DUNIA AKAN HANCUR ATAU KITA MATI DULU CARILAH BEKALAN AKHIRAT...MASA MENGEJAR KITA...DAN KITA SEMAKIN TUA...BERUBAN SERTA KEREPOT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Wednesday, February 10, 2010
OH....CINTA HATIKU
Oh...cinta hatiku
Oleh Hadzlihady Hassan dan Sarah Zulkifli
am@hmetro.com.my
2010/02/10
Oh...cinta hatiku
KUALA LUMPUR: Cinta suci seorang gadis tempatan dengan teman lelaki warga Nepal sejak empat tahun lalu membuatkan dia sanggup mempertahankan pendiriannya, meskipun pernah dinasihatkan ahli keluarga supaya memikirkan baik buruk perhubungan itu.
Apakan tidak apabila teman lelakinya itu juga sanggup menukar agama dan mendalami Islam dengan rela hati tanpa sebarang tekanan dan paksaan selain merancang melangsungkan perkahwinan April nanti.
Bagaimanapun, menjelang hari pertunangan mereka yang tinggal dua hari lagi, teman lelaki gadis terbabit menghilangkan diri selepas mangsa memberikan wang berjumlah RM1,500 untuk menguruskan hal kenduri dan membeli barang hantaran sempena hari pertunangan mereka itu.
Kehilangannya itu ternyata membuatkan gadis terbabit menjadi bingung kerana teman lelakinya ‘lesap’ tanpa meninggalkan sebarang pesan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 26, berkata dia mula mengenali teman lelakinya itu sejak empat tahun lalu dan mereka merancang bertunang Jumaat ini dan bakal melangsungkan perkahwinan April ini.
“Saya mengenali teman lelaki ketika kami bekerja di sebuah hotel di ibu kota dan pada mulanya enggan melayan dia yang kerap mengganggu saya ketika itu
“Bagaimanapun, sikapnya yang sering mengambil berat membuatkan hati mula terpaut lebih-lebih lagi dia cinta pertama saya,” katanya.
Menurutnya, sejak itu mereka saling berhubungan dan teman lelakinya itu akhirnya meluahkan perasaan cinta dan berjanji akan sehidup semati.
“Malah, dia sanggup memeluk Islam tanpa dipaksa membuatkan saya benar-benar yakin dengan keikhlasan hatinya yang mahu menjadikan saya sebagai isteri.
“Kami kemudian bersama-sama mengambil keputusan mengakhiri zaman bujang April ini dan merancang bertunang Jumaat ini,” katanya.
Menurutnya, semua ahli keluarga dan rakan mengetahui perhubungan mereka dan dia pernah ditanya bapa sama ada sudah berfikir semasak-masaknya untuk meneruskan hubungan itu.
“Namun, saya memberitahu bapa supaya jangan bimbang kerana yakin keikhlasan teman lelaki saya itu yang jujur dan ikhlas menjalinkan perhubungan.
“Saya sangat yakin dengan lelaki itu kerana sepanjang tempoh empat tahun perkenalan, dia tidak pernah curang, malah sering mengambil berat terhadap diri saya dan keluarga,” katanya.
Liza berkata, mereka kali terakhir bertemu Sabtu lalu di sebuah restoran di Jalan Alor, Bukit Bintang di sini untuk berbincang mengenai hal pertunangan sebelum menyerahkan wang RM1,500 kepada lelaki terbabit untuk menampung kos membeli beberapa barang hantaran.
“Namun, keesokannya ketika saya menghubungi teman lelaki, dia langsung tidak menjawab panggilan dan memikirkan mungkin dia menghadapi masalah.
“Sudah menjadi kebiasaan, saya akan menghubunginya setiap pagi, namun panggilan yang tidak dijawab itu membuatkan saya mula runsing dan mengambil keputusan pergi ke tempat kerjanya,” katanya.
Namun, saya terkejut apabila diberitahu rakan sekerja teman lelaki yang mengatakan dia langsung tidak masuk kerja pada hari itu membuatkan saya pergi ke rumahnya.
“Bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati semua barang dalam rumah teman lelaki sudah tiada dan cuba menghubunginya beberapa kali, namun telefon bimbitnya dimatikan.
“Saya mula bimbang dan membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee kerana gagal mencari teman lelaki,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini dia masih runsing dan tidak mengetahui punca teman lelakinya melarikan diri kerana setahunya mereka tidak bergaduh dan lelaki itu juga dilihat begitu gembira untuk melangsungkan pertunangan.
“Tidak mungkin dia melarikan diri kerana mahukan wang yang diberikan itu kerana saya tahu teman lelaki saya seorang yang bertanggungjawab.
“Saya harap teman lelaki dapat menghubungi dan memberikan penjelasan sebenar mengapa dia sanggup melarikan diri menjelang hari pertunangan kami,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment