Boleh maut terangsang
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/02/11
KUALA LUMPUR: Penemuan memeranjatkan apabila produk Viagra yang selama ini sinonim dengan golongan lelaki, diubah suai penggunaannya secara haram oleh sebuah syarikat jualan langsung (MLM) bagi dijadikan ‘resipi rahsia’ produk perangsang tenaga batin khusus untuk wanita.
Penemuan itu amat mengejutkan pihak berkuasa berikutan produk persis `viagra wanita’ itu dijual secara haram dan diakui boleh mengancam nyawa ribuan wanita yang mengambilnya kerana menyangka ia makanan kesihatan.
Bagaimanapun, penjualan produk `viagra wanita’ itu tumpas selepas pihak penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas produk `panas’ yang bernilai hampir RM1 juta, semalam.
Pengarah Bahagian Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Hatta Ahmad berkata, serbuan dilakukan serentak di seluruh negara oleh pegawai penguat kuasa farmasi dengan dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terhadap cawangan dan syarikat jualan langsung terbabit.
Menurutnya, lebih 200 pegawai penguat kuasa farmasi menyerbu serentak lebih 20 premis kira-kira jam 11.30 pagi semalam selepas risikan dilakukan sejak lebih sebulan lalu.
“Hasil ujian makmal mengesahkan produk untuk wanita mengandungi kimia berbahaya tadalafil manakala produk untuk lelaki mengandungi kimia hydroxythiohomosildenafil yang kerap dicampurkan dalam produk rangsangan seks haram,” katanya.
Dalam operasi semalam, beliau dibantu Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM , Wan Hamid Wan Ibrahim menjalankan pemeriksaan di ibu pejabat syarikat jualan langsung itu di Taman Shamelin Cheras, di sini.
“Setiap kotak produk terbabit yang mengandungi 10 bungkus kecil berisi serbuk perangsang dijual pada harga RM300 sekotak.
“Kimia taladafil dalam produk itu boleh menyebabkan saluran darah mengembang secara tidak normal selain menyebabkan pelbagai tindak balas pada tubuh seperti mati mengejut, sakit kepala, gangguan perut, penglihatan, kesan sampingan seperti sakit kepala, otot selain boleh menyebabkan penyakit hati dan buta. “Bahan kimia itu amat berbahaya kepada individu yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolestrol tinggi. Ia boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh menjadi terlalu rendah. Akibatnya mangsa boleh pengsan mendadak atau pitam,” katanya Menurutnya, kimia taladafil yang disifatkan tiga kali lebih kuat dari kimia sildenafil yang terkandung dalam pil Viagra pastinya boleh menyebabkan pelbagai implikasi buruk apatah lagi jika dimakan setiap hari.
“Kedua-dua produk itu diedarkan ke seluruh negara termasuk turut dieksport ke Indonesia berdasarkan invois ditemui dalam syarikat milik seorang kenamaan itu. Hasil serbuan itu, KKM turut memeriksa satu kilang di Melaka,” katanya.
Badan anak lebam-lebam
hadzlan@hmetro.com.my
2010/04/08
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun kini terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, selepas mendakwa didera bapa sendiri sejak setahun lalu, menyebabkannya lebam di badan, kaki dan tangan.
Penderitaan kanak-kanak berkenaan terbongkar selepas dia dilihat lemah dan tidak bersemangat ketika dalam kelas sebelum memberitahu seorang guru mengenai kejadian menimpanya. Pihak sekolah kemudian menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Susulan maklumat itu, JKM membuat laporan polis sebelum mangsa dibawa ke HUSM oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut untuk rawatan susulan.
Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Besut, Jertih, itu dimasukkan ke HUSM kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin dan kini diletakkan di bawah pengawasan JKM.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihak sekolah bertindak pantas dengan memaklumkan kepada pegawai JKM yang bergegas ke sekolah lalu membawa mangsa ke Pusat Kesihatan Besut sebelum dirujuk ke Hospital Besut.
Bagaimanapun, katanya, mangsa diminta mendapatkan rawatan susulan di HUSM.
Kamaruddin berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan dipercayai didera bapanya sejak tahun lalu berdasarkan kesan lebam yang ditemui pada badannya dan polis menemui banyak kesan lebam agak serius pada tubuh mangsa termasuk di kaki dan tangan.
“Tidak banyak yang dapat saya katakan kerana siasatan masih di peringkat awal. Kami juga perlu meneliti laporan perubatan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Harian Metro difahamkan, sebaik menerima laporan kes itu kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin, sepasukan anggota polis menjalankan siasatan dan menahan seorang lelaki berusia 30 tahun di Kampung Gertak 100, Kuala Besut, kira-kira jam 4 petang hari sama. “Hari ini (semalam), polis mendapat perintah untuk menahan reman suspek selama empat hari. Dia yang bekerja sebagai mekanik ditahan untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991.
“Siasatan masih dijalankan dan kami akan mendapatkan keterangan isteri dan ahli keluarga lelaki terbabit untuk membantu siasatan,” kata Kamaruddin.
berhati2 dijalan raya
Digilis lepas jatuh
anbia@hmetro.com.my
2010/04/05
PETALING JAYA: Menyayat hati apabila seorang gadis yang tercampak ke atas jalan raya sejurus motosikal dinaiki terbabas tidak sempat bangkit menyelamatkan diri sebelum digilis sebuah kereta menyebabkannya mati di tempat kejadian, kelmarin.
TRAGEDI...mayat Norlaili diangkat untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Norlaili.
Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa bersama rakan lelakinya menaiki motosikal di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) arah Kuala Lumpur berhampiran Taman Medan, di sini.
Menurutnya, rakan mangsa, Faizul Majid, 22, dalam perjalanan menghantar Norlaili pulang ke rumah saudaranya tidak jauh dari tempat kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi Faizul gagal mengelak lalu merempuh sisi belakang sebelah kanan sebuah bas RapidKL yang diletak di bahu jalan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan raya.
Menurutnya, siasatan mendapati Norlaili berasal dari Jalan Sawi 6, Yap Tau Sah, Kluang, Johor.
“Kemalangan itu turut menyebabkan Faizul cedera parah. Faizul dari Kemaman, Terengganu penuntut tahun pertama, Ijazah Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam,” katanya.
Orang ramai yang menghubungi talian kecemasan 999 resah apabila ambulans tidak muncul selepas lebih 30 minit sehinggalah pegawai penyiasat trafik muncul di lokasi kejadian.
Akhirnya, sebuah kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7 malam mengambil risiko menghantar Faizul ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Jenazah Norlali turut dihantar ke PPUM dengan kenderaan pacuan empat roda polis beberapa minit kemudian untuk bedah siasat.
Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar berkata, pemandu kereta terbabit sudah membuat laporan polis bagi membantu siasatan.
Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pemandu kereta yang memandu laju menggunakan tayar gantian maut selepas tercampak keluar sejurus kenderaan dipandu terbabas dan melanggar pagar kawasan tapak pembinaan.
Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, rempuhan kuat kereta Proton Satria itu turut mengakibatkan enjin kenderaan tercabut sebelum tercampak keluar kira-kira 20 meter.
Sumber polis berkata, kemalangan berlaku ketika Jinnah Rao Munusamy, 23, memandu bersendirian berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Kepong, di sini.
Jejak 4 gadis
am@hmetro.com.my
2010/04/05
KUALA LUMPUR: Terjebak dengan cinta monyet selain pujukan rakan sebaya dipercayai menjadi punca semakin ramai gadis remaja sanggup melarikan diri dari rumah untuk mengikut kekasih hati tanpa memikirkan masa depan serta perasaan keluarga.
Malah, dalam beberapa kes, ada antara gadis terbabit terus ‘ghaib’ dan gagal dikesan sejak lebih lima bulan lalu oleh anggota keluarga dan polis selepas dipercayai disembunyikan kekasih yang berusia jauh lebih tua.
Susulan itu, polis kini sedang menggiatkan usaha bagi menjejaki beberapa gadis yang dilaporkan hilang oleh anggota keluarga tanpa diketuai sama ada masih hidup atau mati.
Dalam kes terbaru, dua remaja perempuan Ng Kha Yee, 14, turut dilaporkan hilang dari rumahnya di Pelangi Indah Kondominium, Jalan Ipoh, sejak beberapa bulan lalu.
Sumber polis berkata, mangsa dipercayai melarikan diri dari rumah bersama rakannya.
Dalam satu lagi kes, polis turut cuba mengesan seorang remaja wanita, Siti Syahira Sakri, 14, yang melarikan diri dari rumahnya di Blok PPR Pekan Batu, Jalan Ipoh. Remaja yang masih bersekolah itu dipercayai menghilangkan diri bersama kenalannya.
No comments:
Post a Comment