Wednesday, August 8, 2012

BILA KEJADIAN YANG ADA...MENJADI TANDA2 KECIL DUNIA AKAN KIAMAT...MAKA BERTAUBAT SERTA BERTAKWALAH

Pelesit rempit cedera ditembak


ANGGOTA polis menjalankan siasatan di tempat seorang pelesit rempit ditembak selepas dia bersama lima lagi rakannya cuba menyamun seorang ahli perniagaan di Jalan Langkawi, Setapak semalam.


KUALA LUMPUR – Sekumpulan enam pelesit rempit bukan sahaja kempunan untuk menikmati hasil samun, malah salah seorang mereka cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan polis dalam kejadian di Jalan Langkawi, Setapak di sini semalam.
Kejadian pukul 5 pagi itu berlaku apabila kesemua suspek yang menaiki beberapa buah motosikal tersebut cuba menyamun seorang ahli perniagaan yang baru pulang ke rumah selepas makan tengah malam bersama rakan-rakannya.
Difahamkan, suspek disyaki pelesit rempit selepas polis mengesyaki kumpulan itu merupakan golongan yang sama pernah terlibat dalam beberapa kejadian samun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an tersebut cedera dibelasah pelesit rempit yang bersenjatakan besi dan parang.
“Suspek kemudian bertindak ganas apabila memecahkan cermin kereta Proton Perdana yang dipandu mangsa sebelum membelasahnya.
“Beberapa anggota polis yang sedang meronda telah terserempak dengan kejadian itu sebelum melepaskan tembakan amaran ke udara tetapi tidak diendahkan oleh suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Banglo ADUN Ajil hangus


ORANG ramai melihat banglo Rosol yang sedang dijilat api dalam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan kediaman itu di Kampung Baru 23, Hulu Terengganu kelmarin.


HULU TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid (gambar kecil) kerugian lebih RM100,000 apabila banglo miliknya hangus terbakar sebaik pulang daripada berbuka puasa dan bertarawih dalam kejadian di Kampung Baru 23 di sini kelmarin.
Kejadian pukul 10.15 malam itu mengakibatkan banglo satu tingkat yang mempunyai lima buah bilik itu musnah hampir keseluruhannya mengakibatkan semua barangan berharga terbakar.
Menurut Rosol, ketika kejadian, beliau dan semua ahli keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di rumah kakaknya di Kampung Baung yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.
Katanya, beliau hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya, Datin Halipah Ahmad yang tiba terlebih dulu di kediamannya itu.

Anak hidap jantung berlubang perlu dibedah


CHIN CHOO memangku Kar Ching sambil diperhatikan oleh Thien Som di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri merayu simpati orang ramai menghulurkan derma bagi membolehkan anak perempuan mereka yang menghidap penyakit jantung berlubang menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.
Menurut ibu kepada bayi malang tersebut, Eng Chin Choo, 42, pembedahan yang menelan belanja RM40,000 itu selewat-lewatnya perlu dijalankan pada 8 Oktober depan bagi mengelakkan keadaan kanak-kanak itu menjadi semakin teruk.
"Anak ketiga saya ini baru berusia enam minggu dan penyakit itu dihidapi ketika dia dilahirkan pada 20 Jun lalu.
"Lebih malang lagi, doktor mengesahkan hatinya turut bermasalah, selain lubang di jantungnya semakin besar," katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Beach boy dalang proses dadah


NOOR RASHID bercakap pada sidang akhbar di George Town sambil memerhatikan sebahagian dadah yang dirampas daripada 11 suspek di Feringghi dan Bukit Mertajam semalam.


GEORGE TOWN - Tembelang sembilan budak pantai atau beach boy dan dua wanita yang menjadikan sebuah kondominium sebagai makmal untuk memproses dadah terbongkar apabila polis berjaya menahan kesemua suspek bersama heroin seberat 19.5 kilogram bernilai RM571,500.
Suspek yang juga pengusaha sukan air di pantai Batu Feringghi berusia antara 19 hingga 45 tahun tersebut diberkas dalam operasi selama tiga hari bermula Ahad lalu di kawasan pantai berkenaan dan Bukit Mertajam.
Hasil soal siasat, polis kemudian telah membongkar sebuah makmal haram di sebuah kondominium berdekatan pantai peranginan tersebut dan menemui beberapa peralatan dan bahan memproses dadah seperti asid hidroklorida, ketuhar gelombang, pengisar, dapur serta alat penimbang.
Difahamkan, kediaman mewah itu disewa dengan harga tinggi sejak awal tahun ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, suspek diberkas selepas pihaknya melakukan risikan hasil dari maklumat orang awam sejak enam bulan lalu.
aru-baru ini.

Bina rumah boleh berputar


RUANG dalam rumah Lhota.


REPUBLIK CZECH - Seorang tukang rumah, Bohumil Lhota yang berusia 73 tahun berjaya membina sebuah rumah unik yang boleh berputar di Velke Hamry, Prague, lapor agensi berita Reuters semalam.
Dia memutarkan rumah itu dengan menggunakan peralatan khas.
Rumah itu turut boleh bergerak ke atas dan ke bawah bagi membolehkannya menyaksikan pemandangan mengikut kemahuannya.
Beliau mencipta rumah unik itu pada 1981 berdekatan hutan.
Rumah itu siap dibina pada 2002. - Agensi

Tentera Mesir bunuh 20 militan


BEBERAPA anggota pasukan keselamatan Mesir meniarap di sebuah kawasan gurun dalam operasi membunuh militan Islam di Semenanjung Sinai semalam.


KAHERAH – Tentera Mesir membunuh 20 militan dalam satu serangan peluru berpandu dengan menggunakan beberapa buah helikopter tempur di Semenanjung Sinai semalam, kata seorang pegawai tentera.
Operasi tersebut dilancarkan sehari selepas 16 anggota tentera di sempadan Mesir terbunuh dalam serangan yang dipercayai dilakukan kumpulan pelampau Islam.
Ia merupakan serangan pertama yang dilancarkan tentera Mesir di Sinai sejak beberapa dekad lalu.
Serangan tersebut dilancarkan ke atas perkampungan Tumah selepas pasukan keselamatan berkumpul dekat Rafah di sempadan Gaza dalam operasi yang disifatkan sebagai konfrontasi muktamad terhadap kumpulan militan.
Seorang pegawai kanan tentera di Sinai berkata, 20 pengganas dibunuh apabila askar-askar Divisyen Infantri Ke-2 menyerbu Tumah dengan dibantu helikopter tempur Apache.
“Operasi ini masih berterusan,” katanya.
Beberapa pegawai keselamatan lain di utara Mesir melaporkan beberapa serangan udara turut dilancarkan berhampiran bandar Sheikh Zuwayid, dekat kampung berkenaan.
Seorang penduduk, Abdel Rahman Abol Malkhous berkata, dia melihat beberapa buah helikopter melepaskan peluru berpandu kira-kira 30 kilometer ke timur El-Arish di kawasan yang dikenali sebagai Sheikh Zuwayed berhampiran sempadan Rafah.
Serangan tersebut dilancarkan sehari selepas pihak tentera mengebumikan 16 askar yang terbunuh dalam serangan militan pada Ahad lalu.
Tentera Mesir sebelum ini berjanji akan membalas dendam terhadap serangan tersebut.
Semua askar berkenaan maut apabila sepasukan militan Islam menyerbu sebuah pos kawalan sempadan sebelum melarikan beberapa kenderaan tentera ke wilayah Israel.
Pergerakan mereka kemudian dihalang menerusi serangan tentera udara rejim Zionis.
Enam daripada militan tersebut mati akibat kereta berperisai yang dinaiki mereka terbakar kerana dibedil tentera Israel.
Israel menyerahkan mayat enam militan tersebut yang rentung kepada Mesir.
Selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir pada Februari tahun lalu, kumpulan militan di Sinai semakin berkembang pesat.
Menurut beberapa penduduk, kumpulan militan itu mempunyai kelengkapan senjata yang lebih baik daripada tentera darat Mesir.
– Agensi

Raja Jordan bimbang negara Syria berpecah

BEBERAPA orang mencari mangsa-mangsa yang terselamat dalam serangan udara tentera Syria di sebuah kampung di Tel Rafat, 37 kilometer ke utara Aleppo semalam.


AMMAN - Presiden Syria, Bashar Al-Assad mungkin mewujudkan wilayah untuk penganut Muslim berfahaman Syiah Alawi sebagai pelan alternatif jika beliau gagal menguasai keseluruhan Syria yang kini bergolak," kata pemerintah Jordan, Raja Abdullah.
Menurutnya, langkah tersebut akan mencetuskan masalah di rantau Arab untuk tempoh beberapa dekad akan datang.
"Saya berpandangan jika beliau tidak boleh menguasai Syria, Bashar mungkin menjadikan sebuah kawasan sebagai wilayah Alawi untuk menjadi kawasan pemerintahannya sebagai pelan alternatif (pelan B)," kata Raja Abdullah dalam satu wawancara yang disiarkan di laman web saluran televisyen Amerika Syarikat, CBS.
"Tindakan ini, bagi kami, merupakan senario terburuk kerana ia bermakna Syria akan berpecah dengan setiap panglima akan mula merampas wilayah masing-masing. Ia akan mencetuskan masalah di rantau Arab yang mungkin mengambil masa beberapa dekad untuk pulih," tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syria menyatakan askar-askarnya merampas daerah Salaheddin di Aleppo yang dikuasai pemberontak semalam.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar.
Menurut agensi berita Anatolia, kira-kira 2,400 orang memasuki Turki bagi melarikan diri daripada keganasan di Syria.
Sementara itu, Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi berkata, sebahagian daripada 48 warganya yang diculik oleh satu unit Tentera Pembebasan Syria merupakan anggota-anggota Pasukan Pengawal Revolusi yang telah bersara.
Beliau turut menafikan anggota-anggota tersebut mempunyai sebarang peranan untuk membantu rejim Bashar.
Warga Iran itu diculik pada minggu lalu di pinggir Damsyik dalam serangan yang dilancarkan unit tentera tersebut.
Kebangkitan rakyat menentang Bashar bermula sejak Mac tahun lalu dan lebih 19,000 orang dilaporkan telah terbunuh dalam pertempuran di negara ini.
- Agensi

Tangan putus tersepit mesin tebu


SHAHARUDIN menunjukkan tangan anaknya yang putus akibat tersepit mesin tebu di Baling semalam.


BALING - Sambutan hari raya tahun ini sudah pasti berbeza buat Mohd. Hafiz Haikal Shaharudin, 5, yang putus pergelangan tangan kanannya akibat tersepit mesin tebu pada pukul 4.30 petang 31 Julai lalu.
Ibunya, Siti Aishah Mohamad Sidek, 33, memberitahu, sebelum kejadian, dia singgah di sebuah gerai menjual air tebu di Jalan Kampung Sungai Limau dekat sini.
Siti Aishah berkata, dia memberhentikan kereta di tepi jalan manakala Mohd. Hafiz Haikal dan anak keduanya, Nurul Intan Safira menunggu dalam kereta.
Ketika ibunya sedang berurusan membeli air tebu, mangsa keluar dari kereta dan memegang mesin yang sedang memerah batang tebu menyebabkan tangan kanannya tersepit.
Usaha mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dilakukan lebih 30 minit dengan bantuan orang ramai.

No comments:

Post a Comment