Sunday, March 25, 2012

HODOH SELEPAS DIRAGUT...YANG LAIN CARI JELITAWAN...LEPAS TU TAK IKUT HUKUM ISLAM...TAK KIRA AURAT MACAM MANE...KESAL AJE...HUKUM ALLAH MACAM MANE

Ariel menyesal


ARIEL (empat dari kiri) ketika ditemubual oleh sekumpulan wartawan di Bandung, Indonesia semalam.



BANDUNG – Bermula dengan hidup sebagai anak seni yang dijulang kemasyhuran sebelum beralih kepada kehidupan sebagai banduan nyata bukan sesuatu yang dibanggakan oleh Ariel Peterpan.
Kalau dahulu dia sibuk menghiburkan peminat dan dikawal pengawal peribadi, kini gaya hidup vokalis utama kumpulan Peterpan itu sejak hampir dua tahun lalu jauh berubah.
Kini dia sentiasa dikawal pihak berkuasa selepas didapati bersalah oleh mahkamah gara-gara pengedaran rakaman video dan gambar lucahnya dengan dua artis wanita popular, Luna Maya dan Cut Tari pada tahun 2010.
Akibatnya, Ariel atau nama sebenarnya Nazril Irham, 31, terpaksa menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Rumah Tahanan Negara Bandung.
Dalam satu temu bual dengan wartawan semalam, Ariel mengaku dia terlalu mengikut nafsu dan pemikirannya yang dangkal.
“Hanya orang yang melakukan kesilapan seperti saya sahaja yang tahu apa itu maksud menyesal,” kata Ariel.
Selama dalam tahanan, penyanyi itu menganggap pengalaman yang dilaluinya memberikan rahmat yang bukan sedikit.

Suspek bakar 18 kenderaan ditangkap



SEBUAH kereta Porsche marak dijilat api selepas dibakar di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu.



KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hobi memancitkan tayar sebelum membakar kenderaan orang ramai secara rambang di sekitar kawasan Sentul, di sini sejak 10 Mac lalu akhirnya ditangkap semalam.
Sebelum ditangkap, lelaki berusia 42 tahun itu disyaki telah memancitkan tayar dan membakar 18 buah kenderaan.
Dia bagaimanapun ditangkap di persimpangan Kampung Puah, Sentul kira-kira 10.30 pagi semalam ketika menunggang sebuah motosikal yang disyaki dicuri di Jinjang pada bulan lalu.
Tangkapan itu dilakukan selepas suspek membakar empat buah kereta sekitar Titiwangsa, Segambut dan Jalan Genting Klang antara pukul 1 hingga 3 petang kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK), Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dikenal pasti selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di salah satu lokasi kejadian.



Tiga lelaki cuba pecah rumah mati ditembak

PORT DICKSON – Hasrat tiga penjenayah warga asing untuk memecah masuk sebuah rumah di Linggi dekat sini mengundang padah apabila mereka mati ditembak polis awal pagi semalam.
Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu, ketiga-tiga lelaki berkenaan masuk ke kawasan rumah berkenaan selepas memotong pagar.
Bagaimanapun, katanya, ketika mahu menghampiri rumah didiami enam penghuni tersebut, mereka terserempak dengan sebuah kereta peronda polis.
Ujarnya, anggota polis yang curiga dengan gerak-geri tiga lelaki terbabit menghampiri mereka dan meminta penjenayah itu menyerah diri.
“Bagaimanapun penjenayah terbabit bertindak nekad menyerang anggota polis terbabit dengan parang.

Pembantu Tabika Kemas cedera akibat diragut



NURUL FATIHAH yang cedera akibat terjatuh dari motosikal selepas beg tangannya diragut di Baling semalam.



BALING - Seorang pembantu Tabika Kemas cedera akibat terjatuh dari motosikalnya selepas diragut di Jalan Kuala Ketil di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, mangsa, Nurul Fatihah Yahya, 20, membonceng motosikal ditunggang rakannya, Nazira Abdul Manan, 21.
Kedua-dua mangsa yang merupakan ahli Puteri UMNO Bahagian Baling dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Merah di sini selepas menghadiri satu kursus di Alor Setar.
Menurut Nurul Fatihah, dia menyedari seorang lelaki menunggang motosikal menghampiri mereka sebelum menghimpit dan menarik beg tangan yang diletakkan di atas pahanya.

Mencari jelitawan Festival Menuai Sedunia



ZAINI (berdiri, empat dari kanan) bergambar bersama peserta yang berjaya melepasi sesi uji bakat pemilihan Ratu Festival Menuai Sedunia 2012 di Kuching, Sarawak semalam.



JELITAWAN TERPILIH. Seramai 15 gadis daripada 60 peserta dari seluruh Sarawak mula bersaing untuk dinobatkan sebagai Ratu Festival Menuai Sedunia 2012 selepas masing-masing layak ke peringkat akhir pertandingan itu di Kuching semalam.
Para peserta yang dihakimi berdasarkan penampilan fizikal, personaliti dan bakat akan bersaing pada peringkat akhir di Kampung Budaya Sarawak (SCV), Kuching pada 26 Mei ini sempena festival itu.
Pengarah festival yang juga Pengurus Pemasaran dan Jualan SCV, Zaini Zainuddin memberitahu, pertandingan kali ini dijangka lebih kompetitif memandangkan para peserta akhir pada tahun ini lebih berbakat, memiliki latar belakang akademik yang baik dan lebih berkeyakinan.
"Pertandingan Ratu Festival Menuai Sedunia 2012 adalah acara tahunan anjuran SCV sejak 1999 dan disokong oleh Kementerian Pelancongan Sarawak," katanya semalam.Untuk maklumat lanjut mengenai festival tersebut boleh layari http://www.facebook.com/pages/World-Harvest-Festival.

Belanja kahwin di AS mahal, sekitar RM83,140

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Purata kos perkahwinan di AS kini mencecah AS$27,021 (RM83,140), tidak termasuk belanja percutian bulan madu, menurut laman web perkahwinan TheKnot.com dan Wedding Channel.com.
Kota metropolitan ini yang mencatat perbelanjaan perkahwinan sekitar AS$65,824 (RM202,701) muncul bandar raya termahal untuk berkahwin di AS.
Negeri Virginia Barat pula merekodkan kos perkahwinan paling murah di negara kuasa besar berkenaan iaitu purata AS$14,203 (RM43,716).
Senarai itu dibuat berdasarkan kaji selidik oleh dua laman web tersebut terhadap 18,000 pengantin yang mendirikan rumah tangga pada tahun lalu di AS.
"Buat kali pertama sejak 2008, bajet perkahwinan kini meningkat," kata pengasas bersama The Knot, Carley Roney.
"Pada tahun 2011, satu dalam setiap lima pasangan di AS membelanjakan lebih AS$30,000 (RM92,394) manakala 11 peratus pula membayar lebih AS$40,000 (RM123,192) untuk berkahwin," tambahnya.
Editor laman web TheKnot.com, Anja Winikka berkata, faktor ekonomi AS yang semakin pulih menyumbang kepada kenaikan kos perkahwinan di negara itu. - REUTERS

No comments:

Post a Comment