Sunday, January 9, 2011

NAMA PUN BERMADU IAITU BERKONGSI SEGALANYA...BILA SUDAH JADI TAKDIR MAKA SABAR ITU PERLU TINGGI....KALAU TIDAK JANGAN DICUBA...SAMPING ILMU AGAMA YANG TINGGI SERTA AMAL YANG BANYAK DAN KUAT BERIBADAH

NEGARA


Mahu selesai di pejabat agama

ALOR SETAR - "Saya dah tidak sanggup hidup dengan dia (suami) dan akan selesaikan masalah rumah tangga kami di pejabat agama.''
Demikian kata Siti Aminah Hanapi, 50, (gambar) yang terpaksa menerima 46 jahitan pada dahi dan pipi kiri akibat ditetak madunya yang dikenali sebagai Mah di rumahnya di Kampung Baru, Sungai Korok, Jitra kelmarin.
Mengenang kembali detik hitam dalam hidupnya itu, Siti Aminah yang masih terlantar di wad Hospital Sultanah Bahiyah di sini bersedia untuk berpisah dengan Saad Hussin, 51, selepas 30 tahun berumah tangga.
"Saya akan rujuk masalah ini kepada pejabat agama dan jika masih timbul masalah, saya sanggup bercerai," katanya ketika ditemui di hospital itu semalam.


TERKINI


Wanita direman berhubung kes suri rumah parah ditetak

09/01/2011 2:30pm

JITRA - Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang wanita ditahan reman selama empat hari berhubung kes seorang suri rumah cedera parah ditetak dengan parang di rumahnya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini Jumaat lepas.
Majistret Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin memerintahkan wanita berusia 28 tahun itu ditahan reman mulai hari ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan polis.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt. Sawaludin Hamenudin berkata, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mengakibatkan kecederaan parah dengan senjata.
Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Siti Aminah Hanafi, 54, cedera di kepala, muka serta tangan selepas ditetak, dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu antara suspek dan mangsa yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lepas. - Bernama



Madu ada niat bunuh

Oleh RIADZ RADZI
riadz@hmetro.com.my

ALOR SETAR: “Selepas menetak kepala saya, dia terus mencekak baju saya dan berkata ‘biar mampus kau’. Saya tak tahu kenapa dia bertindak begitu, tapi saya tahu dia memang cemburu dan ada niat membunuh saya,” kata Siti Aminah Hanapi, 50, yang parah di dahi, pipi dan tangannya akibat ditetak isteri kedua suami yang juga madunya di Kampung Seri Muda, Sungai Korok, Jitra, pagi kelmarin.
Akibat kejadian itu, Siti Aminah yang kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, menerima 42 jahitan di dahi dan pipi kirinya. Urat pada tiga jari kanan mangsa juga putus akibat kesan tetakan.

Siti Aminah berkata, dua hari sebelum kejadian, suspek yang berusia lewat 20-an itu hanya menghabiskan masa dengan berkurung di dalam bilik bersama anak lelakinya yang berusia lapan bulan.
“Pada hari kejadian, saya menyuruh anak saya, Nurul Shuhada Saad, 17, memanggil ibu tirinya supaya membawa keluar bayinya untuk diberi makan.

“Disebabkan tiada jawapan dari dalam bilik, Nurul Shuhada cuba memanjat dinding untuk melihat ke arah dalam bilik sebelum tiba-tiba wanita itu cuba menetaknya.

“Selepas itu dia terus meluru ke arah saya dan menetak dahi dan pipi menggunakan parang sepanjang kira-kira 40 sentimeter itu. Saya tak tahu di mana dia ambil parang itu, tetapi saya agak ia memang disimpan di dalam bilik itu,” katanya ketika ditemui di wad HSB, semalam.

Siti Aminah berkata, suaminya, Saad Husin, 45, berkahwin dengan wanita itu di Thailand tanpa pengetahuannya dua tahun lalu.

Madunya dibawa tinggal bersama sejak dua minggu lalu oleh Saad yang dipercayai mahu mengurangkan beban tanggungannya.
“Sepanjang tinggal bersama, tak pernah terjadi pergaduhan, malah kami turut makan semeja selain bersembang, cuma madu saya kadangkala lebih suka berkurung di dalam bilik.

“Saya tak tahu kenapa dia tiba-tiba mengamuk semalam (kelmarin), tetapi saya percaya ia disebabkan cemburu buta. Saya tahu kerana selama ini suami hanya membawa saya jika keluar berjalan-jalan atau ke mana-mana majlis kenduri.

“Saya percaya tindakannya semalam (kelmarin) kerana mahu menyingkirkan saya supaya dia boleh tinggal di rumah itu bersama-sama dengan suami,” katanya.

Siti Aminah berkata, dia kecewa apabila suaminya berkahwin lain dua tahun lalu, tetapi kini reda dengan dugaan itu dan menganggap ia adalah jodoh suaminya.

Namun, dia seperti tidak percaya apabila madunya sanggup bertindak begitu walaupun diberi peluang tinggal bersama di rumahnya.

Dalam pada itu, Siti Aminah berkata, sejak kejadian itu suaminya masih tidak melawatnya di hospital dan dipercayai berada di rumah keluarga madunya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika dihubungi, berkata, polis menahan suspek di rumah abangnya di Kuala Nerang, jam 3 petang semalam.

Beliau berkata, suspek yang berusia 20-an akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra untuk mendapatkan perintah reman.

No comments:

Post a Comment