Monday, January 16, 2012

RUMAH TERSERGAM INDAH...BESAR...MEWAH MENGUNDANG PEROMPAK@PENCURI..BERSEDERHANA LAH INI TUNTUTAN DALAM ISLAM...BESAR TENTU KAYA DAN BANYAK DUIT SERTA BARANG2 BERHARGA....

Dakwa suami mahu sembelih



Siti Muniroh menunjukkan empat laporan polis yang dibuatnya di Alor Setar, Kedah semalam.



ALOR SETAR – Seorang guru di sebuah sekolah rendah kini dalam ketakutan apabila suaminya yang akan dibebaskan dari sebuah penjara di Sabah esok, mengugut akan menyembelihnya hingga mati.
Siti Muniroh Mohd. Shukri, 31, berkata, dia bimbang suaminya yang panas baran itu benar-benar membalas dendam apabila mengetahui dia sudah melarikan diri dari kediaman mereka di Sabah pada Julai lalu.
Dakwa guru mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan St. Dominic di Tawau itu, dia terpaksa kembali ke pangkuan keluarganya di Kampung Alor Buluh di sini bagi mendapat perlindungan kerana tidak tahan dipukul oleh suami sendiri yang juga berusia 31 tahun.
Suaminya itu kini menjalani hukuman penjara di Sabah kerana kesalahan dadah dan tidak pernah bekerja selepas pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada Julai 2009.


Ajal imam dalam Sungai Baru



KU MUSTAFFA yang tidak sedarkan diri berjaya diangkat ke tebing Sungai Baru.



ALOR SETAR - Misteri atau sudah takdir? Dua bulan lalu, seorang imam terselamat apabila kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Baru di Kuala Sungai di sini, namun kejadian serupa kelmarin tidak lagi menyebelahi warga emas itu apabila dia terkorban.
Dalam kejadian pada pukul 11.55 malam, Ku Mustaffa Ku Shaari, 72, maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum kereta Perodua Kelisa yang dipandu mangsa terjunam ke dalam Sungai Baru.
Tragedi meragut nyawa Ku Mustaffa berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dan kereta sama yang dipandu mangsa pernah terjatuh ke dalam sungai itu.
Dalam kejadian dua bulan lalu, kereta dipandu Ku Mustaffa terjatuh ke dalam sungai itu ketika mangsa mengundur kenderaannya selepas selesai menikahkan pasangan pengantin di Masjid Sungai Baru tidak jauh dari situ.


Wanita hidup ketakutan



HOE (kanan) menunjukkan gambar bekas teman lelaki yang mengganggunya kepada Michael di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang wanita mendakwa hidup dalam ketakutan sejak tiga bulan yang lalu ekoran perbuatan bekas teman lelakinya yang sering mengganggu dan mengancamnya gara-gara tidak dapat menerima hakikat perpisahan mereka.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hoe, 29, berkata, dia mengenali lelaki itu yang sebaya dengannya pada awal tahun 2006 dan mereka berkawan selama tiga tahun tanpa sebarang masalah besar.
Namun begitu, dakwanya, keadaan bertukar menjadi sebaliknya selepas dia berpisah dengan lelaki itu baru-baru ini apabila sering menerima mesej ancaman dan diekori sepanjang masa.
"Dia ekori saya setiap hari dan hantar mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ancaman kerana tidak puas hati dengan perpisahan ini.
"Tidak cukup dengan itu, dia turut menjatuhkan maruah dan reputasi saya dengan menghantar e-mel kepada syarikat saya bekerja dan melalui satu blog rekaannya yang menggunakan nama saya dengan mengatakan saya seorang penipu dan pelacur," katanya di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Buka mata nampak perompak



RUMAH empat beranak di Kampung Melayu Sungai Sering, Ukay Perdana yang diceroboh perompak semalam. Gambar kecil, Noor Masaida menunjukkan kesan umpil pada tingkap di bilik air.



KUALA LUMPUR - Empat hari selepas rumah pengacara, Wardina Saffiyah Fadhlullah Wilmot di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa dimasuki pencuri, empat beranak yang tinggal di Kampung Melayu Sungai Sering, Ukay Perdana di sini pula mengalami kejadian sama semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4 pagi itu, tiga suspek mengacu senjata ke arah empat mangsa yang terdiri daripada seorang wanita warga emas dan tiga orang anaknya yang berusia di antara 20 hingga 30 tahun.
Ketika kejadian, tiga suspek disyaki masuk ke dalam rumah mangsa dengan mengumpil tingkap dapur menggunakan pemutar skru manakala seorang lagi rakannya menunggu di luar rumah.
Mangsa, Noor Masaida Ariffin, 21, ketika ditemui berkata, dia menyedari rumahnya dimasuki penjenayah apabila tiga suspek bertopeng itu mengejutkan dia yang sedang tidur di ruang tamu dan mengacu pisau ke arahnya.
Tiga suspek yang membawa pemutar skru turut mengugut Noor Masaida supaya tidak menjerit.
"Saya yang nampak perompak terus menjerit meminta tolong sebelum menendang seorang daripada suspek itu," katanya yang memberitahu mulut dan kedua-dua tangannya turut ditutup menggunakan kain.


Syabu dalam botol garam laut



ZAINUL ABIDIN (tengah) menunjukkan botol garam laut yang mengandungi syabu pada sidang akhbar di Sepang, Selangor semalam.



SEPANG – Satu sindiket pengedaran dadah kini beralih arah apabila didapati menyembunyikan syabu di dalam botol barangan kosmetik berasaskan garam laut untuk diseludup ke negara ini melalui udara dari Almaty, Kazakhstan.
Rahsia itu terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menahan dua lelaki yang merupakan warga Kazakhstan serta Iran berusia 24 dan 30 tahun bersama syabu seberat 3.2 kilogram bernilai RM800,000 pada pukul 8 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kelmarin.
Penolong Ketua Pengarah JKDM, Datuk Zainul Abidin Taib berkata, sebaik melalui mesin pengimbas, anggotanya melihat sesuatu yang mencurigakan apabila ternampak empat botol garam laut dan satu peket mengandungi serbuk kristal putih disembunyikan di dalam sebuah beg.


Rumah jadi pusat judi loteri



ANGGOTA polis memeriksa dokumen loteri haram dan peralatan elektronik yang dirampas daripada empat beradik di sebuah rumah di Kuala Selangor kelmarin.



SHAH ALAM – Kegiatan jahat empat beradik yang menjadikan sebuah rumah sebagai pusat loteri haram hingga mampu mengaut keuntungan sebanyak RM1.5 juta sebulan terbongkar apabila diserbu di Tanjung Karang, Kuala Selangor kelmarin.
Serbuan pukul 6 petang itu oleh Bahagian Risikan dan Operasi Bidang Keutamaan Keberhasilan Negara, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu turut merampas wang pertaruhan RM19,000, mesin faksimile dan beberapa dokumen yang disyaki digunakan untuk tempahan nombor pertaruhan.
Sumber memberitahu, pihaknya membuat intipan selama dua minggu sebelum menahan tiga lelaki dan seorang wanita berusia di antara 30 dan 50 tahun di situ.

Harga emas bakal cecah RM15,735




KUALA LUMPUR - Harga emas dijangka mencecah sehingga AS$5,000 (RM15,735) setiap auns menjelang tahun 2020, kata Ketua Penyelidikan Komoditi Global Standard Chartered Bank, Hsi Han Pin (gambar).
Menurut beliau, ini berdasarkan kepada kenaikan harga komoditi itu yang telah meningkat kukuh sebanyak 23 peratus pada 1 Disember tahun lalu dengan harga sekitar AS$1,700 (RM5,350) setiap auns.
Malah katanya, harga emas juga telah meningkat empat kali ganda sejak empat tahun lalu dan kini mencecah kira-kira AS$1,600 (RM5,035) setiap auns.

DRB-HICOM tauke baharu Proton


saga, model pertama kereta Proton, yang dilancar pada 1985.



KUALA LUMPUR - Spekulasi mengenai siapakah pembida bertuah untuk memiliki kepentingan Proton Holdings Bhd. (Proton) kini terjawab apabila Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) semalam mengumumkan memilih DRB-HICOM Bhd. sebagai syarikat yang bakal menguasai Proton.
Jualan kepentingan yang melibatkan 42.74 peratus ekuiti Khazanah itu ditawarkan pada harga RM5.50 sesaham atau nilai keseluruhannya RM1.291 bilion.
Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat dalam perbincangan dan penilaian terperinci dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kedudukan kewangan dan sama ada pemegang saham baharu itu boleh membawa Proton ke peringkat lebih maju seiring dengan aspirasi perkembangan sektor automotif nasional.
Menurut beliau, penjualan itu bagaimanapun masih tertakluk kepada beberapa garis panduan dan di antaranya ialah ia perlu mendapat kelulusan daripada pemegang saham DRB-HICOM. Pada ketika ini DRB-HICOM mempunyai kakitangan kira-kira 40,000 orang.
"Sebaik sahaja selesai perjanjian jual dan beli ini, DRB-HICOM perlu melaksanakan tawaran awam mandatori ke atas baki saham Proton," katanya melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan di sini semalam.

Cairkan salji untuk jadikan bekalan air



VICTOR GAVENKO dan isterinya mencairkan salji di rumah mereka di kampung Pravy, Rusia semalam. - Reuters



KRASNOYARSK, Rusia - Satu pasangan suami isteri, Victor Gavenko dan isterinya, Nina menggunakan salji untuk dijadikan bekalan air bersih di rumah mereka di kampung Pravy, daerah Taiga, Rusia.
Gavenko, 76, dan isterinya, Nina tidak memperoleh bekalan air bersih menyebabkan mereka mencairkan salji.
Salji merupakan sumber mereka untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan sendiri dan haiwan ternakan. - Reuters

No comments:

Post a Comment