Friday, March 18, 2011

BAYANG HARI KIAMAT...LEBIH DAHSYAT LAGI...BERKALI2 GANDA DAHSYATNYA......KETIKA ITU TAUBAT TIADA DITERIMA LAGI...DUNIA HANYA TINGGAL KENANGAN...SEGALA AMAL BAIK DAN JAHAT DIHISAB SERTA DIBICARA...SAMA2 KITA LIHAT...AHLI2 MAKSIAT..PEMIMPIN2..MANUSIA2 YANG MENENTANG HUKUM ALLAH...ADAKAH ORANG BOLEH MENOLONG MEREKA...MANA HARTA KEKAYAAN YG DIHIMPUN MACAM TAK INGAT MATI...MANA KUASA DAN PENGARUH...KETIKA ITU KITA DAH LIHAT API NERAKA MENJULANG2 MENUNGGU TAMU YG SOMBONG DAN BONGKAK DIDUNIA...KITA PATUT INGAT...DAN SEDAR DIRI......SEBELUM MENGHEMBUS NAFAS YG TERAKHIR...

Tinggal nama dalam peta



RATA...sebuah perkampungan di daerah Natori musnah akibat gempa bumi dan tsunami.
RATA...sebuah perkampungan di daerah Natori musnah akibat gempa bumi dan tsunami. 
SENDAI: Umpama dilanggar garuda. Itu perumpamaan tepat bagi menggambarkan kemusnahan teruk yang melanda wilayah timur laut Miyagi iaitu satu daripada empat wilayah terjejas akibat gempa bumi dan tsunami yang genap seminggu hari ini.
Daerah Natori dalam wilayah itu adalah paling teruk terjejas dan ada beberapa kampung kini hanya tinggal nama dalam peta Jepun selepas semua itu lenyap sekelip mata sebaik berlaku bencana.

Di daerah ini saja, 2,000 mayat sudah ditemui manakala lebih 10,000 daripada 930,000 orang dilaporkan hilang.
Usaha mencari dan menyelamat juga agak perlahan kerana keadaan cuaca sejuk hingga mencecah suhu -4 darjah di bawah tahap beku.

Setakat ini, puluhan ribu rumah penduduk dalam lingkungan 10 kilometer dari pantai ranap dibadai tsunami dianggarkan setinggi 10 meter.

Mengikut statistik terkini dikeluarkan pihak berkuasa Jepun, 10,000 mayat sudah ditemui di empat wilayah berkenaan manakala jumlah mereka yang hilang masih belum dapat dipastikan tetapi dianggarkan berjumlah lebih 20,000 orang.

Apa yang menghairankan, tiada penduduk berkeliaran mencari barangan berharga di rumah masing-masing yang ranap sebaliknya semua berlindung di pusat penempatan sementara yang banyak diwujudkan di setiap kawasan berlaku bencana.

Tinjauan Harian Metro ke kawasan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Sendai mendapati kawasan itu tiada lagi berpenghuni dan terbiar kosong.
Apa yang kelihatan hanya runtuhan bangunan, sampah sarap, kenderaan tersadai dan lumpur.

Bekalan barangan keperluan juga meruncing, penduduk terpaksa berbaris panjang untuk membeli makanan terutama di kawasan sedikit terjejas manakala di kawasan bencana langsung tiada kedai dibuka, malah restoran juga tidak beroperasi. Keadaan ini berlaku di bandar Matsushima terletak di pinggir bandar raya ini.

Semua mangsa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kerajaan yang dilihat amat berkesan dalam menangani krisis bencana terbesar sejak Perang Dunia Kedua.

No comments:

Post a Comment