam.
SEDIH...Norani tidak dapat menahan kesedihannya mengenai kenyataan Joey mengenai rumah tangga mereka.
SEDIH...Norani tidak dapat menahan kesedihannya mengenai kenyataan Joey mengenai rumah tangga mereka.
Noraini atau Amy yang mengenali Joey sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin dengannya pada 4 Mei 2005 dikurniakan seorang anak lelaki berusia empat tahun, Zidani Zulkifli kecewa dan sedih kerana pelakon dan penyanyi itu mendakwa sudah menceraikannya.

“Mana dokumennya. Kenapa tidak terus failkan di mahkamah dan membiarkan saya dan anak sehelai sepinggang. Kalau betul dia sudah tidak mahu lagi perkahwinan ini, tampil ke depan, gunakan prosedur yang betul dan bukannya senyap seribu bahasa.

“Tindakannya mengatakan yang dia sudah menceraikan saya serta tidak segan silu mengaku hubungannya dengan Watie adalah tidak wajar dan langsung tidak menghormati saya yang masih belum diputuskan mahkamah tidak lagi isterinya. Sanggup dia membuat pengakuan tanpa memikirkan soal keluarga saya dan anaknya.

“Hingga kini, sudah berbulan-bulan dia meninggalkan rumah dan tidak menjenguk anak. Dia hanya memberi wang sebelum Ramadan lalu dan sekali lagi pada malam raya. Itu pun dia meminta seorang temannya datang ke rumah menyampaikan duit RM1,000 kepada saya untuk belanja raya,” katanya.

Memetik kata Joey dalam laporan akhbar semalam, dia turut menafikan segala gambar mesra antaranya dengan Watie dalam akaun Facebook miliknya dan mendakwa ada pihak cuba menggunakan namanya untuk membuat satu akaun lama tersebut

“Bohong jika ada pihak yang menggunakan namanya untuk membuat satu akaun Facebook kerana seingat saya itu memang akaunnya dan sebelum ini dia sering menunjukkan pada saya jika ada kawannya menghantar mesej ataupun gambar di akaun tersebut. Itu memang akaunnya dan setiap gambar yang ada di dalamnya memang dia sendiri yang meletakkannya.

“Usah menafikan perkara itu apabila ada pihak mula mempersoalkannya. Memang dia meletakkan gambar itu. Namun, saya sendiri tidak mahu melihatnya cuma teman yang memberitahu kononnya Joey meletakkan gambar mesranya dengan Watie serta gambar ketika mereka menyambut Aidilfitri bersama di kampungnya di Masai, Johor.


Usah babit Watie

Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my
2010/10/05

KUALA LUMPUR: “Talak sudah jatuh. Saya sudah melafazkan cerai di depannya dan saksi, cuma sedang menanti tarikh memfailkannya ke mahkamah. Hentikanlah spekulasi dan usah babitkan Watie dalam masalah ini kerana dia tiada kena-mengena langsung,” kata penyanyi dan pelakon, Zulkifli Daud (Joey), 37, menjawab semula dakwaan bekas isterinya, Noraini Nasir, 44.
Harian Metro semalam memaparkan kenyataan Noraini kononnya Joey lupa tanggungjawabnya terhadap anak tunggal mereka yang berusia empat tahun, Zidani Zulkifli dan tidak menghormatinya kerana mengaku sudah bercerai sedangkan tiada hitam putih serta keputusan mahkamah untuk mengesahkan perkara tersebut. Malah, nama dramatis terkenal, Norwati Sadali (Watie), 34, turut dikaitkan kerana dikatakan punca pergolakan rumah tangga mereka.
Noraini yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon yang juga vokalis kumpulan Exists itu pada 4 Mei 2005 turut menyifatkan Joey tidak pernah takut bermain dengan sumpah kerana menafikan tindakannya yang pernah merujuk selepas tiga hari menceraikannya di ruang meletak kereta. Bagaimanapun Joey yang popular menerusi drama bersiri Blues Pasar Tani, Ejen 2x5 dan filem Crayon itu ketika dihubungi menegaskan kemelut rumah tangganya ini memberikan tekanan kepadanya serta mengundang persepsi negatif masyarakat semata-mata.

“Jujurnya saya tertekan kerana kenyataan dia (Noraini) seperti meludah ke langit. Lambat-laun, ia akan memakan diri sendiri. Saya melihat tiada gunanya kita mengaibkan mana-mana pihak kerana tindakan itu tiada penghujung dan penyelesaian sebaliknya hanya memberi ruang untuk orang sekeliling menepuk tangan. Kenyataan itu bukan saja memalukan pihak saya dan dia, malah tidak semena-mena nama Watie pula dikaitkan sedangkan punca itu tidak pernah wujud sejak awal lagi.

“Kenyataannya lebih bersifat peribadi dan tidak mampu menerima kenyataan sebenar. Hakikatnya talak itu sudah jatuh di depannya sendiri. Saya bukan jahil soal agama dan sebab itulah saya mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. Itu adalah sewajarnya dan sebagai lelaki, saya perlu bertanggungjawab atas keputusan saya sendiri.

“Apabila emosi sudah menguasai diri lengkap dengan perasaan marah, semua cerita boleh keluar. Apa yang menyedihkan dan sangat memalukan, tindakan itu ibarat membuka pekung di dada sendiri. Mungkin apa yang tersirat di sebalik semua fakta yang diberi hanyalah perasaan seseorang yang tidak mampu menerima hakikat perpisahan,” katanya.

Joey bagaimanapun menegaskan berkali-kali agar nama Watie tidak terus terheret dalam masalah ini.

“Usah mudah menuding jari dan mencari punca dengan mengaitkan nama Watie dalam masalah ini. Perceraian ini tidak langsung disebabkan soal orang ketiga sebaliknya antara kami sudah tiada persefahaman lagi. “Saya kecewa dan tertekan kerana nama Watie pula dibabitkan. Hubungan kami memang baik dan keluarga kedua-dua pihak juga merestuinya. Saya tidak mahu masalah rumah tangga saya memberikan tekanan kepada orang lain. “Saya mengaku ada membawa Watie bertemu keluarga pada Aidilfitri yang lalu dan alhamdulillah mereka juga menerima Watie dengan baik. Jika ada jodoh dan keizinan, saya tidak mampu menolaknya namun apa yang penting, kami berdua mendoakan sesuatu yang baik,” katanya

2 comments:

  1. sapa zulkifli daud-joey ni..? majestrit.. laywer.. haha

    http://improveslife.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. ENTAH..NI COPY PASTE..AGAR MEMAHAMI NI SALAH SATU SIFAT SUAMI...BAIK JADIKAN TELADAN...XBAIK JANGAN LAH IKUT..
    CITER TERBARU DIATAS..PENYANYI JE

    ReplyDelete