Serpihan meteorit ditemui
Pakar menjalankan pencarian di lubang seluas 15 meter di tasik beku di Urals dipercayai terhasil akibat hentaman meteorit itu. Selepas tiga hari menyelidik, mereka menemui cebisan batu mempunyai medan magnet kuat serta memancarkan kesan radiasi tinggi luar biasa.
Kata sumber, kedua-dua ciri itu petanda kuat cebisan itu datang dari angkasa lepas.
Seorang pengguna laman sesawang itu menawarkan cebisan itu pada harga lebih RM31,000 manakala seorang lagi sedia menjual 18 kepingan batu itu pada harga RM53 setiap satu.
Menurut laporan, penduduk Chelyabinsk kini memungut batu-batuan di jalan yang diharap cebisan meteorit itu.
Bagaimanapun, bukan semua mahu menjualnya.
Seorang wanita berkata, tiada sebab untuk dia menjual cebisan meteorit berkenaan.
“Saya tidak hidup kaya-raya sebelum ini. Justeru, mengapa mahu mula hidup mewah sekarang?” katanya.
Kira-kira 1,200 orang cedera apabila meteorit terhempas di wilayah tengah Russia itu Jumaat lalu selain merosakkan tingkap 900 sekolah dan hospital, selain merosakkan 100,000 rumah. Meteorit itu terhempas di kawasan tidak berpenghuni tatkala penduduk Chelyabinsk panik melihat langit mereka berkilauan ketika objek itu terbang melintasi wilayah didiami 1.13 juta orang itu.
Sehari kemudian, penyelam mencari kesan meteorit, tetapi gagal mendorong sesetengah saintis mempersoalkan sama ada lubang besar itu terhasil akibat hentaman objek itu.
Pasangan pusing dunia terbunuh
Mary Thompson dan Peter Root dari Pulau Guernsey, Britain yang berbasikal merentasi Eropah dan Asia Tengah, merakam perjalanan mereka merentasi negara seperti Tajikistan, Kazakhstan dan China dalam filem dan blog. Polis Thai berkata, pasangan dalam usia pertengahan 30-an itu dalam perjalanan di jalan utama di wilayah timur Chachoengsao Rabu lalu apabila sebuah trak pikap tersasar dari lorong jalan dan melanggar mereka.
“Mereka adalah pelancong yang mengembara ke beberapa negara sebelum sampai di Thailand,” kata pegawai polis tempatan, Leftenan Chaiyong Butrwan kepada media.
Kes baru rasuah seks di Singapura
Dalam kes kedua yang seumpamanya, Peter Lim, 52, didakwa meminta khidmat itu pada 2010 daripada Pang Chor Mui, pengurus besar Nimrod Engineering sebagai balasan kepada kontrak membekal peralatan untuk kegunaan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Perbicaraan itu diadakan tiga hari selepas bekas ketua polis narkotik, Ng Boon Gay dibebaskan daripada tuduhan rasuah apabila hakim menolak dakwaan bahawa dia menuntut khidmat seks daripada seorang kontraktor bagi membantu wanita itu mendapatkan tender kerajaan. Kes rasuah peringkat tinggi jarang berlaku di Singapura yang terkenal kerana keberkesanannya serta birokrasi yang mendapat gaji yang tinggi. - AFP
Ibu panik anak tiada tindak balas
KUANTAN – “Sudahlah keadaannya lemah, tiba-tiba saya lihat anak saya mendiamkan diri dan tidak memberikan sebarang tindak balas apabila digerakkan seluruh badan sambil memanggil namanya, membuatkan saya terlalu panik dan menangis-nangis tanpa henti melihat keadaannya.”
Demikian kata-kata Nina Suraya Sulaiman, 24, yang masih trauma dengan kajian menimpa anak sulungnya, Mohamed Hareez, 4 bulan, yang cedera dilambung bekas pembantu rumahnya, baru-baru ini.
Menurutnya, sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), malam semalam, Hareez tersedak tetapi memandangkan keadaanya yang tidak bermaya membuatkan dia menjad kaku secara tiba-tiba.
“Di hospital doktor boleh memantau keadaannya memandangkan Hareez masih lagi lemah dan belum betul-betul sihat sepenuhnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Wad Kanak-kanak HTAA, hari ini.
Dalam pada itu, Nina berkata, setelah dimasukkan ke hospital dan menjalani beberapa rawatan keadaan Hareez semakin baik.
“Buat masa ini Hareez stabil dan kami masih lagi menunggu hasil keputusan daripada pihak hospital mengenai keadaan kesihatannya.
“Walaupun keadaan fizikalnya nampak seperti tidak ada apa, cuma kesan-kesan lebam yang semakin pulih, namun keadaan dalamannya masih belum kami tahu.
“Harap supaya Hareez cepat pulih seperti sediakala dan dapat membesar seperti anak-anak yang lain,” katanya.
Sinar
Herba kencing manis
Sebaik menamatkan pengajian di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Anis Syaffiqa Abd Hardee, 23, yang memiliki Ijazah Pentadbiran Perniagaan membuka Syarikat Hardee Herba (M) Sdn Bhd bagi memasarkan dua produk herba kencing manis.
Dengan modal sendiri, pengarah syarikat itu menyertai pelbagai pameran diadakan agensi kerajaan.
Turut memberikan sokongan dalam memasarkan produk berkenaan ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Mengulas mengenai produk minuman kesihatan terbabit katanya, kedua-dua jus itu diilhamkan ayahnya menerusi ramuan ‘rahsia’ pemberian seorang bidan kampung sebelum diformulasikan mengikut sukatan ditetapkan.
“Bidan itu mencadangkan kami menjual produk itu kerana mempunyai nilai kesihatan baik terutama membabitkan penyakit kencing manis.
“Mulanya, ayah hanya menjual produk minuman kesihatan itu kepada jiran sebelum menjaja dari rumah ke rumah,” katanya.
Khasiatnya dalam mengurangkan penyakit kencing manis dihidapi pelanggan terbukti berdasarkan testimoni terhadap pesakit.
Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, sebaik menamatkan pengajian, dia tekad membuka perniagaan itu.
“Memandangkan saya belajar jurusan perniagaan, tiada masalah untuk memasar dan mengkomersialkan produk itu pada skala besar.
“Ketika ini pun kerajaan menggalakkan graduan untuk terbabit dalam perniagaan dan peluang itu saya gunakan untuk memasarkan produk keluarga,” katanya yang berasal dari Kajang, Selangor.
Menggunakan slogan ‘potong gula...jangan potong kaki’, minuman anti gula itu menggunakan herba semula jadi sebagai ramuan utamanya seperti tenggek burung, jarum tujuh bilah, pandan hutan dan misai kucing.
Turut digunakan dalam ramuan itu ialah tebu teberau, lalang, peria kambas dan peria katak yang menjadi pelengkap kepada minuman kesihatan untuk pesakit kencing manis.
“Jussulin ialah minuman warisan turun-temurun yang dirumus daripada herba terpilih. Ia diproses menjadi air minuman yang enak dan baik untuk kesihatan.
“Selain digunakan nenek moyang secara tradisional bagi mengurangkan kandungan gula dalam badan, minuman itu mengandungi antioksida,” katanya.
Selain memerangkap radikal bebas yang menjadi punca penyakit, kedua-dua jus itu mengandungi betasisterol dan stigmasterol bagi menurunkan paras glukosa.
Jussulin dijual RM25 seliter, manakala sebotol pati Royale Jussulin berharga RM58.90.
Berminat, e-mel kepada royalejussulin@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Bayi mati selepas ‘dipulau’ 10 hospital
JAKARTA, Indonesia – Seorang bayi berusia seminggu meninggal dunia akibat masalah pernafasan selepas 10 buah hospital di sini enggan merawatnya, kata bapa bayi tersebut semalam.Elias Setya Nugroho yang bekerja sebagai penjaja berkata, dia tidak mampu membayar caj yang dikenakan oleh sebahagian hospital berkenaan untuk merawat bayinya.
Dera turut mengalami kecacatan tekak yang menghalang pernafasannya.
Menurut lelaki tersebut, keluarganya cuba mendapatkan rawatan tetapi ditolak oleh pihak pengurusan 10 buah hospital.
Sebahagian mereka memberikan alasan tidak memiliki peralatan yang diperlukan manakala sebahagian lagi mendakwa hospital mereka penuh.
“Dera dikebumikan kelmarin tidak jauh dari rumah kami,” kata Elias.
Menurutnya, bayi itu meninggal dunia selepas dibawa kembali ke Hospital Zahira tempat dia dilahirkan di sini.
Menurut Elias, hospital-hospital swasta di sini meminta bayaran pendahuluan berjumlah 15 juta rupiah (RM4,795) walaupun keluarganya memiliki kad kesihatan yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah sepertinya mendapat perkhidmatan kesihatan percuma. – AFP
Imam kahwin menerusi Skype dipenjara
Sebuah mahkamah Dubai mendapati imam warga Pakistan berusia 39 tahun itu dan pasangannya berumur 19 tahun bersalah mengadakan seks suka sama suka walaupun mereka mengaku tidak bersalah dan bertegas menyatakan perkahwinan mereka sah.
Mahkamah itu enggan menerima sijil akuan nikah mereka yang disahkan pihak berkuasa Pakistan.
Tiga bulan selepas perkahwinan itu, bapa wanita itu gadis itu membuat laporan polis, menuduh imam itu merogol anaknya.
Kedua-dua defendan berkenaan akan diusir ke negara asal mereka selepas menjalani hukuman penjara.
Pendakwa raya di Dubai bagaimanapun menolak tuduhan rogol ke atas imam itu, sebaliknya menuduh pasangan terbabit mengadakan seks tanpa bernikah.
“Ya Tuan, memang saya tiduri isteri saya. Kami sudah berkahwin.” kata imam itu kepada hakim.
Peguam imam berkenaan berkata pernikahan itu turut didaftarkan di kedutaan Emiriah Arab Bersatu di Islamabad sebelum dia berlepas ke Dubai untuk bersama-sama isterinya. Menurutnya, pernikahan melalui Skype tidak melanggar undang-undang Pakistan.
Peguam itu juga berkata, bapa wanita berkenaan membuat laporan polis kerana tidak mahu anaknya berkahwin dengan anak guamnya kerana dia miskin.
Ketika perbicaraan, si bapa mengaku mengetahui mengenai perkahwinan itu tetapi mendakwa anaknya telah disihir. -SG
Saintis dakwa temui serpihan tahi bintang
MOSCOW – Sepasukan saintis semalam mendakwa yang mereka telah menemui serpihan tahi bintang yang jatuh di Pergunungan Ural, Rusia selepas mencetuskan gelombang yang menyebabkan 1,200 orang cedera dan beribu-ribu buah rumah rosak.Batu angkasa lepas gergasi itu meluncur di langit bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu dengan tenaga bersamaan 30 butir bom atom yang digugurkan ke bandar Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Sebelum ini, sekumpulan petugas yang memeriksa sebuah tasik kecil di mana serpihan-serpihan tahi bintang itu dipercayai jatuh gagal membuat sebarang penemuan.
Namun, sepasukan saintis Akademi Sains Rusia yang melakukan beberapa ujian kimia ke atas beberapa batu aneh kelmarin berkata, serpihan itu datang dari angkasa lepas.
“Kami mengesahkan bahawa beberapa partikel yang ditemui oleh pasukan ekspedisi kami berhampiran Tasik Chebarkul benar-benar memiliki komposisi meteorit,” kata saintis berkenaan, Viktor Grokhovsky menurut agensi berita RIA Novsosti.
Universiti Persekutuan Ural tempat Grokhovsky bertugas turut menyiarkan gambar seorang lelaki memegang sebutir batu hitam kecil semalam.
“Meteorit ini berasal daripada kondrit kelas biasa (angkasa lepas),” kata pihak universiti berkenaan dalam satu kenyataannya.
Menurut Grokhovsky, batu itu mengandungi komposisi besi metalik selain krisalit dan sulfit.
Kandungan besi dalam batu tersebut dianggarkan sebanyak 10 peratus.
“Besar kemungkinan, batu ini akan dinamakan sebagai Meteorit Most Chebarkul,” kata kenyataan.
Gelombang kuat tahi bintang itu memecahkan tingkap-tingkap hampir 5,000 bangunan dan menyebabkan 40 orang termasuk tiga kanak-kanak dirawat di hospital kelmarin kerana mengalami luka dan kecederaan lebih serius.
Sekitar 24,000 petugas kecemasan dan sukarelawan sibuk menggantikan tingkap-tingkap yang pecah pada hujung minggu lalu sebelum orang ramai mula bekerja.
Serpihan-serpihan tahi bintang tersebut yang jatuh ke Bumi turut mencetuskan minat banyak pihak.
Beberapa pengumpul serpihan angkasa lepas di Rusia telah menyiarkan iklan di internet yang menawarkan bayaran AS$10,000 (RM30,900) untuk serpihan batu tersebut. – AFP
Mesir arah tangkap ulama kontroversi
Ahmad Mahmoud Abdullah yang lebih dikenali dengan nama Abu Islam, akan didakwa dengan tuduhan menghina agama, lapor koresponden Al-Arabiya.
Ahmad yang juga pemilik stesen televisyen swasta ‘al-Ummah’ mencetuskan kontroversi selepas dia menyelar wanita dan agama Kristian. Dia sudah pun berdepan dengan perbicaraan kerana kes mengoyak Bible ketika menunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah September lalu, berkait dengan filem yang menghina Nabi Muhammad (SAW).
No comments:
Post a Comment