Friday, March 18, 2011

JIKA KES MENIPU...MENYAMAR...MEREKA DAH TAK KIRA HALAL HARAM...SYURGA NERAKA...NI KESAN MENINGGALKAN AGAMA...MALAS DAN TAK MAU HADIR MAJLIS2 ILMU@ISLAM DI SURAU2 ATAU MASJID2...INGAT LAMA LAGI MATI DAN SEMPAT BERTAUBAT....

Pelakon parah dibelasah


PETALING JAYA – Seorang pelakon yang baru meningkat naik menjadi mangsa keadaan apabila dia dibelasah gara-hara dituduh melanggar sebuah kereta lain dalam kawasan perumahannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, mangsa didatangi tiga lelaki yang tidak dikenalinya menuduhnya melanggar kereta milik seorang daripada suspek yang diletakkan di hadapan rumah.

Mangsa, Mustam Mustapa, 29, berkata, ketika kejadian dia baru pulang ke rumah selepas keluar makan bersama isterinya.

“Kereta terbabit berhenti di hadapan rumah dan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40 dan 20 tahun datang mengertak dan menyuruh saya mengaku bahawa saya yang melanggar kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya.

"Sedangkan saya tidak tahu langsung mengenai perkara itu dan mereka menuduh saya berdasarkan kesan kemek dan cat putih di sebelah kiri bahagian belakang kereta saya,” katanya kepada :Sinar Harian:.

Menurutnya, tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan kedua-dua lelaki itu bertindak memukul, menyepaknya bertubi-tubi dengan seorang daripadanya menghentak kepalanya dengan batang besi.

"Ketika dia memukul saya, ada seorang lagi lelaki Cina yang mendakwa ternampak saya melanggar kereta suspek.

“Saya dibelasah hampir 10 minit oleh kedua-dua lelaki itu dan ketika itu saya sudah jatuh tertiarap di atas jalan dan mereka langsung tidak beri peluang untuk saya bercakap, bila melihat saya cedera, lelaki berusia 40 tahun itu menyuruh saya masuk ke dalam rumah untuk membasuh luka,” katanya.

Difahamkan pelakon itu turut diugut bunuh jika dia tidak mengaku melanggar kereta lelaki terbabit.

“Saya dipaksa untuk mengaku bila saya mengaku langgar dia terus belasah saya tanpa henti,” katanya.

Pelakon watak Remi dalam Drama Bersiri Epilog Syurga Cinta itu memberitahu kerana panik melihat kecederaan yang dialaminya, lelaki terbabit membuang baju yang dipakainya di tempat lain.

“Saya tidak kenal lelaki itu, lagipun tidak logik saya yang langgar kerana saya tidak pernah melalui lorong rumahnya.

Jelasnya, lelaki terbabit turut melarikan kad pengenalan, telefon bimbit dan kad bank miliknya.

Akibat kejadian, dia terpaksa menerima lapan jahitan di kepala selain cedera pada mata dan beberapa bahagian anggota badan.

Laporan mengenai kejadian dibuat di Balai Polis Bandar Sri Damansara.


Bomoh tidak mengaku salah


KUALA TERENGGANU – Seorang bomoh tidak mengaku bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohd Fauzi Anang, 59, meminta kes tersebut dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.

Dalam pertuduhan tersebut, dia dituduh melakukan kesalahan terbabit pada 7 Mac lalu, kira-kira jam 12 tengah malam di rumah bernombor 628, kampung Seberang Tepoh.

Pengamal perubatan tradisional tersebut didakwa melakukan perkara terbabit ke atas Rozita Jusoh, 29.

Kes tersebut didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun berserta sebatan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Hazeelia Muhammad dan tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim menetapkan 18 April ini sebagai tarikh sebutan jaminan dan lanti-kan peguam.

Sinar Harian 9 Mac lalu melaporkan gara-gara terlalu percaya dengan kebole-han seorang tok bomoh veteran yang konon mampu memulihkan kembali kasih sayang suami isteri, seorang janda muda dirogol di rumahnya sendiri dalam satu kejadian di kampung Tepoh.

Kejadian bermula apabila tok bomoh dari kampung Wakaf Tengah itu datang ke rumah mangsa kira-kira jam 10 malam kononnya untuk mengubati mangsa yang berhadapan dengan masalah rumah tangga.

Ketika kejadian, difahamkan kesemua ahli keluarga mangsa termasuk kedua-dua ibu bapanya berada di dalam rumah itu tetapi seolah-olah dipukau kerana tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya membiarkan sahaja mangsa bersama tok bomoh berkenaan di dalam bilik berdua-duaan.



Simpanan dalam bank lesap

DESA MURNI - Seorang ibu dan anak lelakinya mengalami kerugian kira-kira 6,101.41 apabila duit simpanan mereka di dalam tiga bank lesap tanpa diketahui punca pengeluaran wang simpanan itu.

Mangsa, Natrah Aziz, 43, berkata, pada 6 Mac lalu dia mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM200 di salah sebuah institusi bank di bandar Temerloh dan melihat baki masih ada sebanyak RM1,451.41 dan selepas itu dia tidak membuat sebarang transaksi pengeluaran.

Menurutnya, sehinggalah pada 14 Mac lalu dia mahu mengeluarkan wang simpanannya itu dan terkejut melihat baki di dalam akaun hanya tinggal sebanyak RM150.00.

“Saya terus bertanya kepada pihak bank berhubung baki wang simpanan saya sedangkan selepas 6 Mac lalu saya tidak mengeluarkan wang. Saya begitu terkejut dan meminta pihak bank menunjukkan penyata transaksi akaun, saya turut menunjukkan resit lama yang masih disimpan sebagai bukti.

“Daripada penyata dan siasatan yang dilakukan pihak bank itu menunjukkan terdapat pihak bank lain yang mengambil wang saya itu tanpa sebarang tujuan, sedangkan saya tidak berhutang dengan mana-mana bank mahupun hutang kad kredit.

“Saya begitu kesal dengan perkara ini menyebabkan kepercayaan saya pada pihak bank semakin pudar,” katanya.

Nasib sama menimpa anak lelakinya, Fakhrul Razi Ahmad Khairi, 21, di mana dia baru sehari membuka akaun di salah sebuah bank di bandar ini dan keesokannya wang simpanannya sebanyak RM1800 untuk tujuan membeli kereta juga lesap.

“Saya begitu kecewa dan sedih apabila pihak bank menuduh saya sengaja menayangkan nombor pin kepada orang awam ketika saya membuat aduan kepada mereka berkaitan permasalahan ini,” katanya.

Menurut Fakhrul Razi, dia meminta supaya pihak bank memberi perhatian serius berhubung kehilangan wang simpanan itu
Ekoran kejadian itu mereka membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.


JKM cari waris bayi

KUANTAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu atau waris kepada bayi perempuan yang ditinggalkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, 4 Disember 2010.

Menurut maklumat JKM, ibu bayi terbabit, Ma Thein yang berasal dari Myanmar dan merupakan pelarian di bawah Suruhanjaya PBB tentang Hak Asasi Manusia (UNHCR) selamat melahirkan bayi perempuan seberat 1.04 kilogram di Kilang Konkrit Desa Jalan Gambang dipercayai tempat dia bekerja.

Bagaimanapun, bayi yang kini berusia tiga bulan itu terpaksa di tahan di Wad Kenanga 6A, HTAA kerana lahir tidak cukup bulan.

Pegawai Pelindung Kanak-kanak Daerah Kuantan, Afidah Ismail berkata, bayi perempuan itu telah ditinggalkan oleh ibu bapanya di wad tersebut selama tiga minggu dan mereka tidak pernah datang melawat.

“Difahamkan, majikan kepada bapa bayi yang dikenali sebagai Maung Tran Tun pernah datang ke hospital untuk menuntut bayi tersebut dengan memberi alasan bapa bayi ada berhutang dengannya.

“Bagaimanapun, pihak hospital tidak membenarkannya atas faktor keselamatan bayi,” katanya.

Afidah berkata, disebabkan ketiadaan waris, bayi itu dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan dan diletakkan di bawah Sub Seksyen 25 (2) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu perintah jagaan sementara di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah sehingga 23 Mac ini.

“Dalam tempoh ini, kita akan cuba mengesan ibu bapa bayi berkenaan termasuk mencari mereka di kawasan kilang tempat mereka bekerja sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Selepas 23 Mac ini, jika ibu bapa atau waris terdekat bayi masih tidak tampil, pihak JKM akan menentukan penempatan yang sesuai kepada bayi tersebut.

“Kami juga memerlukan kerjasama semua pihak. Kita merayu kerjasama orang ramai untuk membantu mencari ibu atau waris bayi ini,” katanya.

Justeru, pihak JKM meminta kepada sesiapa yang mengenali ibu bapa atau waris bayi berkenaan untuk tampil memberi maklumat kepada JKM atau terus menghubungi di talian 09-5724220.


Sekali harung

AYER KEROH - Seorang pekerja kontrak sebuah syarikat minyak sanggup menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun sepasang kekasih sebelum merogol seorang daripada pasangan itu yang di bawah umur.

Akibat tindakan beraninya itu, dia berdepan dengan tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen dekat sini, semalam.

Tertuduh, Rizal Azlie Abdullah, 35, dari Tanjung Kling didakwa terhadap dua pertuduhan berasingan, bagaimanapun tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan selepas faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh bersama seorang rakan melakukan rompakan berkumpulan ke atas harta kepunyaan Woo Pei Jiun, 18, iaitu sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan dua buah telefon bimbit jenis Sony Ericson.

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah pondok kawasan Pantai Puteri, Tanjung Keling, kira-kira 11 malam, 23 Disember 2010.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati merogol seorang daripada pasangan kekasih itu yang berusia 14 tahun 11 bulan di sebuah ladang sawit, Jalan Tanah Wakaf, Taman Bukit Rambai Jaya antara 11.30 malam dan 1.30 pagi pada tarikh sama.

No comments:

Post a Comment