Monday, February 8, 2010

INI BUKTI SUMBANG MUHRAM DAN ROGOL....FIKIR KENAPA JADI BEGINI


myMetro bullet Setempat
Abang aniaya adik sendiri
Oleh Hadzlihady Hassan

2010/02/09


AMPANG: Gelaran abang durjana layak diberikan buat seorang remaja apabila sanggup menjadikan adik kandungnya sebagai mangsa semata-mata untuk memuaskan nafsunya ketika gadis itu sedang tidur di rumah ibu saudara mereka di Pandan Indah, Jumaat lalu.
Bagaimanapun, perbuatan sumbang mahram terbabit akhirnya terbongkar apabila mangsa membuat laporan polis sebelum abangnya yang berusia 19 tahun ditahan pada hari sama.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada awal pagi ketika mangsa yang berusia 15 tahun sedang tidur di ruang tamu rumah teres dua tingkat berkenaan.

Mangsa anak kedua daripada sembilan beradik dan ibu bapa mereka sudah bercerai menyebabkan mereka dipelihara nenek sejak kecil.

Menurut sumber polis, nenek mereka tinggal bersama seorang lagi anaknya yang juga ibu saudara kepada dua beradik terbabit.

Katanya, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi ketika mangsa sedang tidur di ruang tamu sebelum dia dihampiri abangnya yang secara tiba-tiba terus memeluk dan meraba tubuh mangsa.

"Ketika itu, mangsa yang tidak lagi bersekolah cuba melawan dan tidak membenarkan abangnya melakukan perkara terkutuk itu, namun ternyata tidak berdaya melawan kudrat seorang lelaki.

"Abangnya dengan rakus membuka seluar mangsa sebelum merogolnya," katanya.

Menurutnya, ketika itu, ibu dan bapa saudara mereka berada di tingkat atas dan mangsa dikatakan diberi arahan oleh abangnya mendiamkan diri dan tidak menjerit.


"Abang mangsa meminta supaya dia tidak bersuara untuk mengelak perbuatan mereka didengari ibu dan bapa saudara mereka yang sedang tidur.

"Mangsa hanya mengikut arahan itu dan langsung tidak berani bersuara berikutan bimbang ancaman dibuat abangnya," katanya.

Difahamkan, beberapa hari sebelum kejadian rogol itu berlaku, abang mangsa pernah cuba mencabulnya dengan meraba badan mangsa, namun mangsa dikatakan takut untuk menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa.

Namun, selepas menjadi mangsa rogol abangnya, gadis terbabit akhirnya nekad membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan suspek.

"Suspek kini direman selama lima hari bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan dan mangsa sudah menjalani pemeriksaan doktor.

"Keputusan awal hasil pemeriksaan itu menunjukkan terdapat kesan koyakan lama, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

No comments:

Post a Comment