Thursday, October 4, 2012

NI LAH NASIB SIRAKYAT BIASA...MANA KEMENTERIAN KEBAJIKAN...MANA PUSAT ZAKAT...YANG KAYA TETAP KAYA...SIMISKIN HIDUP SUSAH...DIJUNJUNG BILA NAK MENGUNDI AGAR KITA PANGKAH PARTINYA...LEPAS TU PANDAI2LAH NAK HIDUP...NAK MENGUNDI LAGI...DATANG BALIK TUNJUK MUKA

Diserang lelaki berparang, kerugian RM3,490
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Diserang lelaki berparang, kerugian RM3,490
Vicknesh menunjukkan kecederaan yang dialaminya ketika melarikan diri daripada penyamun bersenjatakan parang di Jalan Legong Jaya, semalam.
TAMPIN – Seorang kelindan lori berdepan detik cemas apabila dikejar sejauh kira-kira 100 meter oleh penyamun bersenjatakan parang yang mahu merampas beg pinggang berisi wang tunai kira-kira RM3,490, di Jalan Legong Jaya, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, K Vicknesh, 23, bersama seorang lagi pemandu lori, baru sahaja membeli getah beku di kawasan berkenaan sebelum lori mereka dihampiri kereta jenis Proton Waja berwarna perak.

Menurutnya, sebaik sahaja kereta jenis Proton Waja berkenaan berhenti, dua lelaki bersenjatakan parang panjang turun dari kereta dan dia yang terkejut serta merta bertindak melarikan diri.

“Saya sangka tindakan saya melarikan diri akan berjaya menyelamatkan diri saya daripada menjadi mangsa samun kali kedua di lokasi sama kira-kira lima atau enam bulan lalu, namun saya tersilap apabila saya terjatuh semasa melarikan diri.

“Saya sangat cemas apabila penyamun itu menghampiri dengan mengangkat parang panjangnya ke arah saya. Saya jerit supaya mereka tidak mencederakan saya dan mereka terus merampas beg pinggang saya yang berisi wang tunai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pekan Kota, dekat sini, semalam.

Sementara itu, Vicknesh berkata, kejadian kali kedua itu benar-benar membuatkan dia takut namun dia tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan pekerjaan yang dilakukannya sejak sembilan bulan lalu.

“Saya memang bergantung pendapatan melalui pekerjaan ini dan tidak menyangka kejadian kali kedua ini menyebabkan kedua-dua lutut saya cedera sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Tampin susulan terjatuh semasa melarikan diri.

“Semasa insiden pertama berlaku, tiada senjata yang digunakan dan saya tidak cedera. Oleh itu, saya harap pihak berkuasa dapat membuat rondaan lebih kerap di kawasan terbabit terutamanya pada waktu pagi supaya kejadian seumpama ini tidak berulang,” katanya.
Elaun masih ditakuk lama
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
KUALA PILAH – Persatuan Ketua Kampung daerah Kuala Pilah meminta pihak kerajaan mempertimbangkan semula kenaikan elaun setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang masih ditakuk lama.

Pengerusinya, Zainudin Adam berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan tuntutan setiausaha JKKK supaya elaun bulanan RM200 yang dinikmati sekarang dinaikkan.

Menurutnya, selepas pembentangan Bajet 2013, pelbagai pihak menerima bonus seperti kakitangan kerajaan, kenaikan elaun pesara tentera dan pesara tidak berpencen menerima habuan sebanyak RM1,000 secara 'one-off'.

“Sungguhpun begitu, elaun setiausaha JKKK tidak pernah dinaikkan kepada tahap memberangsangkan sedangkan pengerusi JKKK dinaikkan kepada RM800 sebulan pada tahun lepas.

"Bukan itu sahaja, elaun bulanan tok batin, pengerusi JKKK Orang Asli dan pengerusi Kampung Baru juga dinaikkan daripada RM800 hingga RM850 sebulan berbanding RM450 sebelum itu," katanya.

Zainudin berkata, selaku pengerusi persatuan menjadi tanggungjawabnya memperjuangkan hak ahli termasuk setiausaha.

“Peranan setiausaha lebih banyak berbanding pengerusi kerana setiausaha perlu menyiapkan laporan mesyuarat, membuat kertas kerja dan bebanan kerja yang lebih.

“Setiausaha juga merupakan teras dan teraju persatuan serta  sebagai nadi bagi menggerakkan sesebuah persatuan. Umumnya mereka seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berupaya memikul tugas yang berat dan mencabar,” katanya.

Katanya, adalah wajar sekiranya elaun setiausaha dinaikkan seperti jawatan lain.

Selain itu, beliau menyangkal dakwaan pakatan pembangkang yang menyatakan Bajet 2013 menciplak buku jingga.

“Pihak pembangkang hanya boleh berkata demikian, namun tidak mampu melaksanakan. Sejarah sudah membuktikan bahawa sejak 1959, kerajaan Barisan Nasional jauh lebih baik daripada pakatan pembangkang.

“Tidak usahlah mana-mana pihak gundah gulana dengan sikap pembangkang dalam mengulas Bajet 2013 kerana apa yang pasti majoriti rakyat gembira dengan bajet berkenaan,” katanya.

JOM TENGOK SIAPA AHLI PARLIMEN YANG MENERIMA ELAUN TERTINGGI SEKALI..???

 


1) Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis- sebanyak RM27,227.20 sebulan.
2) Bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu yang menjadi Duta Khas ke India- sebanyak RM27,227.20 sebulan
3) Bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China- sebanyak RM26,000.00 sebulan
4) Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)- sebanyak RM24,022.00 sebulan
5) Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin yang juga Penasihat Agama kepada Perdana Menteri- sebanyak RM25,106.00 sebulan.
6) Bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)- sebanyak RM20,000.00 sebulan
7) Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Penasihat Pembangunan Wilayah Ekonomi di bawah Unit Kerjasama Awam Swasta (Ukas) + Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim)- sebanyak RM13,000.00 sebulan
TAPI UNTUK RAKYAT DIBERI CIPUT BR1M RM500 DAN REBET RM200 UNTUK TALIPON PINTAR TAPI PARA PEMIMPIN UMNO DENGAN PINTAR DAN CEKAP REMBAT PULUHAN RIBU RINGGIT SEBULAN ATAS NAMA PENASIHAT SAJA.
APAKAH PARA MENTERI, TIMBALAN MENTERI, KSU, KETUA-KETUA PENGARAH TIDAK CUKUP UNTUK MENASIHATI PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK?
INI BUKAN PENASIHAT TETAPI PUNAHSIHAT.. MEMUNAHKAN NEGARA SAMBIL MEYIHATKAN SAKU-SAKU MEREKA DENGAN WANG PEMBAYAR CUKAI!!!!
Tindakan juri dipertikai, dakwa tidak adil
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Tindakan juri dipertikai, dakwa tidak adil
Mohd Azmi menunjukkan borang markah yang telah dipotong pihak juri pada pertandingan tersebut.
SEREMBAN – Pengerusi Tabika Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Pianggu, Jelebu, di sini, mempertikaikan juri Pertandingan Pidato Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas peringkat negeri yang didakwanya bersikap tidak adil.

Mohd Azmi Abdul Aziz berkata, tindakan seorang juri pertandingan itu yang sengaja memotong markah salah seorang peserta yang sepatutnya layak menjadi juara menyebabkan peserta terbabit sekadar mendapat tempat saguhati sahaja.

Menurutnya, pertandingan selama dua hari bermula Isnin lalu diadakan di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut dan disertai lapan peserta mewakili parlimen masing-masing.

“Dua juri mengadili pertandingan ini yang bertanggungjawab bagi menentukan peserta layak menjadi juara.

“Namun saya kesal dengan tindakan seorang juri yang bertindak memotong markah peserta, Iman Nafisah Mohd Khairul Anuar, 6, dari Tabika Kemas Kampung Pianggu yang pada awalnya layak menjadi juara berikutan markah diperoleh tinggi, tetapi kemudiannya dipotong menyebabkan hanya layak mendapat tempat saguhati," katanya kepada pemberita, semalam.

Menurutnya, Iman Nafisah memperoleh markah penuh iaitu 100 tetapi pihak juri memotong markah tersebut kepada 90, menyebabkan dia tidak layak menjadi juara.

"Tindakannya menyebabkan pertandingan berkenaan dimenangi peserta dari Teluk Kemang, Port Dickson.

“Saya ada bukti salinan markah yang menunjukkan pihak juri memotong markah peserta sehingga menyebabkan Iman Nafisah kalah," katanya.

Mohd Azmi berkata, ramai ibu bapa merungut dengan pemilihan juri yang terdiri daripada Pegawai Kemas kerana sepatutnya juri perlu dilantik daripada pihak berkecuali.

"Saya harap Kemas dapat melakukan penambahbaikan pertandingan tersebut pada masa akan datang bagi mengelak masalah sama berulang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kemas negeri, Norizan Muda berkata, tiada sebarang isu kecuaian pemarkahan berlaku pada pertandingan berkenaan.

“Juri adalah orang yang bertanggungjawab menentukan siapa yang layak menjadi juara dan keputusan adalah muktamad.

“Pelantikan juri juga adalah persetujuan ramai dan layak kerana kedua-dua mereka mempunyai latar belakang tinggi dalam bidang ilmu dan bahasa serta tiada kena mengena dengan tabika. Oleh itu, tidak timbul isu berat sebelah dan sebagainya,” katanya.

Norizan berkata, pihaknya juga bercadang untuk mengulang semula pertandingan tersebut dalam tempoh terdekat.

“Kita bercadang sama ada untuk mengadakan pertandingan ini semula atau menilai semula persembahan peserta bagi menyelesaikan isu berbangkit ini,” katanya.
Eksekutif akaun didakwa mencabul
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
Eksekutif akaun didakwa mencabul
Sivanesan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau, semalam.
REMBAU – Seorang eksekutif akaun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, dekat sini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang penumpang kereta api.

D Sivanesan, 40, beralamat di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pegawai mahkamah selesai membaca pertuduhan ke atasnya dalam bahasa Tamil.

Mengikut pertuduhan, Sivanesan dituduh mencabul kehormatan seorang remaja berusia 15 tahun dengan cara memegang buah dada dan kemaluan gadis berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di dalam Keretapi Ekspress Senandung yang ketika itu berhampiran Stesen Keretapi Gemas , kira-kira jam 2.15 pagi pada 30 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,  jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman tersebut.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Zahid Ahmad.

Mohamad Zahid turut  memohon jumlah wang jaminan terhadap terdtuduh sebanyak RM6,000.

Majistret Mahyun Yusof menetapkan 29 November ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Gemas dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.
Pemilik spa rugi RM18,000
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
JEMPOL - Seorang pemilik spa di pusat perniagaan Kiara, Bahau dekat sini mengalami kerugian RM18,000 berikutan premisnya dipecah masuk, awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hamzah Alias berkata, ketika kejadian yang berlaku sekitar jam 3 pagi itu, mangsa tiada di premisnya.

Menurutnya, insiden itu disedari seorang pekerja kedai terbabit yang ketika itu baru pulang ke premis berkenaan selepas selesai keluar minum bersama rakannya.

"Pekerja berkenaan sememangnya tidur dalam premis terbabit namun ketika kejadian dia keluar minum.

"Setelah pulang, pekerja berusia 30-an itu terkejut melihat ada kesan pecah masuk di premis, selain pintu terbuka," katanya ketika mengesahkan kejadian berkenaan.

Hamzah berkata, pekerja terbabit terus memeriksa keadaan kedai dan mendapati wang tunai sebanyak RM18,000 yang disimpan dalam laci dekat sebuah bilik lesap.

“Lelaki terbabit bergegas memaklumkan kejadian itu kepada pemilik premis sebelum membuat laporan polis pada hari sama kira-kira jam 11.55 pagi.

"Pihak polis bagaimanapun menahan reman pekerja kedai terbabit  bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan pada hari sama kira-kira jam 3.50 petang," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan ke balai polis berhampiran atau menghubungi Inspektor Salawati Abdullah menerusi talian 06-4582222.

“Pihak polis juga meminta penjaga kedai sekitar kawasan Jempol tidak menyimpan jumlah wang yang banyak hasil perniagaan di premis.

“Ia bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku lagi,” katanya.
Lelaki bogel diberkas, rungutan dapat perhatian
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
SEREMBAN – Perbuatan seorang lelaki warga Bangladesh di Kampung Limbok, Temiang, di sini, yang sengaja berbogel di depan rumah untuk dilihat jirannya, membawa padah apabila dia ditahan, malam kelmarin.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dengan hanya memakai kain pelekat selepas ditemui kira-kira 100 meter dari rumahnya dalam operasi bermula kira-kira jam 10 malam.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri, Abdul Kadir Hussin yang mengetuai operasi berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki terbabit yang sebelum itu berada di rumah dipercayai melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Tiga rakannya yang disoal siasat memaklumkan lelaki terbabit sentiasa berwaspada dengan bunyi kenderaan dan akan bersembunyi atau melarikan diri jika mendapati ada pihak tidak dikenali datang ke rumahnya.

“Jadi sebaik sahaja menyedari kehadiran kami, dia berlari keluar menggunakan pintu belakang tetapi berjaya ditahan 100 meter dari rumahnya,” katanya.

Menurutnya, walaupun lelaki terbabit mempunyai dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah, namun tindakan tetap diambil terhadapnya berikutan aduan penduduk yang terganggu dengan kelakuan kurang sopannya.

Abdul Kadir berkata, serbuan itu susulan laporan Sinar Harian berhubung keluhan penduduk yang rimas dengan sikap warga asing selalu membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam.

“Difahamkan, lelaki terbabit bekerja di sebuah kilang berhampiran tetapi kita masih menyiasat sama ada dia masih bekerja di situ atau sebaliknya.

“Kami menahannya atas kesalahan mengganggu keselesaan orang awam yang bertentangan dengan syarat kerja di bawah undang-undang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu katanya, serbuan turut dilakukan di dua lagi lokasi berasingan iaitu Jalan Quek Kai Dong dan Taman Pinggiran Senawang yang berjaya menahan 24 warga asing atas pelbagai kesalahan.

Abdul Kadir berkata, semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun, melibatkan warganegara India, Myanmar dan Bangladesh.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan tinggal lebih masa.

“Mereka dibawa ke Depot Tahanan Lenggeng untuk tindakan lanjut,” katanya.
Lima penyamun kecundang
Wartawan Sinar Harian
4 Oktober 2012
Lima penyamun kecundang
Hamzah (tengah) menunjukkan sebilah parang samurai yang dirampas sambil diperhatikan Asisiten Superintendan Mohd Yazed Mohd Serah (kiri) dan Muzaffar.
Lima penyamun kecundang
Hamzah menunjukkan dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes samun berasingan September lalu.
JEMPOL - Lima individu yang disyaki terlibat dalam dua kes samun berasingan di sini berjaya ditahan polis ketika berada di dua lokasi berasingan di Felda Sungai Lui, di sini dan Kuantan, Pahang.

Kesemua mereka berusia sekitar 18 hingga 28 tahun itu ditahan pada 26 dan 29 September lalu, dan kini sedang direman selama tujuh hari bermula tarikh ditangkap.

Bagaimanapun, dua lagi suspek berjaya masing-masing berusia 22 tahun berjaya melarikan diri dan kini sedang dicari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, suspek pertama yang dicari dikenali sebagai Muhamad Shafiq dari Taman Tasik Jaya, Seremban bagi membantu siasatan kes samun di Felda Sungai Lui.

"Suspek pertama dipercayai terlibat dalam kes samun di sebuah kedai serbaneka di Felda Sungai Lui, 23 September lalu.

“Seorang lagi suspek berusia 20 tahun ditahan ketika bersama bersama Muhamad Shafiq berada di hadapan kedai serbaneka di Taman Indera Sempurna, Kuantan dipercayai sedang menjual barang kemas," katanya.

Menurutnya, Muhamad Shafiq bagaimanapun berjaya melarikan diri dengan menaiki Pajero dipercayai kenderaan curi, manakala rakannya itu berjaya ditangkap.

“Hasil pemeriksaan di kenderaan dinaiki suspek, polis  merampas empat telefon bimbit pelbagai jenama, selain seutas rantai leher, dua bekas minyak rambut, plet kereta, satu pemotong panjang serta sembilan kotak rokok pelbagai jenama,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat polis daerah (IPD), di sini semalam.

Hamzah berkata, bagi kes kedua, polis memburu seorang lelaki dikenali sebagai Muamar, 22, dari Felda Sungai Lui.

Menurutnya, Muamar berjaya meloloskan diri ketika serbuan dilakukan di kediamannya pada 29 September lalu, sekitar 5 pagi.

“Bagaimanapun, kita berjaya menahan empat suspek lain dalam rumah berkenaan kerana mereka juga dipercayai terlibat dalam kes samun di sebuah stesen minyak di Bahau, 25 September lalu.

“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai tujuh telefon bimbit serta sebilah pedang samurai rumah sama," katanya.

Menurutnya, kes pertama disiasat di bawah seksyen 392 kanun keseksaan, sementara kes kedua seksyen 395/397 kanun keseksaan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat, Inspektor Muzaffar Mohd Wali dan Inspektor Mohd Hisyam Musa di talian 06-4582222.
Gelisah dengar bunyi guruh
Wartawan Sinar Harian
3 Oktober 2012
Gelisah dengar bunyi guruh
Beginilah keadaan Jariah setiap kali hujan lebat.
BANDARAYA MELAKA - Setiap kali mendengar bunyi guruh di langit, pasti menimbulkan kegelisahan buat ibu tunggal anak dua, Jariah Mohd Yusof, 56.

Ini kerana dia terpaksa bersengkang mata bagi memastikan hujan benar-benar turun atau tidak di kawasan rumahnya di tengah-tengah bandar raya di Jalan Masjid, Kampung Hulu, di sini.

Jariah berkata, dia bukan sahaja terpaksa berjaga malam, malah perlu menggunakan kudratnya membersihkan lantai rumah dan menukar bekas takungan yang dipenuhi air jika hujan lebat.

Warga emas yang mempunyai seorang anak kurang upaya (OKU) ini berkata, keadaan itu dihadapinya sejak 12 tahun lalu.

"Keadaan ini semakin merunsingkan kerana saya hanya bekerja mengambil upah membersihkan rumah dengan pendapatan RM300 sebulan.

"Dengan pendapatan tidak seberapa, manalah saya mampu untuk membaiki siling rumah yang bocor," katanya.


Dinding dimakan anai-anai

Menurutnya, lebih membimbangkan apabila kayu pada bumbung dan dinding rumah yang berusia lebih 40 tahun itu juga sudah dimakan anai-anai dan menunggu masa menyembah bumi.

Jariah berkata, walaupun mempunyai dua anak lelaki berusia 28 dan 25 tahun tetapi dia  tidak boleh bergantung kepada mereka yang juga hidup susah sepertinya.

“Saya mempunyai dua anak yang telah berkahwin dan masing-masing kini tinggal di rumah mentua mereka.

"Anak sulung OKU dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu menyara isteri dan dua anaknya, sementara anak kedua saya pula bekerja sebagai penghantar surat syarikat," katanya.

Jariah berkata, dia tidak mahu membebankan hidup anaknya, justeru dia merayu bantuan mana-mana pihak yang sudi membaiki rumahnya terutama bumbung yang bila-bila masa mungkin boleh roboh.

Menurutnya, berikutan siling bocor dia tidak boleh melelapkan mata setiap kali hujan turun terutama pada waktu malam.

“Hujan yang turun tidak menentu menyebabkan saya meletakkan beberapa baldi dan besen di kawasan yang bocor, selain pelampung kolam mandi yang diberi anak jiran yang balik ke kampung baru-baru ini untuk menadah air di ruang tamu.

“Di dalam bilik tidur, saya letak bekas plastik yang disangkut dengan dawai di jernang kayu tetapi jika hujan lebat saya perlu menggunakan baldi atau bekas lebih besar yang diletakkan di lantai untuk menadah air turun seperti air terjun,” katanya.


Pernah mohon bantuan

Jariah berkata, disebabkan Kampung Hulu diwartakan sebagai tapak Warisan Dunia, dia pernah memohon bantuan daripada Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) sebelum wakil agensi itu datang menilai rumahnya.

“Pernah sebelum ini, wakil Perzim datang menilai rumah sama ada layak diberi bantuan membaiki atau tidak, namun mengecewakan apabila mereka beritahu rumah saya tidak bercirikan Melayu.

“Saya jadi buntu untuk meminta kepada siapa lagi. Kerja yang tidak menentukan ini pun hanya cukup-cukup untuk makan sendiri,” katanya yang juga tempang sejak terlibat kemalangan 21 tahun dahulu.

Menurutnya, rumah di bawah satu bumbung itu sudah dibahagi dua bagi membolehkan adiknya, Mazlan Mohd Yusof, 49, tinggal bersama isteri dan dua anaknya di sebelah rumahnya.

“Keadaan sama dihadapi Mazlan dan isterinya, Ramlah Mahadi, 29, yang tinggal bersama dua anaknya, Siti Soleha, 6, dan Mohd Soleh, 5.

"Namun rumah mereka lebih teruk dimakan anai-anai. Malah telah beberapa kali kami dengar sesuatu jatuh di atas siling. Kami sangka musang tetapi apabila diperiksa, rupanya kayu reput jatuh kerana terdapat butiran pasir dan tanah di atas lantai rumah kami,” katanya.


Baik pulih rumah tradisional

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kubu, Juret Ali berkata, Jariah pernah mengadu masalahnya beberapa bulan lalu sebelum dirujuk kepada Perzim kerana rumah berkenaan di dalam kawasan Warisan Dunia.

“Bagaimanapun, pihak kami akan berjumpa dan berunding dengannya sama dia mahu memohon rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau mana-mana yang lebih terbaik untuknya pada masa hadapan,” katanya.

Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menghalang Jariah untuk membuat sebarang pengubahsuaian terhadap rumahnya.

“Memang Kampung Hulu diwartakan sebagai tapak Warisan Dunia namun Perzim hanya membantu membaik pulih mana-mana rumah bercirikan tradisional Melayu Melaka sahaja tetapi rumah Jariah tidak termasuk kategori berkenaan.

“Justeru, Jariah perlu memohon bantuan daripada pihak lain. Malah, Perzim tiada halangan sekiranya dia mahu mengubah suai atau membaiki rumah pusakanya itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment