Sunday, January 15, 2012

KENA IKUT HUKUM...IKUT PERINTAH ALLAH...UNTUNG DAH ALLAH HIDUPKAN..BERTAUBAT...BAGAIMANA DAH MEROSAK MINDA RAMAI PENONTON...MEREKA AGAK BERANI BILA AHLI AGAMA DAN PIHAK BERWAJIB TAK TEGUR...TAK TEGUR SEOLAH2 BOLEH...PENGARAH KENA JAGA HUKUM...ITU PUN JIKA TAKUT NERAKA SERTA MASIH LAGI MENGAGONGKAN ALLAH..KECUALI PENGARAH ITU TAK BERIMAN@NON MUSLIM..KITA TUNGGU BALA ALLAH BILA ZINA DIMANA2...KITA DAH BANYAK SYAITAN2 BISU

Si gebu goda ‘bawah perut’ diskaun urut

Oleh HADZLAN HASSAN, MOHD FIRDAUS SAHAT dan SHAMRAN SARAHAN
metahad@hmetro.com.my

ADA DISKAUN... wartawan Metro Ahad bertanya kepada wanita dipercayai warga asing mengenai khidmat urut.
ADA DISKAUN... wartawan Metro Ahad bertanya kepada wanita dipercayai warga asing mengenai khidmat urut.
SEKSI... gadis cantik cuba menggoda pelanggan.
SEKSI... gadis cantik cuba menggoda pelanggan.
KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila sebuah pusat beli-belah berhampiran Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini, mempunyai lebih 20 premis refleksologi yang dipercayai bukan sekadar menawarkan khidmat urut menghilangkan lenguh badan, malah hingga ke ranjang.
Saingan sesama sendiri menyebabkan 150 wanita tukang urut yang kebanyakannya masih muda, gebu, seksi dan peramah, kelihatan berebut-rebut memancing pelanggan, terutama lelaki yang mengunjungi kompleks itu, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan tidak ubah seperti kawasan ‘lampu merah’ Patpong di Bangkok, Thailand.

Siasatan wartawan Metro Ahad mendapati, wanita berpakaian seksi terbabit, majoritinya dari China dan beberapa warga Vietnam dan tempatan, pasti mendekati lelaki yang melalui premis di tingkat bawah, satu dan dua kompleks itu untuk menawarkan khidmat urut dengan caj serendah RM35 sejam.
Sebaik lelaki terbabit menunjukkan minat untuk berurut, kumpulan wanita seksi itu mula menggoda supaya turut mendapatkan khidmat seks, sama ada di katil urut atau dibawa ke tempat lain, dengan bayaran dipersetujui kedua-dua pihak.

Siasatan mendapati setiap pusat urut mempunyai antara lima hingga 10 pekerja wanita sambil diawasi beberapa lelaki yang memerhatikan gerak-geri bakal pelanggan, selain memastikan kawasan itu selamat daripada serbuan pihak berkuasa.

Kumpulan wanita itu biasanya menggoda dan memperkenalkan perkhidmatan lain yang disediakan pada harga antara RM35 hingga RM50 dan meminta dulu wang pelanggan sejurus dibawa ke lot kedai menempatkan lima hingga 10 katil bujang yang dipisahkan melalui tirai.

‘Cuma ikut tema’

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my

SEKSI... gambar kontroversi Rozita tersebar di Internet.
SEKSI... gambar kontroversi Rozita tersebar di Internet.
KUALA LUMPUR: “Saya mohon maaf jika ada yang tersinggung dengan cara pemakaian saya. Saya hanya mengikut tema pada majlis berkenaan dan tidak berniat ‘mengganggu’ sesiapa,” kata aktres jelita, Rozita Che Wan mengulas tindakannya memakai skirt pendek paras lutut ketika menghadiri majlis hari jadi seorang pelakon di restoran The Ship, Bukit Bintang, baru-baru ini.
Pemakaian skirt yang dikatakan seksi hingga menampakkan paha pelakon ini turut diperdebatkan di beberapa ruangan hiburan media cetak dan laman blog hiburan.

Malah, beberapa keping gambar yang dipaparkan di laman blog itu turut mencetuskan reaksi kurang senang peminatnya.
Sebelum ini, beberapa keping gambarnya berpakaian seksi yang turut menampakkan paha pernah tersebar di Internet. Antaranya, ketika menyaksikan Konsert Akhir Akademi Fantasia Kelapan (AF8).

Menurut Rozita, bukan dia seorang berpakaian ‘seksi’ pada malam itu. Katanya, dia hanya mengikut tema K-Pop diberikan penganjur majlis, malah semua tetamu dan beberapa pelakon lain, sama ada lelaki dan wanita, turut hadir dengan tema sama.

“Saya hanya mengikut trend dan tema diberikan. Janggal pula jika saya hadir di majlis itu dengan berpakaian berbaju kurung. Lagipun, ia majlis hari jadi, bukan kenduri kahwin.

“Yang peliknya, kenapa mesti saya yang menjadi sasaran pada hal ramai lagi yang berpakaian sama?” katanya.

“Memang sukar mahu puaskan hati semua orang. Lagipun, ia hak masing-masing. Saya juga tidak kisah dengan komen dan penerimaan mereka yang tidak puas hati dengan saya,” katanya.
Rozita berkata, dia “tidak pernah bermusuh dengan sesiapa tetapi kenapa ada yang mahu bermusuh dan tidak boleh melihatnya senang.

“Saya terima dengan hati terbuka jika mereka mahu memberi nasihat. Namun bila menggelar saya tidak sedar diri, tidak takut tuhan, perasan remaja, ia bukan lagi nasihat.

“Tidak ada yang sempurna di muka bumi ini. Lebih baik jaga hal sendiri dan cermin diri dulu sebelum mahu menghukum orang lain. Cukup-cukuplah mengaibkan orang lain. Lagipun, pakaian saya itu bukan untuk disebarkan di Internet,” katanya.

Ibu kepada dua anak, Ammar Effendy, 14, dan Aniq Ezzra, 12, ini turut berharap perkara itu tidak diperbesarkan atau disensasikan.

Atas dasar logik

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my

PANAS... Zul dalam satu babak Keramat yang dikatakan bakal mengundang  kontroversi.
PANAS... Zul dalam satu babak Keramat yang dikatakan bakal mengundang kontroversi.
KEBERANIANNYA tampil berbogel dalam filem Mantra setahun lalu mendapat kecaman hebat pelbagai pihak. Teruk dia dihentam tetapi tidak sedikitpun ia menjadi kudis buat empunya diri kerana dia yakin apa yang dipersembahkan itu atas dasar profesional.
Terbaru, menerusi filem Keramat yang menjengah pawagam seluruh negara Khamis lalu, Zul Suphian sekali lagi tampil ‘daring’ dalam adegan bilik air apabila digoda adik ipar, lakonan Mon Ryanti. Biarpun masih memakai tuala pada badannya, keberanian Zul melakonkan adegan sebegini berpotensi mencetuskan kontroversi sekali lagi. Babak itu memaparkan Nazmir (Zul) yang baru selesai mandi, digoda adik iparnya yang dirasuk roh Mustika yang hidup 100 tahun lalu. Ketika menggoda, wajah Munirah acap kali bertukar rupa Mustika (Diana Amir). Ketika dihubungi, Zul tidak menafikan babak itu agak ‘berani’ tetapi tidaklah sepanas Mantra di mana ada babak Zul tanpa seurat benang di tubuhnya. Andai ia menjadi kontroversi, bekas vokalis kumpulan Handy Black ini bersedia kerana pernah berdepan senario serupa sewaktu Mantera ditayangkan. “Saya pun memilih, bukan main buat saja tanpa sebab. Saya akan bersetuju dengan permintaan pengarah dan memenuhi kehendak skrip apabila babak itu logik untuk diwujudkan. Babak goda dalam bilik air memang logik untuk filem ini. “Ketika baca skrip, saya ada berbincang dengan pengarah bagaimana mahu gambarkan perasaan Mustika yang menagih kasih Habib yang hidup sezaman dengannya. Mustika mahu menggoda Nazmir kerana muka Nazmir seiras dengan Habib. “Sebagai pelakon, saya lihat babak ini sebagai cabaran dan melakukannya atas dasar logik dan profesional. Jika tidak logik, apa hal pula saya nak tayang badan atau buat babak panas? Seperti saya katakan tadi, ini semua bersebab. Kalau suka-suka, itu sengaja mencari publisiti murahan namanya dan saya bukan begitu,” katanya. Tambah Zul, apabila bergelar pelakon, seseorang itu sewajarnya bersedia menerima apa saja cabaran termasuk yang menampakkan susuk tubuh, bersentuhan dan melakonkan adegan panas. Andai tiada keberanian itu, jangan jadi pelakon. “Pelakon kena faham apa itu kerjaya lakonan. Kita sekadar melakonkan watak dan perlu menjayakan amanah itu dengan baik. Sebagai contoh, jika seorang pelakon itu tidak mahu babak bersentuhan dengan jantina berbeza, sejauh mana persediaannya mahu jadi pelakon? Sebagai pelakon, sukar untuk kita letak limitasi kerana macam-macam boleh berlaku di lokasi penggambaran. “Pun begitu, kita sedia maklum perfileman Malaysia ada garis panduan yang perlu kita akur. Ada badan yang akan memantau dan meluluskan apa yang patut dan tidak patut dipertontonkan kepada penonton. “Bagi saya, filem kita terkawal daripada aspek kesopanan dan sensitiviti masyarakat. Kalau nak sentuh balik adegan bogel saya dalam Mantra, Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPS) luluskan. Kita buat kerana logik dan profesional dan sudah tentu mereka ada alasan serupa kenapa ia diluluskan untuk tayangan. “Persoalan ini lebih adil jika LPF yang jawab. Saya sebagai pelakon menggalas tanggungjawab yang diamanahkan, selain memenuhi kehendak skrip serta pengarah. Kalau perkara ini jadi pertikaian, kita tidak melakukan perkara yang melampaui batas hingga boleh memesong akidah atau mencemar budaya.

“Niat pembikin filem hasilkan karya selain atas faktor keuntungan adalah untuk memberi kesedaran dan pengarahan kepada masyarakat. Apabila terjebak dengan ilmu hitam atau perkara negatif, akan berlakulah akibat yang kita paparkan dalam filem ini,” katanya. Ditanya tidakkah mungkin nanti dilabelkan sebagai pelakon simbol seks, Zul pantas menyangkalnya. Tegasnya, apabila menjadikan lakonan sebagai kerjaya, dia bersedia dengan apa saja kemungkinan serta implikasi yang bakal timbul daripada persembahannya. Bahkan andai isu ini menjadi perdebatan, dia bersedia. Ini kerana apabila bersetuju menjayakan babak berkenaan, bermakna dia bersedia menghadapi apa saja yang bakal mendatang. “Apa nak risau. Macam saya cakap tadi, saya buat atas dasar logik dan profesional. Lagipun ketika bersama Handyblack 12 tahun lalu, macam-macam sudah saya lalui. Saya menceburi bidang lakonan untuk tunjukkan kebolehan saya. Tak sangka pula apabila terbabit dalam arena ini, kredibiliti saya tercabar dan dicabar dengan adegan panas tetapi tidaklah melampaui batasan.
“Setakat ini, belum ada yang labelkan saya simbol seks. Kalau mahu gelaran itu, bagi saya kenalah berani buat melebihi apa yang saya sudah buat. “Apapun tanggapan masyarakat nanti, saya mengharapkan filem ini dapat diterima baik. Pengarah dan barisan pelakon sudah berikan yang terbaik dan kami harapkan magis berlaku terhadap Keramat,” katanya. Filem arahan Azhari Zain yang menjalani penggambaran sekitar Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ijok, Kuala Selangor ini mengisahkan seorang lelaki bernama Habib yang hidup pada 1900, difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Habib dipukul penduduk kampung diketuai Jabar, abang Mustika. Habib yang bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang menutup wajahnya ditarik orang kampung dan berlakulah peristiwa dahsyat di mana semua penduduk kampung mati kerana cahaya terang yang terpancar daripada rupanya. Di zaman ini pula, kehidupan dua beradik Nazmir dan Nasti (Hairul Azreen) mula dihantui pelbagai kejadian pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi dalam kandungan Syazura (Rebecca Nur Al-Islam), isteri Nazmir. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampung suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar, sekali gus mendedahkan sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah.

No comments:

Post a Comment