Thursday, December 13, 2012

TAHU WAJIB...TAPI ADA ISTERI PEMIMPIN2 ISLAM TAK MAHU PAKAI TUDUNG...ADAKAH IA SANGKA SEMPAT BERTAUBAT ATAU RASA CANTIK...NI HUKUM....JANGAN KITA PERSENDA2 HUKUM ALLAH...TERMASUK ARTIS2 BERAGAMA ISLAM...ITU BELUM BAB BERCAMPUR GAUL YANG BUKAN MUHRAM

Datuk K cedera jatuh motosikal

DATUK K dan Siti Nurhaliza menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan gaya tersendiri semasa menyertai Kembara 1Malaysia tahun lepas.


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, suami kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengalami kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi, Harley Davidson di Queenstown, New Zealand, semalam.
Kemalangan yang berlaku pada sekitar pukul 12 tengah hari waktu Malaysia (pukul 4 petang waktu tempatan) itu mengakibatkan Datuk K patah bahu selain cedera di tangan dan kaki.
Suami Siti Nurhaliza yang berusia 53 tahun itu kini dirawat di Hospital Southland, Queenstown setelah dia diterbangkan ke hospital itu dengan sebuah helikopter. Keadaannya dilaporkan stabil.
Hospital tersebut terletak di Invercargill, kira-kira 190 kilometer atau dua jam perjalanan dari Queenstown.
Menurut kakak Datuk K, Datin Zaiton, adiknya itu ke New Zealand atas urusan perniagaan dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan untuk bercuti bersama rakan-rakannya.
“Datuk K pergi ke sana kerana kerja dan dalam masa yang sama mengambil kesempatan bercuti dengan membawa motosikal berkuasa tinggi di sana.
“Saya diberitahu, kemalangan itu berlaku disebabkan dia gagal mengawal motosikal lalu terjatuh dan tercedera.
“Buat masa ini, dia masih dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil,” kata Zaiton ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Lima pekerja palsu TM diberkas


ABD. RAZAK (dua dari kiri) dan Norliza (kanan) menunjukkan barang rampasan daripada lima lelaki yang diberkas di Balai Polis Serdang semalam.


SERDANG – Hajat lima penjenayah yang menyamar melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel milik Telekom Malaysia Berhad (TM) di Taman Muhibbah di sini kelmarin tidak menjadi apabila kesemua mereka dicekup kerana cuba mencuri kabel berharga RM70,000.
Seorang daripada penjenayah itu merupakan bekas pekerja kontraktor yang dilantik oleh TM dan mempunyai kepakaran dalam bidang penyelenggaraan kabel telekomunikasi.
Tangkapan pada pukul 3.45 pagi itu dilakukan hasil maklumat orang awam yang mencurigai kerja-kerja kumpulan lelaki tersebut.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd. Razak Elias berkata, ketika serbuan lima penjenayah itu sedang menarik kabel telekomunikasi bawah tanah menggunakan tali yang diikat pada sebuah lori tiga tan.
“Sebaik polis tiba, kelima-lima lelaki terbabit melarikan diri dengan ada di antara mereka menyembunyikan diri di bawah lori manakala yang lain melarikan diri dengan menaiki dua buah kereta,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

Ibu, bapa tunggal dapat RM2,000

KUALA TERENGGANU – Ibu dan bapa tunggal di negeri ini akan menerima bantuan RM2,000 setiap seorang sekiranya mendirikan rumah tangga semula pada tahun hadapan.
Bantuan yang pertama kali diperkenalkan itu merupakan salah satu usaha kerajaan negeri ini untuk meringankan beban golongan berkenaan meneruskan kehidupan baharu bersama pasangan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad (gambar kecil) memberitahu, seramai 21,837 ibu tunggal dan 2,890 bapa tunggal bakal memperoleh manfaat tersebut jika mendirikan rumah tangga tahun hadapan.
“Bantuan itu membuktikan bahawa kerajaan negeri prihatin dengan golongan ibu dan bapa tunggal di negeri ini, selain menyediakan bantuan-bantuan lain agar kehidupan mereka terbela,” katanya ketika sesi penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri, semalam.

Hadkan iklan makanan, minuman kurang sihat


KAWALAN terhadap iklan makanan dan minuman tidak berkhasiat dalam media massa bertujuan menggalakkan amalan pemakanan sihat . – Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berikrar akan mengehadkan pengiklanan makanan dan minuman kurang sihat kepada kanak-kanak bawah 12 tahun di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar kecil) berkata, langkah itu satu bentuk kerjasama bagi mengehadkan pendedahan kanak-kanak kepada iklan makanan dan minuman yang tinggi dengan kandungan lemak, gula dan garam serta memperbaiki pemilihan makanan sihat oleh kanak-kanak dan ibu bapa.
“Skop pelaksanaan garis panduan itu merangkumi televisyen, media cetak dan pemasaran makanan dan minuman di sekolah.
“Kita juga bersetuju supaya garis panduan ini dilaksanakan secara kawal selia kendiri oleh industri pengiklanan dan makanan dan minuman melalui satu ikrar,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan 2012 di sini semalam.

Aksi dera dirakam isteri suspek

SHAH ALAM – Seorang wanita yang dipercayai merupakan individu yang merakam perbuatan suaminya mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di sebuah rumah di Klang ditahan pukul 10 malam kelmarin di Taman Meru Indah, Klang.
Suri rumah berusia 20 tahun itu bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Rusdi Md. Isa berkata, berdasarkan keterangannya, wanita itu mengaku membuat rakaman tersebut namun menafikan dia memuat naik video rakaman itu ke laman sosial Facebook.
“Isteri suspek yang ditahan itu mengaku dia berada di lokasi kejadian semasa penderaan itu berlaku serta merakam tindakan suaminya," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Ros Umairah derita sakit buah pinggang


MASHITAH bersama Ros Umairah yang menghidap penyakit buah pinggang ketika ditemui di Kampung Tepi Sungai, Kuala Muda, Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak, Ros Umairah Rospandi, 3, menanggung derita sejak Jun tahun lepas apabila disahkan menghidap sakit buah pinggang.
Ekoran daripada itu, dia tidak dapat bermain dengan rakan-rakan sebaya dan sering dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk rawatan.

Ibunya, Mashitah Yahya, 31, berkata, keadaan anaknya semakin serius apabila muka dan perut mula membesar.
“Saya orang susah dan tiada wang untuk membiayai rawatan penyakit Ros Umairah,” katanya ketika ditemui di rumah pusaka ibunya di Kampung Tepi Sungai, Kuala Muda di sini semalam.

Warga emas dakwa ditipu urusan ambil tanah


ENG HOE (duduk tengah) menceritakan masalahnya kepada Cheng Guan (kanan) pada sidang akhbar di Georgetown semalam.


GEORGE TOWN – Seorang warga emas meluahkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang apabila mendakwa ditipu dalam urusan pengambilan tanah yang didiami keluarganya sejak 70 tahun lalu di Jalan Free School di sini.
Chew Eng Hoe, 71, mendakwa, perkara tersebut disedari selepas rumah mereka diroboh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 2009 atas alasan untuk melaksanakan pembangunan awam di tanah seluas 26,133 kaki persegi itu.
Bagaimanapun, dakwanya, baru-baru ini dia mendapati bekas tapak rumah itu dirancang dibangunkan lot banglo oleh sebuah syarikat pemaju.
“Kami berasa tertipu dengan kerajaan negeri. Sudahlah kami diusir daripada rumah yang didiami sejak puluhan tahun lalu malah diroboh tanpa perikemanusiaan, satu sen pampasan pun tidak diberi.
“Bayangkan, kami meminta MPPP tempoh selama sebulan untuk berpindah termasuk kos berpindah sebanyak RM5,000 tetapi langsung tidak dilayan,” dakwanya di pejabat Parti Cinta Malaysia (PCM) di Padang Tembak, Air Itam di sini semalam.

SAPS carian terhangat Google

KUALA LUMPUR – Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) muncul sebagai carian paling hangat Google Malaysia sepanjang tahun 2012 mengalahkan lagu hit global nyanyian Psy, Gangnam Style yang berada di tempat kedua dan laman media sosial berasaskan imej, 9GAG di tempat ketiga.
Ia berdasarkan senarai tahunan Zeitgeist yang dikeluarkan oleh enjin carian terkemuka itu dan SAPS memperlihatkan peningkatan carian paling tinggi daripada jumlah carian sepanjang tahun.
SAPS merupakan laman web yang membolehkan ibu bapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara dalam talian mencapai tangga teratas apabila ribuan ibu bapa melakukan log masuk untuk melihat keputusan peperiksaan anak masing-masing.
Selain itu, model kenderaan global terbaharu Proton, Proton Preve pula menduduki tangga keempat manakala laman beli-belah fesyen dalam talian, Zalora di tempat kelima.

Bayi lahir 12.12 tengah hari pada pukul 12.12.12

COLLEEN mendukung Noelle ketika seorang lagi anaknya memberikan minuman susu kepadanya di Hospital Besar Massachusetts, Boston kelmarin. - Agensi


BOSTON – Seorang ibu melahirkan anaknya pada pukul 12.12 tengah hari pada 12.12.12 melibatkan masa selama 12 jam.
Bayi perempuan yang bernama Noelle Joy Klinker itu seberat 4.1 kilogram dan 55 sentimeter tinggi.
Dia dilahirkan di Hospital Besar Massachusetts di sini kelmarin.
Bapa bayi itu, Joe Klinker, 31, yang bertugas sebagai pegawai pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata, kehadiran Noelle merupakan rahmat buat keluarganya.
Menurut Joe, dia dan isterinya, Colleen Klinker kehilangan seorang anak perempuan pada Oktober tahun lalu yang meninggal dunia semasa dilahirkan. – Agensi

Greiner jual bola mata palsu


Greiner membakar bola mata semasa menghasilkannya dengan menggunakan penunu gas.- Reuters


MUNICH – Seorang penjual kanta okulus, Gerhard Greiner di sini menjual bola mata kaca palsu kepada orang ramai yang kehilangan mata.
Setiap bola mata palsu itu berharga AS$457 (RM1,395) dan ia mengambil masa satu jam untuk menghasilkannya.
Bola mata itu dimasukkan ke bahagian mata pelanggan yang tidak lagi berfungsi akibat kemalangan atau penyakit.
Ia juga boleh dimasukkan di tempat asal mata menerusi pembedahan. – Reuters

Jururawat gantung diri angkara ditipu


DUA pegawai polis mengawal Mahkamah Koroner Westminster yang menjadi lokasi siasatan kematian Saldanha di London semalam.


LONDON - Seorang jururawat di Hospital King Edward VII di sini, Jacintha Saldanha yang berketurunan India ditemui mati selepas dia menggantung diri kerana ditipu dua penyampai radio dari sebuah stesen radio Australia yang menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakanda baginda, Putera Charles, menurut keterangan seorang pegawai polis semalam.
Pegawai polis itu, James Harman membuat pendedahan tersebut dalam inkues bagi menyiasat kematian Saldanha yang diadakan di sini.
Harman berkata, Saldanha, 46, meninggalkan tiga nota sebelum mayatnya ditemui di kediaman untuk kakitangan hospital tersebut pada Jumaat lalu.
Menurutnya, jururawat dari India yang juga ibu dua anak itu turut mempunyai kecederaan pada salah satu pergelangan tangannya.
Keterangan itu diberikan pada hari pertama inkues bagi menyiasat kematian Saldanha yang mati selepas dia menyambung panggilan yang dibuat oleh dua penyampai stesen radio 2Day FM dari Sydney, Australia kepada rakan setugasnya.
Dua penyampai radio itu, Mel Greig dan Michael Christian masing-masing menyamar sebagai ratu itu dan Charles bagi mengetahui tahap kesihatan Kate Middleton yang merupakan isteri Putera William.
William ialah cucunda kepada ratu tersebut.
Kate dirawat selama empat hari di hospital tersebut selepas dia dilaporkan mengalami loya akibat hamil anak pertama.
Menurut Harman, mayat Saldanha ditemui oleh seorang rakannya dan seorang anggota keselamatan.
"Sedihnya, dia ditemui tergantung," katanya kepada Mahkamah Koroner Westminster.
Suami Saldanha, Benedict Barboza dan dua anaknya tidak hadir pada pendengaran tersebut.
Koroner Fiona Wilcox memberitahu mahkamah: "Saya mahu polis mengirimkan simpati saya kepada keluarganya dan setiap orang yang tersentuh dengan kematian tragis ini."
Pendengaran itu dilakukan dalam tempoh yang singkat dan ia akan bersambung semula pada 26 Mac tahun depan.
Sebelum ini, Greig dan Christian meminta maaf selepas tidak menyangka perbuatan mereka itu menyebabkan Saldanha mati. - Agensi

Mudarat daripada minuman tenaga


KAITAN kesan kafein terhadap kandungan ibu hamil masih banyak diperdebatkan. - Gambar hiasan


KEBIMBANGAN terhadap kesan berbahaya daripada minuman tenaga, terutamanya apabila ia digabungkan dengan alkohol, telah berkembang dalam tahun-tahun kebelakangan ini.
Sebuah berita dalam akhbar New York Times pada pertengahan November lalu menambahkan kebimbangan tersebut apabila Pentadbiran Makanan dan Perubatan (FDA) mendedahkan bahawa mereka telah menerima laporan 13 kematian yang dikaitkan dengan minuman tenaga, 5-Hour Energy.
Minuman tersebut mengandungi kira-kira 215 miligram (mg) kafein, bersamaan kira-kira dua cawan kopi.
Berikut merupakan lima isu kesihatan membimbangkan yang dikaitkan dengan minuman rangsangan:
Jantung
Menurut akhbar New York Times, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat yang memasarkan minuman tenaga 5-Hour Energy telah memfailkan 30 laporan kecederaan serius kepada FDA berkaitan dengan produk termasuk serangan jantung.
Pada tahun 2007, seorang lelaki Australia berumur 28 tahun mengalami masalah jantung yang terhenti melebihi tujuh jam selepas mengambil lapan tin minuman tenaga. Setiap tin mengandungi 80mg kafein. Pesakit tersebut juga tidak mempunyai sejarah sakit dada.
Profesor Madya Perubatan, Dr. John Higgins dari University of Texas di Houston, Amerika Syarikat berkata, kafein dan lain-lain sebatian dalam minuman tenaga boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah.
Kata Higgins, kafein boleh menyebabkan sel-sel jantung mengeluarkan kalsium yang boleh menjejaskan denyutan jantung hingga membawa kepada aritmia (penyimpangan ritma jantung).
Minuman tersebut juga boleh mengganggu keseimbangan normal garam dalam badan yang turut dikaitkan dengan aritmia.
Walau bagaimanapun, tidak ada bukti yang cukup untuk menekankan bahawa minuman tenaga menyebabkan masalah jantung.
Lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan untuk menentukan amaun pengambilan minuman tenaga yang boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kesan-kesan negatif.

MINUMAN tenaga banyak diambil oleh generasi muda yang aktif. - Gambar hiasan


Keguguran
FDA juga menerima satu laporan yang mengaitkan pengambilan minuman tenaga 5-Hour Energy dengan keguguran.
Begitupun, terdapat dua hasil kajian berbeza mengenani kesan kafein terhadap keguguran. Kajian pada tahun 2006 mendapati lebih daripada 1,000 wanita hamil mengambil lebih daripada 200mg kafein sehari (kopi, teh, soda atau coklat panas) berhadapan dua kali ganda risiko keguguran berbanding wanita hamil yang tidak mengambil minuman berkafein.
Walau bagaimanapun, kajian yang diterbitkan pada tahun 2008 mendapati tiada kaitan antara pengambilan kafein (tanpa mengira jumlah) dan risiko keguguran pada usia dua minggu kehamilan.
Oleh kerana dapatan kajian belum muktamad, American College of Obstetricians and Gynecologists menasihatkan bahawa wanita hamil mengehadkan pengambilan kafein kepada 200mg sehari.
Kesan alkohol
Kajian menyatakan bahawa menggabungkan alkohol dan minuman tenaga boleh membahayakan.
Walaupun kafein merupakan perangsang, ia tidak dapat mengatasi kesan sedatif alkohol.
Berdasarkan Journal of the American Medical Association (JAMA) yang diterbitkan tahun lalu, terdapat kebimbangan bahawa campuran alkohol dan minuman tenaga boleh menyebabkan seseorang itu berjaga untuk tempoh masa yang panjang, seterusnya membolehkan mereka mengambil alkohol lebih daripada biasa.
Satu kajian pada 2011 mendapati kira-kira 1,100 pelajar kolej yang mengambil minuman tenaga secara kerap, 2.5 kali ganda cenderung memenuhi kriteria diagnostik pergantungan alkohol daripada mereka yang tidak mengambil minuman tenaga.
Ia mungkin disebabkan oleh amalan mencampurkan alkohol dan minuman tenaga atau pengambilan kafein bagi memulihkan mabuk. Kemungkinan juga ia pengaruh kafein pada otak yang menyebabkan ketagihan.
Penyalahgunaan dadah
Satu lagi kajian yang melibatkan 1,060 pelajar mendapati pengambilan minuman tenaga pada tahun kedua pembelajaran di kolej telah dikaitkan dengan peningkatan risiko preskripsi penyalahgunaan dadah (penggunaan perangsang atau ubat penahan sakit tanpa preskripsi) pada tahun ketiga kolej.
Dalam isu 2010 yang ditulis oleh penyelidik dalam Journal of Addiction Medicine menjelaskan mengenai kaitan penyalahgunaan dadah dengan minuman tenaga.
Minuman tenaga umpama ubat-ubatan preskripsi dan ia mungkin dianggap oleh sesetengah pelajar sebagai normatif yang lebih selamat atau boleh diterima secara sosial berbanding dadah haram jalanan.
Gangguan kognitif
Walaupun sesetengah pelajar bergantung pada minuman tenaga untuk berjaga sepanjang malam untuk mengulang kaji bagi persediaan menghadapi peperiksaan, terdapat beberapa bukti bahawa tahap kafein yang berlebihan dalam minuman boleh menjejaskan upaya kognitif.
Satu kajian kecil pada tahun 2010 mendapati pengambilan jumlah kafein yang sederhana iaitu kira-kira 40mg dapat memberikan prestasi lebih baik pada ujian tindak balas. Bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein berlebihan iaitu menyamai tahap yang didapati dalam setin air tenaga memburukkan prestasi ujian tindak balas.
Sumber: http://www.myhealthnewsdaily.com.

Had aurat wanita


SETIAP Muslimah perlu faham dengan batas auratnya. - Gambar hiasan


ADAKAH seseorang itu perlu menutup aurat di depan bapa saudara mereka dan bolehkah mereka bersalaman?
JAWAPAN:
Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi:
1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (iaitu anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara
Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan: "Bahagian badan wanita yang harus dilihat oleh mahram hanyalah tempat-tempat beradanya perhiasan batin (dalaman) seperti telinga, rambut, leher, lengan dan betis.
Adapun selainnya seperti paha, perut, kemaluan dan punggung, maka tidak harus didedah dan diperlihatkan sekalipun kepada mahram atau wanita lain.
Inilah yang lebih menepati kehormatan seorang wanita. Maka, pada mahram sahaja yang dibenarkan bersalaman.
Selain daripada di atas, maka wajiblah wanita menutup auratnya dan tidak bersentuhan atau bersalaman.
Peringatan juga kepada para wanita, adapun aurat wanita itu sama dengan aurat dalam solat, janganlah dibezakan antara aurat wanita dalam solat dan luar solat.
Kebanyakan wanita keliru dengan batasan aurat. Jadi, mudah-mudahan jelaslah perkongsian ini dan moga Allah permudahkan. Wallahu a'lam.

Polis gagalkan plot bunuh Bieber di New York


STAAKE


LOS ANGELES - Penyanyi pop remaja, Justin Bieber dilaporkan menjadi sasaran satu plot pembunuhan yang dirancang oleh seorang banduan, Dana Martin, menurut beberapa laporan kelmarin.
Stesen televisyen ABC melaporkan, Martin, 45, merupakan banduan di sebuah penjara di New Mexico yang mahu Bieber, 18, dikasi dan dibunuh termasuk pengawal peribadi penyanyi berkenaan.
Martin dijatuhkan hukuman penjara selama 978 tahun kerana kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis berusia 15 tahun pada 2000.
Terdapat imej Bieber pada tatu banduan tersebut di salah satu kakinya.
Martin mahu membunuh penyanyi tersebut selepas dia gagal menghubungi Bieber, menurut afidavit polis yang didedahkan media.
Dia menemui seorang bekas banduan, Mark Staake yang diupah untuk melakukan pembunuhan tersebut.
Staake kemudian melakukan tugas tersebut bersama anak saudaranya, Tanner Ruane.
Menurut akhbar The Sun, serangan terhadap Bieber itu dirancang dilakukan pada November lalu semasa penyanyi berkenaan membuat persembahan di Madison Square Garden, New York.
Bieber akan dijerut dengan menggunakan tali leher.
Tali leher yang perlu digunakan untuk membunuh Bieber mesti mengandungi satu corak yang sama.
Polis mendakwa, Staake menemui Martin di penjara Las Cruces di New Mexico.
Martin dilaporkan mahu membunuh empat orang termasuk Bieber.
Polis berjaya mematahkan percubaan itu selepas mengintip perbualan Martin, Staake dan Ruane.
Ruane dilaporkan memberitahu Martin bahawa plot pembunuhan tersebut masih belum dilakukan.
Martin dilaporkan membuat pengakuan kepada polis dan memberikan nama Staake dan Ruane berhubung plot tersebut.
Menurut akhbar Toronto Star yang mendakwa melihat kandungan afidavit itu, Staake dan Ruane akan menerima AS$2,500 (RM7,635) bagi setiap testikel yang mereka potong.
Staake kemudian ditangkap di Vermont manakala Ruane ditahan di New York dengan gunting pemotong ditemui di dalam keretanya.
Staake masih ditahan manakala Ruane telah dibebaskan.
Setakat ini, kedua-dua mereka tidak dikenakan dakwaan percubaan membunuh.
Sementara itu, pengurus Bieber, Scooter Braun mengeluarkan kenyataan kepada US Weekly dengan menyatakan pihaknya mengambil setiap langkah untuk melindungi dan memastikan keselamatan Bieber dan para peminatnya. - Agensi

ADAKAH LAWAK DIBENARKAN DALAM ISLAM@JADI PELAWAK

Tiga minggu lawak lucah, Balas tersingkir


DADIDU kumpulan paling veteran bertanding turut tersingkir di minggu keempat.


SELEPAS tiga minggu tiada penyingkiran, program Maharaja Lawak Mega 2012 membuat kejutan pada minggu keempat Jumaat lalu dengan tiga kumpulan disingkirkan sekali gus.
Seperti yang dijangka, kumpulan Pimai (Imuda dan Mat Over) dan Dadidu (AR Badul, Bobo dan Arif Sudin) telah tersingkir kerana berada di kedudukan tercorot tiga minggu berturut-turut.
Bagaimanapun, berlaku kejutan di minggu keempat apabila kumpulan Balas turut tersingkir menjadikan tiga kumpulan telah terkeluar pada minggu berkenaan.
Balas yang telah tiga minggu membuat lawak berbaur lucah kecuali di minggu kedua, masih berdegil membuat lawak serupa walaupun telah ditegur oleh juri yang juga penyanyi Awie sebelum ini.
Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai berkata, tindakan Balas membuat lawak berunsur lucah menyebabkan markah yang diberikan tidak tinggi.
"Pengisian lawak yang berunsur politik, lucah, merendahkan penonton dan cabar pemikiran penonton dilarang sama sekali kerana program ini ditonton seisi keluarga," jelasnya pada sidang akhbar di akhir program berkenaan.
Tambah Bob, lawak lucah Balas turut menggambarkan kumpulan itu tidak menghormati amaran yang telah diberikan oleh juri dan Astro sendiri pada setiap minggu.
"Tidak adil kepada peserta lain tidak buat lawak berunsur lucah, jadi markah kumpulan yang tidak patuh arahan akan dipotong," ujarnya.

IMUDA (kiri) dan Mat Over mewakili Pimai akur apabila turut tersingkir dalam pertandingan itu.


Katanya, walaupun Astro telah meminta draf lawak semua peserta pada sehari sebelum siaran langsung program itu diadakan namun ada peserta tidak memberikan perincian sepenuhnya sketsa yang dibuat.
"Ada kumpulan yang mahu simpan dan rahsiakan lawak meletup mereka, jadi Astro tidak jangka perkara ini (lawak lucah) boleh berlaku," jelasnya.
Balas pula ketika ditemui menyatakan bahawa lawak lucah yang dilakukan oleh mereka pada minggu keempat itu satu adalah salah faham.
Walaupun akur dengan penyingkiran itu, anggota kumpulan tersebut, Mohamad Shukri Mohamad Sahar berkata, lawak air liur itu tidak lucah, sebaliknya juri telah salah faham kerana dialog itu tidak dapat dihabiskan kerana masa sudah tamat.
"Sepatutnya air liur itu tidak ada unsur lucah tetapi ia menjadi ayat tergantung dan kemudian menyebabkan ia disalah erti oleh penonton dan juri," jelasnya mempertahankan diri.
Menganggap nasib mereka tidak baik pada minggu berkenaan kerana kumpulan R2 lebih menonjol yang kebiasaannya berada dalam lingkungan tiga kumpulan tercorot.
Sementara itu, pada malam berkenaan, kesemua juri iaitu Awie, Najib Ali, Wulan Guritno dan Lisa Surihani memilih kumpulan R2 sebagai peserta paling menonjol melalui tema memujuk.
Kata Wulan, walaupun sebelum ini kedudukan R2 tergugat kerana sering berada tercorot tetapi malam itu mereka telah menunjukkan kebangkitan.

LAWAk R2 akhirnya berjaya mencuit hati penonton dan juri.


"Saya terkejut, R2 boleh buat lawak yang melucukan dan mengharapkan ia kekal atau lebih lagi dengan menampilkan lawak bermutu," jelasnya.
Bagi Lisa pula, dia turut terkejut dengan R2 yang berjaya memikat hati penonton dan mampu menghabiskan sketsa tepat pada masanya.
Pada minggu keempat itu, tempat pertama hingga ketiga masih diungguli kumpulan Jozan, Jambu dan Boboi.
Kumpulan lain yang bertanding malam itu ialah Saywho, Shiro, Sabon dan Bandung Jokers
Maharaja Lawak Mega 2012 boleh disaksikan di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) setiap Jumaat, pukul 10 malam.
Pemarkahan pertandingan itu dikira melalui 70 peratus oleh juri dan 30 peratus undian penonton.


Celakanya Para Pelawak

 by Abu Muawiah 

Celakanya Para Pelawak
Dari Abdullah bin Amir radhiallahu anhu dia berkata:
دَعَتْنِي أُمِّي يَوْمًا وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدٌ فِي بَيْتِنَا فَقَالَتْ هَا تَعَالَ أُعْطِيكَ فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَا أَرَدْتِ أَنْ تُعْطِيهِ قَالَتْ أُعْطِيهِ تَمْرًا فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَا إِنَّكِ لَوْ لَمْ تُعْطِهِ شَيْئًا كُتِبَتْ عَلَيْكِ كِذْبَةٌ
“Suatu hari ibuku memanggilku, sementara Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam duduk di dalam rumah kami. Ibuku berkata, “Hai kemarilah, aku akan memberimu sesuatu.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian bertanya kepada ibuku, “Apa yang akan engkau berikan kepadanya?” Ibuku menjawab, “Aku akan memberinya kurma.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada ibuku, “Ketahuilah, jika kamu tidak jadi memberikan sesuatu kepadanya, maka itu akan ditulis sebagai kebohongan atasmu.” (HR. Abu Daud no. 4991 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 748)
Dari Bahz bin Hakim dari ayahnya dari kakeknya radhiallahu anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
وَيْلٌ لِلَّذِي يُحَدِّثُ فَيَكْذِبُ لِيُضْحِكَ بِهِ الْقَوْمَ وَيْلٌ لَهُ وَيْلٌ لَهُ
“Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta untuk membuat orang lain tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” (HR. Abu Daud no. 4990, At-Tirmizi no. 2315, dan dinyatakan hasan oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 7136)
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ
“Cukuplah seseorang (dianggap) berbohong apabila dia menceritakan semua yang dia dengarkan.” (HR. Muslim no. 5)
Abu Mas’ud radhiallahu anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
بِئْسَ مَطِيَّةُ الرَّجُلِ زَعَمُوا
“Seburuk-buruk bekal yang dimiliki oleh seseorang (dalam berbicara) adalah ungkapan ‘menurut sangkaan mereka’.” (HR. Abu Daud no. 4872 dan dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 866)
Maksudnya: Dia menyampaikan berita kepada orang lain hanya berdasarkan berita yang tidak jelas atau sangkaan-sangkaan orang saja.
Penjelasan ringkas:
Berdusta adalah dosa besar dan telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya pada seluruh keadaan. Baik itu berdusta kepada orang dewasa maupun kepada anak-anak, baik orang yang mendengar belum tahu itu dusta maupun orang yang mendengar sudah tahu itu dusta (misalnya cerita lucu yang semuanya sudah paham kalau cerita itu hanya karangan), baik dustanya menyebabkan orang lain terzhalimin maupun tidak. Semuanya merupakan kedustaan yang diharamkan atas setiap muslim untuk terjatuh di dalamnya.
Di antara kedustaan yang biasa tersebar di tengah-tengah manusia dan dianggap enteng oleh kebanyakan di antara mereka adalah:
1.    Berdusta kepada anak kecil dengan anggapan mereka masih kecil.
Termasuk di dalamnya mengingkari janji kepada anak kecil atau menjawab pertanyaan anak kecil dengan jawaban dusta.
2.    Menceritakan kedustaan kepada orang lain, baik sesuatu yang lucu maupun tidak. Baik di dalamnya mengandung pelajaran yang baik maupun tidak. Semua bentuk cerita fiktif atau karangan atau dongeng atau yang semacamnya tidak boleh diceritakan karena isinya merupakan kejadian yang tidak pernah terjadi, karenanya ceritanya dikatakan kedustaan.
Alasan di dalam kisahnya terdapat pelajaran dan nilai pendidikan tidaklah bisa menjadikan kedustaan itu menjadi halal.
3.    Melawak dengan menceritakan cerita dusta, baik orang yang mendengarnya tertawa maupun tidak, baik pendengar mengira itu adalah cerita sungguhan maupun mereka sudah tahu kalau cerita itu adalah dusta.
4.    Berdusta dalam ucapan keseharian agar dirinya tidak kena marah atau agar dirinya tidak dihina oleh manusia.
5.    Menceritakan semua kabar yang dia dengar. Hal itu karena dalam kehidupan sehari-hari dia pasti akan mendengarkan kabar yang benar dan kabar yang benar. Karenanya tatkala dia menceritakan semua yang dia dengar, maka pasti suatu ketika dia akan terjatuh dalam kedustaan dengan menceritakan kabar yang tidak benar.
6.    Menceritakan sesuatu yang belum jelas sumbernya atau belum jelas benar tidaknya.

Nasib Pelawak-pelawak yang Meninggalkan Moral dan Etika

Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (karena) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita(yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirim sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim (surat hujurat ayat 11)
1. MUQODDIMAH
Melawak atau membadut adalah permainan yang sifatnya sebagai hiburan dengan bertingkah dan berdandan yang lucu-lucu untuk mengundang tertawa para penontonnya. Terkadang sendirian ( monolog ) ,terkadang dua ( dialog) sering juga kita temuai lebih dari itu berbentuk group/rombongan. Singkat cerita membadut semula hanya sebagai pelipur lara/hiburan secara cuma-cuma tanpa bayaran. Selanjutnya seiring dengan perkembangan budaya, lawak/badut berubah menjadi suatu profesi, yang mendatangkan uang dan penghasilan tidak hanya mencukupi untuk kebutuhan keluarga tetapi mampu untuk hidup di atas layak. Perkembangan selanjutnya, materi lawak yang semula cerita yang mengandung tamsil kehidupan, berkembang memuat masalah politik sekedar untuk menyindir fihak pemerintah/penguasa terhadap kebijakan yang selama ini diterapkan, lebih dari itu tidak hanya sekedar untuk memancing agar orang tertawa tetapi sudah tidak memperhatikan moral, etika, kesopanan, bahkan sering kita menyaksikan menyerempet-nyerempet ke permasalahan porno, cabul. Namun yang sering kita dapatkan adalah untuk mengundang tawa para penonton sering diwujudkan menghina lawan mainya dengan sebutan yang tidak senonoh, menghina, mulai dari binatang, sampai dengan sebutan-sebutan tuyul dan lain sebagainya. Penulis berfikir, bagaimana hukumnya menurut Islam ( Al Qur-an, Sunnah Rosulullah saw.), tentang
a.     Melawak yang demikian ( arogan, uragan , tidak memperhatikan etika moral)
b.     Hukum orang yang menontonnya.
c.      Bayaran/honor yang diterima oleh para pelawak .
d.     Hukum orang yang mengadakannya/sponsor.
Melawak yang dibenarkan dalam ajaran Islam.
2. LETAK AROGANS1 PELAWAK
Tidak dapat dipungkiri media lawak mampu menjembatani antara pelawak dan penonton untuk lebih komunikatif dan segar, tanpa harus membedakan status sosial, pangkat, jabatan maupun ekonomi. Secara umum dan obyekif media lawak masih sangat efektif untuk menyampaikan pesan‑pesan. Penulis mengamati beberapa tayangan lawak di televisi, terdapat beberapa hal di luar moral agama dan etika, antara lain:
Mengatakan kepada lawan mainnya dengan sebutan merendahkanya, misalnya : mulutmu seperti bemo, muka badak, beruang, kuda nil, orang hutan ,Hanoman. Perbuatan di atas menurut Imam Ghozaly akan menjadi dosa besar antara lain jika dilakukan ;
- Melakukan dosa kecil tersebut dengan meremehkan tanpa beban sambil tertawa‑tawa ,
Dosa tersebut di sebarluaskan dan diikuti oleh orang banyak lewat lebih-lebih lewat media elektronik dengan disaksikan jutaan orang (otomatis penonton berdosa karena ikut senang/mendukung adanya perbuatan dosa berlangsung, kemungkinan dia akan meniru).
Menyebabkan orang lain berdosa adalah berdosa, lebih dilakukan dengan sengaja.
Akibat perbuatan tersebut para pelawak sebagai pelopor perbuatan dosa akan bertanggung jawab dunia akhirat, sebagaimana sabda Rosulullah saw.:
وَعَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَرَضِيَ الله عَنْهُ :أَنَّ رَسُوْلُ الله صَلّى َالله عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَ:
مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُوْرِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ
ذَالِكَ مِنْ اُجُوْرِهِمْ شَيْئًا وَ مَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ
مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَالِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا – زواه مُسْلِمُ
“Barang siapa yang mengajak kepada petunjuk Allah, maka ia mendapat pahala seperti orang yang mengikutinya , sedikitpun tidak dikurangi pahalanya. Barang siapa yang mengajak ke jalan sesat, ia mendapat dosa seberat dosa orang yang mengikutinya, sedikitpun
tidak dikurangi dosanya”.
b. Adanya orang yang teraniayah , baik orang yang bersangkutan ( yang dihina ) maupun sanak famili orang tersebut saat terjadi penghinaan. Sebagaimana manusia biasa dan normal langsung maupun tidak langsung hatinya akan bergetar tersayat malu, atau nuraninya akan merintih dengan penuh kejujuran dengan ungkapan :
“ Tidak adakah humor/melawak yang tidak menghina atau melecehkan orang ? Duhai Bapak Ibuku, demi sesuap nasi atau demi mempertahankan kehidupan, tanggungan hidupmu berat sekali, engkau rela dihina.
c. Hakekat menghina makhluk adalah menghina kepada Sang Pencipta / Allah SWT dalam aplikasi/praktek kehidupan sering permasalahan dapat kita kembalikan kepada diri kita . Misalnya seseorang menghina terhadap tulisan , masakan ataupun segala sesuatu yang kita buat langsung maupun tidak langsung kita sebagai penulisnya, pembuatnya akan merasa tersinggung. Walaupun apa yang kita buat pada kenyataannya memang tidak baik, tidak enak, tidak indah , Agama mengatur sedemikian bijak dan arif agar setiap manusia tidak berbuat aniaya dan teraniaya kepada sesama manusia, sekecil apapun. Inilah aturan agama, sekecil apapun dosa yang kita lakukan kita akan mempertanggung jawabkan di hadapan Allah. Sebagaimana firman Allah dalam surat Al Zilzal ayat 7-8 :
فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ( ٧ ) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شّرًّا يَرَه ُ( ۸ )
(7) Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.)( 8) Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
d. Laki-laki berlagak seperti perempuan dan perempuan bertingkah sebagai laki-laki.
Baik sifatnya main‑main atau sungguh-sungguh sebagai mana para pelawak yang bergaya sebagai wanita / bencong /wadam atau sebaliknya para wanita yang memakai kumis, maupun berdandan sebagai laki‑laki mulai dari pakaian, yang mana perbuatan tersebut sangat-sangat dikutuk oleh Rosulullah saw. sebagaimana, sabdanya:
لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ ص.م الْمُتَشَبِهِيْنَ مِنَ الرِّجَالِ بِالّنِسَـاءِ
وَالْمُتَشَبِهَاتِ مِنَ النِساَءِ بِالرِّجَالِ _ رواه اتبخارى
“Rosulullah saw telah mengutuk laki‑laki yang menyerupai perempuan,
dan perempuan yang menyerupai laki‑laki”
3. BUKANKAH YANG DIHINA IKHLAS DAN TIDAK SAKIT HATI
Ungkapan di atas sering dimanfaatkan sebagai pembenaran Dalam ajaran Islam tidak cukup sesuatu menjadi halal apabila antara pelaku kejahatan dan korban terjadi kesepakatan saling tidak sakit hati. Penulis mengambil contoh yang agak ekstrim yaitu kasus pelacuran. terjadi saling tidak sakit hati, bahkan “mungkin’ saling mengenakan . Dalam pandangan Islam hukumnya tetap haram. Karena hakekat pelacuran adalah pola hidup yang keluar dari fitrah manusia. Pola hidup binatang yang tidak memperhatikan nilai-nilai moral melahirkan anak-anak zina . Di sisi lain ajaran Islam memiliki misi untuk menyelamatkan kesucian keturunan manusia
Kembali ke masalah lawak dan komedi, maka tidak cukup hukum pelawak menjadi halal dengan alasan sasaran ejekan merasa ikhlas atau tidak sakit hati. Syarat mutlak yang harus diperhatikan segala sesuatu hukumnya menjadi halal apabila telah terpenuhinya.:
Pertama, Benar niatnya, yaitu semata‑mata mengharap ridlo Allah SWT,
Kedua, benar caranya, yaitu tidak ada sedikitpun caranya yang tidak dibenarkan oleh ajaran Islam. Ketiga, benar tujuan, tujuannya semata‑semata untuk kebenaran, bukan untuk lainnya. Sehingga dalam setiap amaliah tidak ada satu orangpun yang teraniayah baik langsung maupun tidak langsung. Inilah ajaran Islam yang mengajarkan kesucian.
4. LALU BAGAIMANA …?
Pertanyaan di atas merupakan ungkapan yang sangat panjang untuk kita jawab, karena menyangkut permasalahan yang mendasa, antara lain :
Jika melawak tanpa merendahkan lawan main sepertinya sulit untuk mengundang tertawa penonton . Jika tidak tidak ditertawakan penonton, bisa turun pasaran
Jika melawak dengan merendahikan lawan main hukumnya haram lalu bagaimana hasil honor dari melawak apakah haram ?
Lalu bagaimana bagi penonton yang menyaksikan komedi dan lawak yang mengadung perbuatan‑perbuatan maksiat.
Penulis bukan bermaksud menghukumi para pelawak, namun penulis bertanggung jawab terhadap perkembangan budaya dan moral bangsa. Yang nyata-nyata adalah mayoritas beragamakan Islam. Mau dibawa ke mana bangsa ini jika kualitas komedi dan lawak hanya berisikan saling mengejek ,nyerempet‑nyermpet pornodan jauh dari akhlak Islam . langsung tidak langsung jika hal ini kita diamkan kita semua turut berdosa. Marilah kita renungkan Firman Allah di bawah ini :
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن بَنِى إِسْرَاءِيْلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُدَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَّكَانُوا
يَعْتَدُونَ i٧٨p كَانُوا لاَيَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَi٧٩p
Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam.Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka danselalu melampaui batasi78pMereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu i79p
Selanjutnya , menjawab beberapa ungkapan keberatan di atas, benarkah melucu, komedi, lawak dan humor tanpa perkataan kotor kita tidak ada pasaran ? kurang mendapat sambutan publik.Ungkapan inipun kurang dapat dibenarkan. Yang benar adalah membuat lawakan yang dibenarkan agama maupun moral bukanlah sesuatu yang mudah. Karena hal ini memerlukan pemikiran yang serius. Dan memang harus demikian, jika kita ingin dikatakan scorang pelawak yang profesionalisme tidak hanya melucu dan terima honor besar tanpa memperhatikan keselamatan pribadi, keluarga maupun masyarakat baik di dunia maupun di akhirat. Pelawak yang tidak memperhatikan nilai-nilai agama dan moral masyarakat, tidak lebih mereka adalah sebagai agen‑agen atau suplayer syaitan yang berwujud manusia untuk menyesatkan manusia di dunia. Sebagaimana ancaman syaitan dihadapan Allah tertera dalam surat Al Hijr ayat 40-41:
قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغْوَيْتَنِي لأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي اْلأَرْضِ وَلأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ i٤٠p
i40pIblis berkata:”Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat,
pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di
muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Selanjutnya bagaimana bukum honor yang diperoleh dari melawak yang jorok atau lawakannya bercampur ada yang baik ada yang jorok ? maka secara, hukum fiqhi memang harus dipisahkan yang baik tetap halal, yang jorok adalah haram. Namun secara praktis hal seperti ini adalah sulit untuk dipisahkan. Untuk itu Penulis berpendapat , agar harta kita tidak tercampur dengan harta yang haram, maka kita perlu memperhatikan kaidah ilmu fiqhi/hukum Islam yang mengatakan :
إِذَااجْتَمَعُ الْحَلاَلُ وَالْحَرَامُ غُلِبَ الْحَرَامُ
Apabila dalam satu masalah berkumpul antara yang halal dengan yang haram maka hukumkanlah masalah tersebut haram”
Agar kita tidak terjatuh dalam kemaksiatan yang berkepanjangan, maka kaidah inilah yang seharusnya kita terapkan pada diri kita. Harta yang kita peroleh dengan usaha yang tidak jelas halal haramnya maka hukumnya adalah haram. Baik usaha tersebut murni bisnis ataupun di bidang jasa. Secara hukum fiqih setiap perbuatan yang sifatnya ada unsur pengaiayaan baik terhadap dirinya sendiri lebih‑lebih orang lain ( yang dilarang oleh agama ) apabila dikomersilkan maka hasilnya adalah haram. Karena kita menerima bayaran tersebut adalah di atas derita orang lain. Sama halnya orang berjudi, apabila dia menang maka hukumnya adalah haram di atas kemenangannya tersebut, banyak orang yang teraniayah. menderita.
Setelah kita mengkaji masalah di atas ,maka sudah jelas bahwa para penonton yang menyaksikan acara tersebut (lawak/humor yang jorok) adalah termasuk berserikat/bersekutu dalam perbuatan maksiat. Demikian juga halnya orang‑orang yang menjadi sponsor adanya lawak yang ada muatan maksiyat termasuk agen‑agen kemaksiyatan yang tidak luput dari sangsi hukum Allah.
5. CONTOH BEBERAPA LAWAKAN YANG MASIH MORALIS
Ada beberapa lawak yang masih dianggap relevan jika dikaitikan dengan moral , antara 1ain
Wanita yang terkuat di dunia adalah Nyonya Mener karena mampu berdiri sejak tahun 1918.
Nama marga fam NAPITUPULU adalah berasal dari Jawa, sebab berasal dari bahasa Jawa nem,pitu,wolu ( enam,tujuh delapan ).
Binatang yang paling aneh di dunia adalah belalang dan kupu‑kupu sebab siang makan nasi kalau malam minum susu ( ingat lagu anak‑anak ” belalang kupu‑kupu, siang makan nasi kalau malam minum susu ‘).
Abunawas diadili oleh Sultan Harun AI Rosyid sebab dia berkata dirinya lebih kaya. dari Allah, setelah diadili dia mengatakan : babwa. dia dirinya lebih kaya dari Allah dengan alasan, bahwa. dirinya memiliki anak 9 orang sedangkan Allah tidak memiliki anak.
Ketika jaman pemerintahan Presiden Soekarno M.Agus Salim mewakili negara Indonesia untuk menyampaikan pidatonya di Perancis , karena berpakaian memakai kain sarung dan berjenggot, ketika tampil ke depan podium beliau mendapat suara cemohan berupa suara kambing embek … embek … embek. Ketika beliau berpidato dengan bahasa Perancis yang fasih banyak orang Perancis dan hadirin berdecak kagum, memberikan tepuk tangan karena kagum. Beliau menyadari hal ini, selesai berpidato masih di atas podium, beliau mengatakan, ” Ini baru kambingnya Indonesia ,belum harimaunya. di negara kami Indonesia masih banyak harimau‑harimau Indonesia yang lebih hebat dari pada kambing..
Masih cerita tentang KH. Agus Salim ketika beliau makan bersama dengan para delegasi asing, beliau makan mempergunakan tangan ( tanpa sendok ) , banyak para. tamu yang kurang berkenan, dan sempat ada kata‑kata menghina bahwa beliau dikatakan sebagai orang udik, orang desa, ungkapan tersebut disambut dengan tertawa‑tawa melecehkan beliau. Lalu beliau berdiri memintah ijin berbicara. untuk menjelaskan mengapa dia makan tidak pakai sendok ? karena saya makan memakai tangan saya, adalah lebih bersih, bukan bekasnya orang lain jika dibandinglcan dengan memakai sendok , karena sendok yang tuan‑tuan pakai sekarang adalah bekas dipakai oleh banyak orang. Mungkin puluhan bahkan ratusan orang
Demikianlah sekedar contoh lelucon yang tidak menyalahi aturan moral dan agama.
6. PENUTUP
Dari uraian di atas, maka dapat kita simpulkan bahwa tidak cukup setiap perbuatan dalam ajaran Islam dinyatakan halal / boleh kita lakukan hanya sekedar berdasarkan tujuannya yang baik . Obyek yang menjadi sasaran telah mengikhlaskannya atau tidak merasa sakit hati terhadap perbuatan kita sekali lagi hal ini belum cukup . Karena menurut ajaran Islam manusia hidup tidak terlepas dari keterkaitannya dengan Allah SWT ,maka walaupun manusia seluruh dunia ridloh tetapi apabila Allah tidak meridloinya tetap hukumnya perbuatan tersebut adalah haram. Demikian juga perbuatan melawak, melucu yang keluar dari ajaran Al Qur‑an dan Sunnah Rosulullah saw, maka hukumnya adalah haram. , demikian juga hasil honor maupun yang menontonnya adalah terlibat dari dosa dan murka Allah SWT. ,inilah ungkapan setan ketika berbicara dihadapan Allah akan menjadikan indah segala perbuatan dosa dan kemungkaran.
Demi keselarnatan kita semua , kejayaan Islam dan Umat Islam serta terbangunnya budaya bangsa dari nilai‑nilai moral dan ethika, tidak hanya kita tetapi juga seluruh komponen bangsa termasuk di dalamnya adalah para. seniman, pelawak dan juga para artis marilah kita isi profesionalisme yang kita dalami dan tekuni dengan nilali‑nilai moral sehingga ridlo dan rahmat Allah tetap tercurahkan kepada kita semua , hasil jerih payah kita menjadi halal, manfaat di dunia maupun di akhirat.marilah kita renungkan firman Allah di bawah ini ;
إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ
أَن يَّقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Sesungguhnya jawaban orang-orang mu’min, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nyaagar Rasul mengadili diantara mereka ialah ucapan “Kami mendengar dan kami patuh”. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (QS. An Nuur aya 51)



Ad Dimasyqy,Jamaluddin Al Qosyimy,Mau’idhotul Mukminiin min Ihyaai Uluumiddinni, Mesir: Muhyidiina Shoobiril Kurdy,1929.
Dosa yang belum ditentukan sangsi hukumnya baik di Al Qur-an maupun di Hadis.
Asy Syaikhul Islam MuhyiidiinAbi Zakariya Yahya bin Syaraf An Nawawy, Riyaadlus Shoolihiin : Syirkah Nur Asia, tt.halaman 104.
Upaya untuk membenarkan sesuatu pendapat yang sebenarnya tidak benar, baik dengan pendekatan moral maupun logika. sehingga apabila kita jujur akan tampak hal tersebut tidak benar
segala perbuatan yang mengandung dosa ,
Imam Jalaluddin Abdurrahman bin Abibakar Suyuthy Syafi’i wafat tahun 911 H , Asybaahu wa nadbooir fit Fumul, Surabaya: Maktabah Muhammad Ahmad Nabhan we Auladihi.
Dorongan, semangat, motivasi yang dilandasi nilai-nilai ethika, akhlaq, misalnya kejujuran,keberanian, ketulusan, sopan santun, dermawan.


Soal Jawab : Hukum Komedi / Melawak/ Buat Lawak

Salam…
Rasanya belum terlambat lagi untuk Ustaz Love mengucapkan tahniah kepada kumpulan Sepah kerana memenangi Maharaja Lawak baru2 ni. Lawak bertiga ini memang evergreen.. The Three Stooges, Do Re Mi, Bujang Lapok dsb sentiasa menjadi pilihan para penonton berbanding lawak sorang2. Tapi, bagi Ustaz Love, pemenang sebenar rancangan tersebut adalah Nabil.. sebab berjaya membawa pulang RM150k.. sedangkan Sepah, walaupun memenangi RM350k, terpaksa berkongsi 3 orang.
Pehh.. panjang plak intro. Jadi, Ustaz Love terus masuk kepada persoalan utama.. iaitu persoalan yang diajukan oleh Mama Zharfan :
ustaz, nak mintak pandangan ustaz psl hukum komedi/lawak/buat lawak dlm islam..sbb me selalu dgr my mom ckp (my mom suka dgr ceramah agama kat masjid), hukum nya haram sbb melalaikan…and nabi muhammad SAW tak pernah gelak2 mcm yg kita gelak2 tu, paling byk pun baginda senyum sampai nampak gigi ajer..mohon komen Ustaz. syukran
Sebenarnya, hukum melawak, buat komedi, bergelak dan bergembira ini adalah harus. Ianya memang menjadi fitrah manusia.. tanpa sifat humor, seseorang itu bakal menjadi seorang yang sangat membosankan. Sebab itu, ramai yang suka menjadi pelawak, tak kira la lawak tu menjadi ke, tak jadi ke, lawak bodoh ke.. yang penting, bila orang yang diceritakan lawak itu gembira dan suka dengan lawak yang dilakukan, ianya menjadi suatu kepuasan bagi seseorang yang membuat lawak.
Dengan melawak, bukan saja boleh menggembirakan hati, bahkan bisa mengubat hati yang sedang lara. Bahkan ada pepatah Inggeris yang mengatakan “Laughter is the best medicine”.. ianya bukan dalil, sebaliknya ianya relevan dengan situasi berlawak ini.
Seorang Ustaz yang menyampaikan ceramah dalam suasana santai dan diselangi dengan lawak jenaka, mampu menarik perhatian ramai pendengar untuk mendengar ceramahnya.. contohnya mcm Ustaz Azhar Idrus. Bukanlah nak kata Ustaz2 yang tak pandai melawak itu tak menarik, sebab setiap orang ada daya tarikan masing2, tetapi Ustaz2 yang suka melawak ini nampak lebih mesra dan lebih dekat dengan pendengar.
Islam merupakan agama yang harmoni. Ada masanya perlu bersedih, ada masanya perlu marah, ada masa perlu gembira, senyum, gelak dsb. Bukanlah agama Islam ni agama yang serius.. kena berkerut setiap masa.. kena serius sentiasa..
Sebab itu perlakuan Nabi s.a.w. sangat wajar diteliti kerana Nabi s.a.w. adalah seorang manusia yang paling bertakwa kepada Allah, tetapi Baginda juga merupakan seorang manusia yang sangat menyenangkan hati kawan dan lawan. Nabi s.a.w. akan serius pada tempatnya, dan juga ada masanya Baginda membuat lawak, ada masanya Baginda akan tersenyum dengan lawak para sahabat..
Cuma, seperti biasa, perkara harus ini, jika dilakukan berlebih2an dan melampaui batas, boleh menyebabkan ianya menjadi haram.
1. Lawak yang menghina sifat manusia.
Kebiasaan lawak orang kita, suka merendah2kan dan menghina sifat manusia yang secara tak langsung menghina ciptaan Allah. Banyak contohnya seperti tajuk drama Halimah Jongang, Fatimah Juling dsb.. juga menjadikan sifat2 manusia yang agak kurang sempurna sebagai ejekan seperti tempang, gemuk, hitam, rongak, ketiak berkerak dsb.
2. Lawak Penyerupaan Jantina.
Islam melarang lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya. Penyerupaan ini termasuklah seorang lelaki membuat suara wanita, memakai pakaian wanita, membuat lenggok wanita (spt pondan), memakai perhiasan wanita (subang, gelang, rantai) dsb.
3. Lawak Yang Menyentuh Sensitiviti Agama
Lawak juga boleh menjadi medium penyampai kepada masyarakat.. lawak2 yang mempertikaikan kredibiliti para mufti, fatwa2, syariat Islam dsb adalah dilarang dan amat berbahaya.. kerana ianya boleh menyebabkan akidah rosak kerana mempermain2kan hukum agama.
4. Lawak Tak Kena Tempat
Dalam melawak pun, perlu berhikmah. Kena tengok suasana. Sekalipun kita seorang yang sangat kelakar dan hensem plak tu, sekiranya suasana itu memerlukan kita untuk bersedih dan bersimpati, maka kita kena ikut suasana tersebut. Contohnya suasana dalam majlis pengebumian, tatkala para waris bersedih dengan kematian ahli keluarga, jangan la plak kita membuat lawak yang boleh menyinggung perasaan mereka. Sekalipun waktu itu kena melakukan sesuatu supaya mereka tak melayan sangat perasaan sedih, tetapi ada baiknya kita memberikan khabar2 gembira berkenaan syurga dan pahala.
Bagi yang mendengar lawak juga, seboleh2nya kawal suara gelak. Jangan sampai gelak mengilai2 macam orang kena rasuk, ataupun gelak berdekah2 sampai tergolek2.. Sekalipun gelak itu dibenarkan, namun kita masih lagi tertakluk dengan adab dan akhlak Islam. Gelak2 yang melampau boleh menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Muslim. Kecualilah kalau kita gelak dalam bilik.
Namun begitu, dalam bergelak ketawa, kita jangan lupa menangis. Menangis memohon keampunan kepada Allah di malam hari, kerana mungkin di siang hari kita banyak bergelak dan menggelakkan orang sehingga tak perasan kita dah mengguris hati orang lain.
Sudah tentu senyum itu lebih baik berbanding gelak. Namun, jika tak dapat nak tahan (Ustaz Love sendiri tak mampu nak tahan gelak), maka kena kawal gelak tu supaya lebih berpada2. Kita ini cuma manusia biasa.. tak mampu nak mengikuti kesemuanya, namun kita masih punya usaha dan ikhtiar.
WA


Profesi Pelawak dan Panggung Hiburan

Oleh Ustadz Zainal Abidin, Lc.
Segala puji hanya milik Allah Subhanahu Wata’ala Rabb semesta alam, yang menurunkan al-Qur’an al-Karim sebagai petunjuk dan peringatan bagi seluruh makhluk dari kalangan Jin dan manusia. Semoga shalawat dan Salam tetap tercurah kepada Nabi Muhammad Shallallohu ‘Alaihi Wasalam, sebagai utusan Allah Subhanahu Wata’ala dan menjadi manusia sempurna rohani dan akalnya, tinggi kedudukannya, dan luhur budi pekertinya dan mulia akhlaknya, sehingga ucapan dan tindakan beliau menjadi panutan dan suri tauladan.
Dengan dalih islamisasi dan dakwah lewat media, akhir-akhir ini banyak bermunculan kesenian bernuasa Islam hingga para pengamen jalananpun ikut-ikutan menyajikan lagu-lagu bernafaskan Islam. Bahkan dangdut, ketoprak dan wayang kulit bercorakkan Islam tumbuh subur dimana-mana, sampai pentas kesenian lawak yang berbau Islampun merebak, hingga semakin sulit dibedakan antara kesenian Islam dengan kesenian jahiliyah. Adakah kesenian dalam Islam? Benarkah mereka sedang memainkan peran Islam atau malah mereka sedang mempermainkan peranan Islam? Waspadalah jangan gampang silau dan tertipu dengan segala pentas seni dan musik yang bernuansa religi atau bernafaskan Islam.
Adakah Hiburan dan Kesenian Dalam Islam
Jenuhnya suasana dan penatnya pikiran, akibat dari kesibukan harian memunculkan banyak gagasan dan inovasi untuk merilis kreasi hiburan, dari mulai kelas bergensi hingga tingkat ecek-ecek. Bahkan peluang ini banyak dilirik para investor media, baik asing maupun lokal. Tidak bisa ditampik, saat-saat tertentu hidup memang butuh suasana rilek dan santai untuk mengendurkan urat saraf, untuk memulihkan gairah dan semangat baru, mengusir gundah dan gelisah, menghasung kondisi penat dan letih, dan menghilangkan rasa pegal dan capek. Sehingga badan kembali segar, mental menjadi stabil, gairah kerja tumbuh lestari, dan produktifitas usaha semakin bagus, serta kehidupan manusia semakin maju dan sejahtera. Tetapi semuanya harus seirama dengan Islam dan dalam rangka beribadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala , bukan hanya sekedar mencari kepuasan syahwat.
Allah Subhanahu Wata’ala berfirman (yang artinya) :
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, (QS. 94:7)
Imam Mujahid berkata: Jika kamu telah selesai dari urusan duniamu, maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh ibadah kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan shalatlah.[1]
Dunia kesenian dan panggung hiburan zaman sekarang sangat bervariasi, dari mulai tayangan senetron religi, pentas dangdut, konser nasyid marawis, pertunjukan ketoprak, film komedi, festival gambus hingga manggungnya para pelawak. Semuanya bertujuan untuk menghibur para pemersa atau penonton yang sedang mengalami letih batin, capek pikiran dan lelah badan. Bahkan maraknya tayangan entertaiment di layar televisi bertujuan menghibur para pemirsa, akhirnya para ustadz setengah artis dengan tampilan nyentrik dan ganteng, rame-rame ambil bagian dan berebut kue manis bisnis media bernuansa religi, dalam rangka meramaikan dunia hiburan.
Muatan hiburan jarang ditakar dengan norma Islam, hingga hiburan yang disebut islamipun banyak yang melenceng dari aturan agama, bahkan lebih cenderung bebas dan bias jauh dari kendali syareat. Apalagi kepentingan materi menjadi dominan, target keuntungan menjadi pertimbangan utama dan kepuasan penonton sebagai prioritas, maka bisa dipastikan hiburan macam apapun tidak sepi dari kebatilan dan kemungkran. Sementara penonton rata-rata tertarik dengan segala yang berbau syahwat, semua yang bersifat hura-hura dan tayangan beraroma pornografi.
Selingan hidup untuk mengusir bosan dan capek dengan canda dan tawa merupakan sifat bawaan manusia, sebagai bumbu pergaulan dan garam kehidupan, karena semua orang kurang betah dengan suasana tegang dan hidup tanpa sisipan humoris. Bercanda dan tertawa boleh-boleh saja, asal masih dalam bingkai syareat, tidak mengandung muatan dusta, memuat pelecehan dan pamer penghinaan. Karena Nabipun kadang bercanda dengan sebagian shahabatnya.
Dari Anas bin Malik berkata bahwa ada seorang laki-laki berasal dari daerah pedalaman bernama Zahir bin Haram, sering memberi hadiah kepada Nabi barang-barang dari pedalaman. Nabi selalu memberi bekal saat ia ingin kembali ke kampungnya. Beliau bersabda: Zahir adalah orang pedalaman kita dan kita orang perkotaannya. Nabi sangat mencintainya meskipun orang ini bermuka sangat buruk. Pernah suatu hari beliau menghampirinya sementara ia sedang berjualan, maka beliau memeluknya dari arah belakang, sehingga orang tersebut tidak bisa melihatnya. Maka ia berkata: Lepaskan aku. Siapakah ini? Maka Rasulullah Shallallohu ‘Alaihi Wasalam berkata: Siapa yang mau membeli budak ini? Zahir berkata: Engkau akan mendapati aku tidak mungkin laku dijual, wahai Rasulullah Shallallohu ‘Alaihi Wasalam. Maka beliau bersabda:
Tetapi engkau disisi Allah Subhanahu Wata’ala  bukan barang tidak laku atau beliau bersabda: Tetapi engkau di sisi Allah Subhanahu Wata’ala  sangat mahal. [2]
Demikianlah gaya canda beliau, berkelakar tapi serius, bercanda bersih dari kedustaan, tertawa tapi jauh dari kehinaan, berhumor ria namun tidak sampai menghilangkan muru’ah dan wibawa. Bahkan canda dan humor beliau berbalas surga dan menebar keutamaan. Bukankah dengan canda beliau Zahir bin Haram menunai keutamaan dan kemuliaan di sisi Allah Subhanahu Wata’ala dengan ucapan beliau: “Tetapi Engkau di sisi Allah Subhanahu Wata’ala sangat mahal”.

Pentas Kesenian Lawak Dalam Prespektif Islam
Kecenderungan ingin menjadi orang tenar dan populer merupakan watak dasar manusia, sehingga peluang apapun yang mampu menghasung gelombang popularitas dikejar dan menjadi rebutan. Tidak perduli, untuk meraihnya harus menabrak norma agama dan melanggar aturan sosial. Joga-jago panggung dan pahlawan hiburan bermunculan. Maka bakat seni lawakpun digali dan dunia ektingpun digeluti, orang-orang gedongan hingga orang-orang gelandangan berpacu dalam melodi seni untuk berlaga di dunia lawakan, bahkan terkadang sebagian orang-orang terhormat ikut-ikutan menjadi pelawak. Padahal kalau mereka tahu resiko dan ancamannya pasti mereka akan lebih banyak menangis daripada tertawa.
Dari Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Shallallohu ‘Alaihi Wasalam bersabda: Sesungguhnya ada seorang hamba, berbicara dengan suatu kalimat, tidak diucapkan kecauli untuk membuat orang lain tertawa, maka ia terhempas ke dalam jurang Jahannam sedalam antara langit dan bumi. Dan sungguh terpelesetnya lisan lebih berat daripada seseorang terpeleset kakinya.[3]
Di antara acara hiburan dan pentas kesenian yang paling banyak diminati para penonton adalah dunia lawak, sehingga para pelawak menjadi manusia idola, bintang layar yang paling banyak mendapat sorotan mata pablik, tontonan yang banyak menyedot pemersa dan tayangan yang banyak menarik perhatian. Acara apapun selalu dibumbui dengan lawakan hingga para kyai dan ustadzpun pada pinter melawak dan mencari sensasi dengan bergaya seperti pelawak. Orang awam mana yang tidak tertarik menjadi pelawak, dengan imbalan jutaan rupiah dalam setiap aktingnya, menjadi bintang iklan dengan bayaran mahal, dan menyandang gelar dan populer yang dikenal oleh semua kalangan dari anak-anak hingga para pejabat negara.
Inilah yang membuat para seniman berbondong-bondong hijrah ke dunia pentas lawakan. Setiap acara hiburan dan kesenian selalu diselingi dengan acara lawakan. Bahkan ustadz yang digemari umat adalah mereka yang pintar meniru gaya para pelawak. Memang hampir setiap orang suka bercanda dan senang dengan suasana humoris, sedangkan Islam tidak melarang hal tersebut karena Nabipun kadang bercanda dan menghidupkan suasana humoris ketika bergaul sama shahabatnya namun Islam juga membenci kedustaan dan kemunafikan dalam bergaya. Maka siapa saja yang memancing suasana agar semua tertawa walaupun dengan cara berdusta maka terkena ancaman Rasulullah Shallallohu ‘Alaihi Wasalam.
Dari Bahaz bin Hakim dari bapaknya dari kakeknya berkata bahwa Rasulullah Shallallohu ‘Alaihi Wasalam bersabda:
Celakalah bagi seseorang yang bercerita dengan suatu cerita, agar orang lain tertawa maka ia berdusta, maka kecelakaan baginya, kecelakaan baginya. [4]

[1]. Tafsir Ma’alimut Tanzil, al-Baghawi, 8/ 466. [2] . Shahih diriwayatkan Imam Ahmad dalam Musnadnya dan lihat al-Fathur Rabbani, Ahmad Abdurrahman al-Bana, 22/ 239 dan Imam Muhammad at-Tibrizi dalam Miskatul Masabih, bab Mizah (4889), 3/ 1370. dishahihkan Syaikh al-Bani.
[3] . Shahih diriwayatkan Imam Muhammad at-Tibrizi dalam Miskatul Masabih, bab Mizah (4835), 3/ 1360.
[4] . Shahih diriwayatkan Imam at-Tirmdzi dalam Sunannya (2315) dan Imam at-Tibrizi dalam Miskatul Mashabih, bab Hifzul Lisan (4834) dan disahihkan Syaikh al-Bani.
Sumber: http://www.zainalabidin.org/?p=86 dan diplublikasikan kembali oleh http://salafiyunpad.wordpress.comLawak, Pelawak dan Islam


Lawak, Pelawak dan Islam 
  Salam,

1- Senario semasa menyaksikan lawak telah menjadi suatu perkara yang dicari dan dikomersilkan.

2- Lantas, lahirlah ramai pelawak dan penjenaka yang menjadikan lawak dan jenaka sebagai sumber pendapatan mereka.

3- Dalam Islam, tiada hukum yang primer dalam menjadi pelawak, tetapi ada beberapa hukum terbitan/ sekunder yang akan menentukan hukum final/ akhirnya.

4- Boleh menjadi pelawak dan sah pendapatannya, JIKA:

a) Tidak berbohong/ menipu dalam lawaknya, atau untuk tujuan lawak.

b) Tidak mencederakan/ menyakitkan/ menyusahkan mana-mana muslim dengan lisannya/ lawaknya.

c) Tidak mengumpat/ ghibah/ menceritakan keburukan/ menghina/ membuat fitnah terhadap sesiapa dalam lawaknya.

d) Tidak menyeru kepada kejahatan/ kezaliman/ maksiat dalam apa yang dilawakkannya.

e) Tidak menyerupaï wanita dalam pakaiannya/ perwatakannya/ sifat kelakuannya dalam lawaknya.

f) Tidak mempunyaï kandungan lawak yang bercanggah dengan ajaran atau prinsip Islam, walaupun hanya sekadar untuk suka-suka.

g) Tidak memakai rambut palsu, atau pakaian yang mendedahkan `aurat dalam lawaknya.

h) Tidak bercampur secara bebas lelaki-perempuan dalam lawaknya.

i) Tidak menyebut hal yang lucah/ menaikkan syahwat dalam lawaknya.


5- Adalah tidak boleh, haram, dan tidak halal pendapatannya JIKA mempunyaï unsur-unsur yang disebutkan di atas.

6- NOTA dan RENUNGAN:

i. Bolehkah anda melawak tanpa berbohong?
Contoh: Pagi tadi kan, saya... (Adakah benar ia berlaku pagi tadi?)

ii. Bolehkah anda melawak tanpa mencederakan orang lain dengan lisan anda?
Contoh: Dia terjatuh sampai koyak seluarnya. Apa lagi, nampaklah... (Tidakkah ini mencederakan maruah orang itu?)

iii. Bolehkah anda melawak tanpa tidak menceritakan keburukan orang lain?
Contoh: Muka dia senget sebelah, hidung dia, ... (Tidakkah ini `aib dan keburukan?)


7- Jika seseorang boleh mematuhi kriteria ini, maka al-hamdu liLlah, teruskanlah kerjaya itu. Jika tidak, maka takutlah kepada Allah dan `azab-Nya.

8- Kata Nabi:
ويل للذي يحدث بالحديث ليضحك به القوم فيكذب ويل له ويل له
«Celakalah untuk orang-orang yang bercerita dengan suatu cerita - untuk dia menyebabkan sesuatu kaum ketawa dengannya - dan dia menipu. Celakalah baginya. Celakalah baginya» [At-Tirmizi/ 2315, dan dia berkata: Hasan]


WaLlahu a`lam.

Ditulis oleh Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin
14/03/2010 16:09H dikemaskini 28/11/2011 10:53
ad-diyari.com/

Soal Jawab : Hukum Memakai Braces

Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada seseorang berkaitan hukum memakai braces :
Saya nak tanya, apa hukum jika kita memakai braces ?
Saya ada search dekat google macam-macam yang saya jumpa. Ada yang kata berdosa, haram dan ada yang kata sebaliknya.
Saya baru bercadang nak pakai braces. Tujuan asal untuk memperbaiki struktur gigi bukan untuk melawa.
Kadang-kadang benda macam ni melemahkan semangat/menyebabkan kita berasa kurang keyakinan diri.
Harap ustaz dapat jelaskan.
Untuk makluman, braces itu adalah pendakap gigi.. bukan pakaian dalam ke apa ke.. Untuk lebih memahami, bleh rujuk gambar di bawah..

Gambar ini diceduk daripada website http://invisalignvsbraces.net/
Hukum asal memakai braces / pendakap gigi ini adalah harus.. bukan haram seperti yang selalu disalah anggap.. Ini kerana illah (sebab) asal pemakaian braces ini adalah untuk tujuan perubatan.. Iaitu untuk memperbaiki struktur gigi.. Kalau struktur gigi tak tersusun, maka pelbagai masalah akan timbul.. Contohnya makanan yg melekat di celah2 gigi yang mana berus gigi pun sukar untuk membersihkannya, akan menyebabkan kehadiran bakteria.. seterusnya menyebabkan mulut berbau longkang.. dan akan menjadi gangguan bagi rakan2 dan keluarga..
Namun begitu, ada satu larangan dalam hadis.. iaitu larangan menjarangkan gigi.. iaitu untuk tujuan kecantikan..
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu di wajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak di antara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” (HR. Muslim)
Maka, jika memasang braces untuk menjarangkan gigi (untuk tujuan kecantikan), hukumnya adalah haram..
Untuk mengelakkan perkara ini, maka pakailah braces dengan niat untuk memperbaiki gigi, dan bukannya dengan niat nak mencantikkan gigi (menjarangkan gigi)..
Kadang2 ada gak orang pertikai.. orang kata, bukankah memakai braces itu tujuannya adalah untuk mencantikkan gigi?
Di sinilah kita akan nampak kepentingan niat.. Niat untuk memperbaiki struktur gigi itu menjadikan hukum memakai braces menjadi harus.. dan kita cuma perlu berpegang dengan niat kita kerana Allah, kerana hukum itu tidak tertakluk kepada manusia ;)

Soal Jawab : Hukum Memakai Suasa

Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada Shazlina di shoutbox berkenaan dengan hukum memakai suasa bagi lelaki… Dan Ustaz Love tak dapat nak menjawab disebabkan keletihan yang teramat setelah banyak masa dihabiskan atas jalan… pergi kursus, balik jap.. pastu pegi opis plak… Last2 tersandar… nak bukak laptop pun menjadi malas…
Sebelum Ustaz Love menjawab, Ustaz Love nak terangkan sikit apa maksud suasa… Suasa biasa kita dengar dalam lagu R. Azmi (sape tak kenal, memang bukan otai… hehe).. tapi R. Azmi tak sebut cincin suasa sebaliknya kancing (butang) suasa…
Layan dulu lagu tu.. hehe…
Suasa ni adalah terhasil daripada nisbah campuran emas dan perak.. ada tembaga sket.. maka sebab tu warnanya seakan2 kemerahan…
Hukumnya adalah haram kepada lelaki kerana ada campuran emas… dan campuran emasnya adalah lebih banyak daripada perak …
Menurut Imam Nawawi, banyak ke, sikit ke emas tu ianya tetap haram…

Bila sebut pasal emas ni, teringat pengalaman Ustaz Love masa duduk dalam satu mesyuarat jawatankuasa fatwa untuk memutuskan hukum emas putih (white gold)… masa tu Ustaz Love tukang amik gambar dan pasang projektor je… sambil2 tu, Ustaz Love tumpukan perhatian gak le dengar perbincangan mereka… Mula2 dijemput pakar geologi untuk membentangkan tentang galian emas dan campuran emas putih… Maka itu, oleh kerana white gold itu yg merupakan campuran emas dgn bahan2 galian yg lain (sekalipun kandungan emasnya lebih kurang.. sbb tu kalernya putih) maka setelah habis penerangan pakar geologi, para mufti berbahas dan berdebat ttg hukum memakai emas putih bagi lelaki… Akhirnya diputuskan bahawa emas putih juga haram pemakaiannya bagi lelaki.. kerana ada campuran emas…

Masa pembentangan itu juga barulah Ustaz Love tahu yang emas putih tu berbeza dengan platinum… dan platinum adalah harus dipakai… Ianya berlaku lebih kurang 10 tahun lepas (masa tu white gold baru nak bertapak)…
Jadi, Ustaz Love pun pakai cincin kahwin platinum yg murah.. dan selepas beberapa tahun, cincin di jari manis itu terpaksa dialihkan ke jari kelingking… sbb dah tak muat.. hehe

Soal Jawab : Suara Wanita Aurat

Salam..
Ustaz Love baca2 entry lama, ternampak ada satu pertanyaan daripada najah :
“Tapikn Ustaz..Najah nk tanye..wanita mmg xboleh menyanyi ea??walaupun nyanyian nasyid?? ..smpi Ustaz 2 cakap mcm 2..”
Walaupun pertanyaan beliau berkaitan keharusan wanita menyanyi atau tak, Ustaz Love nak meluaskan skop perbincangan kepada soal suara wanita yang dianggap sebagai aurat..
Kenyataan yang menyatakan bahawa suara wanita adalah aurat adalah satu kenyataan yg bercanggah dengan dalil dan ajaran Islam yang sebenar.. Walaupun mungkin ianya dikeluarkan dengan tujuan untuk menjaga maruah wanita daripada terjadinya perkara2 yg buruk, namun sebenarnya ia lebih bersifat merendah2kan martabat kaum wanita.. Sedangkan suara itu adalah alat berkomunikasi yang penting.. Takkan nak tutup mulut dan gunakan bahasa isyarat, sedangkan wanita itu bukanlah seorang yang bisu?
Bila dikatakan suara wanita itu aurat, maka bercakap sahaja dengan lelaki sudah boleh menjadikannya berdosa.. Padahal itu bukanlah hukum yg sebenarnya.. Kerana berkata2, sama juga melihat2 dan juga mendengar2.. adalah harus.
Oleh itu, hukum suara wanita bukanlah aurat.. Sekalipun jika beliau bercakap dgn lelaki bukan mahram..
Yang dilarang cumalah melunakkan suara dengan tujuan menggoda.. itu bila kita khususnya dalam bab suara.. belum masuk isi percakapan lagi..
Suara lunak dan menggoda ini, memang ada larangan di dalam al-Quran :
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).” (al-Ahzab : 32)
Melunakkan suara yg menggoda ini tak sama dengan bercakap lembut.. Menggoda ni ada sedikit unsur mengada2 (gediks) dalam percakapan. Contohnya “Awak dah makan kewww?”.. “Sayeww tak sukeww tawww” dsb.. contoh je..
Berbalik kepada persoalan bolehkah wanita menyanyi? Kerana menyanyi ini termasuk dalam melunakkan suara.. Maka di sini, terdapat 2 pendapat.. ada yang mengharuskan dengan syarat, dan ada yg mengharamkan..
Ustaz Love nak fokuskan pada yg mengharuskan.. iaitu dengan syarat tidak melanggar batas syariat Islam spt adanya tarian atau meminum minuman keras dalam majlis itu.. Selain itu, nyanyian juga hendaklah tidak menaikkan nafsu pendengar.. contohnya mcm lirik lagu dikocok2, ada ahhh ahh dsb.. tariannya pula ada goyang punggung, goyang gergaji, goyang skrudriver dsb..
Lagu yg pasti tiada unsur2 ini sudah tentu lagu2 berunsur ketuhanan.. spt lagu nasyid dan lagu2 yang memuji tuhan..
Pun begitu, dalam kaedah usul ada mengatakan “Keluar daripada khilaf itu lebih terpuji”… maka lebih baik mengambil pendapat yg mengatakan haram.. tapi jangan membangkang mereka2 yg berpegang kepada pendapat yg mengatakan ianya harus.. Ketatkan hukum dalam diri kita, dan bertolak ansurlah dengan orang lain.
p/s: Berapa ramai orang lelaki yg jatuh cinta dengan suara Siti Nurhaliza.. walaupun kecantikan beliau biasa2 saja ;)

Soal Jawab : Niat Tak Menghalalkan Cara

Salam…
Ustaz Love menerima satu pandangan dan pertanyaan daripada seseorang yang menamakan diri beliau sebagai lia..
Salam,ustaz bolehkan kita melakukan sesuatu hanya berlandaskan niat sahaja??
Seperti isu sanggul la kn..depend pada niat..tapi bukan kah niat tidak menghalalkan cara??
Kalau sanggul tinggi ini cuma untuk mereka yg tidak bertudung..habis tue bagaimana pula bg mereka yg bertudung??
Saya perhatikan kebanyakkan mereka yg bertudung sekarang lebih selesa memakai sanggul tinggi(malah ada yg terlebih2 tingginya) sedangkan sebelum ini perkara sebegini jarang di lakukan..kalau ade pun yg bersanggul ,takde la seteruk sekrg..
lg satu,kalau sanggul kita tinggi bukan kah secara tak langsung da menarik perhatian lelaki walaupun itu bukan lah niat kita yg sebenar..jd apa hukumnya di situ??
maafkan saya kalau menyusahkan ustaz…
Untuk makluman, pandangan dan pertanyaan ini adalah berkaitan isu tudung sanggul yang pernah Ustaz Love terbitkan (cewahh) dalam entry terdahulu..
Dalam hal berkaitan niat, perlu difahami bahawa setiap sesuatu itu akan dikira daripada niatnya.. Jika sesiapa berniat untuk melakukan kebaikan (niat nak bersedekah ke, nak bangun tahajjud ke dsb), maka dia telah memperolehi pahala.. walaupun belum melakukan kebaikan tersebut.. Jika dia berniat untuk berbuat baik, dan melaksanakan amal kebaikan itu.. baginya 2 pahala.. iaitu pahala niat nak melakukan amalan baik dan pahala melakukan amal kebaikan..
Berbeza dengan niat melakukan kejahatan.. Jika berniat nak buat jahat, maka niatnya itu tak mendatangkan dosa.. Jika beliau melakukan kejahatan yg diniatkan itu, maka baginya 1 dosa.. iaitu dosa amal kejahatan itu saja.. dan niatnya nak buat jahat itu tak dikira..
Pun begitu, jika berniat nak melakukan kebaikan, tetapi caranya itu tak menepati syariat, maka ia tidak bertepatan dengan konsep niat yang baik.. Seperti Robin Hood yang merampok daripada orang kaya dengan tujuan untuk menolong orang miskin.. Niatnya nak menolong orang baik itu adalah baik, tetapi perbuatannya merampok itu adalah perbuatan jahat.. Maka baginya adalah dosa kerana melakukan perampokan..
Berkenaan dengan tudung pula.. Isunya di situ bukanlah niat.. sbb penerangan Ustaz Love dalam entry itu adalah menjelaskan bahawa hadis Nabi s.a.w. itu tiada kaitan dengan larangan bersanggul.. atau memakai tudung sanggul.. atau memakan mee sanggul sekalipun..
Tetapi, larangan Nabi s.a.w. dalam hadis itu adalah lebih kepada amalan wanita jahiliyyah yang bertujuan menarik perhatian lelaki atau lebih tepat lagi menggoda nafsu lelaki bermata keranjang dengan gaya jalan, berpakaian dsb.. Maka itu, sekalipun memakai perhiasan yang diharuskan spt memakai gelang, tetapi sengaja dibunyi2kan dgn tujuan menarik perhatian lelaki.. maka termasuklah juga dalam maksud menggoda / menarik perhatian.. itu yang dilarang..
Berkenaan dengan sanggul ini.. Persoalannya adakah dengan bersanggul tinggi itu menarik perhatian lelaki? Itu persoalan yg subjektif.. sbb bg Ustaz Love, bersanggul tinggi ni tak nampak menarik pun.. mungkin ada lelaki lain yg ghairah melihat sanggul tinggi ni..
Maka, adakah sanggul tinggi itu haram pada lelaki yg tertarik hati melihatnya.. dan tak haram jika ditayang depan Ustaz Love? Macam mana nak tahu? Nak kena interview dulu ke lelaki tu?
Sebab itu Ustaz Love selalu tulis dalam entry.. kita jangan menyusahkan apa yg dimudahkan dalam agama.. jangan memahami hadis dan ayat al-Quran mengikut selera kita.. tak semestinya apa yg logik bagi kita, maka ianya adalah kehendak agama.. dan begitu juga sebaliknya..
Kata Saidina Ali r.anhu “Kalaulah agama itu boleh difikirkan secara logik akal semata2, nescaya aku disuruh untuk menyapu khuf (kaedah mengambil wuduk jika memakai stokin / kasut kulit) di bahagian bawah.. dan bukan di bahagian atas”.. Sedangkan dalam bab mashul khuffain (مسح الخفين) yang disuruh untuk disapukan air adalah pada bahagian atas..
Memakai sanggul palsu itu dah masuk bab lain.. begitu juga bersanggul tanpa bertudung, itu pun bab lain.. yang Ustaz Love nyatakan di atas adalah bersanggul (tulen bang) di dalam tudung.. hukumnya harus ;)

Soal Jawab : Tudung Sanggul Unta

Salam…
Ustaz Love berehat sebentar daripada isu Syiah… Ustaz Love pun dah naik boring dgn watak2 Syiah yg masuk dlm blog Ustaz Love ni… pusing sana, pusing sini.. suh org jawab soalan, tapi soalan org dia buat derkk je.. banyak lagi soalan ni.. mungkin sambung nanti2 la.. soalan Dr. Faisal Tehrani pun tak habis jawab lagi.. :D
Ustaz Love menerima pertanyaan tentang sanggul tinggi oleh Fareed dan Chipcoklat…
Ustaz Love tak ingat dia punya link (yg diberikan oleh Fareed).. tapi menurut Dr. Salam, yg menjawab persoalan itu, kena fahami maksud hadis secara lebih menyeluruh, dan jangan fokus pada sanggul je..
Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.“(Riwayat Muslim)
Ustaz Love bersetuju dengan pandangan Dr. Salam… Apatah lagi dalam hadis ini, tidak dinyatakan bahawa ianya jenis tudung yg meninggikan sanggul.. tetapi sanggul itu sendiri yg dinyatakan (spt sanggul yg ditambah oleh mak andam untuk mencucuk perhiasan emas pada sanggul masa bersanding)..
Kalau dah rambutnya panjang, tentu la sanggulnya tinggi.. sangat berbeza dgn org yg rambut pendek.. adakah dgn ini, menjadikan membela rambut panjang bagi wanita itu hukumnya haram? Sudah tentu tidak..
Sbb itu, Ustaz Love harapkan agar bagi sesiapa yg ingin memahami hadis, agar dapat membaca sekali dgn syarah hadis tersebut… supaya kita tak memahami hadis secara zahir semata2…
WA

Soal Jawab : Pendakwah Suka Bergurau

Salam…
Hari ni Ustaz Love nak habiskan entry pasal soal jawab.. sebab tak nak sang penanya tertunggu2 jawapan daripada Ustaz Love.. kalau lama menunggu, Ustaz Love minta maaf banyak2.. sbb kadang2 kesibukan menyebabkan Ustaz Love tak dapat nak bagi masa untuk menjawab soalan2 sama ada di blog mahupun di e-mail..
Soalan kali ni datangnya daripada Miss EZ yang bertanyakan soalan :
salam..ustaz..time kasih informasi ni..emm soalan ni kuar tajuk skit tp sy x tau nk tnye kt entry mne..apa beza da’ie dgn ahli tabligh? klu seseorg tu kebiasaanya berckp dgn nada bergurau dan tiba2 didpati org tu nk join kump tabligh..adakh dia blh bckp dgn nada bergurau n sakat-myakat lg?
Da’ie dan ahli tabligh tiada bezanya… Da’ie ini bermaksud pendakwah.. Manakala Jemaah Tabligh (JT) merupakan satu pergerakan dakwah.. sama juga macam Ikhwan al-Muslimin, Gerakan Wahhabiyyah, Gerakan Sanusiyyah.. semua tu pergerakan dakwah.. Cuma manhaj (metodologi) saja yang mungkin berbeza..
JT terkenal dengan kaedah khuruj (keluar) di jalan Allah.. keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan, setahun, seumur hidup dsb.. Dari segi penampilan, kita boleh mengenali anggota JT dengan janggut yang panjang, misai yg nipis (atau misai dicukur).. sentiasa membawa kayu sugi (kayu miswak).. memakai serban ekor 2.. kopiah ada lobang jaring kat atas.. pakai seluar atas buku lali.. memakai kurta (baju pakistan / india seakan jubah.. tapi pendek sampai lutut atau betis).. Itu penampilan secara umum saja.. ada juga yg bukan anggota JT, tapi istiqamah bersugi dengan kayu miswak.. memakai seluar atas buku lali dsb..
Bagi para pendakwah, tak kira la sama ada melibatkan diri dalam gerakan JT ke, Usrah ke dsb… perlu menjaga adab dan akhlak.. kerana dakwah yg paling utama adalah dakwah dengan akhlak.. sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Dengan akhlak Baginda yang mulia, musuh pun boleh tertarik untuk memeluk Islam..
Namun, kita mengakui bahawa kebiasaan orang yang baru mula2 berjinak, tak boleh la kita nak menuntut kesempurnaan daripada mereka.. Umpama seorang yang baru mula melaporkan diri untuk bekerja, kita tak bleh nak menuntut yang beliau akan tahu semua prosedur kerja, bekerja mcm orang yang dah 10 tahun berpengalaman dsb.. Tak dapat tidak, pasti akan ada kekurangan di sini..
Maka tanggungjawab kita bukan menyalahkan atau membesar2kan kesalahan mereka.. kita kena membantu dan membimbing mereka.. kalau tak mampu pun, kita kena menyokong usaha mereka yang mulia itu..
Dan bagi para pendakwah, nak tak nak kena berusaha ke arah kesempurnaan.. ia mungkin akan mengambil masa.. yg penting adalah kita berusaha ke arah itu.. sbb tujuan dakwah itu sendiri adalah untuk memperbaiki diri kita.. dan bukannya orang lain.. Orang lain tak baik takpe, janji kita bleh jadi baik.. sbb kita tak tanggung dosa orang.. tapi kita akan bertanggungjawab ke atas setiap amalan dan perbuatan kita sendiri…
Berdakwah kepada orang lain seumpama kita bercakap di depan cermin… semakin kilat cermin tu, semakin jelas kita bleh nampak wajah kita… bermakna, apa yang kita cakapkan itu adalah untuk diri kita sebenarnya.. dan kalau orang lain mendapat hidayah atas dakwah kita, itu adalah bonus bagi kita.. yang penting, gaji pokoknya kita dah dapat..
Soal boleh tak boleh bergurau atau menyakat, sebenarnya ia agak subjektif untuk diberi hukuman.. yang penting, tak melampaui batas2 seorang Muslim.. sama ada beliau itu seorang da’ie ataupun tidak, sebagai seorang Muslim maka kena menjaga batas2 pergaulan agar tak terbabas daripada batasan syariat..

Soal Jawab : Falsafah Menutup Aurat

Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada kim :
sory sbb gune eng, tgh practice da lame x wat ayat2 eng. anyway sbenar mmg sy tau toe to ankle tu aurat sbb byk org ckp perkara nh termasuk ibu & makcik tp deme x penah nk terangkan. jd kalo bole sy nk memahami maksud disebalik perintah tersebut xnk ikut secara membabi buta. sy ader bace bab2 aurat tp xpenah satu pn menerangkan secara detail bagi setiap perincian aurat. cm cth rambut dan lengan kenapa ianya aurat sbb itu menunjukkan warna kulit yg sebenar yg mungkin mendatangkan keinginan lelaki untuk mendekati wanita (yg nh sy ade bace termasuk ikut mazhab). tp dalam hal (toe to ankle) ape pandangan ustaz la sbb sy x jumpe sbb musabab yer. ader ker org tgk kaki akan timbul perkara x baik. hope ustaz dpt terang kan.
Sebenarnya, dalam memahami sesuatu perintah Allah ini, pertama sekali kita tak boleh gunakan logik.. sbb logik ini daripada akal, sedangkan pengetahuan akal manusia itu adalah terbatas.. bukanlah kita langsung tak boleh gunakan akal, sebaliknya akal itu terletak di tempat kedua selepas dalil al-Quran dan hadis. Maknanya, kita kena selaraskan akal pemikiran kita mengikut kehendak al-Quran dan hadis, dan bukannya menggunakan al-Quran dan hadis untuk ditafsirkan mengikut kehendak akal kita.
Ustaz Love selalu bagi contoh pasal babi, dan Ustaz Love nak ulang lagi dalam entry ni.. dalil daripada al-Quran jelas menyatakan akan haramnya memakan babi itu.. ilmu sains sendiri membuktikan akan kehadiran parasit (cacing pita) dalam daging babi itu yang takkan mati walaupun direbus atau dibakar atas api.. tambahan lagi, babi itu sendiri memang kotor dan memakan kotoran termasuk najisnya sendiri. Tapi, bagaimana sekiranya suatu hari nanti, dengan kemajuan teknologi, babi itu dipelihara dalam keadaan yang bersih.. diberi makan nasik goreng tiap2 hari dan diberikan ubat yang mampu membunuh parasit dalam tubuhnya.. ketika itu, adakah hukum memakan babi telah berubah (sbb dah takde parasit dan makan makanan yang bersih)? Kalau kita menggunakan akal semata2, dah tentulah ia dah jadi halal, sebabnya penghalang2 itu dah dihapuskan.. namun, hakikatnya, pengharaman babi ini akan tetap berterusan haramnya sampailah kiamat berpandukan dalil yang qat’ie (putus).
Dalam bab aurat ini, begitulah juga keadaannya.. bila al-Quran dan hadis menyuruh menutup kepala sampai ke dada, maka itulah hukumnya.. tak kira la suatu waktu nanti, semua lelaki atas dunia ini mati pucuk dan kehilangan nafsu sekalipun, hukum menutup aurat itu takkan berubah.
Jadi, yang pertama sekali kita kena menerima hukum agama ini dengan yakin.. keyakinan ini boleh dibahagikan kepada 3 iaitu ilmu al-yakin, ain al-yakin dan haqq al-yakin. Ilmu al-yakin ini adalah tahap ilmu yg paling rendah, iaitu kita meyakini berdasarkan ilmu teori.. kita yakin buah durian itu sedap, sebab kita baca tentang rasa buah durian dalam artikel, walaupun kita sendiri tak pernah melihat rupa bentuk durian itu.. Ain al-yakin pula adalah tahap seterusnya, iaitu keyakinan berdasarkan apa yg kita lihat.. kita lihat satu kemalangan dan nampak orang menggelupur, maka kita meyakini melalui penglihatan kita bahawa sakitnya rasa kalau eksiden patah kaki (contohnya).. tahap yg paling tinggi adalah haqq al-yakin, iaitu bila kita merasai sendiri pengalaman tersebut.. kita meyakini akan sakitnya beranak lepas kita sendiri melalui proses pemberanakan itu (Ustaz Love sampai mati pun takkan dapat merasai pengalaman beranak ni…. (T – T) ).. kita meyakini akan manisnya buah durian selepas kita merasai sendiri kemanisan buah tersebut.. dsb..
Keyakinan itu adalah sesuatu yang diusahakan, bukan sesuatu yang kita dapat melalui mimpi atau berkhayal..
Orang-orang “A’raab” berkata: “Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: “kami telah Islam”. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (al-Hujuraat : 14)
Sebab itulah, kita kena menerima perintah2 Allah dan RasulNya dan mengamalkannya dulu, insyaAllah, selepas itu barulah keyakinan itu diusahakan setelah kita merasai sendiri pengalaman beramal dengan agama.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” (al-Baqarah : 208)
Jadi, tak relevan alasan mereka2 yang mengatakan belum ikhlas, belum yakin dsb, untuk menafikan tuntutan beramal dengan ajaran Islam ini.. sbb kita dituntut untuk mengamalkan ajaran Islam, sekalipun belum datang keyakinan dalam hati kita, kerana keyakinan (haqq al-yakin) itu akan datang selepas kita sendiri beramal dengan ajaran Islam.
Berbalik kepada persoalan saudari kim, Ustaz Love sebenarnya takde penjelasan kenapa kaki perlu ditutup.. walaupun saudari mengatakan rambut dan warna kulit itu perlu ditutup sbb boleh mendatangkan keghairahan, Ustaz Love pasti, ramai lelaki yang tak ghairah pun tengok rambut wanita.. apa kes tengok rambut pun boleh ghairah.. kihkih.. kalaulah dgn melihat rambut dan warna kulit itu boleh mendatangkan ghairah, dah tentu bulu2 lain termasuk bulu kaki, tapak kaki, ibu jari, hidung, mata, tahi lalat dsb yg ada pada wanita pun boleh mendatangkan ghairah juga..
Cuma Ustaz Love teringat jaman sekolah dulu, ada member Ustaz Love yg begitu taksub nak melihat kaki wanita.. sbb katanya, dengan melihat kaki wanita, kita boleh mengetahui wanita itu anak dara ke, dah takde dara ke.. Ustaz Love pun tak pasti sejauh mana kesahihannya..
Jadi, tak semua syariat agama ini perlu kita fikir melalui logik akal.. ada yang kita perlu terima tanpa perlu takwil dan tafsir.. dan ada juga yg memerlukan tafsiran.. ambillah mafhum kata2 Saidina Ali r.anhu ini sebagai panduan :
“Kalaulah agama itu boleh difikirkan melalui logik akal, nescaya akan disuruh menyapu khuf pada tapaknya, dan bukan di atasnya”.. ini dalam bab mashul khuffain (menyapu dua stoking kulit) iaitu disyariatkan menyapu bahagian atas stoking, sedangkan logiknya yg kotor atas bahagian bawah stoking itu.
WA

Soal Jawab : Hukum Gunting Rambut Dengan Non-Muslim

Salam…
Ustaz Love menerima pertanyaan daripada momo :
Assalamualaikum ustaz,
boleh kupaskan sedikit aurat muslim dgn non-muslim ? bolehkah muslim pergi gunting rambut dgn non-muslim ? kalau di Malaysia x mengapa ada option yg byk, bagaimana pula dgn di negara yg muslim adalah minoriti ? adakah dikira sebagai terdesak dan harus hukumnya ? boleh ustaz perjelaskan sedikit beserta dgn hukum hakam ? Terima kasih..
Secara umumnya, apa yang kita belajar di sekolah (terutama di sekolah agama atau dalam matapelajaran agama), kita diajarkan bahawa aurat wanita Islam di hadapan wanita non-Muslim adalah seperti auratnya di hadapan lelaki bukan mahram iaitu keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ini pendapat ulamak mazhab Maliki dan Syafie. Tapi kenapa pulak sesama wanita Islam, aurat adalah pusat sampai lutut, sedangkan di hadapan wanita non-Muslim, rambut pun tak boleh tunjuk? Ini sebenarnya berdasarkan athar (kata2 Sahabat spt Umar dan Ibn Abbas r.anhuma) yang melarang wanita2 Islam menunjukkan aurat kepada wanita bukan Islam. Ini demi menjaga maruah wanita Islam, kerana ditakuti wanita bukan Islam itu akan menceritakan aurat wanita Islam kepada orang lain seperti kawan lelakinya atau suaminya.
Namun, persoalan aurat wanita Islam di hadapan wanita bukan Islam ini sebenarnya ada khilaf. Malah menurut jumhur ulamak (termasuk pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafie), sebagaimana wanita Islam boleh melihat aurat wanita bukan Islam kecuali antara pusat sampai lutut, maka begitulah juga aurat wanita Islam boleh dilihat oleh wanita bukan Islam, kecualilah antara pusat dan lutut. Pendapat ini lebih memudahkan terutama bagi negara majmuk macam Malaysia ni.. kadang2 terpaksa berkongsi satu bilik hostel dengan bukan Islam contohnya.
Namun, sekalipun ada pendapat yg lebih ringan, sepatutnya kita berpegang pada pendapat yg lebih ketat demi menjaga maruah diri.. cuma bila dah tak dapat nak elak, maka tiada masalah nak bertaqlid pada pendapat yg lebih ringan.
Berbalik pada persoalan saudari momo, jika berada di Malaysia, maka berguntinglah di kedai rambut kepunyaan wanita Islam.. sbb memang bersepah2 salun yang dimiliki wanita Islam dan pekerjanya juga Islam.. cuma kalau di luar negara (negara bukan Islam), memang agak sukar untuk mencari salun kepunyaan wanita Islam. Maka, tiada masalah nak bergunting di sana, dengan syarat ia bukan salun uniseks (lelaki dan wanita datang bergunting di situ).
Keperluan untuk gunting rambut ni sebenarnya takde la mendesak sangat bagi wanita Islam.. sbb mereka diwajibkan menutup aurat (termasuk memakai tutup kepala atau tudung). Kalau rambut ada kutu, beli je mesin rambut kat Mydin tu.. guna yg paling nipis dan botakkan je kepala.. kihkih.. takpun mintak tolong kawan ke guntingkan..
WA

Soal Jawab : Telekung Buah Dada

Salam ustaz love.
saya nak tanya skit. ada terjumpa satu jenis telekung ni. kain dia jenis licin. macam dlm gambar ni.
apa yang saya tgk telekung ni menampakkan bentuk dada sebab ciri2 kain ni macam follow bentuk badan. Boleh ke Orang kita pakai benda ni utk sembahyang? maaf saya cakap. Saya lelaki. Selama saya tgk perempuan pakai telekung takde pon rasanya fikiran tu melayah ke arah tu.(harap ustaz faham) Kalau boleh ustaz jawab dan saya akan share artikel ustaz. thx.
-anon-
Lamanya Ustaz Love tak menulis di blog ni.. muncul balik tiba2 keluar entry pasal tudung buah dada.. sungguh ironik sekali..kihkih.
Sebelum tu Ustaz Love ingin memohon kemaafan kepada pemilik gambar dan modelnya kerana terpaksa memaparkan di sini. Ustaz Love tak pasti ini jenama tudung apa.. kalau jenama terkenal spt tudung Ariani ke, tudung bawal ke, tudung serban Yuna ke, sebut je pun kita dah boleh agak macam mana bentuknya.
Berbalik kepada persoalan sang penyoal.. dalam situasi ini, ia berbalik kepada penjagaan aurat itu sendiri. Kita kerap kali terkeliru dalam memahami bab aurat bila kita terlalu melihat kepada material / bahan yang digunakan untuk menutup aurat itu sendiri. Suatu masa dulu, kita melihat kain tebal seperti cadar itu lebih menepati kaedah menutup aurat dan mempertikaikan mereka yang memakai tudung yang agak nipis (walaupun tak jarang).. kita juga terlalu melihat isu pemakaian stokin bagi menutup aurat kaki, tanpa melihat alternatif selain pemakaian stokin (spt memakai kain labuh menyapu lantai, pakai skirt panjang dan boot sampai lutut dsb). Itu antara contoh saja..
Persoalan aurat ini adalah sejauh mana kita dapat menjaga batasan tubuh yang ditetapkan dalam agama daripada ditayangkan kepada orang yang tak sepatutnya. Jika dengan menggunakan daun kita dapat menutup aurat, maka daunlah yang wajib digunakan.. kalau kena guna plastik untuk menutup aurat (dgn syarat plastik itu menepati kaedah menutup aurat), maka wajiblah tutup aurat dgn plastik.. Itu bab aurat sesama manusia.
Aurat dengan Allah pula hanya wajib ditutup semasa solat dan melakukan ibadah haji / umrah saja. Tak wajib tutup aurat semasa membayar zakat.. harus bertelanjang semasa berpuasa di bulan Ramadhan.. begitu juga harus bersyahadah walaupun hanya memakai spender.. nak baca al-Quran ke, zikir ke, doa ke, hanya sunat menutup aurat dgn sempurna.. bukan wajib.
Jadi, bila masuk bab solat, ia ada 2 perkara.. satu berkaitan aurat dengan Allah dan juga aurat dengan manusia.. kita asingkan dulu bab adab..
Seorang lelaki yang solat secara sendiri di dalam bilik, sah solatnya walaupun hanya memakai kain pelikat tanpa berbaju dan menampakkan bebulu ketiak semasa mengangkat takbir.. juga sah solatnya dengan memakai seluar bermuda yang menutupi aurat antara pusat dan lutut. Begitu juga jika lelaki itu solat di masjid, sah solatnya yg memakai kain atau seluar bermuda semata2.. tetapi ada isu lain yg perlu diperhatikan..
Walaupun sah solatnya, namun jika ia mendatangkan fitnah, maka haram berpakaian sebegitu. Contohnya lelaki ini solat di surau.. dia dah tahu dalam jemaah tu ada separuh daripadanya gay, maka haram baginya mendedahkan anggota tubuh seperti dada yang boleh merangsang makhluk bernafsu songsang seperti mereka. Juga haram solat tanpa berbaju jika di belakangnya ada jemaah muslimat kerana ia boleh menyebabkan jemaah wanita jadi tak tentu arah.. mungkin juga ada yg muntah (kalau tubuh lelaki di depannya berkurap berpanau)..
Begitu juga wanita2 yang bersolat.. sekalipun beliau memakai telekung putih yang tebal dan mengikut batasan yang ditetapkan syarak, bukan semua tempat beliau boleh bersolat sekalipun tempat itu suci bersih lagi murni. Contohnya solat di depan lelaki bukan mahram.. sekalipun beliau dah tutup aurat sebaiknya, tapi bila dok rukuk sujud, lelaki di belakang pun boleh ter’qiam’ tiba2.. kihkih..
Berkaitan tudung di atas, pada pandangan Ustaz Love, tiada salahnya dengan pakaian sebegitu digunakan untuk bersolat.. ia tak nipis, labuh dan cukup syarat menutup aurat. Cuma masalah tonjolan pada buah dada, itu sesuatu yang agak susah untuk dikawal. Alangkan Ustaz Love yang berbuah dada kecik ni pun boleh nampak dengan jelas, apatah lagi mereka2 yang berbuah dada besar.
Maka, masalahnya di sini bukanlah jika dipakai ketika solat (sbb wanita memang solat di bilik atau ruang muslimah). Ia cuma menjadi masalah jika dipakai sebagai pakaian harian sbb ia agak jelas menonjolkan bentuk buah dada. Tapi, bila difikir2kan balik, ada ke orang pakai telekung solat sebagai pakaian kerja atau berjalan2 di luar rumah? Sekalipun ada yg sanggup memakainya di luar, bukan menjadi kesalahan kepada material tudung tersebut.. ia bergantung kepada kebijaksanaan pemakainya untuk melindungi bentuk buah dadanya daripada jelas kelihatan.. sama ada dengan cara menutupnya menggunakan fail, jalan membongkokkan badan, menarik tudungnya ke depan, memeluk tubuh dari dalam tudung dsb.
Kalau tak alert pasal ni, jangan kata pakai tudung seperti di atas, pakai tudung tebal yg labuh pun boleh saja menampakkan bentuk buah dada.. terutamanya semasa tiupan angin yang agak kuat..
Bab lelaki terangsang tu, Ustaz Love rasa tak payah la Ustaz Love nak komen panjang2.. sebab lelaki ni kalau dah sampai tahapnya, lembu yang dipakaikan bikini pun bisa mendatangkan keghairahan terhadap dirinya. Nasihat Ustaz Love buat lelaki2 yang mudah terangsang ni, jagalah pandangan.. tak kira la lelaki bujang ke, lelaki bujang 3 ke, jagalah pandangan.. itu lebih menenangkan hati dan fikiran kita daripada sibuk2 mencari puncanya daripada pihak wanita.
WA

Soal Jawab : Tudung Masuk Dalam Baju

Salam…
Ada satu pertanyaan daripada seorang blogger iaitu cikzsmile berkenaan dengan isu tudung…
sy ingin penjelasan ustaz mengenai pekerjaan yg memerlukan kaum perempuan memakai uniform yg tudungnya perlu dimasukkan ke dlm uniform spt polis/chef.apakah pekerjaan ini harus dihindarkan pleh kami kaum hawa?
apa pndangan dan hukum dari segi agama Islam ustaz?kerana kita tahu tudung yg dpakai perlu menutup dada.
harap ustaz dpt menjelaskan kpd sy
terima kasih!
Sebenarnya, tujuan menutup aurat adalah untuk menjaga maruah wanita dan membezakan mereka daripada golongan jahiliyyah / bukan Islam.. selain untuk mengelakkan menimbulkan keghairahan kepada para lelaki durjana yang sentiasa mencari2 peluang untuk mencuci mata dan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan maruah wanita (spt merogol, mencabul, meraba dsb)..
Sebab itulah menutup aurat ini hanya disyariatkan untuk menutup daripada penglihatan bukan mahram saja.. kalau dengan suami isteri, nak pakai spender dlm rumah pun takde sapa yang marah… Cumanya, untuk lebih beradab dan menjaga daripada perkara2 yg tak diingini (spt sumbang mahram ke), maka hendaklah menutup apa yang boleh mendatangkan keghairahan spt kemaluan dan buah dada.. Juga bagi pasangan yang sudah mempunyai anak, maka sebaiknya dielakkan daripada berpakaian seksi dalam rumah.. supaya tak menjadi tontonan anak2.. kalau dalam bilik, takde masalah..
Memang ada ayat al-Quran memerintahkan untuk melabuhkan tudung sehingga menutupi dada.. tetapi illah (sebab) bukan pada melabuhkan itu, sebaliknya menutup bentuk buah dada itu.. Jika memakai tudung yang melekat ke dada, walaupun labuh, tapi masih lagi menampakkan bentuk buah dada, maka ia masih lagi tak menepati konsep melabuhkan tudung itu..
Maka itu, sekalipun bertudung pendek, tetapi jika baju yang dipakai itu tebal (mcm jaket ke, vest ke dsb) yang mana dapat menutup bentuk buah dada, maka ianya tiada masalah..
Begitulah juga jika memakai tudung ke dalam baju.. maka pastikan baju itu jenis tebal dan keras sehingga dapat menutup bentuk buah dada.. Maka, jika memakai tudung dan dimasukkan dalam baju kurung, maka ianya tak kena dengan syarat menutup itu… sbb baju kurung tu nipis..
Adapun baju spt baju tentera ke, polis ke.. kainnya lebih tebal.. malah ada poket lagi kat dada.. insyaAllah tiada masalah.. walaupun masih kelihatan tak sempurna (dalam aspek penudungan), tetapi ia telah menepati ciri2 minimum menutup itu..
Dalam situasi lain, bagi pekerjaan yang memerlukan tudung dimasukkan ke dalam baju (atas dasar keselamatan) spt pekerja kilang yang mengoperasikan mesin2 ke, chef / tukang masak yang bermain dgn api dsb, maka maslahah keselamatan itu lebih patut diutamakan.
Jadi, bagi sesiapa yang bekerja dalam situasi yang memerlukan tudung dimasukkan ke dalam baju (spt polis ke, askar ke, chef ke), maka tiada masalah di situ.. Yang penting, telah berlaku anjakan paradigma di situ (polis dulu mana ada pakai tudung.. begitu juga askar.. alhamdulillah, lama kelamaan, sudah dibenarkan untuk bertudung)… Kita sama2 berdoa agar suatu masa nanti, warga kerja yang berpakaian seragam akan dibenarkan untuk menutup aurat dgn lebih sempurna (bertudung labuh ke dada)..
Jika ada pilihan lain antara bekerja sebagai guru (contohnya) dan bekerja sebagai polis, maka pilihlah pekerjaan guru.. Sbb bekerja sebagai guru itu lebih memudahkan untuk menutup aurat.. Dahulukan keperluan berbanding kehendak..

Soal Jawab : Tudung Shawl

Salam…
Seperti yang dijanjikan, Ustaz Love meluangkan sedikit masa untuk membuat satu entry khas sepertimana permintaan emancloud :
lepastu ustaz buat satu entri khas. walaupun eman boleh pikir logik style tudung ape semua tuh. tapi eman nak satu entri khas dari ustaz. klu boleh ustaz drop komen ye nanti?”

maaf la.. Ustaz Love takde gambar gadis yg pakai shawl..hehe
Ustaz Love pun tak tahu nak mulakan dari mana… cuma mungkin Ustaz Love boleh cuba untuk menjelaskan serba sedikit dari sudut hukum.. Apa jua pakaian, hendaklah menutup aurat dengan sempurna… Tak kira lelaki ke, pempuan ke… Kalau pempuan pakai seluar ketat hingga menampakkan susuk punggung, hukumnya adalah haram.. begitu juga lelaki kalau pakai seluar ketat.. Jadi, jangan ingat kalau pakai tight sampai lutut (masa main bola ke), itu dah tutup aurat sempurna dah..
Dan aurat juga banyak bahagian.. bukan setakat rambut (bagi wanita) atau kepala lutut (bagi lelaki) je… tapi meliputi apa yg digariskan oleh syariat.. iaitu bagi wanita, seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.. manakala bagi lelaki, auratnya daripada pusat hingga lutut… termasuk yg berada di belakang pusat dan juga belakang pelipat lutut..
Itu dari sudut hukumnya… Namun, banyak lagi faktor yg perlu dipertimbangkan sebelum kita menjatuhkan hukuman pada seseorang itu sebagai berdosa, fasiq, munafiq, hipokrit dsb…
Adalah tidak adil sekiranya kita membandingkan seorang yang baru belajar2 nak pakai tudung, dengan wanita Arab Saudi yg memakai tudung dan berpurdah (niqab) atau memakai burqa (menutup seluruh badan termasuk mata..kat bahagian mata tu ada jaring untuk melihat)… Juga tidak adil membandingkan seorang artis yang bertudung dengan seorang ustazah lepasan al-Azhar…
Hukum itu jelas.. tiada pertikaian di situ.. cuma dari sudut amali, maka banyak perkara dilonggarkan agar tidak menyebabkan seorang yang baru2 nak berjinak dengan amalan agama ni, terus meninggalkan amalan tersebut…
Bagi seseorang yang memang ada kesedaran beragama dan berpegang teguh pada agama, maka hendaklah dia menutup aurat dengan sempurna. Bagi yang belum ada kesedaran, tapi memakainya disebabkan untuk nampak cantik, nampak bergaya dsb, maka pakailah sekadar kemampuannya.. Ini adalah lebih baik daripada langsung tak pakai tudung…
Kaedah bertudung juga kita perlu fahami… bukanlah maksud menutup aurat tu adalah memakai tudung bulat ke, tudung bawal ke, tudung periuk ke.. tapi bermaksud menutup.. walau dengan apa bahan sekalipun… kalau org kampung zaman dulu2, kaum wanita menutup kepala dengan kain batik.. Kalau di sebelah Afghan, diorg tutup dengan kain labuh… kadang2 terbuka, kadang2 tertutup.. berbeza dengan tudung yg dipakai oleh orang Melayu Malaysia, siap ada pin2 bagai… Jadi, kaedah pemakaian mahupun jenis tudung itu sendiri bukanlah menjadi persoalan… Asalkan menutup aurat, jalan je..
Berkenaan dengan tudung shawl ni plak, sama juga dengan tudung2 lain… yg pentingnya menutup aurat.. itu yg utama.. bila dah istiqamah bertudung, maka boleh la nak fikir pasal labuh, kemudian pasal warna dsb.
Kalau takde keinginan nak menutup aurat, dan digalakkan dgn fesyen2 yg nampak cantik, ranggi dsb.. maka tiada salahnya menggunakan alasan itu dulu… Umpama seorang budak yang malas belajar.. dijanjikan dengan hadiah2 kalau lulus periksa, maka tak jadi masalah.. sbb bukan tahap budak2 tu lagi nak fikir soal ikhlas ke, apa ke.. sbb keinginan nak belajar pun beliau takde..
Jadi, pandangan Ustaz Love takde la liberal… hukum menutup aurat tu wajib… tapi, kalau sesiapa yang dgn bertudung fesyen ini menjadikan beliau istiqamah bertudung, maka teruskan la… Sampai ke satu tahap, kita pergi ke tahap labuh plak.. pastu ke tahap warna yg tak menarik perhatian plak.. Bak kata Mydin “Naik tangga jangan berlari nanti jatuh”…
Kalau kehidupan dunia, kita nak semakin maju (daripada naik bas, nak naik motor.. pastu nak beli kereta.. pastu nak beli bas), maka dalam beragama pun kita kena ada keinginan sebegitu… Kalau dulu pakai tudung bawal, maka naik la tahap sikit pakai tudung jaws ke, tudung paus ke… Kalau dulu, solat berjemaah cuma seminggu sekali, naikkan la tahap sikit.. seminggu dua kali ke.. hinggalah akhirnya mencapai matlamat tertinggi iaitu solat berjemaah setiap waktu…
Panjangnya Ustaz Love menulis… tak pasti la menjawab soalan ke tak.. hehe
WA

Soal Jawab : Tudung Yuna

Salam..
Hari ni entry Ustaz Love banyak berkisar kepada soal jawab (banyak ke?)… Oleh sebab ada orang tanya, maka Ustaz Love jawab setakat termampu.. bukan la sebab Ustaz Love ni pakar ke, nak tunjuk bagus ke.. Tapi sebab dah ditanya kepada Ustaz Love, takkan Ustaz Amirul plak yg nak tolong jawab, ye tak?
Kali ni, persoalan masih seputar tudung… datangnya daripada Mama Zharfan dengan ucapan
ustaz, alang2 ustaz rajin jwb soalan tu, tlg jwb soalan ni yer..psl pakai tudung lagi/gaya bertudung…
syukran jazilan
Ustaz Love copy paste sket la tentang isunya..
tp me musykil gak–kalai pakai tudung gaya gini, kira memenuhi tuntutan syariat tak? ie cover leher (ala2 pakai baju turtle neck gitu), then pakai inner + shawl or apa2 yg sewaktu dgnnya…so memang konpem tak nampak rambut, tp nampak lah bentuk leher tu kan..
gambar ni Ustaz Love amik kat blog Mama Zharfan
Ustaz Love pun tak pasti apa jenis tudung tu.. nak kata shawl, rasanya bukan.. dah rupa mcm kain ela balut2 kat kepala je.. hehe..
Persoalan utama adalah menampakkan bentuk leher.. sebenarnya, bentuk tu tak jelas mana.. sbb leher depan saja.. kecuali ia menampakkan susuk leher (bukan susuk emas okeh).. maksudnya bentuk leher itu sendiri..
Untuk lebih memahami, Ustaz Love bagi contoh lain.. contohnya buah dada (maaf.. ini bukan entry lucah).. kalau pakai baju kurung, bertudung menutup dada.. masih akan kelihatan penampakan rupa buah dada itu.. cumanya nampak sekadar tertonjol saja.. berbeza kalau berbaju ketat.. maka akan nampak sebijik2 bentuk di dalam itu..
Walaupun leher itu nampak ditutup ketat, tapi ada kain lain yg tolong cover untuk tak menampakkan sangat bentuk leher.. Jadi, tiada masalah di situ..
Ustaz Love cuma komen tang tudung je.. tang baju beliau yg ketat itu, dah masuk bab lain.. kalu nak tiru, tiru tudungnya.. jangan bajunya :D

No comments:

Post a Comment