Tuesday, December 27, 2011

BILA BENCANA...TAKDIR SERTA KEMALANGAN MENIMPA..NI KETENTUAN ALLAH...YANG KITA PERLU REDA DENGAN TAKDIR ALLAH SWT

Bencana air pasang besar

ORANG ramai melihat sebahagian daripada Jalan Teluk Lipat, Dungun yang terpaksa ditutup selepas runtuh dilanda air pasang besar semalam.


DUNGUN – Ribuan penduduk pesisir pantai di daerah ini serta sepanjang pantai Bachok, Kelantan panik apabila kawasan tempat tinggal mereka dipukul ombak akibat fenomena air pasang besar sejak seminggu lalu.
Kesan daripada kejadian itu mengakibatkan jalan raya yang menghubungkan Pantai Teluk Lipat ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun runtuh selepas dipukul ombak besar.
Fenomena luar biasa itu yang turut diibarat sebagai 'tsunami kecil' oleh penduduk tempatan dianggap sebagai kejadian paling buruk yang pernah berlaku di daerah tersebut.
Selain runtuhan jalan raya, puluhan pokok ru di sepanjang pesisir pantai berkenaan turut menyembah bumi sehingga mengancam keselamatan penduduk setempat.
Tinjauan Kosmo! di kawasan kejadian semalam mendapati masih ramai pengguna jalan raya melalui kawasan runtuhan sepanjang dua kilometer itu walaupun pihak berkuasa telah meletakkan papan tanda amaran.
Seorang peniaga kedai makan, Ahmad Fauzi Ismail, 50, mendakwa kejadian air pasang besar di pantai itu mula dikesan sejak minggu lalu sebelum bertukar menjadi lebih buruk kelmarin.
Katanya, situasi di kawasan itu juga dilihat tidak selamat apabila ramai menjangkakan ribut dan angin kencang serta air pasang akan berlaku dalam beberapa hari lagi.
“Selama saya tinggal di sini, inilah bencana paling buruk pernah berlaku sampaikan hampir keseluruhan jalan pesisir pantai runtuh.
“Saya nampak sendiri batu-batu besar dihanyutkan ombak,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Anak mati dihempap dahan pokok


ANGGOTA-ANGGOTA pasukan penyelamat memeriksa mayat Yong Wee yang maut selepas dihempap dahan pokok yang patah dalam kejadian di Jalan Ayer Salak, Bukit Rambai, Melaka semalam.


MELAKA – Seorang bapa yang nyaris maut dihempap dahan sebatang pokok jenis akasia 10 tahun lalu terpaksa menerima hakikat kehilangan seorang anak lelakinya apabila juruteknik pendingin hawa itu mati dihempap dahan pokok yang sama selepas ia patah di Jalan Ayer Salak di sini semalam.
Tan Yee Meng, 63, tidak menyangka yang anaknya, Tan Yong Wee, 21, menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Ayer Salak, Bukit Rambai di sini untuk menemui abang mangsa di Tanjung Minyak pada pukul 10.45 pagi. Jarak antara dua tempat itu kira-kira lima kilometer.
Menurut Yee Meng, dia tidak menyangka tragedi yang menimpanya 10 tahun lalu berulang kembali tetapi kali ini lebih teruk hingga mengakibatkan nyawa anaknya melayang.
“Sepuluh tahun lalu saya hanya mengalami cedera ringan setelah terjatuh dari motosikal ketika mengelak dahan pokok yang patah.
“Sungguh tidak sangka dahan pokok yang sama pula menimpa Yong Wee,” rintihnya yang bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian itu.
Sementara itu, saksi kejadian, Lim Kang Sui, 53, berkata, dia yang berada kira-kira 100 meter di belakang mangsa nampak bagaimana Yong Wee terjatuh dan diseret motosikalnya sendiri selepas dihempap dahan pokok tersebut.

Maut selepas rempuh tembok


ANGGOTA polis menutup mayat Yusnizan (gambar kecil) yang maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh tembok sebuah rumah di Seremban semalam.


SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh tembok batu sebuah rumah di Taman Seremban Jaya di sini semalam.
Kejadian pukul 8.10 pagi itu menyebabkan Yusnizan Yusof, 31, dari Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.
Menurut jurucakap polis, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Senawang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan perumahan itu.
“Berdasarkan siasatan awal, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tembok rumah itu,” katanya di sini semalam.

Mayat di celah pokok bunga


ANGGOTA polis memeriksa mayat seorang lelaki yang ditemui di atas pembahagi jalan di Pandan Indah, Ampang Jaya semalam.


AMPANG JAYA – Belum pasti punca kematiannya, mayat seorang lelaki dengan kesan seretan di belakang badan ditemui terbaring di atas pembahagian jalan yang dipenuhi pokok bunga kertas di Jalan Pandan Indah berhampiran jejambat menghala ke Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRR2) di sini semalam.
Mayat lelaki yang belum dikenal pasti itu ditemui lengkap berpakaian oleh orang awam pada pukul 9.55 pagi yang kemudian memaklumkannya kepada polis.
Polis yang memeriksa mayat tersebut mendapati mangsa yang dipercayai warga tempatan cedera di dahi dan kaki selain paha kanannya patah.
Difahamkan, mayat yang terlindung di sebalik pokok hiasan itu dipercayai ditinggalkan di kawasan tersebut sejak awal pagi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supritendan Md. Nazri Zawawi berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

Salwanis mahu bina hidup baharu


SALWANIS bersama anak kedua, Muhammad Ali (kanan) dan anak ketiganya yang berusia tiga bulan, Muhammad Omar di George Town semalam.


GEORGE TOWN – “Selepas bertahun-tahun hidup sebagai pelarian, saya dan suami kini mahu bina hidup baharu.”
Demikian luah Salwanis Ma'az, 34, wanita yang pernah mendapat liputan meluas media berhubung kematian anak sulungnya, Bilal Nasir Mahmood Qadri selepas didakwa dilarikan suaminya ke Pakistan pada 26 Julai 2008.
Berita kehilangan anaknya yang ketika itu berusia tiga bulan akhirnya terjawab selepas suaminya, Nasir Mahmood Qadri, 42, pulang ke pangkuannya pada Januari 2009 setelah memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar.
Demi mempertahankan mahligai yang dibina, Salwanis mengakui kekhilafan suaminya itu dan bersatu kembali membina kehidupan baharu di Malaysia bersama dua cahaya mata lelaki berusia dua tahun dan tiga bulan.
Menurut Salwanis, kepulangan suaminya ketika itu walaupun tanpa kehadiran Bilal diterimanya setelah suaminya menjelaskan perkara sebenar ketika itu.
Anaknya itu dilaporkan telah meninggal dunia sewaktu dalam jagaan Nasir Mahmood dan dikebumikan di Bahrain pada tahun 2008.
“Cerita dan punca kematian Bilal saya sudah ketahui serta dapat menerima kenyataan walaupun rasa rindu seorang ibu masih terpahat di hati,” jelasnya ketika mengunjungi pejabat Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, impian dia dan keluarga yang baru empat bulan pulang ke Malaysia cuma mahu hidup bahagia di sini selepas bertahun-tahun menjadi pelarian di Bahrain, Jepun dan Korea Selatan.
Dia turut menyuarakan kekesalan dan memohon maaf kepada keluarga mertuanya berhubung apa yang berlaku sebelum ini.

Pengusaha mohon bina benteng


PENDUDUK Kampung Pantai Chap, Bachok membantu membina benteng pasir bagi membendung hakisan pada bangunan calet yang dibina di tepi pantai.


BACHOK – Pengusaha calet dan resort di pesisiran pantai Bachok dekat sini memohon bantuan kerajaan untuk membina benteng penghadang ombak bagi mengatasi masalah hakisan teruk yang berlaku di pantai itu pada setiap musim tengkujuh.
Pemilik Irama Beach Resort, Zawadi Mustafa berkata, bantuan itu perlu bagi menyelamatkan lebih 30 pengusaha industri pelancongan tempatan daripada mengalami kerugian berterusan akibat kerosakan bangunan yang mungkin boleh menyebabkan mereka gulung tikar.
Beliau berkata, ombak besar yang berlaku pada musim tengkujuh sering membimbangkan pemilik pusat pelancongan dan penduduk tempatan kerana ia menyebabkan hakisan berlaku dalam tempoh yang cepat.
“Taman pelancongan yang dibangunkan Irama Beach Resort dengan perbelanjaan RM10,000 kira-kira lima tahun lalu sebahagiannya musnah dibawa ke tengah laut selepas dihempas ombak besar dua hari lalu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Zawadi berkata, masalah hakisan itu dapat diatasi hanya dengan membina benteng pemecah ombak di sepanjang pantai menggunakan batu granit yang besar dan ia tidak mampu dilaksanakan oleh pemilik calet kerana kos yang tinggi.
Penyelia Seri Chap CT Chalet, Mohamad Awang pula berkata, sebahagian pagar kawasan rekreasi caletnya turut musnah dalam tempoh dua hari selepas ombak kuat menghakis tebing resort berkenaan

Kampung tikus di Vietnam


SEORANG lelaki menangkap seekor tikus yang akan dijual di Kampung Canh Nau, Vietnam kelmarin.


HANOI, Vietnam - Daging tikus menjadi makanan istimewa buat penduduk Kampung Canh Nau yang terletak 40 kilometer dari sini.
Tikus dijual pada harga 80,000 dong (RM12.01) bagi setiap satu kilogram (kg) untuk dijadikan makanan.
Menurut media tempatan, kampung itu dikenali sebagai Kampung Tikus kerana secara puratanya, seratus kg tikus dijual pada setiap hari.
Tikus dimakan oleh penduduk kampung tersebut sebelum ini kerana kemiskinan.
Namun, daging haiwan itu menjadi makanan istimewa pada setiap penghujung bulan.
Tikus ditangkap dengan menggunakan perangkap, jaring dan baldi. - Agensi

No comments:

Post a Comment