Pengasuh cubit budak 4 tahun
Difahamkan, budak perempuan berusia empat tahun memberitahu ibunya dia ditampar dan dicubit pengasuhnya serta seorang kanak-kanak lain di pusat asuhan itu berkali-kali tanpa mengetahui punca sebenar.
Menurut sumber, ibu mangsa yang juga peniaga berusia 32 tahun yang tidak berpuas hati kemudian bertanyakan kejadian itu kepada pengasuh terbabit pada keesokan hari.
“Pengasuh terbabit mengaku mencubit mangsa kerana anak kecil itu mengoyakkan kertas peperiksaan seorang lagi kanak-kanak yang diasuh. “Namun, dia menafikan kesan lebam di muka mangsa akibat ditampar, sebaliknya mengatakan mangsa terjatuh dari buai,” katanya.
Sumber itu berkata, pengasuh terbabit turut menafikan mangsa ditampar pemilik kertas soalan yang dikoyakkan itu.
Bagaimanapun, tidak berpuas hati dengan penerangan pengasuh terbabit, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi selain membuat aduan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Dukung dalam kereta sebelum dinoda
Ketika kejadian mangsa berusia 17 tahun yang menunggang motosikal bersama adiknya berusia 15 tahun dilanggar sebuah Proton Saga, kira-kira jam 9 malam di kawasan sunyi.
Berikutan perlanggaran itu, kedua-dua beradik itu terjatuh sebelum suspek berhenti dan menarik mangsa ke dalam kereta.
Suspek yang berusia 19 tahun dikatakan sanggup mendukung mangsa yang meronta-ronta ke dalam kereta sebelum membawanya lari dengan meninggalkan adik remaja itu kesakitan seorang diri di tepi jalan.
Adik mangsa bergegas pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian dan menceritakan kepada keluarga yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, siasatan awal polis mendapati suspek membawa mangsa ke tempat sunyi sebelum merogolnya dalam kereta, kira-kira jam 10.30 malam.
Menurutnya, mangsa terpaksa menuruti kehendak suspek selepas diugut akan dirogol beramai-ramai jika enggan mematuhi permintaan itu.
Katanya, selepas dirogol, mangsa ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.
“Akibat gagal mengawal kenderaannya, kereta dipandu suspek terbabas, tetapi lelaki itu dapat meloloskan diri ke kebun sawit berhampiran dan meredah sawah padi bagi menyelamatkan diri.
“Suspek dikatakan turut meminta bantuan di rumah majikannya yang terletak berhampiran tempat kejadian.
“Bagaimanapun, usaha suspek meraih simpati majikannya gagal kerana selepas menceritakan kejadian yang berlaku, lelaki itu dipaksa menyerah diri kepada polis, semalam,” katanya. Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek menggunakan kereta milik majikannya ketika melakukan jenayah itu.
Sukar dakwa cinta songsang
Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Dr Noor Aziah Mohd Awal, berkata beliau tidak menafikan hukuman sukar dijatuhkan kerana pendakwaan sukar membuktikan kesalahan si pelaku meskipun terdapat laporan serta penguatkuasaan daripada pihak berkuasa.
“Selalu pasangan lesbian, tidak kira sama ada dia bercinta dengan pengkid atau sesiapa yang lahir sebagai perempuan, kita ada kesukaran untuk buktikan kesalahan itu kerana bukti perlu kukuh dan sahih.
“Jika ketika penguat kuasa menangkap pasangan ini, mereka sedang bermesra dengan kedua-duanya telanjang bulat di atas katil, itu boleh menjadi bahan bukti kuat dan dibantu pula alat sokongan seks...memang hukuman jelas untuk kesalahan ini,” katanya ketika dihubungi.
Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai seorang wanita berusia 46 tahun yang bergelar nenek kepada empat cucu dikatakan bernafsu untuk menjalin hubungan songsang dan belaian manja dengan wanita berperwatakan lelaki atau pengkid berusia 32 tahun dipanggil Ash.
Dibaham 3 anjing liar
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 6 petang, dia bersama beberapa rakannya bermain bola sepak di Padang Awam taman perumahan itu, apabila tiba-tiba tiga anjing liar menyerangnya dari belakang.
Akibat kejadian itu, Muhammad Nabil yang cedera di kaki kiri dan tangan dikejarkan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.
Muhammad Nabil berkata, ketika kejadian, dia menjadi penjaga gol dan menyedari tiga anjing di belakangnya, namun tidak sempat menyelamatkan diri apabila anjing itu terus meluru ke arahnya.
“Saya sakit kaki akibat terpijak kaca seminggu lalu dan tidak dapat berlari menyebabkan menjadi sasaran tiga anjing dipercayai kelaparan itu. Seekor anjing menyambar kaki kiri menyebabkan saya terjatuh dan sempat menjerit meminta tolong, namun tiada siapa membantu.
“Seekor lagi anjing naik ke atas badan manakala seekor lagi berada di kepala mengawasi pergerakan saya. Nasib baik kejadian dilihat seorang pelanggan kedai makan berdekatan yang datang membantu,” katanya ditemui di sini, semalam.
Sementara itu, ibu mangsa, Nor Azila Osman, 29, berkata, Muhammad Nabil sudah seminggu tidak bermain bola di padang berkenaan kerana kakinya belum sembuh akibat cedera terpijak kaca ketika bermain bola di padang sama. “Dia tidak boleh berjalan sempurna dan hari ini (semalam) sepatutnya jahitan luka kakinya dibuka, tetapi kelmarin kena tambah jahitan lagi di kaki kiri.
“Kejadian penduduk digigit anjing liar kerap berlaku di perumahan ini. Februari lalu, budak perempuan sekolah rendah berdekatan menerima nasib sama digigit anjing ketika pulang sekolah.
Komputer murah perisian haram
Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
RAMPAS...Othman menunjukkan perisian cetak rompak dan komputer riba yang dirampas dalam serbuan pada 21 Mac lalu.
Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor, Othman Nawang berkata, harga yang ditawarkan premis agak murah berbanding perisian tulen, namun hakikatnya pembeli tertipu kerana ia tidak berkualiti.
Menurutnya, pada tahun lalu 180 serbuan dijalankan membabitkan perisian cetak rompak dengan nilai keseluruhannya RM1.82 juta, manakala berdasarkan rekod sehingga Mac lalu, sebanyak 62 serbuan dijalankan dan angka itu dijangka meningkat berbanding tahun lalu.
Terbaru, katanya, pada 21 Mac lalu satu serbuan di premis perniagaan komputer di Puchong membongkar kegiatan premis yang menjual komputer riba dengan perisian cetak rompak.
“Dalam serbuan itu KPDNKK mendapati tiga komputer riba mengandungi tujuh salinan langgaran di dalamnya dan semuanya dianggarkan bernilai RM24,000.
“Kegiatan itu terbongkar apabila kakitangan Busines Software Alliance (BSA) mengesan aktiviti berkenaan ketika pekerja kilang mengemas kini perisian melalui Internet sebelum dimaklumkan kepada kami.
“Walaupun berdepan tindakan dikenakan penalti antara RM2,000 dan RM20,000 bagi setiap salinan langgaran dan boleh dipenjara, namun masih banyak syarikat di Malaysia terutama dalam bidang pembuatan dan perkhidmatan profesional menggunakan perisian cetak rompak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Menara MRCB, di sini semalam.
Beliau berharap pembeli yang ingin membeli komputer riba baru tidak tertipu berikutan perisian cetak rompak menjejaskan industri perisian.
Askar jemput adik temui ajal
Mangsa, Azzuwan Rusli, 26, anggota tentera yang bertugas di Kem Sungai Buluh, Selangor, tiba di rumah neneknya, di sini, 12 tengah hari Jumaat lalu dan terbabit kemalangan ketika keluar bersama seorang rakan untuk menjemput adiknya yang tiba dari Ipoh, Perak di bandar Melaka.
Azzuwan pulang ke rumah neneknya di kampung Padang Sebang, Jamaliah Bador, 80, untuk menghadiri kenduri kesyukuran, kelmarin.
Isterinya, Asnurul Ain, 24, berkata, suaminya keluar bersama seorang rakan untuk menjemput adik yang tiba dari Ipoh dan lima minit kemudian, dia dikejutkan dengan berita kemalangan yang menimpa suaminya oleh seorang saudara.
“Kami bergegas ke tempat kejadian dan melihat suami sudah nazak sebelum meninggal dunia tidak lama kemudian. Walaupun sedih, saya reda dan menganggapnya suratan takdir,” katanya yang mempunyai seorang anak, Muhammad Haziq Darwish yang berusia sembilan bulan ketika ditemui di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin di Jalan Bukit Nangka, Padang Sebang, dekat sini, Azzuwan maut di tempat kejadian akibat parah anggota badan apabila Perodua Kancil dipandu rakannya, Shahrul Anuar Sebetu, 20, merempuh lori simen yang diletakkan di kiri jalan.
Kemalangan turut mengakibatkan Shahrul Anuar bersama adik arwah, Azlan, 21, yang duduk di belakang, parah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan ke Bandar Melaka.
“Ketiga-tiga mangsa tersepit sebelum dikeluarkan anggota penyelamat. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Melaka (HM),” katanya.
Menurutnya, adik mangsa bersama rakannya yang parah dihantar ke HM untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan jalan 1987.
Pesan jaga anak
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
Mangsa, Liton Gazi, 32, penyelia sebuah kelab rekreasi di Taman Melawati, di sini, ditemui terbaring berlumuran darah di depan pintu hostel di bahagian bawah bangunan kelab berkenaan berhampiran tempat letak kenderaan.
Difahamkan, dalam kejadian itu, mangsa sempat meminta air dan berpesan kepada rakan yang menemuinya, jam 7.15 pagi supaya menjaga keluarganya yang ditinggalkan di Bangladesh. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8 pagi daripada pengurusan kelab itu mengenai satu kejadian tembakan membabitkan lelaki warga Bangladesh.
“Berikutan itu, sepasukan polis bersama unit forensik dikejarkan ke tempat kejadian dan hasil siasatan di tempat kejadian menemui mangsa parah dipercayai ditembak sebaik keluar biliknya di bahagian bawah bangunan bersebelahan tempat letak kenderaan.
“Mangsa yang terkena tembakan dipercayai masih hidup dan dibawa ke HKL. Mangsa yang hanya berkain pelekat tanpa baju dipercayai terkena satu das tembakan di belakang rusuk kiri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Mangsa yang sudah lima tahun bekerja di kelab itu disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke HKL.
Amiruddin berkata, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, tidak menemui senjata atau kelongsong peluru, namun masih meneliti barangan peribadi mangsa bagi membantu siasatan kes itu.
Menurutnya, pihaknya juga masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk suspek sama ada dilakukan individu atau penyerang berkumpulan.
Justeru, beliau meminta saksi awam atau orang ramai yang melihat kejadian itu tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya atau balai berhampiran bagi membantu siasatan.
“Setakat ini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Nur Fatihah tidak dinoda
Oleh Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, pemeriksaan doktor di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, mendapati tiada kesan boleh mengaitkan remaja berkenaan dirogol.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati tiada kesan koyak atau cedera pada kemaluan remaja terbabit yang sebelum ini dilaporkan hilang.
Katanya, pihaknya tidak pasti tujuan utama remaja itu membuat laporan polis dia dirogol teman lelakinya tiga hari lalu sedangkan kejadian itu tidak berlaku.
“Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti tujuan sebenar remaja itu berbuat demikian selepas dia dikesan berada di rumah teman lelakinya yang berusia 26 tahun di Kampung Merchong, dekat sini.
YB panik pisau di leher
Oleh Mohd Husni Mohd Noor
mhusni@hmetro.com.my
mhusni@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 2 pagi di Taman Wang Setia itu, rumah teres dua tingkat didiami Mohd Khusairi bersama isteri dan empat anaknya dimasuki tiga lelaki bertopeng yang mengikat mereka.
Kejadian menyebabkan Mohd Khusairi sekeluarga kerugian kira-kira RM40,000 apabila beberapa barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai, telefon bimbit, komputer riba, iPad dan pasport antarabangsa miliknya dilarikan.
Mohd Khusairi yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Perak dan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim berkata, ketika kejadian dia sekeluarga tidur apabila dikejutkan dengan bunyi bising sebelum keluar memeriksa dan mendapati tiga lelaki berada dalam biliknya.
“Seorang suspek mengacukan pisau pada leher saya sebelum mengikat saya dan isteri. Seorang lagi ke bilik anak lelaki saya di sebelah dan mengikatnya pada tiang katil.
Lepas dera, rogol pula
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisiner Hashim Ali berkata, lelaki terbabit ditahan jam 5 petang oleh sepasukan anggota polis selepas menerima laporan mengenai suspek merogol anak tirinya.
Katanya, suspek yang baru dibebaskan dari penjara Januari lalu, kini di tahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan.
“Suspek pernah ditahan polis kerana mendera anak tirinya berusia 10 tahun dengan menjerutnya menggunakan tali gasing, Ogos tahun lalu.
“Akibat perbuatan itu, suspek dihukum penjara dua bulan, namun sebaik keluar dari penjara suspek bertindak ganas dengan merogol anak tirinya berusia 12 tahun (kakak kepada mangsa jerut),” katanya.
Ibu bapa bukan lagi figura untuk anak
Oleh Mohamed Maliki Mohamed Rapiee
Itulah sandiwara seorang gadis di Kuantan, Pahang beberapa hari lalu yang menyebabkan ibunya tidak senang duduk. Walaupun malu, dia tetap bersedia memaafkan anaknya. Sayang kepada anak mengatasi segala-galanya. Ibu itu lega apabila mendapati zuriat yang dikandungnya selama sembilan bulan itu masih selamat sedangkan rasa malu akibat perbuatan tidak matang anak gadisnya itu amat berat dan tidak tertanggung. Penulis berasa syukur dengan kematangan ibu bapa anak gadis ini yang sanggup mengambil tanggungjawab menelan kesilapan si anak dan tidak memperbesar-besarkan kejadian itu. Pada masa sama, penulis amat berharap peristiwa si gadis itu menjadi bahan berita utama di seluruh negara yang menyangka dia diculik oleh orang tidak dikenali sebagai suatu pengajaran pahit yang mematangkan diri.
Apa jua masalah yang dihadapi perlulah diselesaikan dengan cara baik dan bijak. Menyelesaikan masalah dengan mencipta masalah lain hanya akan memburukkan keadaan. Menarik perhatian semua orang, kisah kanak-kanak hilang berlaku berturut-turut sepanjang bulan ini. Paling tragis membabitkan Dirang, kanak-kanak berusia lima tahun di Johor yang diculik sebelum ditemui mati rentung berhampiran kediamannya.
Kejadian malang seperti ini pasti menghantui pemikiran setiap ibu bapa yang pada hakikatnya tidak mampu mengawasi anak-anak mereka pada setiap masa. Di sinilah pentingnya peranan dan fungsi masyarakat sekeliling. Mulai hari ini, setiap orang khasnya ketua keluarga bertanya kepada diri masing-masing, “Adakah aku seorang pelindung yang baik buat ahli keluargaku?” Peranan sebagai pelindung bukanlah bermakna seseorang ibu atau bapa perlu menjaga dan berdamping dengan anak-anak sepanjang masa. Malah amatlah tidak munasabah kerana mereka perlu keluar bekerja dan menguruskan hal-hal lain di luar rumah. Di sinilah kita harus akur dengan fitrah kehidupan iaitu membina hubungan dan kebergantungan sesama manusia iaitu hidup bermasyarakat. Malangnya masyarakat masa kini dibentuk oleh individu yang bersikap menyendiri dan individualistik. Masing-masing berusaha membina tembok kehidupan dan bergerak dengan kenderaan yang makin pantas serta cermin kian gelap. Wajah pula makin serius dan hanya tersenyum dalam majlis rasmi sesama kenalan rapat. Sudahnya, budaya bertanya khabar dalam kalangan jiran hanya berlaku setakat anggukan kepala dan angkat tangan. Anak-anak kita membesar dan terperangkap dalam budaya individualistik ini. Mereka terperap dalam kehidupan yang amat terbatas di rumah sendiri. Ibu dan bapa yang sentiasa sibuk dengan kerjaya semakin hilang masa berkualiti. Jika sewaktu kecil anak-anak sentiasa ditimang dan dikelek, kini anak-anak yang meningkat remaja hanya dibelai dengan pandangan mata. Sedangkan hakikatnya anak-anak ini tetap memiliki jiwa dan emosi yang sentiasa mahu diambil perhatian seperti dulu. Usia yang bertambah tidak selari dengan darjah perhubungan dan pemahaman ibu bapa. Terdapat ibu bapa yang gagal menangani perubahan sosial anak-anak dengan cara yang matang. Sering berlaku pertembungan antara kehendak anak- anak dengan pemahaman dan kesediaan ibu bapa. Hal sedemikian lebih menyukarkan kepada anak- anak yang berada dalam situasi ibu atau ayah terpaksa terpisah lokasi akibat tuntutan tugas dan kerjaya.
Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati antara punca utama terjadinya masalah di kalangan remaja di rumah ialah disebabkan wujud masalah hubungan antara anak dan ayah. Kebanyakan ayah hilang watak dan figuranya di mata anak-anak. Seorang ayah sepatutnya semakin matang, tegas dan penyayang serta memahami kehendak anak-anaknya. Seiring dengan pertambahan usia si anak, seorang ayah perlu meningkatkan penguasaan ilmu, penghayatan agama dan kewibawaan. Sebagai seorang Muslim, seorang ayah perlulah mampu mengimamkan solat dan bijak menegur perlakuan anak dengan penuh kasih sayang tanpa menjatuhkan air muka si anak yang kini meningkat remaja.
Setiap keputusan yang diberikan perlu adil dan ada asas kukuh. Seorang bapa jangan membuat keputusan atas kepercayaan dirinya berkuasa sebagai seorang bapa. Harus diingat anak-anak zaman ini amat peka dengan suasana sekeliling. Mereka tahu kriteria seorang ibu dan bapa yang baik atau buruk kerana maklumat ini terpapar secara meluas dalam setiap drama dan naskhah bacaan. Malah seorang anak sentiasa membuat perbandingan mengenai sikap, pemikiran dan perlakuan ibu bapanya dengan orang lain. Justeru, penting bagi kita untuk menjadi ibu bapa yang terbaik di mata anak-anak.
Sekiranya kita gagal menjadi ibu bapa yang mampu bersifat terbaik, ditakuti anak-anak ini akan beralih kepada watak lain yang bernilai baik buat mereka. Watak asing ini mencelah di sebalik kegagalan watak ibu dan bapa di kalangan anak-anak. Bagi remaja perempuan, memang tidak dapat dielakkan sebahagian besarnya beralih pergantungan jiwa dan rasa kepada teman lelaki masing -masing. Penulis faham tentunya hakikat ini amat pahit untuk ditelan dan amat ngeri untuk dihayati. Namun inilah natijahnya apabila ayah atau ibu hilang ciri-ciri romantis, sabar mendengar dan penuh perhatian. Lebih menakutkan, rasa kosong dan lompang yang wujud dalam setiap hati nurani anak-anak ini secara tidak disedari dapat dihidu kasanova yang kadangkala menyamar sebagai lelaki budiman sewaktu berhubung dengan anak-anak gadis kita di laman sosial seperti facebook atau twitter. Akhirnya jiwa dan raga anak-anak gadis kita terbuai dek fantasi palsu yang diciptakan kasanova dan lelaki jahat yang sentiasa rakus mengintai peluang. Penulis melihat masalah yang berlaku sekarang kerana ramai ibu bapa hilang upaya sebagai seorang pelindung yang baik. Ramai ibu bapa yang melaksanakan tugas menjaga anak-anak hanya kerana mereka ditakdirkan memiliki anak. Malah terdapat ibu bapa yang menganggap anak-anak sebagai beban kepada mereka. Adalah tidak adil bagi kita untuk menjadikan alasan tekanan hidup sebagai punca untuk kita mengabaikan tumpuan dan perhatian kepada anak-anak. Setiap ibu bapa perlu memandang ke hadapan dan merancang dengan rapi kehidupan walaupun hidup diulit kesusahan. Sekiranya rakyat asing mampu bekerja dan menyara anak-anak yang ditinggalkan di negara masing-masing, mengapa pula ada warga negara sendiri yang memberikan alasan tidak mampu mencari nafkah untuk menyara dan menjaga anak- anak dengan baik di negara yang makmur ini? Menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat menjadi tugas setiap ibu bapa. Jika persekitaran ini kita tidak mampu sediakan sendiri, inilah masanya kita perlu melangkah keluar dari pintu pagar rumah kita dan mengajak rakan-rakan sejiran membina persekitaran selesa ini bersama-sama. Banyak contoh kejayaan kumpulan atau pertubuhan kejiranan yang boleh dijadikan ikutan. Semuanya bermula dengan sikap dan kehendak diri sendiri. Perlu ada seorang individu atau kumpulan yang berani mengambil tanggungjawab memulakannya di sekitar tempat tinggal masing-masing. Penulis Presiden MBM berkelulusan Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) USM
No comments:
Post a Comment