Keluarga wakil rakyat trauma
|
TANJUNG MALIM – Seorang wakil rakyat, isteri dan empat anak mereka terpaksa melalui detik menakutkan lebih setengah jam apabila kediaman mereka di Taman Wangsa Setia di sini dipecah masuk tiga perompak bertopeng awal pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib (gambar) berkata, beliau telah diacukan sebilah pisau sebelum tangannya, isteri serta seorang anak lelakinya yang berusia 18 tahun diikat.
Menceritakan peristiwa itu, beliau berkata, perompak terbabit kemudiannya memaksanya menunjukkan lokasi barangan berharga seperti barang kemas dan wang tunai disimpan.
“Saya yang sedang nyenyak tidur terperanjat apabila tiga lelaki mengejutkan saya sambil mengacukan sebilah pisau di leher.
“Seorang lagi bersenjatakan pemotong besi menggertak saya dan isteri serta mengikat kami sebelum menggeledah di seluruh rumah," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Penari tiang tiga gadis Melayu
NILAI – Jika sebelum ini penari tiang warga asing yang dijadikan pelaris pusat-pusat hiburan, lain pula halnya sebuah pusat hiburan di sini yang mengupah tiga gadis Melayu menjadi penari tiang di pusat hiburan itu.
Keseronokan pelanggan menyaksikan aksi ghairah daripada tiga penari tiang seksi itu terbongkar apabila premis itu diserbu polis pada pukul 2 pagi kelmarin.
Ketika serbuan, tiga gadis penari tiang itu sedang ghairah beraksi dengan lincah memukau 93 pengunjung termasuk 17 pengunjung wanita.
Sebahagian besar pengunjung pusat hiburan yang beroperasi seawal pukul 6 petang dan berakhir pukul 4 pagi itu semasa diperiksa berada dalam keadaan mabuk atau khayal.
Tolong pulangkan Ruzaida
ALOR SETAR – Sebuah keluarga dari Anak Bukit di sini dirundung kesedihan ekoran kehilangan anak gadis mereka dipercayai dilarikan kekasihnya sejak 8 Oktober 2011.
Siti Ruzaida Ishak, anak bongsu daripada empat beradik itu keluar dari rumah melalui tingkap di biliknya pada pukul 2 pagi dengan membawa sebuah beg pakaian kerana dipercayai mengikut kekasihnya yang dikenali sebagai Boy.
Ibu mangsa, Siti Hajerah Ahmad, 52, memberitahu, Boy atau nama sebenarnya, Mohd. Faizal Issyam Ismail, 24, disyaki memecah mangga tingkap bilik anaknya sebelum membawa anaknya lari.
Katanya, pada waktu itu, suaminya, Ishak Abdullah, 61, terdengar bunyi bising di luar rumah namun terlalu mengantuk untuk bangun melihat apa yang berlaku.
“Saya pula tidak sedar kerana tidur dengan nyenyak. Kehilangan Ruzaida hanya disedari pada pukul 5.30 pagi pada hari kejadian,” kata Hajerah di sini semalam.
Anggota bomba kes samun kafe siber dicari
|
|
ALOR SETAR – Polis kini sedang mengesan seorang anggota bomba dan penyelamat bagi membantu siasatan berhubung kes samun sebuah kafe siber di Taman Ampang pada 13 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, Mohd. Suphian Ali, (gambar) 36, dengan kad pengenalan 760502-11-5003 masih bebas selepas disyaki menyamun sebuah kafe siber di sini bersama dua rakannya.
Menurut beliau, dalam kejadian samun pada pukul 2.55 pagi itu, suspek bersama dua lelaki dipercayai cuba menyamun pemilik kafe siber namun gagal selepas seorang daripada dua rakannya itu berjaya ditangkap ketika bergelut dengan mangsa.
“Salah seorang daripada tiga suspek membawa parang lalu mengacukannya ke arah pemilik kafe siber itu untuk meminta wang manakala dua lagi suspek memerhatikan keadaan sekeliling.
“Semaa itu berlaku pergelutan antara mangsa dengan seorang suspek dan mangsa berjaya menahan suspek terbabit manakala dua rakannya melarikan diri,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Polis ke-205 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini semalam.
Mangsa ragut terbaring lumpuh
TANAH MERAH – Seorang gadis berusia 23 tahun yang menjadi mangsa ragut setahun lalu, kini hanya mampu terlantar di rumahnya di Kampung Air Tilan Nibong dekat sini.
Gadis itu, Akmal Izzati Che Harun dikatakan menunggang motosikal secara berseorangan dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja di Bukit Bunga ketika diragut menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala.
Menurut ibunya, Che Sani Che Salleh, 50, dalam kejadian pada 12 Mei tahun lalu itu, anak bongsu daripada lapan beradik tersebut cedera akibat dipukul oleh peragut sebelum ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Katanya, Akmal Izzati kemudian dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu selama sebulan.
“Akibat kejadian tersebut, dia terpaksa dibedah sebanyak dua kali kerana mengalami pendarahan di kepala.
“Sehingga hari ini, anak saya tidak mampu bercakap dan hanya terbaring disebabkan kecederaan teruk sebelah kiri kepala,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Keluarga Dirang diganggu
26 Mac 2012
Ibunya, Roselyn Alan, 25, berkata, kehidupan mereka sekeluarga tidak tenteram berikutan beberapa insiden seperti cubaan samun dan dikejar individu tidak dikenali.
“Sejak dua hari lalu, rumah yang kami diami cuba dipecah masuk kira-kira jam 1 pagi. Ketika itu, kami semua sedang lena tidur, namun adik ipar terdengar bunyi penjenayah cuba memecah masuk melalui bumbung.
“Pada mulanya, kami sangka ia bunyi burung yang berjalan di siling, tetapi penjenayah itu cuba pecahkan siling menyebabkan ibu bertindak mengambil batang besi lalu mengetuk pintu dengan kuat, menyebabkan penjenayah itu melarikan diri,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan isterinya, Bibi Zakiah Meraslam di rumah mereka di Flet Seri Delima, Bandar Seri Alam, di sini, semalam.
Roselyn memberitahu, ia merupakan kejadian pertama cubaan pecah rumah dialaminya sejak hampir setahun setengah mereka sekeluarga menetap di situ.
Jelasnya, atas dasar keselamatan, mereka sekeluarga telah berpindah ke blok lain di situ.
“Kami bukan tidak mahu pindah tempat lain, tapi berasa selesa di sini kerana terdapat ramai saudara-mara yang tinggal di flet ini,” katanya.
Ibu tiga anak ini juga mendakwa, adik bongsu lelakinya, Mohd Hakim Alan, 14, dikejar tiga individu tidak dikenali dalam tiga kejadian berasingan.
Roselyn percaya kejadian yang berlaku ada kena mengena dengan kes kematian Dirang.
Sementara itu, menceritakan detik-detik cemas dialaminya, Mohd Hakim berkata, kejadian pertama dia dikejar ialah ketika hendak ke kafe siber berdekatan rumah.
“Ketika itu lebih kurang jam 1 tengah hari, saya hendak ke kafe siber, kemudian ada lelaki cuba mendekati sambil memanggil saya dekat dengannya. Dia kemudian bertanya saya anak siapa.
“Tidak mengendahkan lelaki itu, saya kemudian bertindak melarikan diri lalu dikejar,” katanya.
Mohd Hakim berkata, insiden yang sama turut berlaku selang beberapa hari lalu dan mendakwa lelaki itu menaiki kereta Kancil berwarna merah sentiasa mengekorinya.
Roselyn berkata, dia akan membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku kerana khuatir akan keselamatan mereka sekeluarga.
No comments:
Post a Comment