Monday, December 20, 2010

NIKAH ATAU KAWIN LEBIH AULA DAN SUCI DARI BERZINA...SIMPAN PEREMPUAN....MENCARI PELACUR ATAU CURI2 BERZINA DENGAN PEREMPUAN2 YANG BUKAN ISTERI....ISTERI TAK MAHU BERKONGSI....DALAM MASA YANG SAMA IA JUGA BERKONGSI TETAPI ISTERI2 TAK TAHU....

Sebulan layan GRO



KUALA LUMPUR: Bekas suami model dan pengacara TV, Daphne Eleanor Iking semalam mengaku menjalinkan hubungan dengan pelayan pelanggan (GRO) dari China ketika selebriti itu sedang mengandung.
Ryan Chong Yiing Yih, 32, berkata, hubungan itu berlangsung sebulan dan beliau membuat pengakuan dan meminta maaf kepada Daphne pada Julai 2007 kerana beranggapan ia sesuatu yang salah.
Katanya, GRO itu bernama Serena dan mereka bertemu di sebuah kelab karaoke.

Chong, seorang ahli perniagaan, serta Daphne, 31, berkahwin pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan sebelum bercerai pada 2009


Chong adalah saksi pertama pada perbicaraan saman peribadinya terhadap bekas Pengarah Urusan Adidas, Darren Choy Khin Ming, 45, yang didakwa memikat Daphne dengan niat untuk bersetubuh dengan wanita itu di kondominium The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, antara Julai 2007 dan September 2008.

Choy didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ketika disoal peguam, Datuk Jagjit Singh yang mewakili Choy, Chong berkata, Daphne ada berkomunikasi dengan Serena menerusi satu laman blog.

Bagaimanapun, beliau menafikan ada membayar sejumlah wang kepada Serena supaya tidak mendedahkan perkara itu.

Chong juga tidak bersetuju dengan cadangan Jagjit bahawa beliau ke Shanghai, China pada Julai 2007 bagi menyelesaikan perkara itu.

“Saya ke sana menghantar surat perletakan jawatan di sebuah syarikat hartanah dan ingin menyelamatkan rumah tangga saya,” katanya.

Mengenai surat tuntutan RM5 juta kepada Choy, beliau berkata ia adalah surat terawal pada 17 Oktober 2008, tetapi jumlah itu dikurangkan kepada RM2.5 juta. - Bernama


'Jodoh saya masih ada'

Oleh Safuri Kamarudin
am@hmetro.com.my

BAHAGIA...pasangan pengantin warga emas, Md Yusof dan Khotijah bersama anak serta cucu mereka.
BAHAGIA...pasangan pengantin warga emas, Md Yusof dan Khotijah bersama anak serta cucu mereka.
BALING: “Saya tak sangka dalam usia emas ini jodoh masih ada. Inilah ketentuan Allah,” kata Md Yusof Jamaluddin, 72, yang bertemu jodoh dengan Khotijah Ahmad, 59, selepas lima tahun menduda.
Md Yusof dari Kampung Haji Abas, Mukim Bongor, di sini berkata, selepas isterinya Che Don Zakaria meninggal dunia akibat barah usus pada 2005, dia tinggal bersama anaknya, Norita, 24.
Hasil perkongsian hidup dengan arwah isteri, dia dikurniakan lima anak dan sembilan cucu.

Katanya, dia tidak pernah terfikir berkahwin lagi, tetapi ketentuan Allah tidak mampu menghalangnya apabila bertemu jodoh dengan Khotijah dari Kampung Nering, di sini, kira-kira dua kilometer dari rumahnya.



Kementerian tak boleh halang pelajar nak nikah



KUALA LUMPUR: “Tiada dasar yang boleh melarang mereka berkahwin, tapi jika dia didapati mengandung, maka dinasihatkan supaya berhenti sekolah,” ulas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mengenai pelajar bawah umur 17 tahun yang bertunang dan berkahwin pada usia muda.
Menurutnya, jika keluarga pelajar terbabit sama ada lelaki mahupun perempuan memberi persetujuan dan restu mereka untuk berkahwin, malah turut disokong kebenaran mahkamah, tiada sebab kementerian perlu melarang apatah lagi tiada perundangan membolehkan berbuat demikian.

Katanya, beliau juga turut yakin isu berkahwin pada usia masih mentah dan berada di alam persekolahan tidak akan memberi kesan buruk kepada pelajar di seluruh negara ataupun mempengaruhi mereka, memandangkan jumlahnya tidak begitu ketara.
“Perkara ini (berkahwin muda) terpulang kepada kebenaran keluarga mahkamah dan persetujuan ibu bapa. Jika peroleh kedua-duanya kementerian tidak boleh berbuat apa-apa termasuk menghalang perkahwinan daripada berlaku.

“Cuma, kalau mengandung kita akan menasihatkan supaya berhenti daripada meneruskan pengajian di sekolah kerana bukan hanya boleh menjejaskan dia sendiri, bahkan turut memberi kesan kepada pelajar lain dan kementerian tak mahu ini terjadi.

“Mengenai sama ada kahwin pada usia mentah ini boleh mendatangkan isu lebih besar, saya tidak fikir begitu kerana sebelum ini ada kes pelajar yang berkahwin, dia bukanlah menuntut di sekolah kementerian tetapi tahfiz. Jadi tak mungkin mendatangkan isu serius,” katanya.

No comments:

Post a Comment