Sunday, October 9, 2011

KENAPA SERTA PELIK DIMANA2 ISLAM DITINDAS....ATAU DIMUSUHI....ATAU TIDAK GEMARI....KENAPA...INI SEBENARNYA ISLAM AGAMA BENAR...SYAITAN MENGHASUT AGAR MEMUSUHI ISLAM....

Ketua Polis Subang Jaya meninggal dunia




KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah (KPD) Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar (gambar) meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung semalam.
Zainal Rashid, 56, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapat rawatan di Hospital Columbia Asia, Kota Kemuning di Shah Alam.
Allahyarham dikejarkan ke wad kecemasan hospital swasta tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.
Sebelum kejadian, arwah dikatakan rebah semasa menyertai pertandingan golf bersama pegawai-pegawai kanan polis di Kelab Golf Kota Kemuning

Bunuh ketika mabuk arak



ANGGOTA polis mengusung mayat Gurmeet Kaur yang mati selepas dipukul di muka dalam kejadian di Ulu Bernam, Hulu Selangor semalam.



HULU SELANGOR – Kesan buruk tabiat meminum arak terbukti apabila seorang lelaki langsung tidak menyedari bahawa dia telah memukul hingga mati isterinya selepas bertengkar mengenai kegagalan wanita itu menebus kembali seutas gelang emas yang digadai beberapa bulan lalu.
Kejadian di kuarters Pejabat Haiwan, Taman Golden Wood, Ulu Bernam di sini menyebabkan seorang peniaga nasi lemak, S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui mati pada pukul 7 pagi semalam disyaki dipukul di muka oleh ahli keluarganya sendiri beberapa jam sebelum itu.
Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa bersama suami dan kakaknya mula meminum arak pada pukul 11 malam sebelum mereka bertengkar mengenai seutas gelang milik kakak mangsa yang gagal ditebus kembali selepas digadai.

3 Orang Asli maut melawan arus



keadaan kereta Honda City yang merempuh dua buah motosikal dinaiki tiga Orang Asli.



PETALING JAYA – Tindakan tiga lelaki Orang Asli menunggang dua buah motosikal secara melawan arus membawa padah apabila kesemuanya maut dirempuh sebuah kereta di Kilometer 2.7, Lebuh Raya Damansara-Puchong di sini semalam.
Mangsa yang terkorban ialah dua beradik iaitu Ngah Relup, 30, dan Mazlan, 34, dari Pahang manakala Bah Juli Bah Muning, 29, dari Perak.
Kesemua mangsa mati dan tercampak di atas jalan di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badan masing-masing.

Ditemui mati pada hari jadi



Mayat Mohammad Hafiz yang hilang kelmarin ditemui mati lemas oleh pasukan bomba dan penyelamat semalam.



KEPALA BATAS – Dua sahabat yang hilang selepas tenggelam secara tiba-tiba ketika mandi bersama 13 rakan lain di muara Sungai Muda di Kampung Kuala Muda, Penaga di sini kelmarin ditemui mati lemas semalam.
Mayat Mohammad Hafiz Mustapa, 13, ditemui pada pukul 10.30 pagi oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kira-kira satu kilometer dari lokasi dia bersama seorang lagi rakan, Mohd. Harraz Bukhori, 13, tenggelam pada pukul 5.30 petang kelmarin.
Amat menyedihkan Mohammad Hafiz ditemui mati pada hari dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-13 semalam.


Pelajar trauma ditampar guru



MANGSA menunjukkan laporan polis berhubung dakwaannya ditampar guru ketika datang ke pejabat Kosmo! di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini trauma untuk ke sekolah itu selepas mendakwa ditampar sehingga bengkak di pipi kirinya oleh guru sekolah berkenaan hanya kerana membuat bising di surau sekolah.
Mangsa, 17, turut mendakwa guru lelaki tersebut yang dipanggil ustaz kemudiannya menarik kolar baju mangsa di hadapan kira-kira 90 pelajar lelaki yang berada di surau berkenaan.
Akibat kejadian itu, pendengaran di telinga kiri mangsa sedikit terjejas selain rasa kebas beberapa hari di pipinya dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam iaitu sejurus selesai solat Maghrib, 7 September lalu.

Wanita mati dibunuh selepas bergaduh

09/10/2011 6:03pm

KUALA KUBU BAHARU – Seorang wanita ditemui mati di rumahnya di Kuarters Pejabat Haiwan Taman Golden Wood di sini, dipercayai dibunuh selepas berlaku pertengkaran dengan ahli keluarga terdekat.
Mayat S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui di atas katil dengan keadaan mukanya berdarah serta mempunyai kesan lebam.Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.
Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun dan seorang wanita berusia 44 tahun yang merupakan saudara terdekat mangsa bagi membantu siasatan kes itu, kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Norel Azmi Yahya Afendy.
Beliau berkata mayat wanita penjual nasi lemak itu ditemui pada pukul 7 pagi ini oleh anggota polis yang ke rumah berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai kejadian itu.
"Lelaki dan wanita terbabit ditahan ketika ditemui berada di rumah berkenaan dalam keadaan kebingungan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata berdasarkan kesan lebam pada muka mangsa, polis percaya wanita itu dipukul dan telah mati dalam tempoh tidak kurang dari 24 jam ketika mayatnya ditemui.
"Kami percaya berlaku pergaduhan di antara tiga individu ini yang membawa kepada pembunuhan. Hasil siasatan awal menunjukkan si mati, lelaki itu dan seorang lagi wanita sering mabuk dan bertengkar setiap hari.
"Menurut anak lelaki si mati, kali terakhir kesemua mereka ini bertengkar ialah pada petang dan malam semalam,” katanya.
Norel berkata wanita yang ditahan itu turut mempunyai kesan calar di muka dipercayai kesan akibat pergelutan dan pergaduhan dengan si mati.
Anak mangsa yang hanya dikenali sebagai Shareendra, 24, seorang pekerja keselamatan, berkata beliau keluar rumah kira-kira pukul 8 malam selepas ketiga-tiga mereka bergaduh, dan apabila pulang pagi ini melihat ibunya telah mati. - Bernama

Gaji jurukimpal lebih tinggi dari menteri

09/10/2011 4:39pm

MIRI – Gaji seorang jurukimpal yang berkemahiran tinggi boleh mencecah paras lebih tinggi daripada gaji seorang menteri mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sarawak, kata Menteri Pembangunan Kebajikan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah hari ini.
Beliau berkata, tanggapan lama masyarakat bahawa jurukimpal adalah pekerjaan yang rendah tarafnya tidak berasas langsung memandangkan sudah ramai jurukimpal yang menikmati gaji melebihi RM10,000 sebulan.
Berucap merasmikan Majlis Graduasi Projek Latihan Perindustrian Jurukimpalan (LINK) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2011 Sekolah Menengah Vokasional Miri di sini, beliau berkata permintaan tinggi terhadap jurukimpal mahir di negara ini menyebabkan mereka yang baru mula bekerja dapat memperoleh gaji permulaan sekitar RM2,000 sebulan.
Permintaan terhadap jurukimpal dan pekerja mahir di Sarawak dijangka terus meningkat di Sarawak berikutan perkembangan sektor perindustrian di negeri ini, katanya.
Beliau berkata kajian berkaitan keperluan tenaga mahir bagi Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mendapati seramai 425,210 pekerja mahir diperlukan menjelang 2030. - Bernama

34 digantung kerja kerana solat


ZAINAB AWEIS, 20, yang merupakan orang Islam Somalia bergambar di hadapan bendera Amerika Syarikat di Seattle.



SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) – Seramai 34 pemandu syarikat sewa kenderaan tempatan Hertz digantung kerja kerana bersolat semasa waktu bertugas.
Pihak pengurusan Hertz sebaliknya memberitahu, tindakan disiplin itu diambil kerana mereka menyalahgunakan waktu rehat.
Disokong kesatuan sekerja, semua pemandu terbabit mengadakan protes di luar kaunter syarikat Hertz di Lapangan Terbang Seattle-Tacoma di sini bagi membantah tindakan majikan mereka.
“Penggantungan ini merupakan pencabulan terhadap hak para pekerja terbabit sekali gus satu diskriminasi agama,” kata setiausaha perbendaharaan sebuah kesatuan sekerja tempatan, Tracey A. Thompson.
Menurutnya, penganut agama Islam dituntut melakukan solat sebanyak lima kali sehari.
Namun, pihak pengurusan Hertz ketika mengulas isu penggantungan kerja itu memberitahu, mereka yang terlibat melanggar perjanjian hak pekerjaan saksama yang dipersetujui dua tahun lalu.
“Isu ini tiada kaitan dengan agama. Beberapa pekerja Islam lain tidak digantung kerja kerana mereka mematuhi masa rehat 10 minit yang diberikan untuk bersolat. Mereka yang digantung kerja sebaliknya mengambil rehat lebih panjang,” kata seorang jurucakap syarikat Hertz, Rich Broome.
Menurutnya, kakitangan yang ingin melakukan solat perlu merekodkan waktu rehat mereka dengan menggunakan kad perakam waktu.
Kenyataan tersebut bagaimanapun disangkal oleh seorang pemandu syarikat berkenaan, Zainab Aweis.
Dalam wawancara bersama akhbar The Seattle Times Zainab memberitahu, beberapa pengurus syarikat Hertz memberitahunya bahawa beberapa kakitangan wanita yang ingin mengerjakan solat telah diarahkan supaya pulang.
“Dia (pengurus berkenaan) berkata, jika anda mahu solat lebih baik anda pulang dan tidak bekerja di sini lagi.
“Saya bertanya kepadanya, adakah ini peraturan baru syarikat, di seterusnya menjawab, ya,” kata Zainab.
– Agensi

No comments:

Post a Comment