Wednesday, February 10, 2010

APA LAGI ALASAN YG HENDAK DIBERI....BILA HUKUM ALLAH DIABAIKAN...



Mayat bayi perempuan di pintu masjid


2010/02/10


MELAKA: Mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di hadapan pintu pagar Masjid Permatang Duyong di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu dibaluti dengan kain putih tetapi badannya kemerahan dipercayai digigit semut.

"Mayat bayi berkenaan disedari ditinggalkan di masjid itu oleh jemaah masjid selepas mereka selesai menunaikan sembahyang subuh," katanya ketika dihubungi di
sini.

Salehhudin berkata penemuan mayat bayi itu dilaporkan kepada polis oleh bilal masjid itu, Mohamad Abu.

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Melaka di sini untuk bedah siasat.

Katanya polis sedang mengesan ibu bayi berkenaan dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. - Bernama




SAMBUNGAN YANG BERKAITAN CERITA DIATAS....


Mayat bersemut tepi pagar masjid


Oleh Mohamad Yatim Latip
am@hmetro.com.my
2010/02/11


MELAKA: “Hati saya begitu hiba apabila ada orang hilang sifat perikemanusiaan hingga tergamak menyeksa mayat bayi tidak berdosa,” kata Noja Masjid Permatang Duyong, dekat sini, Muhamad Abu, 60, antara saksi awal yang menemui mayat bayi perempuan masih bertali pusat dibalut dengan sehelai baju-T ditinggalkan di tepi pintu pagar masjid berkenaan, semalam.
MELAKA: “Hati saya begitu hiba apabila ada orang hilang sifat perikemanusiaan hingga tergamak menyeksa mayat bayi tidak berdosa,” kata Noja Masjid Permatang Duyong, dekat sini, Muhamad Abu, 60, antara saksi awal yang menemui mayat bayi perempuan masih bertali pusat dibalut dengan sehelai baju-T ditinggalkan di tepi pintu pagar masjid berkenaan, semalam.


Lebih menyayat hati apabila mayat bayi dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam itu turut dikerumuni semut apabila diletakkan di atas rumput dalam keadaan kesejukan selain terdapat kesan kecederaan di kepala.


Muhamad berkata, sebelum itu, dia tiba di perkarangan masjid untuk persiapan menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.30 pagi. Menurutnya, ketika menarik pintu pagar, dia ternampak satu bungkusan putih terletak di atas rumput, namun tidak mengendahkannya.


“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana tiada sebarang bunyi atau pergerakan pada bungkusan putih berkenaan sebelum masuk ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.


“Bagaimanapun, selepas solat ketika imam membaca doa, kami terdengar jeritan seorang jemaah memberitahu ada mayat bayi,” katanya.

Menurutnya, berikutan itu, dia bersama imam bergegas melihat mayat bayi perempuan cukup sifat. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Sallehuddin Abd Rahman, berkata siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan sudah mati ketika ditemui penduduk berikutan dikerumuni semut.


Menurutnya, doktor yang memeriksa mayat bayi berkenaan turut menemui kesan kecederaan di bahagian kepala.


“Pelbagai andaian boleh dibuat terhadap kesan kecederaan itu sama ada bayi berkenaan berkemungkinan terjatuh ketika dilahirkan atau sebagainya berikutan kepalanya masih lembut dan boleh berlaku sebarang kemungkinan,” katanya.


“Apa pun, kami masih menjalankan siasatan untuk mengesan ibu bapa bayi terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini.

No comments:

Post a Comment