Sunday, January 15, 2012

JANGAN CAKAP MACAM TU...CUKUP SYARAT DAN RUKUN SAH NIKAH TU...PELIARA AGAMA....LAKSANA SEGALA HUKUM2 ALLAH TERMASUK UNDANG2 JENAYAH ISLAM@HUDUD...ARTIS JANGAN SEWENANG2 LANGGAR HUKUM...BUKAN POLITIK SAJA..POLITIK@SIASAH ISLAM DIBENARKAN...YANG JADI HARU SEBAB ADA PIHAK TAK TAHU ISLAM ATAU MENOLAK ISLAM..AKHIRAT SAMA2 KITA TENGOK SAPE YANG BETUL...DIDUNIA SEMUA NAK MENANG DAN KATA IA BETUL AJE...

Kutip otak ayah

Laporan dan foto ROSLI ILHAM
am@hmetro.com.my

TUTUP... jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. Gambar kecil, Othman, maut.
TUTUP... jenazah mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. Gambar kecil, Othman, maut.
DUNGUN: Seorang anak perempuan tidak dapat menahan kesedihan ketika mengutip cebisan otak ayahnya yang bertaburan di jalan selepas warga emas itu dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 98, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9 malam, Othman Muda, 69, tercampak 20 meter selepas dilanggar kereta Satria Neo ketika melintas jalan dari rumahnya di Gong Gemia untuk ke sebuah kedai makan yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang datang dari arah Dungun gagal mengelak sebelum melanggar mangsa yang ketika itu melintas dan rempuhan itu menyebabkan otak mangsa bertaburan di atas jalan.
Difahamkan, anak mangsa bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan ayahnya terbabit dalam kemalangan sebelum dilihat memasukkan cebisan otak mangsa ke dalam beg plastik kecil.

Sebaik jenazah ayahnya dibawa ke Hospital Dungun, wanita berusia 40-an itu kemudian menaiki kereta dipandu saudaranya sebelum meletakkan beg plastik itu di sisi jenazah ayahnya di Bilik Mayat Hospital Dungun.

Rakan mangsa, Hashim Arshad, 57, berkata mereka sering solat berjemaah di Masjid Jamek Paka dan kali terakhir dia melihat arwah ketika solat Jumaat kelmarin tetapi tidak sempat menyapa kerana arwah duduk jauh.

“Selepas solat Jumaat, saya tidak sempat bersalam dengannya kerana dia pulang ketika saya berbual dengan seorang kawan lama.

“Malah, arwah juga tidak ada di masjid tadi (kelmarin) menyebabkan saya dan rakan masjid yang lain tertanya-tanya ketiadaannya.
“Arwah seorang yang baik hati dan suka berjenaka serta kami sering terhibur dengan gurauan dan jenakanya,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Dungun.

Hashim berkata, dia terkejut sebaik menerima panggilan telefon daripada seorang rakan masjid yang memaklumkan arwah terbabit dalam kemalangan tidak jauh dari kawasan masjid.

“Saya terkilan kerana biasanya saya menggunakan jalan di mana arwah terbabit kemalangan untuk pulang ke rumah, namun pada malam kejadian saya melalui jalan lain,” katanya sambil mengakui kesihatan arwah kurang memuaskan kebelakangan ini dan sering kelihatan lemah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi di sini semalam mengesahkan kejadian itu.

Katanya, jenazah arwah yang siap dikafankan di Hospital Dungun dituntut keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Gong Gemia.

Terjun tidak timbul-timbul



PORT DICKSON: “Tidak lama selepas dia terjun, saya mula berasa tidak sedap hati apabila mendapati dia (mangsa) masih tidak timbul dan terus tenggelam di dalam air,” kata N Nesaraja, 20, rakan mangsa mati lemas di Pantai Cahaya Negeri, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi, keseronokan enam sahabat yang menghabiskan hari cuti dengan bermandi-manda bertukar tragedi menyayat hati apabila seorang daripada mereka lemas.

Suasana pilu menyelubungi tempat kejadian apabila mayat mangsa yang juga penuntut kolej, Nazaruddin Bisul Rahman, 20, ditemui selepas lebih tiga jam usaha mencari dilakukan oleh pasukan khas bomba.
Menurut Nesaraja yang juga rakan kuliah mangsa, ketika kejadian, keenam-enam mereka berada di pantai berkenaan untuk mandi-manda.

“Tiga daripada kami hanya mandi di tepi pantai manakala saya bersama mangsa dan seorang lagi rakan menuju ke sebuah jambatan berdekatan untuk terjun ke dalam air.

“Pada waktu itu, saya dan mangsa memerhati rakan terjun terlebih dulu dan berjaya berenang menuju ke arah pantai. Apabila mangsa mahu terjun, saya cuba menghalangnya daripada berbuat demikian namun tidak berhasil,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Turut hadir meninjau lokasi kejadian ialah Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh dan Penolong Pengarah Operasi Bomba negeri, Penguasa Bomba Ahmad Nizam Sapaiee.

Nesaraja berkata, sejurus mangsa terjun, dia berasa sesuatu tidak kena segera meminta pertolongan pengunjung lain.
Sementara itu, Ahmad Nizam yang mengetuai operasi berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam, jam 9.02 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dan Teluk Kemang, termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa ditemui pada jam 12.10 tengah hari dan didapati sudah meninggal dunia,” katanya.

Jenazah mangsa yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, itu dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan punca kejadian masih disiasat.

Salah guna ayat suci

Oleh SHAMRAN SARAHAN
shamss@hmetro.com.my

AMPANG: Seorang pemilik restoran mamak berdekatan Taman Kosas, di sini, terpinga-pinga ketika menjawab soalan pegawai Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) kerana tidak memiliki logo halal pada restorannya, sedangkan pada masa sama menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian pelanggan Islam.
Premis itu didapati turut menggunakan beberapa produk makanan dalam tin yang diragui penggunaan logo halalnya.

Ketika pemeriksaan dijalankan semalam, Presiden LPKPM, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya menasihatkan pemilik restoran itu supaya memohon logo halal secara sah dan diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Selain restoran itu, LPKPM dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memeriksa tiga restoran lain yang didapati tidak memiliki logo halal, selain pemantauan daripada segi aspek kebersihan dan pematuhan syarat lain yang ditetapkan.

Mengulas lanjut perkara itu, Dr Saharuddin berkata, pihaknya mengambil serius penggunaan kalimah suci al-Quran digunakan pemilik restoran yang tidak bertanggungjawab bagi mengelirukan pelanggan Islam supaya memasuki premis mereka.

“Kita tidak mahu ada peniaga cuba mengambil kesempatan dan kita tidak akan berkompromi dalam hal ini, lebih-lebih lagi selepas banyak aduan yang kami terima selama ini.

“Apapun, kita akan sentiasa memantau perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka,” katanya.

Dr Saharuddin turut menegaskan, pihaknya akan mengemukakan hasil pemeriksaan itu kepada pihak terbabit seperti Jakim dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut.
Kakitangan kerajaan, Ahmad Farhan Ab Karim, 26, berkata usaha memantau restoran dan kedai makanan perlu dilaksanakan dengan lebih tegas.

“Ia penting bagi menjaga hak pengguna, terutama di kalangan orang Islam. Saya setuju jika operasi berterusan diteruskan bukan saja di restoran, bahkan hotel.

“Seperkara lagi, penggunaan logo halal juga perlu diseragamkan dan hanya satu badan berhak mengeluarkan logo berkenaan, iaitu Jakim. Jika tidak, ia akan mengelirukan orang ramai,” katanya.

Rakannya, pegawai eksekutif perbankan, Ikmal Hisham Mohammad Rom, 25, berkata sewajarnya negara ini mewajibkan semua premis berkaitan menggunakan logo halal memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam.

“Selain itu, perlu dipastikan mereka bukan saja menggunakan logo halal, malah sumber makanan juga perlu dipantau,” katanya.

Daftar segera pernikahan

KUALA LUMPUR: Pasangan yang bernikah secara sindiket perlu membuat pendaftaran segera bagi memastikan perkahwinan mereka sah di sisi syarak.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sesuatu pernikahan hanya dianggap sah apabila sempurna kelima-lima rukun nikah.

Beliau berkata, mengikut undang-undang keluarga Islam, mana-mana pasangan yang ingin berkahwin perlu mengikut prosedur nikah mengikut negeri.
“Jika pernikahan di Perak, permohonan itu perlu dibuat di Perak. Sesuatu pernikahan itu tidak sah jika dilakukan tanpa pengetahuan wali, sedangkan wali itu masih hidup.

“Perkara terpenting perlu dilakukan pasangan yang pernikahan mereka diadakan tanpa jurunikah sah atau bertauliah ialah merujuk segera ke pejabat agama Islam berhampiran,” katanya.

Harussani berkata, perkahwinan menggunakan sindiket dibimbangi tidak sah di sisi syarak dan antara sebabnya ialah penggunaan wali yang melakukan akad nikah yang tidak mempunyai kuasa atau tauliah.

Mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai kemelut dialami wanita yang menjadi mangsa ‘pernikahan orkestra’, beliau menasihatkan mangsa terbabit membuat laporan polis.

“Saya tidak boleh memberi komen lanjut perkara itu kerana laporan butiran pernikahannya tidak lengkap seperti di mana ia berlangsung dan siapa walinya.
“Apapun, kalau benar dakwaan mangsa bahawa pernikahannya dilakukan oleh sindiket jurunikah palsu, ia memang tidak sah,” katanya.

Pelihara agama

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
iskandar@hmetro.com.my

KUALA PILAH: “Jangan sesekali menyalahgunakan agama Islam yang suci untuk kepentingan politik mana-mana pihak, mahu pun mendapatkan keuntungan peribadi,” titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-64 di Istana Besar Seri Menanti, dekat sini, semalam.
Baginda menzahirkan rasa dukacita dengan tindakan segelintir individu yang menjalankan aktiviti memesongkan akidah, walaupun pelbagai program keagamaan diatur demi meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam kepada rakyat.

“Beta menyeru supaya kesucian Islam terus dipelihara dan dipertahankan,” titah baginda.
Pada istiadat itu, seramai 157 individu kumpulan pertama menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat didahului Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Alang, Tunku Datuk Seri Iskandar Tunku Abdullah.

Terdahulu, Tuanku Muhriz menerima tabik hormat pada Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormat oleh 103 pegawai dan anggota lain-lain pangkat 71 Rejimen Semboyan Diraja dari Kem Perdana Sungai Besi.

Baginda turut mencemar duli menyaksikan persembahan tatu oleh pasukan Army Red Warrior Tentera Darat Diraja Malaysia.

Tuanku Muhriz turut menzahirkan rasa sukacita dengan usaha dilakukan kerajaan dalam meningkatkan syiar Islam di negeri ini, termasuk pembinaan masjid baru dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan RMK-10.

No comments:

Post a Comment