Tikam, kelar mentua
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my
djuns@hmetro.com.my
Kejadian berlaku di sebuah rumah di Jalan Cenderawasih di sini, kira-kira jam 5 petang kelmarin.
Sebelum kejadian, lelaki berusia 36 tahun itu datang ke rumah Sius Gradius, 39, bagi menjemput isterinya yang sudah dua hari meninggalkan rumah selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.
Bagaimanapun, dia dihalang bapa mentuanya menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga suspek mengambil pisau yang disembunyikan di belakang seluar dan menikam dada mangsa.
Suspek yang seolah-olah ‘naik hantu’ turut mengelar pinggang bapa mentuanya yang menggelupur kesakitan sebelum melarikan diri.
Anugerah hargai Salih, 4 isteri
Oleh Asmizan Mohd Samiran dan Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SALIH...bersyukur dan berterima kasih
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita 2011 sempena Kelantan Cheng Ho International Food Festival 2011 di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam.
Wan Ubaidah berkata, anugerah itu sebagai tanda penghargaan kerajaan Kelantan kepada Salih dan empat isterinya kerana mempunyai satu ikatan kekeluargaan kukuh walaupun hidup berpoligami.
Katanya, anugerah itu diharap menjadi suntikan semangat kepada suami dan isteri lain supaya mengamalkan cara hidup bertolak ansur dan harmoni seperti diamalkan keluarga Salih.
“Anugerah itu akan diberikan kepada Salih dalam tempoh terdekat ini, tetapi kita belum kenal pasti lagi jenis anugerah akan diberikan.
Suami isteri hancur
Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my
georgie@hmetro.com.my
NGERI...mayat dua warga Indonesia yang digilis pelbagai kenderaan, pagi semalam.
Kejadian tragis kira-kira jam 5.50 pagi itu menyebabkan arah lebuh raya dari kedua-dua arah sesak manakala cebisan daging daripada tubuh kedua-dua mangsa bertaburan di atas jalan. Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Hadi, 32, dan Diana, 30, kedua-duanya warga Indonesia, meninggal dunia di tempat kejadian selepas digilis pelbagai kenderaan dan diseret sejauh 10 meter berdasarkan kesan darah di tempat kejadian.
Selepas terjatuh dari motosikal, kedua-dua mangsa dipercayai tidak sempat bangun untuk menyelamatkan diri menyebabkan mereka dirempuh kenderaan lain.
Anggota polis terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk mengutip cebisan daging dari mayat mangsa sebelum dikumpul dan dihantar ke Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bahru.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke arah ibu kota. Keadaan yang ketika itu masih gelap menyebabkan pemandu kenderaan tidak menyangka objek tengah jalan yang dilanggar mereka adalah tubuh manusia.
Culik sebelum bunuh, tanam
![]() |
ANGGOTA polis membawa suspek (kiri) di sebuah ladang getah iaitu tempat mayat seorang ahli perniagaan Singapura ditanam di Kajang semalam. |
JOHOR BAHRU – Misteri kehilangan seorang ahli perniagaan warga Singapura yang diculik sejak tujuh bulan lalu terjawab apabila dia ditemui mati dibunuh dengan mayatnya ditanam di sebuah ladang getah di Kajang, Selangor kelmarin.
Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an tersebut ditemui selepas polis menahan rakan baiknya yang merupakan warga tempatan di Klang, Selangor pada 12 Julai lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat kes tersebut sebaik menerima laporan mengenai kehilangan mangsa yang dibuat isterinya pada 26 Januari lalu.
Katanya, tiga minggu selepas membuat laporan, isteri mangsa telah membayar tebusan RM12,000 kepada seseorang untuk membebaskan suaminya yang diculik namun hampa.
“Polis yang menjalankan siasatan kemudian telah menahan suspek berusia lingkungan 40-an di Klang pada 12 Julai lalu. Lelaki tempatan itu merupakan rakan baik mangsa.
“Soal siasat telah membawa kita ke sebuah ladang getah di Kajang iaitu tempat mayat mangsa ditanam oleh pembunuhnya,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, polis tidak menolak kemungkinan penculikan dan pembunuhan itu berpunca daripada masalah kewangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.
Guru mengaku sentuh leher
AMPANG JAYA – Ketua guru disiplin, Ismazi@Megat Ismazi Ismail didakwa mengaku ada menyentuh bahagian leher 11 pelajar perempuan yang tidak menghadiri perhimpunan sekolah pada pagi 25 Februari lalu.Namun ia dinafikan oleh semua mangsa yang menuduh guru berkenaan berbohong kerana tertuduh didakwa turut menyentuh buah dada mereka.
Demikian diberitahu oleh saksi, Ricky Toong Foo Weng (gambar), 25, semasa menyambung pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latiff dalam perbicaraan Ismazi@Megat Ismazi, 48, yang didakwa mencabul 11 orang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di sini.
Kejadian itu didakwa berlaku di dalam bilik guru disiplin antara pukul 7.30 hingga 8.30 pagi pada 25 Februari lalu.
Difahamkan perbuatan cabul itu berlaku ketika 11 pelajar itu tidak hadir perhimpunan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana hukuman itu jika disabit kesalahan.
Terdahulu, saksi berkata, tiga hari selepas kejadian, pihak sekolah mengadakan mesyuarat antara tertuduh, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan 11 mangsa bagi mencari penyelesaian.
No comments:
Post a Comment