Wednesday, December 28, 2011

BILA KEMEWAHAN...SERTA PENDAPATAN DICARI SECARA SALAH...MENYALAHI HUKUM..BUKAN DIRI MENERIMA PADAH...ORANG LAIN JUGA MENERIMA PADA@KESUSAHAN DARI KEJAHATAN YANG DIBUAT...MEMANG PAYAH NAK MENJALANKAN HIDUP MEMADA...KERANA ZAMAN NI ZAMAN MENUNJUK2 KEKAYAAN DAN KEMEWAHAN...

Peragut dilanggar selepas samun

28/12/2011 7:17pm

KUALA TERENGGANU - Geram dengan tindakan dua lelaki cuba meragut isterinya, seorang peniaga bertindak nekad melanggar motosikal yang dinaiki suspek yang sebelum itu berjaya menyamun seorang warga emas, di sini.
Dalam kejadian pada Isnin lepas di Jalan Hiliran itu, seorang suspek diberkas manakala rakannya berjaya melarikan diri apabila motosikal yang dinaiki mereka terjatuh selepas dilanggar kereta peniaga berusia 31 tahun tersebut.
"Polis juga menemui semula beg galas wanita warga emas yang disamun mereka sebelum dilanggar. Suspek juga didapati positif dadah,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan di sini hari ini.
Mengulas rentetan kejadian, Manoharan berkata, sebelum itu kedua-dua suspek dipercayai cuba meragut beg seorang wanita yang berjalan kaki menuju ke tempat kerjanya di sebuah pasar raya di Jalan Sultan Ismail di sini. - BERNAMA


Langgar lari punca kematian lelaki

28/12/2011 7:09pm

KUALA LUMPUR - Polis percaya punca kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemui di kawasan pembahagi jalan di Jalan Pandan Indah menghala ke Taman Shamelin Perkasa, Ampang di sini Isnin lepas adalah akibat langgar lari.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt. Mohamed Nazri Zawawi berkata bedah siasat yang dilakukan mendapati mangsa, Seenivasan Subramaniam, 40, seorang warga India mati di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan dada.
"Maklumat mengenai mangsa hanya diketahui apabila seorang rakannya tampil membuat laporan polis mengenai kehilangannya. Rakannya membawa slip pendaftaran pemutihan mangsa bagi Program 6P.
"Menurut rakannya itu, mangsa merupakan rakan serumahnya yang tinggal di Pandan Jaya, iaitu lebih kurang dua kilometer dari tempat kejadian,” katanya. - BERNAMA

2 lelaki ditahan selepas dikejar hampir 30km

28/12/2011 7:14pm

KULIM - Polis menahan dua lelaki yang dipercayai pengedar dadah selepas mengejar kereta suspek lebih 30 kilometer di Lebuhraya Utara Selatan dari Sungai Dua/Bertam, Pulau Pinang hingga ke Padang Serai dekat sini awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata, kedua-dua suspek diberkas ketika cuba memboloskan diri daripada ditahan polis setelah kereta yang dipandu salah seorang suspek itu terbabas di tepi jalan raya berhampiran Sekolah Menengah Padang Serai kira-kira pukul 7 pagi tadi.
“Seorang daripada suspek tersebut dikatakan mengalami kecederaan ringan setelah bertindak agresif melawan anggota polis ketika hendak diberkas dan kedua-dua suspek berkenaan kini ditahan di lokap Balai Kulim di sini untuk siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, sebelum itu, kira-kira pukul 6.30 pagi kedua-dua suspek dikatakan tidak berhenti pada satu sekatan jalan raya polis di sekitar kawasan Sungai Dua, Seberang Perai dan cuba melarikan diri dengan memecut kereta jenama Toyota Altis itu ke arah Plaza Tol Bertam dan melanggar palang pintu tol di situ dan terus ke Padang Serai. - BERNAMA


Le

Wanita Indonesia dijatuhi hukuman gantung

28/12/2011 7:08pm

ALOR SETAR - Seorang wanita warga Indonesia dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah mengedar dadah di Bukit Kayu Hitam, tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohd. Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Maggie Taissya Olyvia, 25, seorang graduan perbankan sebuah universiti di Indonesia, selepas memutuskan pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Maggie dituduh mengedar dadah seberat 841.63 gram (656.15 gram heroin dan 185.48 gram monoacertylmorphines) di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bukit Kayu Hitam pada 20 September 2010, pukul 12.15 tengah hari . - BERNAMA

laki rentung dalam kebakaran

28/12/2011 7:11pm

KOTA KINABALU - Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an rentung dalam kebakaran di Ranau malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Rudy Mekii berkata, kejadian berlaku di rumah mangsa yang dikenal pasti sebagai Hamidul Abdullah di Kampung Menteki Mesilau.
Bomba menerima panggilan kira-kira pukul 11.45 malam dan lima anggota menggunakan kenderaan pacuan empat roda, tiba di tempat kejadian 25 km dari pekan Ranau, hampir satu jam kemudian disebabkan jalan yang sukar dilalui.
Mekii berkata, api dapat dipadamkan setengah jam kemudian tetapi rumah kayu itu musnah sepenuhnya. - BERNAMA


Kumpulan pecah rumah dikenal pasti polis

28/12/2011 7:01pm

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu telah mengenal pasti dua anggota kumpulan pecah rumah yang dipercayai melakukan jenayah itu di sebuah rumah di Marang pada 17 Disember lepas dan Hulu Terengganu pada Jumaat lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K. Manoharan berkata, pihak polis sedang giat menjejaki kesemua ahli kumpulan terbabit yang dianggotai antara empat ke lima orang.
Kumpulan itu dipercayai dianggotai oleh warga asing dan seorang warga tempatan, katanya.
"Siasatan awal polis mendapati kumpulan berkenaan didalangi seorang warga tempatan yang bertindak memberikan maklumat kepada kumpulan terbabit sebelum mereka memilih sasaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, kumpulan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sebuah kumpulan pecah rumah yang telah berjaya ditumpaskan di Kemaman 17 Disember lalu. - BERNAMA


Mayat reput ditemui di rumah kosong

28/12/2011 6:56pm

KANGAR - Mayat seorang lelaki yang reput ditemui dalam timbunan sampah sarap dalam sebuah rumah kosong di Kampung Kubang Arang dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supt. Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, mayat lelaki dewasa itu ditemui seorang pesawah pada 10.30 pagi yang terbau busuk dari arah rumah yang separuhnya terbakar dua tahun lepas.
Polis belum mengenal pasti identiti lelaki itu yang dipercayai telah meninggal dunia lebih seminggu lalu.
"Setakat ini, kes itu dikategorikan sebagai kematian mengejut tetapi siasatan akan turut dijalankan sama ada terdapat unsur jenayah,” kata Abdul Rahman. - BERNAMA


69 orang dipercayai pelacur ditahan

28/12/2011 4:37pm

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Polis menahan 69 wanita warga tempatan dan asing serta seorang mak nyah, yang dipercayai melakukan kegiatan pelacuran, semasa menyerbu dua kelab malam dan pub yang menawarkan hiburan tarian tiang di ibu negara awal pagi tadi.
Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), DSP Azman Mohd. Isa berkata, serbuan pertama dilakukan ke atas sebuah kelab di Jalan Changkat Thambi Dollah pada 1 pagi dan menahan 17 wanita warga Thailand, yang dipercayai menjadi penghibur seks.
"Turut ditahan seorang mak nyah warga Thailand yang telah menjalani pembedahan menukar jantina. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 21 dan 33 tahun.
"Seramai 14 lagi wanita warga tempatan turut ditahan dalam premis itu bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, operasi kedua kemudian dilakukan dengan menyerbu sebuah pub berhampiran Menara PGRM pada 3 pagi dan menahan 37 wanita tempatan serta seorang wanita warga Vietnam yang kesemuanya berusia antara 17 dan 50 tahun. - BERNAMA


Pekerja kilang terbunuh jatuh dalam mesin

28/12/2011 4:29pm

TAIPING - Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin pembancuh kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusof Mohd. Diah berkata, Suhaimi Mohamad Ariffin, 36, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.
Dalam kejadian kira-kira 10.20 pagi itu, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam mesin yang masih bergerak ketika mencuci mesin terbabit, katanya kepada pemberita, di sini.
Yusof berkata, hanya mangsa berada di dalam kilang ketika itu dan kejadian disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang selepas mendengar jeritannya. - BERNAMA


Polis jejak lelaki kes bunuh tikam 15 kali

28/12/2011 3:36pm

SHAH ALAM - Polis sedang menjejaki seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan kes bunuh seorang wanita yang ditemui dengan lebih 15 kesan tikaman di rumah sewanya pada 21 Disember lepas.
Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu termasuk motif serta hubungan lelaki tersebut dengan mangsa.
"Polis ada ”something ongoing”, kita masih menjalankan siasatan terperinci,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata, empat individu telah dipanggil memberikan keterangan termasuk rakan-rakan dan anggota keluarga mangsa.
Katany, berdasarkan bedah siasat, terdapat 36 kesan kecederaan pada tubuh mangsa termasuk luka-luka dipercayai akibat pergelutan dengan suspek.
Rozana Mohd. Yusak, 35, seorang kerani bank, ditemui berlumuran darah dengan 15 tikaman di bahagian belakang badan di rumah sewanya di Puncak Desa, Kepong awal pagi 21 Disember lepas. - BERNAMA


Bekas pembantu gerai dipenjara 18 tahun

28/12/2011 1:45pm

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan terhadap seorang bekas pembantu gerai makanan setelah didapati bersalah memiliki dadah jenis kanabis awal tahun ini.
Hakim Datuk Zamani A. Rahim memerintahkan agar hukuman terhadap Noor Azman Abidin, 40, itu dijalankan dari tarikh dia ditangkap di kawasan letak kereta belakang Pasar Raya Sunshine di Air Itam di sini pada 3 petang 5 Jan lepas kerana memiliki kanabis seberat 1,941 gram.
Bapa kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang menetapkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan. - BERNAMA


Kerugian RM1.3j jenayah siber membimbangkan

28/12/2011 1:41pm

KUANTAN - Sebanyak RM1.3 juta kerugian dicatatkan membabitkan kes penipuan menerusi jenayah siber di Pahang tahun ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang, Supt. Thomas Navamoney, sejak Januari hingga 21 Disember lepas, sebanyak 26 kes dilaporkan membabitkan kerugian berjumlah RM1,313,481.88 dialami mangsa-mangsa penipuan.
"Modus operandi sindiket terbabit ialah mereka menyamar sebagai pegawai dari Bank Negara, polis atau pegawai kad kredit bank.
"Kebanyakan mereka yang ditipu terdiri daripada golongan berpendidikan tinggi serta berjawatan besar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA


Enam ditahan bantu siasat kes pembunuhan

28/12/2011 12:14pm

KUALA LUMPUR – Polis menahan enam lelaki dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan seorang pekerja kontrak warga Bangladesh di Sunway Harmony 3, Jalan Damansara di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Aida Abdul Hamid berkata, lelaki itu yang ditemui mati dengan tempurung kepalanya pecah di sebuah tapak projek perumahan di situ, dipercayai maut akibat dipukul.
"Mereka semua ditahan petang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, polis masih menyiasat motif pembunuhan.
Dalam kejadian itu, mangsa ditemui rakan sekerjanya yang mengangkut perkakas pembinaan di kawasan tersebut kira-kira 8.30 pagi. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment