Sunday, March 25, 2012

CAKAP BERBELIT...TEKAN HUKUM ALLAH...LAKSANAKAN HUKUMLAH...CAKAP MELERET2..HUKUM ALLAH TAK DITEKAN JUGA...KADANG2 MENYAMPAH BACA DAN DENGAR...APA TAKUTNYA LAKSANA HUKUM ALLAH NI...TENTU ADA UDANG SEBALIK BATU...

Tujuh bulan di neraka

Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 25 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja dikurung sejak tujuh bulan lalu, malah dibelasah dan diperkosa seorang lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini.
Lebih kejam, mangsa mendakwa dipukul hampir setiap hari sepanjang tempoh itu disebabkan keengganannya menjadi pelacur biarpun dipaksa lelaki terbabit.

Bagaimanapun, wanita terbabit bernasib baik apabila berjaya meloloskan diri daripada ‘neraka’ berkenaan, jam 10 malam Isnin lalu, sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong, Khamis lalu.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa yang mengenali lelaki terbabit mendakwa ditawarkan pekerjaan di sebuah restoran dengan gaji lumayan.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran berkenaan kemudian dibawa lelaki itu ke sebuah rumah di Kepong sebelum dikurung,” katanya.

Sumber berkata, mangsa kemudian dipaksa menjadi pelacur dan keengganannya berbuat demikian menyebabkan suspek berang lalu memukulnya.

“Penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila dia mendakwa turut dirogol lelaki terbabit lebih 10 kali sepanjang tujuh bulan dikurung,” katanya.

Mangsa yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan berkenaan jam 10 malam kemudian segera menghubungi rakan dan meminta bantuan.
Katanya, selepas dinasihati rakannya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini, menuntut tindakan tegas dikenakan terhadap lelaki terbabit.

Dalam laporannya itu, wanita terbabit mendakwa lapan lagi wanita turut dikurung dan dipaksa menjadi pelacur oleh lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Pencegahan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Datuk Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut dilakukan.

Lelaki mati dipukul



KLANG: Angkara dendam, seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan kepala dan muka berlumuran darah di depan sebuah kelab malam di Jalan Stesen, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3.49 pagi, P Puvanesvaran, 25, ditemui terbaring dipercayai dipukul beramai-ramai dalam pergaduhan di dalam kelab malam itu.

Difahamkan, mangsa pergi ke kelab itu untuk bersuka ria namun sewaktu berhibur, mangsa didatangi sekumpulan lelaki dan berlaku pertengkaran sebelum ia bertukar menjadi pergaduhan.
Ketika dalam keadaan cemas, mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada penyerang namun terjatuh dan ditemui mati, 20 meter dari kelab berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu sebaik orang ramai menemui mangsa terbaring sebelum menghubungi polis yang tiba beberapa minit kemudian.

Katanya, siasatan pasukan forensik mendapati mangsa mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan muka akibat dipukul dengan benda tumpul.

“Pihak forensik turut menemui botol minuman keras berhampiran mangsa selain serpihan kaca.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kejadian dipercayai bermotifkan dendam,” katanya.
Mohamad berkata, polis menahan tiga lelaki berusia 35 tahun hingga 40 tahun untuk membantu siasatan dan polis masih giat memburu suspek lain.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dihukum mati.

Doktor Malaysia bersalah melakukan serangan seksual

MELBOURNE: Seorang doktor berasal dari Malaysia didapati bersalah bagi dua tuduhan melakukan serangan seksual terhadap wanita di Adelaide.
Mahkamah Majistret Elizabeth pada Selasa lalu mendapati Dr Mohd Zaki Ibrahim, 36, melakukan kesalahan itu pada 31 Mac 2010 dan 16 Julai tahun sama.

Jurucakap mahkamah memberitahu Bernama, kes itu ditangguhkan ke 27 April depan untuk pembentangan hujah bagi hukuman ringan.
Doktor itu, pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dipercayai bekerja di pekan di Australia Selatan, sebelum bepindah ke Elizabeth di Adelaide bersama keluarganya. — Bernama

Penoreh terkejut jumpa mayat



KUALA NERANG: Seorang penoreh getah yang meninjau kawasan ladangnya terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki, dipercayai dibunuh, dengan kesan tikaman pada badannya di sebuah ladang getah di Felda Lubuk Merbau, Naka, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa yang dipercayai warga asing berusia 30-an itu ditemui hampir reput, dipercayai dua hari meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, selain badan, polis menemui kesan tikaman di muka, perut, rusuk dan belakang mangsa serta kesan kelar di leher.
“Berdasarkan laporan bedah siasat dan penampilannya, polis percaya lelaki terbabit adalah warga asing berikutan penemuan tangkal patung di leher mangsa yang mempunyai tulisan bahasa asing.“Berdasarkan siasatan bahagian forensik, kita percaya mangsa mati lebih daripada sehari sebelum mayatnya ditemui petang semalam (kelmarin),” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mangsa serakah abang



KUALA LUMPUR: Tidak pernah terlintas di fikiran siswi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 25 tahun ini untuk menjalin hubungan dengan rakan sama jantina, namun memori pahit zaman kanak-kanak ketika menjadi hamba seks kepada abang kandung menghantui diri, sekali gus merubah penampilannya kepada pengkid.
Menjadi mangsa sumbang mahram tatkala usia menjengah lapan tahun adalah igauan ngeri dialami anak keempat daripada enam beradik dikenali sebagai Leen.
“Sejak kecil, penampilan saya macam tomboi. Hubungan rapat dengan sepupu lelaki turut mempengaruhi imej ketika itu.

“Tambahan pula, kedua-dua kakak saya bersekolah di asrama penuh. Malah, mak dan ayah memberi kepercayaan kepada saya untuk melakukan pekerjaan dilakukan lelaki, termasuk berkebun.


“Namun semuanya berubah apabila satu-satu abang kandung yang sepatutnya bertanggungjawab melindungi adik meragut ‘mahkota’ saya ketika berusia lapan tahun.

“Kejadian itu berlanjutan enam bulan. Saya kemudian nekad memberitahu mak dan ayah, malangnya mereka seakan-akan tidak percaya, menyebabkan penderitaan saya dibiarkan tanpa sebarang pembelaan.

“Lebih mengecewakan, ayah yang saya hormati curang terhadap mak dan sanggup menjalin hubungan sulit bersama pembantu rumah Indonesia,” katanya.

Usah ikut nafsu

KUALA LUMPUR: “Islam hanya pada nama namun nilai-nilainya tidak diamalkan dalam hidup, sedangkan Islam itu sendiri bermaksud indah dan betapa ruginya jika tidak mengamalkan suruhan ditetapkan,” kata perunding motivasi, Datuk Zawawi Yusoh ketika ditanya mengenai keruntuhan institusi kekeluargaan yang makin meruncing, termasuk kewujudan golongan nenek pengkid.
Menurutnya, orang Islam tidak harus berserah dengan mudah, tidak boleh kalah dengan godaan nafsu syaitan dan disebabkan berpaksi kepada selain Allah mengakibatkan seseorang itu mudah terpesong.

“Tiada guna menuding jari. Waktu ini harus digunakan untuk memperbaiki kesilapan lepas. Ibarat menanam pokok durian yang tidak dapat hasilnya tetapi hanya boleh menghidu baunya.
“Kenapa mahu lari daripada fitrah manusia yang diciptakan berpasangan sebagai lelaki dan perempuan? Kenapa mahu mencabar hukum Allah? Siapa kita untuk berbuat demikian.

“Apabila ikut kehendak hati, seseorang individu akan buat apa saja yang akhirnya merosakkan diri sendiri,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Ditanya adakah disebabkan dendam terhadap bekas suami membuatkan si isteri berubah kasih kepada kaum sejenis dan rela menjadi mangsa panas baran teman ‘lelakinya’, Zawawi berkata, perkara itu tidak mustahil.

“Ada kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan wanita berkenaan merasakan dirinya sudah rosak dan tiada yang memberi perhatian kepadanya. Sebab itu dia rela berkasih dengan kaum sejenis,” katanya.

Beliau berkata, biarlah miskin harta tapi jangan sampai miskin agama dan apabila lahir sebuah keluarga porak-peranda, negara juga akan jadi rosak.
“Apa pun, paling penting balik ke asal iaitu agama. Tidak guna menuding jari kepada sesiapa kerana semua bersalah. Usaha baiki semula kesilapan lalu dan bina jati diri baru demi kesejahteraan kelak sebelum terlambat,” katanya.

Sementara itu, perunding psikologi, Datuk Dr Mat Saat Baki berkata, wanita berkenaan bertukar selera selepas ditinggalkan suami selain mengalami penderaan fizikal dan mental.

“Setiap manusia mempunyai selera berbeza. Boleh jadi si wanita sebenarnya homoseksual namun disebabkan berkahwin, nafsunya terhenti setakat itu. Namun selepas bercerai ia seakan-akan memberi ruang kepadanya untuk kembali kepada nafsu asal.

“Disebabkan kecewa, dia mencari individu yang boleh menemani dan mengisi kesunyian, apatah lagi pengkid dirasakan lebih mengambil berat dan sentiasa menyayangi dirinya lebih daripada lelaki,” katanya.

 

No comments:

Post a Comment