Sunday, July 17, 2011

MACAM2 STRATEGI....PASAL KES ROGOL..ZINA...CURI ...DLL...HUKUM ALLAH TETAP DINAFI DAN TAK MAHU DIGUNA PAKAI...DUDUK DIBUMI ALLAH NAK...REZEKI ALLAH AMBIK DLL...HUKUM ALLAH TAK NAK...TAU...TAKUT KENA BATANG HIDUNG...TU PASAL LAH....DUTA BAGI USTAZ2 LAH... NI ARTIS.PULAK...TAK TAHULAH... NI AKHIR ZAMAN...

Wujudkan strategi bersepadu atasi rogol

17/07/2011 6:41pm

KUALA LUMPUR 17 Julai — Satu strategi bersepadu bagi menangani kes jenayah rogol terhadap kanak-kanak perlu dibentuk dan ia harus bermula dari rumah, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.
Beliau berkata, semua pihak harus bekerjasama menangani kes jenayah itu, yang kini membimbangkan, kerana statistik polis menunjukkan tujuh daripada 10 mangsa rogol melibatkan kanak-kanak.
"Masanya sudah tiba untuk seluruh komuniti Malaysia bangun menentang jenayah seksual terhadap kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek ‘Khidmat Cegah Jenayah dan Gaya Hidup Sihat Masyarakat’ anjuran syarikat Lions Group di sini hari ini.
Lam Thye berkata, walaupun indeks jenayah menunjukkan penurunan, jumlah kes melibatkan remaja berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun meningkat.
Beliau berkata, perkara ini membimbangkan MCPF dan ia menunjukkan lebih banyak usaha harus dilaksanakan bagi membantu golongan belia dan remaja menangani jenayah. — Bernama

Isteri, anak tercampak



SEREMBAN: “Apabila tersedar daripada kemalangan itu, saya menangis dan terus keluar dari kenderaan untuk mencari isteri dan anak,” kata Che Rusdi Ahamad, 37, suami dan juga bapa kepada dua beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 252.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) arah utara berdekatan susur masuk Plaza Tol Senawang, di sini, petang kelmarin.
Menurutnya, sebaik lorinya berhenti berpusing, isterinya, Dalila Hashim, 40, dan anak, Che Najwan Haniff, 12 bulan, ditemui terbaring tidak bergerak beberapa meter dari kenderaan dipandunya.

“Ketika kejadian, saya berbual bersama isteri yang memangku Najwan di riba sebelum sebuah kereta yang cuba memotong terbabas dan merempuh bahagian depan sebelah kanan lori yang saya pandu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS), di sini, semalam.
Berikutan itu, lori membawa makanan sejuk beku itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum terbalik dan berpusing beberapa kali hingga menyebabkan Dalila dan bayinya tercampak keluar.

“Sebaik lori berhenti berpusing, saya dapati mereka berdua tiada di sisi, ketika itu saya menangis kerana tahu perkara buruk pasti menimpa mereka, terutama mengingatkan anak yang baru berusia 12 bulan.

“Jantung saya seakan-akan terhenti apabila melihat mayat anak dan isteri terbaring dalam keadaan menyayat hati dengan kepala isteri berlumuran darah dan anak saya penuh luka.

“Kini saya kehilangan tiga orang tersayang sekali gus, termasuk bayi yang isteri kandung, namun saya reda menerima ujian Tuhan,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Serdang, Selangor selepas menghantar barang sejuk beku ke Melaka.
Sementara itu, anak kedua Dalila bersama suami pertama, Nur Nabila Huda Mohd Amir, 19, berkata dia tidak mengetahui kejadian itu hinggalah ayah tirinya (Che Rusdi) menghubungi menanyakan mahu mengebumikan jenazah ibu mereka.

“Saya pada mulanya tidak memahami apa maksud ayah menanyakan soalan itu, hinggalah diberitahu ibu dan adik meninggal dunia dalam kemalangan.

“Saya yang ketika itu menjalani latihan praktikal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kemudian bergegas ke HTJS,” katanya.

Menurutnya, dia dan tiga beradik yang lain sudah empat tahun tidak menyambut Aidilfitri bersama ibunya kerana kerap beraya di kampung sebelah bapa.

“Ibu beria-ria mengajak saya serta abang dan dua lagi adik beraya di kampungnya di Segamat tahun ini, namun saya tidak sempat memberitahunya kami bersetuju selepas bapa memberi kebenaran.

“Kebelakangan ini, saya kerap berfikir dan merancang untuk keluar membeli persiapan Aidilfitri bersama-sama, terutama pakaian baru untuk adik (Najwan) kerana kami sangat rapat dengannya,” katanya.

Jenazah kedua-dua mangsa selamat dikebumikan di kampung Dalila, di Tanah Perkuburan Kampung Kenangan GSA Gemeh, Jementah, Segamat, Johor semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan, seorang wanita mengandung lima bulan terbunuh bersama bayi lelakinya berusia setahun selepas tercampak keluar dari lori dinaiki mereka dalam kemalangan.

Dalam kejadian jam 5.45 petang, Dalila bersama Che Rusdi dan Che Najwan dalam perjalanan menuju ke Serdang selepas selesai menghantar bekalan makanan sejuk beku di Melaka.

Jurucakap polis berkata, siasatan mendapati lori dipandu Che Rusdi dipercayai hilang kawalan apabila dilanggar kereta Proton Perdana di laluan sama.

“Keadaan itu menyebabkan lori terbabas ke bahu jalan sebelum kedua-dua penumpang tercampak keluar,” katanya.

Jerit sebelum ajal



SUNGAI PETANI: “Saya dan isteri terkejut apabila Che Su tiba-tiba menjerit memberitahu perut, dada dan tulang belakangnya sakit kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam), tetapi 30 minit kemudian dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.”
Begitu kata Md Isa Tahir, 54, bapa kepada seorang ibu tunggal yang meninggal dunia dipercayai selepas menelan pil untuk kelihatan lebih berisi yang dibeli dari sebuah kedai menjual ubat tradisional dan kosmetik di bandar ini, Khamis lalu.

Mangsa, Che Su Md Isa, 29, mati selepas seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi panas dan lumpuh ketika di rumahnya di Taman Arked, di sini, sebelum paramedik dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dipanggil bagi mendapatkan bantuan, namun gagal.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia lima tahun itu yang bekerja di sebuah kilang plastik di Kawasan Industri Bakar Arang, di sini, dipercayai menelan dua jenis pil mengandungi steroid pada Khamis lalu selepas membelinya dari kedai berkenaan.

Md Isa berkata, dia tidak menyedari anak perempuannya mengambil pil berkenaan, malah juga tidak dimaklumkan bahawa Che Su memakannya, tetapi terkejut apabila arwah mengadu sakit perut dan badan menjadi panas dan lumpuh seluruh tubuh pada malam kelmarin.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kesengsaraan anaknya apabila pulang dari tempat kerja jam 7.30 malam selepas melihat isterinya menyapu tubuh anaknya dengan air.

Katanya, ketika itu isterinya mendapati badan Che Su semakin panas dan walaupun pelbagai cara diusahakan, keadaan panas masih tidak kurang, malah semakin teruk.

“Seluruh kaki dan tangannya juga lumpuh, dia tidak boleh bergerak. Namun jam 2 pagi (semalam) Che Su mengejutkan seluruh ahli keluarga apabila dia menjerit sambil mengadu sakit perut, dada serta tulang belakang.
“Keadaan menjadi semakin mendebarkan apabila setengah jam selepas itu dia terus senyap, malah ketika ambulans tiba untuk membawanya ke HSAH, Che Su disahkan meninggal dunia.

“Saya dan isteri juga terkejut apabila darah mula keluar dari lubang dubur Che Su dengan banyak, menyebabkan mereka terpaksa memakaikan lampin pakai buang bagi menahan darah keluar tanpa henti sebelum membawanya ke Jabatan Forensik HSAH,” katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, dia percaya anaknya mungkin memakan pil berkenaan di kilangnya pada malam Khamis lalu kerana ia hari terakhir bekerja syif malam, disebabkan Che Su tidak membawa pulang pil itu di rumah, menyebabkannya tidak menemuinya.

Sementara itu, adik mangsa yang mahu dikenali sebagai Umi berkata, sebelum ini arwah kakaknya pernah menunjuk serta mengajaknya mencuba pil gemuk itu, namun dia enggan kerana pil itu pelik selain bimbang memudaratkan kesihatan.

Katanya, selepas itu dia tidak tahu sama ada kakaknya mengambil pil itu atau tidak, malah dia juga tidak tahu di mana kakaknya membeli pil terbabit hinggalah pagi semalam selepas rakan arwah memberitahu ia dibeli di sebuah kedai menjual ubat tradisional dan kosmetik di Sungai Petani.

“Menurut rakan kakak, tiga jenis pil berkenaan dibeli pada harga RM5 untuk satu set, tetapi saya tidak tahu berapa lama arwah mengambilnya kerana dia (Che Su) tidak pernah memberitahu kami sekeluarga.

“Saya tidak tahu kenapa kakak perlu mengambil pil berkenaan sedangkan badannya tidaklah terlalu kurus. Saya dan keluarga juga terkejut ketika dibedah siasat, darah di dalam tubuh kakaknya tiada dan hanya tinggal sedikit di dalam ususnya.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan melakukan siasatan dengan mengambil contoh pil berkenaan bagi dihantar ke Jabatan Kimia untuk tujuan analisis.

Tinjauan Metro Ahad juga mendapati kedai berkenaan yang menjual pelbagai ubat dan jamu tradisional serta kosmetik dari negara jiran, beroperasi sejak setahun lalu dan menjadi tumpuan golongan wanita tempatan dan warga asing.


Kren hempap stesen KTMB



KREN serta besi tiang papan iklan gergasi jatuh merentangi landasan di stesen KTMB Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang melalui Stesen Kuala Lumpur di Jalan Sultan Hishamuddin semalam mengalami gangguan berikutan insiden kren terbalik di platform stesen itu.
Kejadian pukul 12.44 malam kelmarin itu melibatkan kren seberat 60 tan yang sedang melakukan kerja menanggalkan iklan dan tiang berhampiran platform empat stesen itu.
"Kren ini gagal menstabilkan kedudukan lalu jatuh melintang ke atas bumbung dan kabel elektrifikasi di platform empat, tiga dan dua menyebabkan kesemua platform berkenaan tidak boleh dilalui dan hanya platform satu yang boleh digunakan," kata KTMB dalam satu kenyataan di sini semalam.
Tiada sebarang kemalangan jiwa termasuk pengendali kren dilaporkan tetapi kerja-kerja pengalihan struktur, pembersihan dan pemasangan semula kabel-kabel rosak akan dilakukan sehingga Isnin ini.
KTMB turut menyediakan perkhidmatan bas untuk memindahkan penumpang yang menaiki komuter dari Stesen Bank Negara ke KL Sentral dan KL Sentral ke Bank Negara sebelum perjalanan diteruskan seperti biasa.


Tiga maut, tujuh cedera dalam kemalangan

17/07/2011 3:21pm


ZULKIFLE ZAINOL


KUALA LUMPUR — Tiga orang, termasuk seorang bapa dan anak lelakinya, maut setelah kenderaan yang mereka naiki terbabas dan melanggar tiang lampu di KM305.5 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini, malam tadi.
Tujuh orang lagi yang turut menaiki kenderaan tersebut, yang sedang dalam perjalanan dari arah Sungai Besi menuju ke Seremban, cedera parah, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abd Razak Elias kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, Zulkifle Zainol, 29 dan anaknya Mohd. Adam Danis yang berusia dua tahun bersama seorang lagi individu yang belum dikenal pasti meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kenderaan itu dinaiki seramai 10 orang, dan mereka yang cedera parah kini dirawat di Hospital Serdang,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan. — Bernama

Lelaki cedera parah jatuh pokok

17/07/2011 6:38pm

MARANG — Seorang pemungut madu lebah cedera parah apabila terjatuh dari pokok yang dipanjatnya untuk mengambil madu di Kampung Kelubi, Tok Fakir, Merchang di sini petang semalam.
Mangsa, Khairul Mat Tahir, 24, dari Kampung Pasir Puteh, Merchang, cedera parah di bahagian pinggang setelah terjatuh pada ketinggian 35 kaki dari pokok yang dipanjatnya kira-kira pukul 1 petang semalam.
"Mangsa dikatakan ingin mengambil madu lebah yang bersarang di atas pokok akasia magium setinggi 40 kaki.
"Bagaimanapun, difahamkan beliau kehabisan tenaga ketika sampai di ketinggian 35 kaki, lalu jatuh mengelongsor mengikut batang pokok berkenaan,” kata Pengerusi Koperasi Madu Lebah Terengganu Bhd (Kopemat), Ibrahim Ismail kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, pasukan Bomba dan Penyelamat yang dihuhungi mengambil masa yang agak lama untuk sampai di tempat kejadian kerana tidak dapat mengesan lokasi mangsa jatuh.
Manakala rakannya tidak berani keluar meminta pertolongan kerana bimbangkan mangsa bersendirian di kawasan itu.
Beliau berkata, mangsa berjaya diselamatkan kira-kira pukul 4 petang serta dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk mendapat rawatan. — Bernama

Awie dilantik duta remaja PSIP



AWIE (tengah) bergambar bersama sebahagian daripada pelatih Pusat Latihan
Khidmat Negara selepas dilantik sebagai Duta Remaja di kompleks PSIP, Ipoh semalam.



IKON. Penyanyi rock dan pelakon popular tanah air, Ahmad Azhar Othman atau Awie dilantik sebagai Duta Remaja sebuah pertubuhan dakwah tertua di Perak, Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP).Yang Dipertua PSIP, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor berkata, melalui pelantikan Awie, pertubuhan itu berharap penyanyi rock terbabit akan terus menghiburkan masyarakat sambil menyampaikan nilai murni sekali gus meningkatkan kesedaran di kalangan remaja.Dalam pada itu, Awie berkata, dia akan membantu PSIP dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang bagi menarik golongan remaja Melayu menjadikan Islam sebagai pegangan hidup yang sempurna.




LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".





Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

No comments:

Post a Comment