Monday, January 10, 2011

MEMBELA BINATANG YANG MEMBERBAHAYA....BUAT APA...IA TIDAK MEMPUNYAI AKAL...DAN CARANYA....MENUNJUKKAN IA BUKAN ANJING YANG BENAR2 TERLATIH....

NEGARA


'Bertaubat dan kena cerai isteri muda'


SITI AMINAH (kanan) semakin stabil selepas dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar sambil ditemani ibunya, Sapura Mat Saman semalam.


ALOR SETAR - "Saya boleh maafkan dia tetapi dengan syarat dia perlu memilih sama ada hendak meneruskan kehidupan bersama saya atau Mah (isteri muda)."
Demikian syarat yang ditetapkan Siti Aminah Hanapi, 50, kepada suaminya, Saad Hussin, 51, sekiranya lelaki itu benar-benar ikhlas mahu meneruskan ikatan perkahwinan yang terbina sejak 30 tahun lalu.
Siti Aminah yang masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini terpaksa menerima 46 jahitan di dahi dan pipi kiri akibat ditetak madunya yang dikenali sebagai Mah dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, Sungai Korok, dekat sini Jumaat lalu.
Saad berkahwin dengan Mah dua tahun lalu di Thailand dan dikurniakan seorang anak yang kini berusia lapan bulan.
Selain itu, Siti Aminah juga mahu Saad menyesal dengan segala perbuatannya termasuk berkahwin tanpa keizinannya di Thailand.


NEGARA


'Bar raba' diserbu penguat kuasa


SEBAHAGIAN daripada 19 GRO warga asing yang ditahan polis dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Utam Singh, Seremban kelmarin.


SEREMBAN – Polis menyerbu sebuah pusat hiburan yang dikenali sebagai ‘bar raba’ yang terletak di Jalan Utam Singh di sini malam kelmarin dan menahan 19 wanita warga asing dipercayai pegawai perkhidmatan pelanggan (GRO).
Kesemua wanita yang berusia antara 29 hingga 48 tahun itu ditahan pada pukul 9 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Anti Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Negeri Sembilan.
Turut ditahan dalam operasi sama ialah tiga wanita rakyat tempatan berusia lingkungan 40-an dipercayai ‘ibu ayam’ yang menjadi pelindung kepada GRO terbabit.
Pegawai Operasi D7 Negeri Sembilan, Cif Inspektor Hasbullah Hamzah berkata, kesemua GRO yang ditahan itu terdiri daripada 15 warga China manakala empat lagi merupakan warga Vietnam.


NEGARA


50 gigitan pada mayat Maurice


PEMILIK anjing, Joseph Teoh membawa salah seekor daripada dua ekor anjing miliknya untuk diserahkan kepada Jabatan Veterinar semalam.


GEORGE TOWN – Bedah siasat yang dilakukan terhadap mayat pelancong warga Ireland yang menjadi mangsa serangan dua ekor anjing di Teluk Bahang dekat sini kelmarin mendapati terdapat kira-kira 50 kesan gigitan di seluruh badannya.
Mangsa, Sullivan Maurice, 50, yang berasal dari Water Port Parie, Ireland, mengalami kecederaan teruk akibat gigitan gigi tajam anjing baka Mongrel terbabit menyebabkan dia mati di tempat kejadian.
Sebelah telinga mangsa yang terputus juga berjaya ditemui beberapa meter dari tempat dia diserang.
Pakar Patalogi Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP), Datuk Dr. Bhupinder Singh berkata, mangsa juga kehilangan banyak darah akibat kedua-dua belah telinganya putus selepas digigit kedua-dua ekor anjing tersebut.
“Bedah siasat bermula pukul 10 pagi tadi (semalam) dan berakhir empat jam kemudian, semuanya berjalan lancar dan kita akan kemukakan laporan penuh kepada pihak polis,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.





NEGARA


Nurul mangsa asid perlu jalani beberapa pembedahan lagi


AHMAD melawat Nurul Dahyatul Fazlinda yang selamat menjalani pembedahan pada mukanya di HSNZ, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 9, yang menjalani pembedahan pembuangan parut fasa pertama pada wajahnya kelmarin dijadual dapat kembali ke sekolah dalam tempoh dua minggu lagi.
Murid Sekolah Rendah Padang Setar, Hulu Terengganu itu bagaimanapun perlu memakai topeng tekanan pada wajahnya untuk satu tempoh yang lama bagi memastikan parut tidak tumbuh semula.
Menurut Pakar Perunding Pembedahan Plastik, Dr. Najihah Sharida Zakaria, pembedahan yang dilakukan kelmarin hanya meliputi satu bahagian kecil dan Nurul perlu menjalani beberapa lagi fasa pembedahan untuk tempoh beberapa tahun.
Katanya, kanak-kanak malang yang menjadi mangsa simbahan asid bapa sendiri itu juga akan menjalani proses pemulihan luka bagi pembedahan pertama selama kira-kira dua minggu.

No comments:

Post a Comment