Pekerja jatuh pelantar tapak pembinaan runtuh
RANAP...tapak pembinaan pusat beli-belah yang runtuh, semalam.
Sejurus terdengar dentuman pada jam 11 pagi itu, saksi berkenaan bergegas ke bahagian luar bangunan untuk melihat kejadian dan mendapati berlaku runtuhan di tapak pembinaan pusat beli-belah kira-kira 50 meter dari KL Sentral.
Dalam kejadian itu, satu bahagian pelantar di tapak pembinaan berkenaan runtuh menyebabkan seorang pekerja warga Bangladesh berusia 35 tahun terjatuh dari ketinggian empat meter sebelum terperangkap di bawah timbunan konkrit.
Difahamkan, pekerja berkenaan menyapu konkrit di pelantar berkenaan dan tidak sempat menyelamatkan diri sebelum beberapa pekerja lain yang menyedari insiden terbabit memberi bantuan.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata pasukan bomba dan penyelamat yang tiba sebaik mendapat laporan kejadian membawa keluar mangsa pada jam 11.20 pagi.
“Berdasarkan pemeriksaan, konkrit di pelantar berkenaan dipercayai belum kukuh dan siap sepenuhnya menyebabkan berlaku runtuhan.
“Ketika melakukan kerja berkenaan, mangsa lengkap memakai alat keselamatan termasuk topi keselamatan bersama sembilan pekerja lain.
“Bagaimanapun, tahap kecederaan mangsa belum dapat dipastikan dan dia sudah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Laporan awal menyatakan mangsa cedera ringan pada bahagian luaran, namun pemeriksaan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti sekiranya terdapat kecederaan dalaman.
Menurut Wan Abdul Bari, pihaknya sudah memberi arahan kepada pekerja untuk mengosongkan tapak berkenaan dan menghentikan seketika proses pembinaan sehingga pemaju memberi kebenaran memulakan semula kerja.
Harap RM2.8j rugi RM75,000
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my
idayu@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang 11 September lalu, mangsa bersalam dengan lelaki terbabit yang beria-ia mahu membantu membeli nombor ekor dengan harga RM23 bagi memenangi hadiah jutaan ringgit ketika dia berkunjung ke sebuah premis nombor ramalan di Sungai Way, di sini.
Mangsa, C Manogaranathan, 62, berkata lelaki Indonesia itu menyerahkan sekeping kain kepadanya dan meminta dia memberi wang sebelum seorang lelaki Cina di premis itu memberi RM5 bagi berkongsi kemenangan.
Katanya, lelaki Indonesia terbabit kemudian membeli nombor ekor dan menyerahkan sekeping kertas kepadanya supaya menyimpan di rumah bagi menambahkan kemujaraban.
“Pada 13 September lalu, lelaki itu menghubungi saya untuk berjumpa di tanah perkuburan Islam di kawasan berhampiran bagi upacara sembahyang neneknya untuk memohon doa supaya nombor ekor dibeli memenangi hadiah utama.
“Saya dan lelaki Cina itu kemudian pergi ke tanah perkuburan dimaksudkan bersama lelaki terbabit dan melihat upacara sembahyang yang dilakukan sebelum lelaki itu meminta RM75,000 daripada kami,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way selepas mendapati dirinya ditipu.
Beliau berkata, selesai upacara sembahyang, lelaki itu memberitahu neneknya mahu RM75,000 bagi didermakan kepada anak yatim dan pada masa sama akan menyerahkan cek RM2.8 juta yang bakal dimenangi mereka.
“Saya menyerahkan wang simpanan RM50,000, manakala lelaki Cina itu memberi RM25,000 bagi pertukaran cek yang ditunjukkan lelaki itu.
“Selepas memberi wang itu, lelaki terbabit meminta tambahan RM50,000 lagi sekiranya mahu mengambil cek yang dibawanya dan saya memberi alasan tiada wang,” katanya.
Sementara Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.
Lari dalam keadaan terbakar
SHAH ALAM – Seorang lelaki Nepal yang terbakar hampir seluruh badan sempat lari keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri sebelum mangsa terjatuh ke dalam longkang dan mati di Blok 14 Pangsapuri Seksyen 20 di sini semalam.
Kejadian pada pukul 11 pagi itu berlaku apabila rumah sewa yang dihuni mangsa, Chakra Bahadur Bolum, 21, bersama tujuh rakan senegara di aras bawah bangunan lima tingkat tersebut terbakar.
Dalam kebakaran tersebut, tiga rakannya yang berada di dalam rumah melecur teruk manakala seorang lagi cedera ringan.
Difahamkan, ketika kebakaran, kesemua mangsa sedang tidur kerana penat bekerja syif malam di sebuah kilang elektronik di sini.
Ketiga-tiga mangsa yang melecur teruk ialah Chanda Bahadu, Tibendra Rana Mughar dan Khadka Bahadur Shasta manakala yang cedera ringan ialah Sibu Bahadur.
Kesemua mangsa berumur di antara 21 hingga 27 tahun.
Bagaimanapun, tiga lagi penghuni tiada di rumah kerana bekerja.
Seorang saksi, Zakaria Baharudin, 45, berkata, pada mulanya dia terdengar suara orang meminta tolong sebelum pergi ke tempat kejadian dan melihat asap tebal keluar dari rumah berkenaan.
Suami kerap pukul ‘Adik’
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Ibu mangsa berusia 41 tahun mendakwa dia tidak mengetahui kejadian tragis menimpa anak bongsu daripada enam beradik hasil perkahwinan pertamanya itu.
“Suami membawa keluar anak saya (mangsa) bersamanya pergi bekerja pada pagi kejadian sebelum saya menyedari Mohd Firdaus tidak pulang bersamanya pada sebelah petang dan bertanyakan suami di mana Mohd Firdaus atau mesra dipanggil ‘Adik’.
“Suami beritahu dia menghantar Adik ke hospital namun tidak menjelaskan puncanya sebelum dia menghantar saya ke Hospital Alor Gajah,” katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di sini, malam kelmarin.
Menurutnya, sebaik tiba di hospital, dia melihat anaknya terbaring kaku dan disahkan meninggal dunia beberapa minit sebelum ketibaannya.
Wanita yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketujuh itu berkata, dia menjaga lima daripada enam anaknya itu sejak lima bulan lalu di rumah disewa di Kampung Padang Sebang, dekat sini, bersama suaminya itu.
“Saya nampak suami sering mengasingkan Adik daripada bercampur abang dan kakaknya. Kira-kira sebulan lalu, saya lihat sifat ceria dan girang Adik semakin tiada dan hampir sepanjang hari suami membawa adik ke mana sahaja dia pergi.
“Sebelum ini, saya pernah dengar Adik menjerit kesakitan ketika mandi dalam bilik air bersama suami dalam keadaan pintu bilik air berkunci sebelum saya mengetuk pintu bilik air minta dibuka kerana bimbangkannya.
“Bagaimanapun, saya terkejut melihat Adik dalam keadaan lemah terduduk di dinding bilik air dan setiap kali bertanya mengapa dia kerap memukul adik, suami memberi alasan Adik kerap membuang air besar dalam seluar,” katanya.
Menurutnya, sepanjang berkahwin dengannya, suami tidak pernah mengasari dirinya, namun dia tidak pasti kenapa Adik sering menjadi mangsa suami.
Dalam kejadian jam 4.30 petang kelmarin, Mohd Firdaus dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh bapa tirinya dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Pihak hospital yang menyedari terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa termasuk kedua-dua kakinya dipercayai akibat terkena benda panas.
Bapa tiri kepada anak-kanak malang itu bagaimanapun ditahan polis di sekitar hospital berkenaan tidak lama selepas kejadian.
Sementara itu, abang mangsa yang ingin dikenali sebagai Hisham, 20, mendakwa tidak berpeluang mendekati adik bongsunya itu malah sukar melihat adiknya itu tidak memakai baju.
“Setiap kali lepas mandi, Adik keluar sudah berpakaian dan apabila menyedari kesan luka atau lebam pada anggota badan yang terdedah, Adik hanya menjawab terjatuh atau terlanggar sesuatu.
“Adik tidak pernah mengadu sakit, malahan saya sebagai abang tidak berpeluang tidur bersamanya. Peliknya bapa tiri tidak pernah menunjukkan sikap berang seolah tiada apa berlaku dalam rumah,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka, semalam.
Nenek mangsa, Tumirah Mis, 58, berkata, sudah lebih setahun dia tidak bertemu ibu mangsa selepas anak perempuannya itu berkahwin baru.
“Mangsa yang sebelum ini saya pelihara diambil ibunya kira-kira lima bulan lalu.
“Sejak dia (anak perempuan) berkahwin, saya tidak lagi bertemu dengannya walaupun ketika itu semua enam anak mangsa ada bersama saya,” katanya yang turut memberitahu kakak sulung mangsa berusia 21 tahun dijaga olehnya di Rembau, Negeri Sembilan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak malang itu mati akibat kecederaan pada paru-paru dan pendarahan dalaman disebabkan dipukul menggunakan benda tumpul.
“Suspek yang juga bapa tiri mangsa direman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana kesalahan membunuh,” katanya.
Mayat mangsa dituntut keluarganya untuk dikebumikan, petang semalam.
Azab sebelum mati didera

Ahmad Jais meninggal
Oleh Amir Abd Hamid dan Ridzuan Abdul Rahman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Ahmad Jais menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.20 pagi di sisi dua anak perempuannya iaitu anak keempatnya Maimun, 31, dan anak bongsu, Mashitah, 25.
Jenazah Allahyarham dibawa untuk dimandikan di masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebelum disembahyangkan selepas solat Zuhur dan selamat dikebumikan jam 2 petang di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.
Maimun ketika ditemui menyatakan keadaan arwah ayahnya tidak stabil sejak petang kelmarin.
“Sejak petang semalam (kelmarin), keadaan ayah tidak stabil dan kami sekeluarga mula membaca surah Yasin. Pada pagi tadi (semalam) ayah menghembuskan nafas terakhir di sisi saya dan adik, Mashitah.
“Sebelum ayah meninggal dunia, Allahyarham berpesan supaya menjaga keluarga. Hanya itu pesanan terakhir arwah ayah,” katanya.
Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima anak iaitu dua lelaki dan tiga perempuan.
Sementara itu, anak sulung Allahyarham, Mohamad Iskandar, 45, yang tiba dari Singapura, berkata dia menerima berita pemergian ayahnya jam 9.25 pagi.
“Saya tergerak hati nak balik jengok ayah dan sudah menempah tiket kapal terbang. Allah menetapkan (ajal), kami terima seadanya.
“Terima kasih kepada semua pihak khususnya peminat arwah ayah dan kita doakan yang terbaik untuk Allahyarham,” katanya ketika ditemui selepas jenazah Ahmad Jais dikebumikan.
Menurutnya, kali terakhir dia menziarahi ayahnya pada Ahad lalu.
“Berkali-kali ayah sebut: ‘Is baliklah (Singapura), ayah sihat. Baliklah’. Saya pulang ke Singapura sebelum terasa nak lawat ayah dan menempah tiket.
“Saya dapat panggilan pemergian ayah ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Penerbangan tangguh tadi (semalam) dan sebab itu saya sampai lambat,” katanya.
Mohd Iskandar berkata, adik lelakinya Mohd Iesham, 43, yang juga bekerja di Singapura tidak dapat hadir disebabkan masalah kesihatan.
Sementara itu, lebih 200 orang hadir termasuk rakan artis memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ahmad Jais.
Antara artis yang hadir ialah Datuk A Rahman Hassan, Datuk DJ Dave, Datuk Sharifah Aini, Herman Tino, Jamal Abdillah, Hamid Gurkha, Azlee Senario, Nassir Wahab, Uji Rashid, penganalisis jenayah Kamal Affendy Kamal Affendy Hashim dan pelawak, Abon.
Pada 22 September lalu, Ahmad Jais dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), DEMC kerana sesak nafas.
Laporan akhbar 2 Oktober lalu memetik anaknya Maimun sebagai berkata arwah semakin stabil dan meminta jururawat bertugas menulis sekeping nota menyatakan ‘terima kasih semua, saya sayang semuanya’.
No comments:
Post a Comment