Sunday, January 15, 2012

PATUT YANG LEMAH@MISKIN@KEKURANGAN DIBELA...TAPI AKAN KERUMUNI BILA TIME@MASA PILIHANRAYA...NILAH NASIB ORANG YANG TIADA KEPENTINGAN..BEGITU JUGA ZAKAT YANG TAK MENYELURUH SAMPAINYA...ALLAH SAJA PENGADIL@PENGHUKUM YANG TEPAT...

Pengguna terkejut tiada khidmat bas



SEORANG pengguna, Haznah Mohammad bersama anaknya, Muhammad Fahmi Faizul Azmi menunggu bas yang tidak kunjung tiba untuk ke sekolah di Bachok semalam.



CHOK – Pengguna yang bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan bas henti-henti setiap hari di Kelantan menerima kesan teruk akibat pemberhentian operasi di 31 laluan bas iaitu meliputi 80 peratus laluan bermula semalam.
Perbezaan tambang yang lebih tinggi dengan teksi berbanding bas menimbulkan keresahan kepada mereka yang kebanyakannya berpendapatan rendah.
Tinjauan Kosmo! di perhentian bas Bachok di sini, pagi semalam mendapati, ramai pengguna terkejut dengan keputusan drastik tersebut menyebabkan ada yang gagal ke tempat kerja.
Bachok merupakan salah satu daerah di negeri ini yang tidak dilalui sebarang bas awam henti-henti lagi.

Malaysia ke-4 dunia bagi pesara asing menetap



KOS sara hidup yang rendah jadi daya tarikan pesara asing menetap di Malaysia. - Gambar hiasan



KUALA LUMPUR - Malaysia berada pada kedudukan keempat di dunia bagi golongan pesara warga asing, menetap dan menikmati 'masa-masa 'keemasan' berikutan kos hidup yang rendah di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, pencapaian Malaysia itu adalah berdasarkan kepada laporan International Living Magazine dalam Indeks Persaraan 2012, yang dikeluarkannya baru-baru ini.
Selain itu, beliau berkata, golongan pesara itu juga gemar datang ke Malaysia kerana faktor cuaca yang panas serta masyarakat negara ini yang peramah.


Perangkap tengah jalan



inilah lubang yang berlaku selepas jalan mendap di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di bandar Permasuri, Setiu kelmarin.



SETIU – “Kejadian itu sangat tidak disangka kerana secara tiba-tiba saja saya terasa motosikal yang ditunggangi menjunam ke bawah sebelum seluruh muka saya terasa sakit.”
Demikian cerita imam, Ismail Mohd., 75, yang cedera selepas dia terjatuh ke dalam jalan yang mendap sedalam kira-kira dua meter di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di bandar Permasuri dekat sini kelmarin.
Menurut Ismail, mendapan di jalan itu berlaku di lorong kanan dan secara kebetulan pula dia juga melalui lorong kanan jalan.
“Sebaik terjatuh dalam lubang itu bersama motosikal, saya tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menunggu diselamatkan penduduk yang masih berada di sebuah surau tidak jauh dari situ,” ceritanya ketika ditemui di Hospital Setiu di sini semalam.

Nelayan pantai desak ambil tindakan



SYED AMERUDDIN (dua dari kanan) bersama wakil-wakil persatuan nelayan menunjukkan tanda kecewa selepas sesi dialog di George Town semalam.



GEORGE TOWN - Kira-kira 6,000 nelayan pantai mendesak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil tindakan tegas terhadap pemilik bot pukat tunda yang beroperasi secara haram di kawasan pesisir pantai.
Desakan itu dibuat pada sesi dialog semalam yang dihadiri enam pengerusi persatuan nelayan Daerah Barat Daya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bayan Lepas, Syed Ameruddin Syed Ahmad di sini.
Enam persatuan terbabit adalah dari Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Teluk Tempoyak, Sungai Batu, Batu Maung dan Permatang Damar Laut.
Dakwa mereka, walaupun kejadian pencerobohan bot itu kerap dilaporkan kepada pihak berkuasa dan dikenakan tindakan, kesalahan serupa berulang sehingga menjejaskan pendapatan nelayan.

Ribut selepas majlis hari lahir



PENDUDUK membaiki kerosakan bumbung rumah akibat ribut dan angin kencang di Kampung Pinang, Lereh, Melaka semalam.



MELAKA – Seorang warga emas tidak menyangka majlis sambutan hari lahir isterinya ke-58 yang diraikan di rumah salah seorang anaknya menyelamatkan mereka daripada bencana ribut yang melanda Kampung Pinang, Lereh di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi itu, Khamis Boyak, 63, berkata, dia dan isterinya bernasib baik kerana tiada di rumah ketika kejadian yang menyebabkan bumbung rumahnya hilang diterbangkan angin kencang.
Menurut Khamis, turut bernasib baik adalah enam orang cucunya yang berkumpul pada majlis itu apabila mereka tidak mahu pulang ke rumah masing-masing sebaliknya bermalam di rumah anak yang menganjurkan majlis berkenaan.
“Saya sebelum kejadian ribut bersama isteri termasuk empat orang anak berjalan kaki pulang ke rumah masing-masing untuk tidur.
“Namun belum pun sempat saya masuk ke dalam rumah, tiba-tiba angin kuat melanda kawasan rumah saya menyebabkan kami berpatah balik ke rumah anak saya tadi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Burung pipit jantan jadi tumpuan di kampung England


BURUNG pipit Sepanyol.


CALSHOT, England - Ratusan orang mengerumuni sebuah kawasan di kampung Calshot dekat Southampton kelmarin semata-mata untuk menyaksikan seekor burung pipit Sepanyol.
Menurut peminat burung, burung itu kemungkinan berasal dari Sepanyol, Turki atau Afrika Utara, lapor agensi berita AP.
Ratusan peminat burung membawa kamera masing-masing dan berdiri dekat sebatang jalan untuk merakamkan gambar burung berkenaan.
Berdasarkan laporan Stesen Penyiaran British (BBC), burung jantan itu dilihat buat kali pertama di sini sejak hampir dua dekad lalu. - Agensi

No comments:

Post a Comment