Sunday, October 9, 2011

ZINA DAN CURANG BERLAKU ...APABILA RUANG BERGAUL BEBAS DIBERI...MULA DARI KECIL...TADIKA..SEKOLAH..KOLEJ...UNIVERSITI...TEMPAT KERJA...MAJLIS2...YANG MEMANG TIDAK DIBENAR OLEH SYARAK...DITAMBAH PENGUATKUASA UNDANG2 HUDUD SERTA SYARAK TIADA....NANTI DIAKHIRAT JAWAB AJE LAH...

Suami cekup isteri bersama 2 lelaki di bilik tidur



KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang suami berusia 32 tahun apabila menangkap isterinya sedang ‘berpesta’ arak di dalam bilik di rumahnya di Pantai Dalam, di sini, bersama dua lelaki tidak dikenali, Khamis lalu.
Lebih mengejutkan, pemeriksaan lanjut si suami di dalam bilik itu menemui puluhan botol dan tin arak disembunyikan dalam almari di bilik tidurnya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, berang dengan tindakan isterinya berusia lewat 20-an itu, si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum membuat laporan di Balai Polis Pantai, di sini.
Menurut sumber, si suami yang baru pulang dari kerja berasa curiga apabila melihat dua pasang kasut lelaki di hadapan pintu rumahnya.

“Sebaik masuk ke dalam rumah, lelaki terbabit mendengar bunyi gelak tawa dari dalam bilik tidurnya. “Si suami terkejut apabila melihat isterinya dan dua lelaki tidak dikenali berada dalam keadaan khayal di dalam bilik tidurnya. “Si suami menghalau kedua-dua lelaki terbabit sebelum menemui puluhan tin dan botol arak disembunyikan dalam almari di bilik itu menyebabkan mereka bertengkar hampir 20 minit,” katanya.

Mengada-ngada rakam operasi

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

SAMAN...anggota Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal, semalam.
SAMAN...anggota Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur mengeluarkan saman kepada penunggang motosikal, semalam.
KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam bersama tiga rakannya yang merakam Ops Samseng Jalanraya di Jalan Gereja/Dataran Merdeka, di sini, semalam menerima padah apabila kamera videonya dirampas.
Difahamkan, ketika Unit Kuatkuasa Khas Polis Trafik Kuala Lumpur (U3K) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi yang bermula jam 12.30 tengah malam hingga 3.30 pagi itu, sebuah Perodua Myvi hitam yang dipandu seorang penjawat awam memasuki kawasan berkenaan.

Seorang penumpang kereta terbabit pula dilihat merakam perjalanan operasi berkenaan dan apabila tindakan penumpang itu ditegur seorang anggota polis yang bertugas, pemandu terbabit memaki-hamun anggota berkenaan.
Bagaimanapun, kumpulan itu tidak bernasib baik apabila ditahan dalam sekatan jalan raya itu dan apabila disoal, penjawat awam terbabit pada mulanya menjawab dia tidak mengetahui mengenai tindakan rakannya itu, malah menafikan mereka membuat kesalahan.

Ketua Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata meskipun pemandu terbabit penjawat awam, pihaknya tidak berkompromi dengannya kerana tindakan kumpulan itu menyalahi undang-undang dan disebabkan itu pihaknya merampas kamera video milik mereka.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mereka merakam perjalanan operasi dan bagi mengelakkan mereka menyebarkan rakaman berkenaan, kami memadamkan semua rakaman dalam kamera video itu.

“Selepas diberi amaran, kamera video itu diberikan balik bagaimanapun sekiranya kami mendapati rakaman terbabit disebarkan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka,” katanya selepas operasi berkenaan, semalam.

Sementara itu, gara-gara panik dan bimbang ditahan dalam operasi berkenaan, beberapa Mat Rempit nekad menggadai nyawa serta membahayakan pengguna lain apabila cuba meloloskan diri dengan menunggang motosikal melawan arus.
Ada juga pemandu kereta yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan bagi mengelak melalui kawasan sekatan tanpa menyedari pihak berkuasa bersedia di seluruh kawasan itu.

Azmi berkata, dengan kekuatan dua pegawai dan 14 anggota kedua-dua jabatan berkenaan, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 330 kenderaan termasuk motosikal.

“Polis menyita lima motosikal dan mengeluarkan 85 saman atas pelbagai kesalahan termasuk ubah suai nombor plet, tidak memiliki lesen dan cukai jalan tamat tempoh,” katanya selepas tamat operasi di sini.

Peniaga dibelasah, kereta dilarikan



KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mendakwa kerugian hampir RM160,000 selepas dibelasah dan disamun sekumpulan empat lelaki di susur masuk ke Taman Desa, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa yang berusia 37 tahun memandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux menuju Cheras.

Menurut sumber, setibanya mangsa di susur masuk ke Taman Desa, sebuah kereta Honda Civic tiba-tiba melanggar kenderaan dipandunya dari belakang sebelum dia memberhentikan kenderaan berkenaan.
“Mangsa, seorang ahli perniagaan, turun dari kenderaan berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu dengan pemandu kereta terbabit.

“Bagaimanapun, tidak sempat berbuat apa-apa, empat suspek yang menaiki kereta terbabit membelasah mangsa dengan menumbuk dan menendangnya sebelum meninggalkan mangsa di tepi jalan dan melarikan kenderaannya,” katanya.

Menurutnya, selain kenderaan itu, barangan mangsa seperti tiga telefon bimbit, buku cek, cermin mata berjenama serta duit syiling lebih RM300 di dalam kenderaan berkenaan turut dilarikan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Lambakan peniaga asing satu masalah besar



KUALA LUMPUR: Lambakan pekerja dan peniaga asing di ibu negara bukan satu fenomena atau perkara baru, sebaliknya ia isu berpanjangan yang tidak selesai sehingga kini, malah semakin menjadi-jadi.
Perkara itu menjadi faktor yang menutup ‘periuk nasi’ sebilangan masyarakat tempatan yang mencari rezeki bersandarkan perniagaan.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir, berkata pihaknya memandang perkara itu sebagai masalah besar yang perlu diatasi kerajaan secara maksimum.

“Kami tiada masalah dengan peniaga asing yang mempunyai lesen perniagaan sah serta mereka yang bekerjasama dengan peniaga tempatan, tetapi bagi peniaga asing yang tiada status kerakyatan sah serta berniaga di tapak milik warga tempatan memberi sedikit sebanyak ketidakpuasan hati di pihak kami,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, ia memberi tekanan kepada peniaga tempatan yang sudah lama menjalankan perniagaan masing-masing kerana terpaksa bersaing dengan mereka yang semakin ramai.


“Rakyat tempatan pula sewenang-wenangnya menyewakan tapak perniagaan mereka kepada warga asing. Hal ini sepatutnya dikawal dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata,” katanya.


Sementara itu, Yang dipertua Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bersatu Wilayah Persekutuan dan Selangor, Rusli Mohamad, berkata pihaknya melihat lambakan pekerja asing termasuk mereka yang berniaga seharusnya diambil sebagai cabaran dan landasan bagi memajukan ekonomi masing-masing.

Beliau berkata, pihaknya akui perkara itu menjejaskan pendapatan peniaga tempatan kerana harga yang ditawarkan lebih murah, tetapi ia tidak harus dijadikan alasan tidak mahu meneruskan perniagaan, malah menuding jari kepada mana-mana pihak.


‘Tiada siapa dapat terima pengkhianatan’



KUALA LUMPUR: “Tiada siapa yang dapat menerima pengkhianatan lebih-lebih lagi jika ia berlaku di kalangan pasangan suami isteri,” kata Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar.
Katanya, perbuatan itu menunjukkan salah seorang pasangan mengalami keruntuhan akhlak atau moral yang serius sehingga sanggup membelakangkan institusi perkahwinan.

Selain itu, tiada mana-mana agama di dunia ini membolehkan perbuatan seperti itu kerana kesannya akan membuatkan banyak pihak menderita.

“Mengikut aspek kemanusiaan, pengkhianatan ini satu jenayah besar dalam sesuatu perhubungan dan sebijak mana pun seorang pasangan itu menderhakai pasangannya, ia tetap akan diketahui di kemudian hari.

“Semua agama mengajar kebaikan dan mahukan yang terbaik untuk penganutnya dan kita seharusnya menghormati perkara itu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Sabtu lalu mengenai seorang suami mengetahui isterinya yang dikahwini sejak 12 tahun lalu curang selepas wanita itu beria-ia mahu menggugurkan kandungan.


Hasil penyiasatan lelaki itu yang juga seorang pakar psikologi, isterinya rupa-rupanya mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat berusia 40-an.

Malah, selepas dia melakukan semakan bil telefon, dia mendapati lelaki yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya itu membuat lebih 2,000 panggilan telefon sepanjang dia tiada di rumah kerana bertugas di luar kawasan.

Tuan Asmawi berkata, perbuatan isteri itu juga menunjukkan pegangan agama dan integriti dirinya tidak kukuh.

“Perkara ini memberi kesan terhadap ahli keluarga lain amnya dan anak-anak mereka khasnya.


“Kelebihan teknologi yang semakin canggih pada masa kini juga memudahkan perbuatan seperti ini diketahui dan didedahkan,” katanya.


Justeru, setiap pasangan harus berfikir sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu perkara dan beringat bahawa apa yang dilakukan kini mungkin akan terjadi kepadanya semula kelak.

No comments:

Post a Comment