Saturday, October 15, 2011

BILA NAFI HUKUM@UNDANG2 ALLAH....ZINA MACAM TAK DAPAT DIBENDUNG....NAFSU...SYAITAN...ALAT KELAMIN DLL ADALAH CIPTAAN ALLAH....MAKA ALLAH MAHA BIJAKSANA BAGAIMANA CARA MENGUBATINYA....

‘Bukan dosa saya’

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Husni Mohd Noor
am@hmetro.com.my

SEBAK...Mohamad terkilan sering dihina.
SEBAK...Mohamad terkilan sering dihina.
TAIPING: “Tiga kali pinangan ditolak selepas keluarga calon isteri mendapat tahu status saya anak luar nikah atau anak tong sampah,” ujar seorang nelayan, Mohamad Abdullah, 35, dengan nada sedih.
Kebanyakan keluarga teman wanitanya menolak lamaran dengan alasan sinis tidak mahu keturunan atau cucu mereka nanti mewarisi darah daging anak zina.
Menurutnya dia tidak dapat menerima hakikat masih ramai masyarakat berpandangan sempit terhadap golongan sepertinya yang menjadi mangsa dosa silam kedua-dua orang tua.

“Saya tidak pernah minta dilahirkan sebagai anak haram, ibu yang berzina tapi hidup saya seolah-olah di sumpah laknat seumur hidup,” katanya.


Menurutnya, dia hanya mengetahui status sebagai anak luar nikah pada usia 16 tahun selepas perkara itu didedahkan ibu dan bapa angkat yang juga bapa saudaranya yang memeliharanya sejak kecil.



Ditindih lapan peragut

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja cedera dipukul dan ditindih lapan peragut, malah turut kerugian kira-kira RM1,500 dalam kejadian ragut di Taman Pertama Cheras, di sini, kelmarin.
Ketika kejadian jam 6 petang itu, mangsa berjalan ke tempat letak kereta selepas membeli barangan di pasar malam berhampiran sebelum didatangi lapan lelaki menunggang empat motosikal. Semua mereka dianggarkan berusia 20-an.

Mangsa, Ng Lee Hong, 53, berkata dia dihampiri dua lelaki bermotosikal yang cuba meragut beg tangannya, namun tidak berjaya.
Katanya, pergelutan di antara mereka menyebabkan dia terjatuh di atas jalan sebelum didatangi enam lagi lelaki yang menaiki tiga motosikal dan dua daripada mereka cuba menarik beg tangannya.

“Saya melawan, tetapi ditumbuk dua lelaki itu hingga tidak berdaya. Mereka kemudian bertindak kejam apabila menindih badan saya bagi mengelak saya bangun.

“Selain itu, mereka memukul badan saya dan menarik beg tangan yang mengandungi wang tunai dan barangan berharga lain termasuk subang emas,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia menjerit meminta tolong, namun tiada yang membantu.

Akibat kejadian itu, dia cedera di badan dan kedua-dua tangan.
Katanya, selepas kejadian, dia mendapatkan kereta sebelum membuat laporan di Balai Polis Cheras.

Suami bertindak luar tabii



KUALA LUMPUR: Berang isteri enggan membantu membayar hutang along sebanyak RM1,000 selain mendedahkan kejadian itu kepada bapa mentuanya, seorang lelaki berusia lewat 20-an bertindak luar batasan apabila sanggup meliwat isterinya di rumah mereka di Sungai Besi, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek pada mulanya mengajak isterinya berusia 27 tahun untuk bersama namun disebabkan keletihan, mangsa menolak dengan baik.

Berang kehendak seksualnya ditolak, suami mangsa memaksa isterinya melakukan hubungan luar tabii.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, memberitahu isteri suspek menarik semula laporan polis, semalam.

Inspektor polis direman

Oleh Cleo Will
hmkk@hmetro.com.my

KENINGAU: Seorang inspektor polis yang mendakwa ditikam bertubi-tubi ketika cuba ‘menyelamatkan’ kenalan wanitanya yang kemudian mati dibunuh dalam kejadian di Taman Andika di sini, 28 September lalu, direman bagi membantu siasatan selepas dipercayai menjadi suspek utama kes berkenaan.
Pegawai berusia 29 tahun yang belum pulih daripada kecederaan akibat kejadian itu dilihat berjalan menggunakan tongkat diiringi beberapa anggota polis selepas Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Zaini Fishir @ Fisal, memerintahkan dia direman tujuh hari bagi membantu siasatan, kelmarin.

Penahanan pegawai terbabit memang mengejutkan kerana sebelum ini pelbagai pihak mahu pihak berkuasa menyiasat kejadian itu dengan lebih telus selepas wujud pelbagai spekulasi mengenai pembunuhan kejam mangsa, Kartini Borhan, 27.
Suspek ditahan jam 11 pagi di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Pegawai terbabit disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Difahamkan, pada hari kejadian, pegawai polis berkenaan menghubungi dua anggotanya di Balai Polis Keningau, jam 5 pagi untuk meminta bantuan.

Inspektor berkenaan yang berada dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya mendakwa meminta bantuan anggota polis berkenaan menyelamatkan seorang wanita yang cedera dirompak.

Suspek kemudian mengarahkan kedua-dua anggota itu menaiki keretanya lalu berkejar ke tempat kejadian di Taman Andika, 800 meter dari IPD Keningau.

Sebaik tiba di tempat kejadian, anggota polis itu mendapati pintu pagar dan rumah berkenaan terbuka, manakala seorang wanita terbaring berlumuran darah di ruang tamu.
Anggota berkenaan terus mengangkat wanita terbabit ke dalam kereta milik suspek lalu menghantarnya ke Hospital Keningau, namun disahkan sudah meninggal dunia.

Harian Metro pada 30 September lalu melaporkan, pegawai polis terbabit mendakwa membantu kenalan wanita selepas rumah didiami mangsa dimasuki perompak.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi, ‘suspek’ berusia 30-an melarikan diri selepas mendapati mangsa tidak bergerak lagi, manakala pegawai polis berusia 29 tahun parah di kaki, bahu dan belakang tubuhnya.

Difahamkan, pegawai polis itu menerima panggilan telefon daripada mangsa yang meminta bantuan apabila mendapati pintu rumahnya diumpil suspek.

Berikutan itu, pegawai polis berkenaan bergegas ke rumah kenalannya itu dan sebaik tiba, dia mendapati pintu rumah mangsa sudah terbuka luas.

Sebaik memasuki rumah terbabit, dia mendapati mangsa sedang bergelut dengan seorang lelaki tidak dikenali yang turut memegang sebilah pisau.

Dalam keadaan kelam-kabut, pegawai polis berkenaan cuba membantu, namun turut ditikam beberapa kali.

Selepas mencederakan pegawai polis terbabit, suspek dilihat menikam wanita berkenaan sehingga mati lalu melarikan diri.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan penahanan itu dan menyatakan tiada layanan istimewa diberikan walaupun suspek adalah seorang pegawai polis.

Din Kudung kembali

Oleh Ahmad Othman
am@metro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang kasanova kudung jari tangan yang dikenali sebagai Din Kudung kembali aktif apabila dikesan memperdaya sekurang-kurangnya dua wanita dengan mengaku sebagai kontraktor sebelum mengikis wang mereka berjumlah kira-kira RM200,000.
Sebelum ini, dia pernah dipenjara dua tahun dan lapan sebatan pada 15 Ogos 2003 lalu tetapi ia sedikitpun tidak menginsafkan lelaki berkenaan, sebaliknya mengubah taktik dengan memerhatikan mangsa terlebih dahulu sebelum bertindak menipu mereka.

Lelaki berkenaan tetap mencari mangsa di Terminal Pengangkutan Awam dan Pasar Larkin, sama seperti sebelum ini, namun dipercayai tidak dibuat secara rambang sebaliknya meneliti latar belakang mangsa terutama mereka yang putus cinta sebelum berkenalan.
Helah itu dilakukan bagi memudahkannya berkenalan, sebelum membawa mangsa ke beberapa kawasan bersama seorang kenalannya dan memberitahu beberapa projek pembinaannya seperti di Bandar Seri Alam, terbengkalai akibat masalah kewangan.

Mendedahkan penipuan lelaki berusia awal 40-an itu, seorang peniaga dikenali sebagai Syed Baidullah, 37, berkata, dia didatangi dua wanita yang juga kakitangan kerajaan menceritakan ditipu bekas banduan berkenaan.

Katanya, mangsa mendakwa ditipu barang kemas, wang simpanan, meminjam dari bank hampir RM100,000 dan menggadaikan barang kemas bagi memenuhi kehendak lelaki berkenaan.

Selepas mangsa dibebani hutang, Din Kudung akan meninggalkan mangsa dan menukar semua nombor telefon yang pernah diberikan kepada mangsa.

“Saya mengenali dua mangsa lelaki berkenaan yang bertugas sebagai kakitangan kerajaan dan seorang kakitangan swasta yang membuat laporan polis pada Julai lalu apabila sedar ditipu hingga menyerahkan wang pinjaman bank yang dibuat berjumlah hampir RM200,000,” katanya.
Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Syarifah, 28, berkata, dia mengenali Din Kudung di tempat kerjanya di Masai, Januari lalu.

Katanya, sebaik berkenalan, Din mengatakan sudah lama memerhatikannya dan ingin menjadikan teman hidup. “Selama tiga bulan berkenalan, Din banyak menggunakan wang simpanan saya dan tanpa segan silu selalu menyelongkar dompet saya.

“Pada mulanya saya tidak menyangka apa-apa namun sedar niat jahatnya apabila mendapati dia sering berjoli dan apabila bertegas menuntut bayaran balik, dia sering berdolak-dalih.

“Sebahagian besar wang sudah dikembalikan namun hingga Mac lalu, Din masih berhutang RM4,000 sebelum menghilangkan diri,” katanya.

Menurutnya, wang berkenaan hanya dibayar selepas seorang kenalannya campur tangan dan memberikan kata dua kepada Din supaya memulangkan wangnya.

Mangsa kedua, seorang kakitangan awam yang mahu kenali sebagai Anis, 25, berkata, Din menyapanya di Terminal Pengangkutan Awam dan Pasar Larkin, hujung tahun lalu.

Menurutnya, ketika perkenalannya itu, Din dilihat tahu latar belakangnya termasuk tempat kerja menyebabkannya percaya Din menyelidik mangsanya sebelum menghampiri dengan ramah dan memperkenalkan diri sebagai kontraktor.

Katanya, selepas berkenalan Din menyatakan hasrat meminjam wang untuk pelaburan, membayar saman dan menjamin pekerjanya yang ditahan Jabatan Imigresen. “Apa yang membuatkan saya lemah ialah Din pandai merayu, menangis dan merendah diri sebagai orang kurang keupayaan (OKU) agar dikasihani.

“Dia akan menggunakan kekurangannya itu sebagai cara memperdaya saya selain bijak berkata-kata.

“Hingga kini, saya sudah membuat dua pinjaman bank berjumlah RM89,000 dan menyerahkannya kepada Din dan menyerahkan tiga cincin serta subang kerana Din memerlukan wang bagi menjamin pekerja yang kononnya ditahan Jabatan Imigresen,” katanya. “Selain itu, saya turut menyerahkan RM10,000 yang diambil menerusi kad kredit dan wang tunai RM5,000,” katanya.

Menurutnya, dia membuat laporan polis pada 3 Julai lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam apabila Din gagal dikesan melalui enam nombor telefon bimbitnya.

Sementara itu, Jurucakap IPD Seri Alam ketika dihubungi mengesahkan laporan berkenaan, namun enggan mengulas lanjut berikutan kes masih dalam siasatan.

Difahamkan, lelaki berkenaan bergiat aktif sejak tahun lalu dan menyamar sebagai ahli perniagaan yang mempunyai pelbagai ‘projek’ dibantu rakan yang berlakon menambah kenyataannya bagi meyakinkan mangsa seperti ke ke kawasan pembinaan perumahan baru di Seri Alam, Masai.

Kisah penipuan Din Kudung sering terpapar di Harian Metro dengan kali terakhir pada 15 Ogos 2003, apabila Mahkamah Majistret Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara dua tahun serta lapan kali sebatan selepas didapati bersalah menipu dua wanita.

Ditemui lemas

Oleh Hamzah Osman
am@hmetro.com.my

LANGKAWI: Seorang bapa nekad terjun ke dalam kolam lombong pasir sedalam 3.5 meter untuk mencari anak lelakinya berusia 12 tahun yang dipercayai tergelincir ke dalam kolam itu di Kampung Gelam, Mukim Kedawang di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, Mohd Aiman, yang pendiam dan jarang keluar rumah, dikatakan terjatuh ke dalam kolam itu ketika bermain dengan dua rakannya.

Bagaimanapun, pencarian Ali Mat Akob, 49, berakhir kekecewaan apabila anak kelima daripada enam beradik itu ditemui lemas dalam kolam berkenaan selepas mencari kira-kira 15 minit.
“Ketika kejadian, saya sedang membuat kerja sekitar rumah apabila seorang rakan datang dalam tergesa-gesa memberitahu anak saya jatuh ke dalam kolam dan tidak timbul-timbul.

“Saya bergegas ke tempat kejadian yang jaraknya kira-kira 500 meter dari rumah dan mendapati tempat itu sunyi serta tiada sesiapa di situ,” kata Ali ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Langkawi (HL), di sini.

Berikutan itu, Ali terjun untuk mencari anaknya tetapi gagal kerana air kolam keruh dan dalam, memaksanya naik semula ke darat untuk meminta bantuan rakan.

“Beberapa minit kemudian, dua pekerja syarikat mengorek pasir berkenaan datang membawa tali untuk membantu usaha mencari sebelum seorang penduduk menemui mayat anak saya di dasar kolam.

“Saya sendiri yang menyambut mayat Mohd Aiman di tebing kolam dan mengesyaki dia sudah lama jatuh dan tenggelam dalam kolam itu selepas melihat keadaan matanya yang menonjol keluar,” katanya.
Ali berkata, tiada kelakuan ganjil ditunjukkan Mohd Aiman sebelum kejadian kecuali beria-ria mahu ke rumah abangnya di Sepang, Selangor pada cuti sekolah nanti.

“Arwah baru lepas mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan sebelum ini dia selalu memberitahu saya atau isteri kalau mahu ke mana-mana, tetapi hari ini, kami tidak tahu dia ke kolam itu.

“Mungkin ajalnya sudah sampai dan saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya yang turut meminta pengusaha projek gali pasir berkenaan membina pagar bagi mengelak kejadian sama berulang.

Rakan mangsa, Mohd Akif Danial Ridzuan, 10, berkata sebelum kejadian dia dan mangsa serta seorang lagi rakan mereka keluar berbasikal dan bermain berhampiran kolam tapak gali pasir berkenaan.

“Ketika berada di tebing kolam Mohd Aiman tiba-tiba hilang kawalan selepas cuba membersihkan bajunya yang terkena pasir lalu terjatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Kawasan itu memang selalu jadi tempat kanak-kanak bermain,” katanya.

Jenazah Mohd Aiman yang juga pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kedawang di sini, dibawa ke Bilik Mayat HL untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya jam 9.45 malam.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Tunai haji bersama isteri, bekas isteri



KELANA JAYA: “Saya memang pernah merancang mengerjakan haji bersama bekas isteri, namun hanya tinggal kenangan apabila bercerai kira-kira 50 tahun lalu.
“Tak sangka hajat itu bakal tercapai dengan isteri baru,” kata warga emas, Md Zin Jusoh, 75.

Menurutnya, dia dan bekas isteri, Khadijah Wan Abdullah, 75, berpisah kerana tiada jodoh pada usia perkahwinan 10 tahun tetapi hubungan mereka tetap baik, walaupun tiada lagi ikatan sah serta sudah mendirikan rumah tangga bersama isteri baru, Siti Marayang Che Tengah, 62.
Md Zin akan menunaikan haji tahun ini bersama isteri dan bekas isterinya itu.

Lebih menggembirakan, pemergian ketiga-tiga insan itu turut diiringi seorang anak, dua menantu dan besan anaknya.

Khadijah berkata, dia gembira kerana walaupun baru mendaftar dengan Tabung Haji dua bulan lalu, dia bersyukur kerana berpeluang ke tanah suci, malah seiringan dengan bekas suami dan isteri barunya yang sudah mendaftar dua tahun lalu.

“Kami pernah merancang untuk pergi bersama-sama, tidak sangka pula ia menjadi kenyataan,” katanya.

Mereka yang tinggal di Pahang selalu mengadakan aktiviti keluarga bersama 11 anak mereka, apabila ada kelapangan.
“Tak sangka haji kali ini menyatukan kami sekeluarga,” katanya.

No comments:

Post a Comment