Monday, October 10, 2011

BETULKE WAHAI LELAKI...SYAITAN MENGODA...MENYESATKAN...MENGHASUT DAN SEANGKATAN DENGANNYA TAK MENGIRA JANTINA....YANG MULA2 BERJAYA DIHASUT ADALAH SITI HAWA BUKAN ADAM A.S.

Suami didera wanita Vietnam



MICHEAL menunjukkan telinga Weng Seng yang didakwa digigit Thi Quang hingga cupingnya berlubang pada sidang akhbar di Wisma MCA, Jalan Ampang semalam.



KUALA LUMPUR – Impian seorang warga emas untuk merasai nikmat perkahwinan dengan seorang gadis Vietnam berkecai apabila dia bukan sahaja kerugian RM18,000 malah kini hidup dalam keadaan tertekan kerana dikhuatiri dijangkiti virus HIV selepas telinga kirinya digigit wanita itu.
Bekas jurujual yang kini memandu teksi, Chin Weng Seng, 61, mendakwa, dia tidak pernah terbayang akan didera begitu teruk oleh wanita asing itu seperti disembur ubat nyamuk, matanya disapu minyak angin selain diugut kemaluannya akan dipotong setiap kali berhasrat meniduri isterinya, Le Thi Quang, 29.
Mengimbau semula kejadian itu, Weng Seng mendakwa, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah berkahwin hinggalah dia mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang dengan seorang gadis asing selepas melihat gambarnya di sebuah agensi mencari jodoh di Cheras di sini pada 5 Julai lalu.
Katanya, sebaik membuat tempahan, dia dikehendaki membayar RM5,000 dan disusuli RM11,800 lagi untuk berkahwin di Putrajaya sebelum mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara.
“Saya kemudian dikehendaki membayar RM2,116 kepada pihak agensi untuk mendapatkan visa sosial isteri pada 16 Ogos lalu. Saya terlalu gembira kerana dapat beristerikan wanita muda Vietnam ketika itu.
“Bagaimanapun, ia tidak seperti diharapkan kerana sebaik sahaja saya membawanya pulang ke rumah di Jalan Cempaka, Ampang, dia berubah menjadi ganas setiap kali saya ingin menyentuhnya. Pernah saya tidur di stesen minyak kerana rumah telah dikunci wanita itu,” ceritanya ketika ditemui di Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam Wisma MCA, Jalan Ampang di sini semalam.


  • ~* WAHAI LELAKI.. *~

    Jika benar kau kasih & cintakan wanita itu :

    •.♥• Bawalah dia ke jalan Allah,
    •.♥• Nasihatilah dia,
    •.♥• Perbetulkan kesilapannya,
    •.♥• Jagalah dia dgn baik,
    •.♥• Kasihanilah dia,
    •.♥• lindungilah dia,
    •.♥• Berilah kasih syg padanya,
    •.♥• Hargailah dia,
    •.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
    •.♥• Bersabar dengannya,
    •.♥• Terimalah & cintailah kekurangannya,
    •.♥• Jadi IMAM terbaik & redhalah padanya.
    · · · 4 hours ago near Batang Berjuntai · Privacy:
Panduan Kehidupan Rumahtangga. Rugi kalau tak baca.



‎7C Sebab Suami Benci Isteri: C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...


C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah.....
~LB~

Khalwat ibu tunggal

MELAKA: Niat bapa tiga anak mahu melepas rindu bersama kekasih gelapnya membawa padah, apabila dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di sebuah rumah di Taman Seri Bertam, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.50 malam, lelaki berusia 34 tahun itu dicekup bersama ibu tunggal anak satu, berusia 30 tahun di rumah sewa wanita berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata pihaknya melakukan serbuan dan sebaik tiba di rumah dikenal pasti, penguat kuasa memberi salam sebelum pintu dibuka seorang lelaki.
“Soal siasat mendapati pasangan terbabit bukan mahram. Mereka ditahan untuk siasatan lanjut kerana bersekediaman,” katanya, di sini, semalam.

Juruteknik ancam bunuh isteri boros



KAJANG: Berang isterinya sering membazir wang perbelanjaan diberikan dengan membeli pelbagai barang dan digunakan untuk perkara tidak berfaedah, seorang juruteknik penyaman udara mengugut membunuh isterinya di rumah mereka di Batu 11, Cheras, Sabtu lalu.
Lebih malang, wanita berusia 32 tahun itu bukan saja diugut, malah suaminya mencederakan pergelangan tangan dan beberapa bahagian badannya menggunakan parang sebelum melarikan diri.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam apabila suspek yang berusia 35 tahun mempersoalkan tindakan mangsa kerana sering menghabiskan wang perbelanjaan diberikan setiap bulan walaupun sudah diberi peringatan beberapa kali supaya menyimpan wang berkenaan.
Bagaimanapun, perbincangan tiba-tiba bertukar tegang apabila suspek tidak dapat menahan kemarahannya sebelum mengugut untuk membunuh mangsa yang juga seorang suri rumah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, bimbang suspek bertindak sedemikian, mangsa segera menghubungi polis bagi menghalang perbuatan kejam suaminya itu.

Ab Rashid berkata, sepasukan polis tiba di rumah mangsa beberapa minit kemudian sebaik menerima panggilan daripada mangsa.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, polis mendapati mangsa terbaring dengan kesan kecederaan di bahagian pergelangan tangan dan cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dicederakan suspek menggunakan parang.

“Hasil pemeriksaan polis di rumah berkenaan, polis menjumpai parang digunakan tetapi suspek berjaya melarikan diri kerana bimbang dirinya dicekup pihak berkuasa,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Kajang (HK) untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil.

Bagaimanapun, suspek ditahan pihak berkuasa beberapa jam kemudian selepas dia pulang ke rumahnya untuk mengambil barangan keperluan dipercayai untuk melarikan diri.


Gambar peribadi FB jadi promosi perempuan jalang

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja menjadi mangsa penyalahgunaan gambar profil yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di facebook (FB) malah dia turut diugut individu tidak bertanggungjawab jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 43, sedang melayari laman sembang sosial, facebook sebelum menemui sebuah profil menggunakan gambar diri dan suaminya tanpa kebenaran.

Katanya, pemilik profil berkenaan itu turut memberikan nama baru untuk pasangan berkenaan.
“Saya menerima kejutan yang lebih hebat selepas menemui gambar peribadi yang digunakan sebagai umpan atau promosi perempuan jalang untuk kegiatan pelacuran melalui laman sembang sosial itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dia dan suaminya menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun profil berkenaan untuk mengeluarkan gambar, mereka hanya menerima mesej berbentuk ugutan.

Beliau berkata, pemilik berkenaan mendakwa tidak akan mengeluarkan gambar mangsa dan suaminya sebaliknya akan menyebarkan lagi gambar terbabit secara meluas di facebook.

“Seperti yang didakwa, suspek terbabit membuka akaun facebook baru menggunakan nama lain tetapi menyalahgunakan gambar saya dan suami.

“Malah maklumat peribadi dalam akaun berkenaan menyerupai identiti suami saya, kami bukan saja diaibkan tetapi identiti peribadi kami digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Kanak-kanak maut tercampak dari kereta

11/10/2011 2:42am

MELAKA — Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kenderaan di KM 201.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Johor Bahru, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt. Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, Afiqah Batrisyia Abdul Rahman, 8, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
Kejadian tersebut berlaku apabila Toyota Unser yang dipandu bapa mangsa dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta mewah, jenis Porsche, yang dipercayai dipandu laju pada pukul 5 petang tadi, katanya ketika dihubungi Bernama.
"Akibatnya, kanak-kanak tersebut tercampak keluar dari kenderaan tersebut sementara tiga anggota keluarganya yang lain mengalami cedera ringan,” katanya.
Menurut beliau, Toyota Unser yang dipandu bapa mangsa hilang kawalan lalu terbalik dan terhumban ke dalam longkang sebelah kiri lebuh raya itu sementara pemandu kereta Porsche, seorang lelaki berusia 30an cedera ringan. — Bernama

 yang hidup pasti mati...maka buat2lah perkara2 kebaikan bukan kemaksiatan....alfatihah


DEDIKASI | Al-Fatihah buat penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais yang telah menghembuskan nafas terakhirnya jam 9.20 pagi tadi. Sekalung takziah dari pihak Munsyeed buat keluarga Allahyarham. AL-FATIHAH! - Munsyeed{Dot}Com


Ahmad Jais meninggal dunia
Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.


Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.


NONEMenantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.


Penyanyi yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.


Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.


Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lepas, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 Sept lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di Shah Alam.


Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut.


Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


-- Bernama


Kerat alat kelamin akibat putus cinta

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.
Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa bernasib baik apabila seorang lelaki berusia 26 tahun yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan menemuinya terbaring di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah selain meronta-ronta menahan kesakitan sambil meminta pertolongan.
Menurut sumber, lelaki yang menemuinya itu kemudian bergegas membuat laporan di Pondok Polis Danau Kota, di sini, sebelum sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian, lelaki terbabit dikatakan masih kesakitan sambil memegang kemaluannya.


“Mangsa dilaporkan pengsan dipercayai kehilangan banyak darah ketika usaha mengangkatnya masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), bagi mendapatkan rawatan,” katanya.


Difahamkan, pihak berkuasa turut menemui sebilah pisau di lokasi kejadian dipercayai senjata digunakannya untuk memotong kemaluannya.


Menurut sumber, sebaik tiba di hospital, pembedahan segera dilakukan untuk menyambungkan alat sulit mangsa.
“Pembedahan yang memakan masa hampir dua jam itu dilapor membuahkan hasil apabila alat sulit lelaki terbabit berjaya disambung.


“Difahamkan, biarpun alat sulitnya itu berjaya disambungkan, kemungkinan kemaluannya pulih seperti sedia kala adalah tipis,” katanya.


Mangsa yang kini ditahan di wad di hospital berkenaan untuk rawatan susulan dilaporkan stabil dan difahamkan, selepas kecederaannya pulih, dia akan dirujukkan ke unit psikiatri bagi tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya yakin tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.


Mayat penjaja lesap dari hospital


ANGGOTA keluarga Hock Tseng menguruskan mayat mendiang yang ditinggalkan di sebuah tokong di Temiang, Seramban semalam.


SEREMBAN – Sebuah keluarga yang mahu menuntut mayat seorang ahli keluarga yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJ) di sini terkejut apabila mendapati mayat lelaki berkenaan telah dituntut oleh individu lain yang tidak dikenali.
Ahli keluarga terbabit, Andrew SK. Lim, 42, berkata, dia sampai ke HTJ semalam untuk menuntut mayat abangnya, Lim Hock Tseng, 51, yang meninggal dunia kelmarin selepas 10 hari dimasukkan ke hospital itu kerana sakit berkaitan paru-paru.
Andrew bersama beberapa ahli keluarga lain datang dari Johor dan Singapura selepas dimaklumkan oleh pihak HTJ mengenai kematian Hock Tseng pada pukul 8.30 pagi kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di bilik mayat, dia terkejut kerana diberitahu oleh petugas di situ bahawa mayat abangnya sudah dituntut oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai abang kepada Hock Tseng.
“Seorang atendan di bilik mayat memberitahu seorang lelaki mengaku sebagai waris Hock Tseng dan menuntut mayat itu pada petang kelmarin.
“Lelaki itu menunjukkan kad pengenalannya yang mempunyai nama keluarga ‘Lim’ yang sama dengan nama keluarga saya,” kata Andrew ketika ditemui di sini semalam.


No comments:

Post a Comment