4 maut balik meminang
Oleh Junaidi Ladjana dan Cleo Will
djuns@hmetro.com.my
djuns@hmetro.com.my
MAUT...mayat empat mangsa diletak di tepi jalan selepas dikeluarkan dalam kemalangan di Kilometer 15 Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, berdekatan Kampung Kinabaan, semalam.
REMUK...keadaan pacuan empat roda selepas terbabit nahas.
Sebelum kejadian, pacuan empat roda Nissan Frontier dipandu Koperal Bryne Mathew, 31, bersama enam ahli keluarga termasuk seorang kanak-kanak dipercayai dalam perjalanan dari Kota Kinabalu di Kampung Sunsuran ke Kampung Maras, sebelum bertembung lori tangki dari Tambunan ke Kota Kinabalu, jam 5.20 petang.
Tiga anggota rombongan itu, pemandu dan seorang penumpang lori tangki terbabit cedera parah. Selain Bryne, mangsa lain yang maut dikenali, Jubin Justinus, 21, Rupinah Maurus, 33, dan Maurus Masida, 59, manakala tiga yang parah dikenali Lans Koperal Anthony Mourus Masida, 25, Thomas Maurus, 20, dan Oliver Dennis Bryne, 5.
Ketua Polis Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad ketika dihubungi berkata, lelaki dalam lori tangki itu yang parah dikenali Jaslan Cong Keng, 32, dan seorang lagi belum dikenali pasti identitinya. “Pemandu pacuan empat roda itu anggota berpangkat koperal dari Pasukan Gerakan Am di Johor,” katanya sambil memaklumkan kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1957.
Difahamkan, empat penumpang pacuan empat roda itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tambunan.
Tujuh ahli keluarga yang menaiki pacuan empat roda berkenaan baru saja selesai menghadiri satu majlis peminangan dan dalam perjalanan menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kampung Mangi Pangi di Tambunan.
Bagaimanapun, ketika melalui selekoh di tempat kejadian kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan.
Akibat perlanggaran itu, lori tangki berkenaan terbalik dan terhumban ke dalam gaung sedalam 10 meter di sebelah kanan jalan, manakala pacuan empat roda itu terjunam ke dalam parit di kiri jalan.
Kataya, bomba mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam pacuan empat roda berkenaan.
Mereka yang maut mengalami kecederaan parah di kepala dan dada, manakala mereka yang parah cedera pada anggota badan lain seperti tangan dan kaki.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, ketika kejadian itu, dia berehat di bilik rumah berdekatan tempat kejadian.
“Saya terkejut apabila mendengar dentuman kuat di luar sebelum melihat sebuah lori tangki terbalik dan terhumban ke dalam gaung.
“Ketika itu, saya ingatkan lori berkenaan terbabas dan saya bergegas menghubungi bomba Tambunan sebelum menuju ke tempat kejadian,” katanya.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian dia melihat sebuah pacuan empat roda turut terbabas dengan beberapa penumpang berlumuran darah.
“Ketika itu saya dengan beberapa penduduk kampung segera membantu mangsa yang tersepit dan beberapa minit kemudian sepasukan anggota tiba untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.
Kekasih muda kena tahan
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
CEKUP...tiga suspek ditahan seminggu bagi membantu siasatan.
Polis turut menemui komputer riba milik Rozana Mohd Yusak, 35, yang ditikam 35 kali dalam kejadian di rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, Kepong di sini pada 22 Disember lalu.
Difahamkan, ketiga-tiga lelaki terbabit berusia 19 dan 20 tahun itu menjual komputer riba berkenaan kepada wanita yang dikenali mereka dengan harga RM600.
Menurut sumber, perbuatan kejam mereka ini terbongkar apabila polis Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengadakan serbuan berasingan di Pantai Dalam dan Kampung Datuk Keramat, malam kelmarin.
“Polis yang menemui bukti baru pembabitan ketiga-tiga lelaki terbabit termasuk seorang daripadanya adalah teman lelaki mangsa selepas penemuan pisau yang digunakan menikam Rozana.
“Difahamkan, pisau itu ditemui di dalam longkang berhampiran kediaman mangsa kelmarin,” katanya.
Sumber berkata, dalam serbuan pertama jam 8 malam, polis menahan teman lelaki mangsa berusia 19 tahun di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam bersama seorang lagi suspek berusia 19 tahun.
“Hasil serbuan pertama itu polis mengesan seorang lagi suspek di rumah di Kampung Datuk Keramat kira-kira jam 1 pagi.
Menurutnya, suspek yang ditahan dibawa ke Mahkamah Selayang mendapatkan perintah tahanan reman. Semua suspek ditahan reman hingga 6 Januari ini bagi membantu siasatan.
Harian Metro pada 22 Disember lalu melaporkan, seorang kerani mengesot lima meter meminta pertolongan orang ramai menerusi tingkap rumah sewanya di Jalan Puncak Desa, meskipun ketika itu kesakitan selepas ditikam 35 kali di seluruh tubuh.
Lara cinta sampai mati
Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my
michellegun@hmetro.com.my
Mangsa, 18, yang identitinya enggan didedahkan keluarga meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, jam 11 malam kelmarin, selepas menderita melecur tahap tiga membabitkan 70 peratus badannya sejak dipindahkan ke hospital terbabit, dua minggu lalu.
Kakak mangsa yang mahu dikenali, Sima, 23, mendakwa adiknya membakar diri selepas kecewa dengan kekasih berusia 30-an yang sudah dua kali menolak pelawaan mendirikan rumah tangga, kira-kira jam 10 malam pada 14 Disember lalu.
“Adik saya tinggal bersama kekasihnya sejak mereka menjalin hubungan dua tahun lalu. Malah, adik juga pernah mengajak kekasihnya mendirikan rumah tangga Jun lalu, tetapi ditolak dengan alasan masalah kewangan,” katanya ditemui Harian Metro, di sini, semalam.
Menurutnya, anak bongsu empat beradik itu dikatakan ‘melamar’ kekasihnya untuk kali kedua, dua minggu lalu, namun sekali lagi ditolak lelaki itu atas alasan sama menyebabkan tercetus pertengkaran antara mereka.
“Kekasihnya memberitahu belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga kerana menghadapi masalah kewangan. Jawapan diberikan lelaki itu menyebabkan adik saya kecewa sebelum mengambil minyak tanah yang disimpan dalam sebuah bekas sebelum menyiram ke seluruh badannya,” katanya.
Sima berkata, adik kemudian menggunakan pemetik api dan membakar dirinya sebelum kejadian itu disedari teman lelakinya yang bergegas untuk cuba menyelamatkan kekasihnya itu.
“Lelaki terbabit yang terkejut dengan tindakan adik membantu memadamkan api yang membakar tubuh adik dan menghantarnya ke Hospital Bintulu sebelum dirujuk ke HUS pada 17 Disember lalu kerana keadaannya semakin serius,” katanya.
Gadis hubungi 999 elak dirogol lelaki lagak polis
Tindakan berjaya membuatkan suspek dicekup pihak berkuasa di bilik hotel berkenaan.
Semuanya bermula kira-kira jam 9.30 malam, ketika mangsa menunggu bas di Jalan Raja Laut, di sini, tiba-tiba ditegur lelaki berusia 30-an.
Menurut sumber, suspek berpakaian biasa memperkenalkan diri sebagai pegawai polis yang sedang melakukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan berkenaan.
“Suspek kemudian memaksa mangsa mengekorinya dan jika enggan, mangsa diugut akan ditahan kononnya melakukan sesuatu kesalahan.
“Bimbang dengan ugutan itu, mangsa mengekori suspek. Lelaki terbabit kemudian membawa mangsa ke kedai makan di sebuah pusat beli belah di kawasan itu,” katanya.
Sumber berkata, selepas makan, suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah hotel di sekitar kawasan berkenaan menyebabkan pelajar terbabit mula bimbang dengan keselamatan dirinya.
“Ketika suspek mendaftar di kaunter pendaftaran hotel berkenaan, pelajar terbabit menghubungi talian kecemasan 999 bagi meminta bantuan.
Difahamkan, sementara menunggu mangsa mandi, suspek menonton televisyen.
Sumber berkata, sebaik menerima laporan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berusaha mengesan suspek.
“Tindakan pantas pihak berkuasa membuahkan hasil apabila kedudukan mangsa dan lelaki terbabit dikesan. Satu serbuan disertai empat anggota menahan suspek sekali gus menyelamatkan mangsa,” katanya.
Menurutnya, suspek dan mangsa dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 340 Kanun Keseksaan (KK) kerana kurungan salah.
Cinta RM130,000
Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my
georgie@hmetro.com.my
Difahamkan, selepas berkenalan itu, hubungan mereka menjadi intim malah lelaki berkenaan turut mendakwa mempunyai status warga Amerika Syarikat dan bekerja sebagai pegawai satu projek khas di negara ini serta pernah berkhidmat dengan pasukan marin.
Menurut sumber, lelaki terbabit yang memasuki negara ini menggunakan visa pelajar sangat licik memperdaya mangsa dengan ayat cinta, malah merancang untuk memulakan perniagaan dan berkahwin dengan mangsa.
“Pada April lalu, lelaki itu meminta bantuan kewangan daripada mangsa dengan alasan ada hal kecemasan dan memerlukan sejumlah wang secepat mungkin.
“Terpujuk dengan alasan itu, mangsa mengambil keputusan meminjamkan wang sebanyak RM40,000 dan membuat transaksi berkenaan ke dalam akaun ‘kekasihnya’ itu,” katanya.
Jiran bongkar rahsia
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
mohamad@hmetro.com.my
Sumber berkata, kanak-kanak lelaki itu terpaksa dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, sejak petang kelmarin, kerana cedera di beberapa bahagian badan dipercayai didera ibu angkatnya.
“Kanak-kanak itu cedera di kemaluan dengan kesan torehan benda tajam serta kesan lebam di bahagian mata dan badan sejak beberapa bulan lalu di rumahnya di Taman Derga Jaya, di sini.
“Difahamkan, mangsa dipelihara wanita berusia 30-an dan masih bujang sejak kecil dan tinggal bersama,” katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, kes penderaan itu terbongkar selepas wanita terbabit meninggalkan kanak-kanak itu di rumah jirannya kerana mahu pulang ke kampungnya di Kelantan.
Abang terkejut ‘beruk’
Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, lelaki berusia 28 tahun itu terpinga-pinga apabila sekumpulan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) memeriksa rumah itu selepas mendapat aduan seorang wanita bukan muhrim dilihat masuk ke kediaman berkenaan.
Pemeriksaan di dalam bilik adiknya berusia 22 tahun itu menemui teman wanitanya yang juga seorang warga Indonesia berusia awal 20-an menyorok di dalam tandas dalam keadaan bogel.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata berdasarkan maklumat sepasukan anggotanya ke lokasi berkenaan dan setibanya di kediaman terbabit, mereka mengetuk pintu sebelum dibuka oleh abang suspek.
Katanya, pemeriksaan lanjut di tingkat atas anggotanya mendapati sebuah bilik yang bertutup dan ia dibuka seorang lelaki separuh bogel dan yang hanya memakai tuala paras pinggang.
“Pemeriksaan lanjut menemui ada seorang wanita berada di dalam tandas dalam keadaan mengaibkan dan soal tanya mendapati kedua-duanya bukan muhram.
“Pasangan terbabit terus ditahan untuk siasatan lanjut dan abang kepada suspek berkenaan turut terperanjat kerana mendakwa langsung tidak mengetahui adiknya menyembunyikan teman wanitanya di biliknya,” katanya, di sini, semalam.
Rahimin berkata, soal siasat mendapati pasangan terbabit mengakui sudah terlanjur ketika berdua dalam rumah berkenaan beberapa kali selain memberitahu baru saja selesai melakukan hubungan seks.
“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.
‘Pegawai tak datang’
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my
amir@hmetro.com.my
Ini berikutan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari Putrajaya yang sepatutnya menguruskan proses pemutihan itu tidak hadir sehingga petang semalam.
Jurucakap imigresen berkata, pegawai yang sepatutnya menguruskan proses pemutihan Program 6P itu adalah dari KDN dan pihaknya memberikan penyediaan tempat, peralatan serta kakitangan untuk bertugas membantu melicinkan proses.
“Kami tidak boleh memandai kerana nanti tak sama dengan prosedur 6P yang dijalankan KDN. Bagi meredakan ketegangan pihak kami terpaksa meminta pihak majikan meninggalkan data dan nombor telefon untuk kami hubungi apabila proses pendaftaran dimulakan,” katanya.
Tinjauan Harian Metro di sekitar pekarangan pejabat berkenaan mendapati beberapa khemah yang lengkap dengan kaunter sudah disediakan, selain peralatan perkomputeran serta khemah tempat orang ramai menunggu.
Wajah kecewa jelas kelihatan apabila majikan berkenaan termasuk yang menunggu sejak jam 8 pagi terpaksa pulang apabila diminta berbuat demikian.
Namun, ada juga yang menunggu sehingga petang kerana dikhabarkan pegawai KDN yang sepatutnya menguruskan proses itu akan tiba dari Putrajaya.
Pengurus sebuah restoran di Kelana Jaya, Mohd Fakhrul Zaman Mohd Yusof, 29, ketika ditemui berharap pihak berkenaan supaya menjalankan proses berkenaan dengan terurus bagi mengelakkan rasa kecewa dan marah lebih-lebih lagi bagi mereka yang datang dari jauh.
“Memang mengecewakan, kaunter banyak, tapi lebih banyak yang kosong tanpa pegawai menguruskan. Ini merugikan masa kepada kami yang banyak urusan lain,” katanya yang mahu mendaftar lapan pekerjanya warga Indonesia. Pemilik sebuah syarikat pembinaan, Alias Mohd Salleh, 42, berkata pada mulanya dia pergi ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya jam 7 pagi dan menunggu hingga jam 9.45 pagi di sana.
“Saya ternampak notis menyebut pendaftaran pekerja asing Program 6P juga dibuka cawangan Pelabuhan Klang sebelum bergegas ke sini sebab di Putrajaya terlalu padat.
“Bagaimanapun alangkah kecewanya apabila diberitahu tak dapat mendaftar pekerja kerana pegawai KDN belum ada untuk urusan itu.
“Tempat ada, KDN punya pegawai pula tiada...padahal pihak imigresen sudah sedia untuk membantu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam ketika dihubungi di sini, berkata akan mengambil serius perkara itu.
“Setiap pusat pemutihan 6P akan beroperasi 24 jam sehingga 10 Januari tahun depan. Pegawai yang ada boleh buat urusan dan akan ditambah jika tak mencukupi,” katanya.
Tanam janin belakang dewan
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, janin itu ditanam di kawasan belakang dewan berkenaan sebelum ditemui orang ramai yang kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chuan ketika dihubungi mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. “Setelah membuat siasatan, polis mendapati ia bukan kes jenayah, sebaliknya waris kepada janin itu mempunyai permit sah untuk mengebumikannya. “Namun, tindakannya yang menanam janin itu di belakang dewan berkenaan menimbulkan suasana kekecohan apabila diketahui penduduk sekitar,” katanya.
Katanya, janin itu kini sudah dialihkan dan ditanam di kawasan tanah perkuburan Islam USJ 21.
“Tiada tindakan akan diambil terhadap waris janin berkenaan berikutan dia sudah membuat laporan polis berkenaan janin itu dan mempunyai permit sah untuk mengebumikannya dan segala isu yang timbul hanyalah satu salah faham dan reaksi penduduk yang prihatin,” katanya.
Jemaah gempar
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
maryvictoria@hmetro.com.my
Tidak cukup dengan itu, individu biadab itu membuang lima lagi kepala anak babi di atas jalan depan pintu pagar utama masjid berkenaan sebelum ditemui jemaah jam 5.30 pagi semalam.
Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), Abdul Rahman Mahadi berkata, perbuatan meletakkan kepala babi itu amat biadab dan kurang ajar menunjukkan pelakunya tidak sensitif dengan masyarakat majmuk negara ini serta menghina Islam dan umatnya.
“Perbuatan ini mencabar kesucian Islam dan tidak boleh dipandang ringan, kami mahu polis dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan perkara ini supaya perbuatan menghina Islam tidak lagi berterusan. “Kami bukannya bersifat perkauman tetapi apabila kesucian Islam diperlakukan sebegini ia boleh memanaskan keadaan,” katanya.
Menurutnya, kejadian pertama disedari sekumpulan jemaah yang mahu mengerjakan solat Asar jam 4.30 petang kelmarin, manakala perbuatan sama diulangi individu tidak bertanggungjawab dan disedari jemaah jam 5.30 pagi semalam, ketika ingin menunaikan solat Subuh.
Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan perbuatan biadab itu dilakukan individu sama bertujuan menjejaskan sensitiviti kaum mahu pun merosakkan nilai perpaduan penduduk kawasan berkenaan. “Menurut saksi, kelmarin, mereka menemui empat kepala anak babi yang sudah berbau dalam plastik merah berhampiran pintu pagar kecil masjid manakala hari ini (semalam), depan pintu pagar utama.
“Hari ini (semalam), mereka mengulangi perbuatan sama dengan mengisi kepala anak babi dalam plastik biru. Perbuatan melampau itu mencetuskan kebimbangan dan kemarahan jemaah yang berharap pihak berkuasa segera mengesan individu terbabit,” katanya.
Demonstrasi aman mengutuk perbuatan biadab meletakkan bangkai babi di perkarangan masjid itu menghimpun kira-kira 100 ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Malabar negeri Johor dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).
“Kami difahamkan dua minggu lalu, berlaku kejadian tidak diingini di surau Taman Ehsan Jaya di sini, apabila seorang lelaki menceroboh masuk dan merosakkan kabel sistem pembesar suara.
“Kami berharap pihak berkuasa menyiasat sama ada individu sama terbabit dengan kejadian semalam dan hari ini kerana ia tidak boleh dipandang ringan dan boleh menimbulkan kekeliruan serta pelbagai masalah lain,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, pihaknya menasihati orang ramai supaya tidak membuat andaian sendiri mengenai kejadian sementara polis menjalankan siasatan.
No comments:
Post a Comment