Friday, March 18, 2011

SELAGI KONGKONGAN ATAU PERINTAH SUAMI TAK MELANGGAR SYARAK...WAJIB TAAT...

Saida dakwa dikongkong

Oleh Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com my

KUALA LUMPUR: “Saya masih sayangkan dia dan kasihankan anak-anak,” kata suami penyanyi Saida yang mahu mempertahankan perkahwinan dibina 15 tahun walaupun penyanyi itu mahu bercerai secara baik.
Mohd Ghazali Yahya Zikri, 40, (defendan) berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi berhubung pendiriannya yang masih mahu menyelamatkan rumah tangganya dengan Saida di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Menurut ahli perniagaan itu, antara alasan Saida (plaintif) memohon bercerai termasuk mendakwa dia terlalu mengongkong dan tidak menjaga hati isteri selain tidak menghormati arwah bapa kakak penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza itu.
“Sebagai suami saya hanya menjalankan tanggungjawab menjaga isteri dan anak-anak,” katanya.

Dia berkata demikian ketika prosiding sebutan permohonan cerai oleh Saida atau nama penuhnya Siti Nursaida Tarudin, 35, yang difailkan pada 6 Oktober 2010.

Terdahulu, Saida menerusi peguam syarie Noor Azlina Che Hassan memberitahu mahkamah dia tetap dengan pendiriannya ingin bercerai secara baik.

“Jika defendan masih enggan berbuat demikian, anak guam saya memohon permohonan asal dipinda kepada bercerai secara fasakh bagi menjimatkan masa dan kos,” katanya.

Menurutnya, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia 6 itu ada berbincang dengan suaminya itu tetapi menemui jalan buntu. Peguam bela syarie Amli Embong mewakili Ghazali kemudian berkata, perbincangan dilakukan dengan kedua-dua pihak dalam keadaan emosi tidak stabil berikutan tiada orang tengah untuk menjernihkan keadaan.
“Sehubungan itu, kami mohon jawatankuasa pendamai ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan ini supaya perbincangan dijalankan dalam keadaan lebih terkawal,” katanya.

Ghazali juga mengakui perbincangan tidak dapat dijalankan dari hati ke hati kerana masing-masing marah dan emosional.

“Saya cadangkan kami menjalani umrah bersama supaya lebih tenang menyelesaikan selesaikan konflik ini,” katanya.

Bagaimanapun Suhaily menasihati Ghazali menyelesaikan masalah rumah tangganya dahulu kerana lebih afdal jika ibadat dijalankan tanpa persengketaan dan pertengkaran.

No comments:

Post a Comment