Wednesday, December 12, 2012

BERLAGAK TAK KENA TEMPAT

Mohamed Morsi tangguh kenaikan cukai

SEBUAH kereta kebal milik tentera Mesir mengawal kawasan di luar Istana Presiden di Kaherah semalam.


KAHERAH – Presiden Mesir, Mohamed Morsi memberi kuasa menangkap perusuh kepada pihak tentera dan mengarahkan ia bekerjasama dengan polis sehingga keputusan referendum tentang draf perlembagaan baharu diumumkan pada hujung minggu ini, menurut satu dekri yang diperoleh agensi berita AFP semalam.
Dekri itu telah dipaparkan di laman web rasmi pemerintah dan digazet di bawah peruntukan Undang-Undang 107, sehari sebelum perhimpunan bantahan besar-besaran oleh pihak pro-Morsi dan penentangnya dijadualkan berlangsung pada hari ini bagi membantah referendum tersebut.
“Pasukan tentera perlu membantu pihak polis dengan menjalin kerjasama bagi memelihara keselamatan dan melindungi institusi kenegaraan sehingga pengumuman referendum perlembagaan itu dibuat,” kata dekri itu.
Bantahan ganas terhadap Morsi yang bermula pada bulan lepas telah mengorbankan tujuh nyawa dan menyebabkan beratus-ratus orang cedera.
Referendum tentang draf perlembagaan tersebut ditentang oleh kumpulan anti-Moris termasuk blok pembangkang kerana ia menyekat kebebasan rakyat dan hak asasi wanita.
Kereta-kereta kebal dan tentera telah dikerah mengawal kediaman rasmi Morsi sejak Khamis lalu.
Namun tiada pertempuran berlaku manakala ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di luar kediaman rasmi itu setiap malam.
Sementara itu, Morsi bertindak untuk menangguhkan kenaikan cukai ke atas beberapa produk termasuk arak dan rokok.
Morsi mengeluarkan keputusan itu pada malam kelmarin dan mengarahkan Perdana Menteri, Hisham Qandil untuk memulakan perbincangan untuk tidak menaikkan cukai supaya ia tidak membebankan rakyat.
Kenaikan cukai itu telah menjejaskan industri besi, simen dan beberapa produk lain.
Kenaikan cukai itu merupakan antara terkandung dalam bajet negara ini.
Ia turut menyatakan cadangan untuk meminjam sebanyak AS$4.8 bilion (RM14.6 bilion) daripada Dana Kewangan Antarabangsa bagi memulihkan ekonominya.
Industri pelancongan yang merudum dan kekurangan pelaburan asing telah melemahkan ekonomi Mesir.
Perbalahan politik antara Morsi dan pemimpin pembangkang yang kebanyakan sekular memburukkan lagi ekonomi negara ini. – Agensi

Penyampai radio muncul di TV


Christian (kiri) dan Greig diwawancara dalam program televisyen Today Tonight di Sydney semalam.


SYDNEY - Dua penyampai radio Australia yang membuat panggilan palsu ke sebuah hospital London yang merawat isteri Putera William, Kate, menyatakan semalam bahawa mereka kesal mendengar berita kematian seorang jururawat pusat rawatan berkenaan.
Penyampai radio 2DayFM, Mel Greig dan Michael Christian sebelum ini bersembunyi dan menjalani rawatan kaunseling sejak jenaka mereka mencetuskan kemarahan di seluruh dunia berikutan laporan bahawa jururawat itu, Jacintha Saldanha telah membunuh diri.
Dalam wawancara bersama sebuah stesen televisyen Australia, di sini, kedua-duanya mula bersuara susulan kematian Saldanha di London pada minggu lalu setelah program mereka dibatalkan pemilik 2Day FM manakala semua panggilan jenaka oleh badan penyiar itu turut dihentikan.
Greig memberitahu dalam keadaan sebak bahawa dia kesal apabila diberitahu jururawat kelahiran India itu sudah mati.
"Saya mengingati detik itu dengan baik sekali kerana saya tidak dapat berhenti daripada berfikir tentang peristiwa tersebut sejak ia berlaku.
"Saya masih ingat lagi soalan pertama saya apabila mendengar perkhabaran tersebut iaitu adakah dia seorang ibu?," katanya kepada saluran televisyen Seven Network dalam program Today Tonight.
Dalam satu wawancara berasingan dalam program A Current Affair menerusi saluran Nine Network, Greig pula berkata: "Terlintas dalam fikiran saya untuk menemui mereka (keluarga Saldanha), memeluk mereka dan memohon maaf. Saya berharap mereka berada dalam keadaan baik, saya ikhlas meluahkannya."
Panggilan daripada Greig dan Christian yang menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakandanya, Putera Charles dijawab oleh Saldanha, 46, di Hospital King Edward VII di London.
Ibu dua anak itu kemudian menyambungkan panggilan itu kepada rakan sekerjanya yang mendedahkan butiran mengenai keadaan Kate yang semakin sembuh selepas mengalami loya yang teruk.
Kate merupakan menantu Ratu Elizabeth II.
Saldanha seterusnya ditemui mati di kediaman untuk kakitangan hospital tersebut tetapi polis Britain enggan mengesahkan sama ada dia membunuh diri kerana kes tersebut masih disiasat.
Suami jururawat itu, Ben Barboza, 49, yang merupakan seorang akauntan sebelum ini menyatakan hatinya berkecai ekoran kematian isterinya itu dalam keadaan tragis.
Christian juga mengaku dia kesal dengan kejadian itu.
"Terkejut, kesal dan hancur luluh... kami menghulurkan simpati kepada keluarga dan rakan-rakan Saldanha," ujarnya.
Kematian Saldanha mencetuskan kemarahan terhadap stesen radio berkenaan dan kedua-dua penyampainya walaupun pihak 2Day FM memberitahu, tiada siapa yang dapat menjangka tragedi itu berlaku.
Ketua Pegawai Eksekutif Southern Cross Austereo yang memiliki stesen radio itu, Rhys Holleran memberitahu, pihaknya telah menghubungi Hospital King Edward VII sebanyak lima kali untuk berbincang tentang panggilan tersebut sebelum ia disiarkan.
Menurut Holleran, beliau berpuas hati dengan semakan yang dilakukan oleh pihaknya sebelum segmen perbualan telefon itu ke udara.
"Adalah benar bahawa kami telah beberapa kali mencuba untuk menghubungi pihak hospital berkenaan," jelas Holleran kepada stesen radio tempatan, Fairfax.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan sama ada pihaknya menerima maklum balas daripada pihak Hospital King Edward VII.
Susulan kematian Saldanha, sebahagian akhbar Britain mengecam jenaka Greig dan Christian menyebabkan ramai pengguna internet menuduh mereka menjadi penyebab kematian Saldanha.
Namun, dakwaan tersebut dibidas oleh media Australia yang menyatakan media Britain sengaja menjadikan kedua-dua penyampai radio berkenaan sebagai kambing hitam dalam tragedi tersebut. - Agensi

Anjing pandu kereta di litar lumba


SEEKOR anjing yang bernama Monty memandu kereta Mini di Auckland semalam.


WELLINGTON - Dua ekor anjing terlatih memandu sebuah kereta yang diubah suai di sebuah litar perlumbaan di Auckland, New Zealand semalam.
Kedua-dua ekor anjing itu yang bernama Monty dan Porter lulus ujian memandu manakala aksi haiwan tersebut disiarkan menerusi televisyen.
Tujuan aksi tersebut disiarkan adalah untuk meningkatkan minat orang ramai supaya menjadikan anjing dari rumah-rumah perlindungan sebagai haiwan peliharaan.
Dua ekor haiwan itu merupakan sekumpulan anjing penyelamat dari Auckland yang diajar untuk memandu kereta.
Rakaman anjing-anjing itu belajar memandu mencetuskan sensasi di internet sebelum ini.
Beberapa klip video yang menunjukkan anjing-anjing berkenaan memandu telah ditonton lebih 700,000 kali di laman YouTube setakat ini.
Dalam ujian memandu itu, Monty memandu sebuah kereta Mini yang telah diubah suai di sepanjang laluan yang lurus.
"Semuanya dilakukan sendiri oleh anjing jantan itu," kata jurulatih haiwan, Mark Vette ketika Monty memandu kereta tersebut di sepanjang litar berkenaan.
Menurut Vette, anjing itu menghidupkan enjin, meletakkan satu kakinya di brek untuk menolak gear dan memandu kereta berkenaan.
Papan pemuka kereta itu diubah suai dengan dilengkapi pedal minyak dan brek. - AFP

33 ekor penyu dirampas di Bali


DUA anggota polis mencurahkan air ke arah penyu hijau yang dirampas.


DENPASAR, Indonesia - Polis merampas 33 ekor penyu hijau dan sisik yang ditangkap untuk dijual di restoran di Bali, kata beberapa pegawai semalam.
Jurucakap polis, Komisioner Hariadi berkata, haiwan hidup itu ditemui anggota-anggota polis marin di dalam sebuah bot yang berlabuh di Tanjung Benoa pada malam kelmarin.
"Kami masih memburu suspek penyeludupan (haiwan itu)," katanya.
Beliau memberitahu, penyu-penyu tersebut dipercayai ditangkap di kawasan perairan Pulau Sulawesi.
Ketua Agensi Pemuliharaan Alam Semula Jadi Bali, Soemarsono berkata, penyu itu mempunyai berat antara 30 hingga 60 kilogram dan bernilai antara AS$518 (RM1,584) hingga AS$725 (RM2,218) seekor.
Panjang haiwan itu antara 30 sentimeter hingga satu meter.
Menurut Soemarsono, beberapa ekor haiwan itu sakit selepas dibiarkan kekeringan tanpa diberikan air.
Beberapa restoran di Bali menjual daging penyu.
Daging tersebut mendapat permintaan yang tinggi di Indonesia.
Penyu hijau disenaraikan sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Semula Jadi.
Kesatuan Pemuliharaan Dunia pula menyenaraikan penyu sisik sebagai spesies terancam. - dpa

Cyrus tampil dengan imej seksi


CYRUS memakai pakaian yang seksi pada komsert Christmas Creampies di Teater Fonda, Hollywood pada Sabtu lalu.


LOS ANGELES - Bekas bintang siri televisyen Hannah Montana, Miley Cyrus (gambar) memakai pakaian seksi semasa dia membuat persembahan di Teater Fonda Hollywood, lapor akhbar The Sun semalam.
Cyrus memakai baju berwarna hitam dengan terdapat belahan di bahagian dada serta seluar ketat berzip panjang.
Belahan itu hampir menampakkan payudaranya.
Bintang berusia 20 tahun itu turut memakai kasut but mempunyai corak belang harimau kumbang paras lutut.
Dia yang merupakan tunang aktor Liam Hemsworth turut memakai seutas rantai di leher.
Cyrus, 20, yang tampil berambut pendek menyanyikan beberapa lagu pada konsert Christmas Creampies yang diadakan pada Sabtu lalu.
Para penonton dilaporkan terkejut dengan pakaian yang dipakai Cyrus.
Aktres itu juga membuat tarian seksi bersama deejay Burgore.
Cyrus juga menari bersama seorang penari wanita yang mendedahkan payudaranya.
Sebelum ini, Cyrus terkenal sebagai seorang pelakon yang mempunyai imej bersih dan berpakaian sopan semasa dia membintangi siri Hannah Montana. Sebelum ini, Cyrus dilaporkan mempunyai perjanjian sebelum berkahwin dengan Hemsworth yang merupakan pelakon filem The Hunger Games.
Berdasarkan perjanjian itu, penyanyi tersebut dibenarkan untuk menjaga seekor anjingnya.
- Agensi

Majalah wanita seksi berleluasa

MAJALAH yang memaparkan wanita seksi dalam keadaan separuh bogel boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan ketika ini. Siapakah yang melepaskannya dijual secara bebas?


KUALA LUMPUR - Lambakan majalah erotik dari luar negara yang memaparkan gambar wanita berbogel tanpa seurat benang atau lebih dikenali sebagai majalah dewasa kini didapati dijual secara terbuka dan meluas di kedai-kedai buku di negara ini.
Majalah-majalah yang boleh didapati dengan harga murah serendah RM10 itu boleh dibeli oleh orang ramai termasuk golongan remaja bawah umur secara terbuka tanpa ada sebarang sekatan.
Tinjauan Kosmo! di beberapa premis menjual buku sekitar ibu negara semalam mendapati terdapat beberapa majalah yang rata-ratanya diimport dari luar negara secara terang-terangan menyiarkan gambar model dalam keadaan mengghairahkan.
Antara majalah tersebut ialah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang secara terang-terangan menyiarkan empat keping foto model Kate Moss yang tidak memakai coli.
Majalah-majalah lain yang turut memaparkan imej seumpama itu ialah FHM, Maxim, Tattoos, Shape dan Inked.
Jualan majalah erotik itu secara berleluasa di pasaran tempatan dikhuatiri boleh menjejaskan golongan remaja kerana gambar-gambar yang tidak ditapis untuk siaran itu boleh ditatap oleh mereka dengan mudah tanpa sebarang halangan.

Badan kutip royalti pelakon


JOSEPH SALANG (kanan) beramah mesra dengan para pelakon tanah air selepas majlis dialog di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kemelut bayaran royalti kepada penggiat seni lakonan bakal berakhir melalui syarikat Malaysian Screen Actor Guild Berhad (MSAGB) yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun depan.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, melalui syarikat itu, kadar bayaran kepada pelakon termasuk kaedah royalti dapat dikaji dan diubah suai agar selari dengan tuntutan serta keperluan semasa.
Selain menjadi landasan terbaik dalam soal tuntutan royalti pelakon, katanya, MSAGB juga memberi manfaat kepada perkembangan industri perfileman dan penerbitan rancangan televisyen secara keseluruhannya.
“Saya berharap melalui penubuhan MSAGB, ia dapat mewakili para pelakon, penulis skrip dan keseluruhan rantaian dalam penerbitan supaya mendapat manfaat imbuhan atau royalti hasil daripada karya mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis dialog Kesedaran Hak Cipta Intelek Dalam Kalangan Seniman Malaysia” di sini semalam.

Bapa dakwa anak dipaksa mengemis


SALAH satu restoran yang didakwa tempat Dayah dipaksa mengemis di Puchong Perdana dekat Kuala Lumpur sejak diculik pada 1 Disember lalu.


KUALA LUMPUR - Seorang bapa mendakwa anak perempuannya yang dilarikan seorang pelesit rempit sebelum ditemui dikurung di dalam bilik hotel di Jalan Tun Razak di sini kelmarin dipaksa menjadi pengemis oleh satu sindiket yang didalangi mak nyah bergelar Umie.
Raja Roslan Raja Ahmad Hadzrawi, 39, mendakwa, maklumat itu diperoleh selepas dia memujuk anaknya, Raja Nor Hidayah, 16, atau Dayah untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku sepanjang dia dilarikan.
Dakwanya, Dayah bersama dua lagi gadis dipaksa menjadi pengemis di gerai makan dan pasar raya di sekitar Puchong Perdana, Subang serta Damansara, Selangor dan mereka mampu memperoleh sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sehari. Dua gadis itu turut ditemui dikurung di dalam bilik hotel tersebut.
"Saya dimaklumkan, anak saya dan dua gadis itu dibawa menaiki teksi ke lokasi berkenaan untuk mengemis.
"Ketika mengemis, mereka membawa sekeping kertas tertera gambar seorang wanita berbadan gempal yang kononnya memerlukan derma bagi mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihidapinya," dakwanya sambil memberitahu gambar itu merupakan gambar Umie, 50-an, yang merupakan dalang sindiket tersebut.

Kereta putus, dua maut


BEGINILAH keadaan kereta Mitsubishi Galant yang terputus dua sehingga mengakibatkan Deidre dan Jeremiah Isaac maut dalam kemalangan di Kota Kinabalu kelmarin.


KOTA KINABALU - Hasrat dua sepupu untuk menghadiri majlis ulang tahun kematian ibu rakan musnah apabila mereka maut dalam kemalangan ngeri sehingga mengakibatkan kereta yang dinaiki terputus kelmarin.
Kejadian pukul 10.15 malam di Jalan Kolam di sini itu mengakibatkan Deidre R. Jinol, 19, mati di tempat kejadian manakala sepupunya, Jeremiah Isaac Alex Among, 21, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini.
Sebelum kejadian, mereka yang menaiki kereta jenis Mitsubishi Galant dalam perjalanan dari pusat bandar ke rumah rakan mereka di Luyang.

Lelaki tempang antara tiga suspek diburu polis


RAKAMAN CCTV menunjukkan suspek wanita memasukkan minuman keras ke dalam kainnya di sebuah pasar raya di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada 27 September lalu.


SHAH ALAM - Polis sedang memburu tiga suspek termasuk seorang lelaki tempang dikenali sebagai Sivan yang dipercayai terlibat dalam kes mencuri peralatan milik sebuah hotel di Equine Park Bandar Putra Permai, Seri Kembangan yang dilaporkan pada 4 Oktober lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, dalam kejadian itu, peralatan yang hilang ialah alat pemancut air, pemanas air, selimut dan bantal dianggar bernilai RM5,000.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas dua lelaki bersama seorang wanita mendaftar masuk ke bilik hotel bernombor 202 atas nama Sivan, 33, pada pukul 11.24 malam 29 September lalu.
"Pada keesokan harinya iaitu pukul 6.39 pagi, lelaki tempang ini mendaftar sebuah bilik lagi bernombor 208 dengan alasan untuk abangnya menginap.
"Bagaimanapun, pada 1 Oktober pukul 12 tengah hari, kakitangan hotel yang masuk ke dalam dua bilik tersebut untuk kerja-kerja pembersihan mendapati beberapa barang hilang dan disyaki dicuri oleh suspek," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Peniaga makanan terima wang palsu RM100


RAHMAH menunjukkan perbandingan wang palsu RM100 (kanan) yang diterima daripada pelanggan dan wang RM100 tulen di Ledang, Johor semalam.


LEDANG - Beberapa peniaga kedai makanan di Kampung Batu 20, Sengkang, Bukit Gambir dekat sini mendakwa menjadi mangsa penipuan wang palsu RM100 oleh seorang wanita yang menyamar sebagai pelanggan pada minggu lalu.
Salah seorang peniaga terlibat, Rahmah Khamis, 57, mendakwa ketika sibuk melayan pelanggan pukul 8.30 pagi, Rabu lalu, dia telah didatangi seorang wanita yang tidak dikenali membeli tiga bungkus nasi lemak dan lontong di kedainya.
Menurutnya, kesemua makanan tersebut berharga RM11 dan wanita terbabit menyerahkan wang kertas RM100 yang kelihatan baharu serta langsung tidak menampakkan ia wang palsu sebelum menyimpannya di dalam laci.

Rumah dijilat api ketika leka menonton bola


MOHAMAD YUSOF melihat ruang tengah rumahnya yang musnah dijilat api dalam satu kebakaran di Kampung Serom 3, Sungai Mati, Ledang kelmarin.


LEDANG - Keseronokan seorang lelaki menyaksikan perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Thailand bertukar duka apabila rumahnya di Kampung Serom 3, Sungai Mati dekat sini musnah dalam kebakaran malam kelmarin.
Kebakaran kira-kira pukul 9.30 malam itu disedari Mohamad Yusof Md. Said, 62, apabila dia terdengar bunyi seperti cawan pecah dari bahagian dapur rumahnya.
Dia pada ketika itu sedang menonton televisyen di bahagian depan rumah.
Menurutnya, dia yang berasa tidak sedap hati kemudian pergi ke bahagian dapur bagi melihat apa yang berlaku.
"Apabila tiba di bahagian tengah rumah, tiba-tiba lampu terpadam dan saya nampak api sedang marak dari arah bilik belakang berdekatan dapur. Saya terkejut dan dengan pantas berlari ke bilik hadapan untuk mengejutkan isteri dan ibu yang sedang tidur.
"Selepas ahli keluarga selamat keluar, saya memasuki semula rumah untuk menyelamatkan barangan berharga tetapi gagal kerana bumbung sudah mula runtuh pada ketika itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Rempuh rumah hingga rosak


SALAH seorang ahli keluarga menunjukkan kerosakan rumah Mohd. Yusabry selepas ia dirempuh treler di Felda Panching Timur, Kuantan semalam.


KUANTAN - Sebuah rumah mengalami kerosakan apabila sebuah lori treler yang diletakkan di atas tebing jalan tiba-tiba bergerak ke arah rumah tersebut tidak lama selepas enjinnya dihidupkan.
Kejadian malang itu menimpa rumah Mohd. Yusabry, Mohd. Yusof, 39, di Felda Panching Timur dekat sini ketika dia sedang menukar pakaian petang semalam.
Dia mendakwa kejadian itu berlaku tidak lama selepas dia memanaskan enjin treler itu yang terletak kira-kira 10 meter dari rumahnya.
"Saya hairan bagaimana treler ini boleh bergerak sendiri sedangkan brek tangan sudah ditarik dan tayar pula disekat dengan batu.
"Saya hampir pitam melihat rumah dirempuh treler seberat 13 tan ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment