Tuesday, December 27, 2011

BILA BENCANA DILUPAI..MAKSIAT TERUS MENERUS DILAKUKAN TANPA RASA TAKUT...RASA AKAN MATI...AKAN DIBANGKITKAN SERTA AZAB KUBUR...NI KESAN MAJLIS PENGAJIAN TIDAK DIKUNJUNGI SERTA DIGEMARI...

5,000 sanggup gadai nyawa

Penduduk di Rantau Panjang meredah Sungai Golok untuk ke pekan Mundok, Thailand semalam.


RANTAU PANJANG - Pekan Mundok, Thailand terus mencuri perhatian penduduk di sini untuk membeli barangan pada harga murah apabila kira-kira 5,000 orang sanggup bergadai nyawa ke pekan tersebut dengan menyeberangi Sungai Golok setiap minggu.
Sebahagian besar mereka bertindak demikian menerusi pangkalan haram Bukit Lata di sini dengan menaiki sampan tidak berlesen dan tanpa jaket keselamatan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia jelas melanggar undang-undang.
Antara barangan murah di pekan Mundok yang menjadi tumpuan ialah pelbagai jenis makanan, pakaian, buah-buahan, barangan elektrik dan kelengkapan dapur.
"Saya akan mengadakan perbincangan bersama agensi tertentu seperti Jabatan Imigresen, kastam, tentera dan kerajaan negeri untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini,'' katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan sempadan di sini semalam.

Sah mati akibat sakit jantung


KERATAN Kosmo! Ahad semalam.


MELAKA – Penyakit jantung dikenal pasti menjadi punca kematian seorang lelaki warga emas yang ditemui maut dalam keadaan bogel dalam sebuah kereta di sini awal pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd. Rahman berkata, punca itu diperoleh selepas prosedur bedah siasat terhadap mangsa.
“Ujian darah juga mendapati mangsa bebas daripada memakan ubat-ubatan terlarang termasuk ubat rangsangan seks,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Serangan mengejut awal pagi


DI restoran inilah Abbas menemui ajal selepas ditetak tiga lelaki bertopeng di Taman Puteri Wangsa, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Hajat seorang Pegawai Perhubungan Awam (PRO) untuk menikmati segelas teh tarik di sebuah restoran berkecai apabila dia mati selepas ditetak tiga lelaki bertopeng di Taman Puteri Wangsa di sini semalam.
Kejadian pukul 2 pagi itu menyebabkan Abbas Abu Bakar (gambar kecil), 45, mati di tempat kejadian dengan beberapa kesan tetakan di badan dan kepala.
Difahamkan, mangsa datang ke restoran berkenaan bersama dua lagi rakannya.
Bagaimanapun, selepas dua rakannya beredar, mangsa tinggal seorang diri kerana ingin menikmati segelas lagi teh tarik sebelum pulang ke rumah.
Ketika itulah, tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang dipercayai muncul lalu menyerang Abbas. Pembunuhan itu dikatakan berkait rapat dengan unsur dendam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang terus menyerang mangsa sebelum beredar dengan menaiki sebuah kereta.
“Kejadian berlaku terlalu pantas dan menurut saksi, mangsa tidak sempat untuk menyelamatkan diri.
“Pada tubuh mangsa terdapat kesan cedera di beberapa anggota badan dan kepala akibat ditetak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mati bergaduh urus niaga dadah


MAYAT seorang remaja Myanmar ditemui di Pasar Borong Selayang, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perbalahan sekumpulan lima lelaki Myanmar mengenai urus niaga dadah jenis ganja berakhir dengan tragedi apabila salah seorangnya mati ditikam di perut dalam kejadian di kawasan Pasar Borong Selayang di sini semalam.
Kejadian pukul 1.30 pagi itu menyebabkan Omar Yunus, 19, mati ketika dirawat di Hospital Selayang manakala seorang lagi rakannya yang berusia 30 tahun kritikal akibat terkena tikaman di rusuk kanan dalam pergaduhan tersebut.
Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila lima lelaki terbabit bertikam lidah akibat tidak berpuas hati mengenai urus niaga dadah di antara mereka.

Konco Awang Hitam diberkas




KUALA LUMPUR – Kesungguhan polis menangani gejala penipuan Internet melibatkan Awang Hitam dapat membongkar satu lagi kegiatan jahat golongan itu ekoran penahanan tiga lelaki dan seorang wanita warga India yang merupakan konco-konco lelaki Afrika baru-baru ini.
Kesemua pekerja sebuah restoran berusia lingkungan 30-an itu ditahan dalam operasi selama 16 jam bermula 12 tengah hari Khamis lalu di Seremban, Negeri Sembilan.
Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Asisten Komisioner Kamarudin Md. Din (gambar) berkata, mereka ditahan selepas didapati memberikan akaun bank masing-masing kepada individu yang menjadi mangsa sindiket Awang Hitam.

Tsunami 2004 dilupai


GAMBAR fail menunjukkan penduduk sedang membersihkan kawasan Kampung Sungai Muda, Sungai Petani yang ranap akibat tsunami pada Disember 2004.


SUNGAI PETANI - Selepas tujuh tahun, bencana tsunami yang melanda rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan mengorbankan ratusan ribu nyawa, termasuk hampir 70 orang di negara ini, semakin dilupakan.
Di Kota Kuala Muda di sini, 12 nyawa terkorban akibat ombak gadang yang tercetus susulan gempa bumi berukuran 9.1 pada skala Richter di Banda Aceh, Indonesia.
Namun, selain pembinaan tugu peringatan serta tinggalan rangka beberapa buah rumah yang musnah akibat bencana itu, tidak ada sebarang acara diadakan terutama oleh pihak berkuasa bagi mengenang tragedi tersebut.
"Kami di sini hanya buat majlis bacaan Yassin dan tahlil bagi memperingati mangsa tragedi," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Taman Permatang Katong, Muhammad Hussain ketika ditemui pemberita.

No comments:

Post a Comment